Tolong kami, bantu kami... :)

Thursday, October 10, 2013

Cuti Ke Pulau Perhentian - PART 1

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Moga pagi jumaat kita ini sentiasa diberkatinya.. Sedar tak sedar, dah di dalam bulan October.. Kejap je masa sekarang.. Blog pun macam update sebulan sekali.. hahha. Sabar je la.. Bila rasa malas untuk menaip, menatap blog ni, memang tak terupdate la jawabnya..

Jom kita kembali ke Hari Malaysia yang lepas. Sempat lagi cuti2 Malaysia ke Pulau Perhentian.. Memang mengidam lama sangat dah nak cuti ke sini..



 Gaya orang baru tiba pulau.. ekekek..

 Rakan2 berjalan... 
Dari kiri: Yana, lela, n me! 
Muka keterujaan kami tak sabar nak sampai pulau.. Time ni boleh la ko duk senyum2 bagai kan, bila dah start perjalanan 45minit ke pulau dari jeti, muka lain plak yang datang.. Muka cuak kena lambung dek bot laju! Terhempap2 bontot tu haa.. Sakit okeyh!! 


Dan kami tiba di sini! Alhamdulillah.. Selamat tiba setelah 45 minit dari jeti Kuala Besut..
Dengan macam2 muka lawak kat atas bot tu.. Giler tak cuak.. Kena lambung2 macam tu.. phewww.. 
Mula la duk ingat suami.. Rindu2.. hahah


Dan ini, view dari balkoni bilik kami.. Stay di ROCK GARDEN CHALET.. Suasana bilik sangat puas hati! Kami pilih bilik air-cond, RM190. View dalam bilik memang tak terambil.. Ruginyaaa.. Sebab apa? Sampai2 je terus nak terjun air... Dah lupa dah masalah semua.. 


Kos Percutian - Pulau Perhentian :

1. Tiket bas dari KL- KUALA BESUT - KL = RM40 + RM44
                                                                    = RM84

2. Penginapan  - ROCK GARDEN CHALET - Air-cond
                         - RM190 per night
                         - Tambahan tilam - RM30 per night 
                         
                         = RM147 seorang.. Lagi jimat kalau ramai lagi yang datang.. hihi.. 

3. Boat return  - RM70 per person .

4. Taxi boat  - RM2 per person 

   JUMLAH KESELURUHAN - RM303 seorang untuk 2 malam di pulau perhentian. . 

Korang boleh pilih untuk bilik biasa, lagi murah berbanding bilik air-cond. Lepas tu, kena bercuti masa bukan peak season. Kami ke sana tengah peak season, jadinya, mahal la bilik2 yang ada itu.. Dan tempah bilik di Rock Garden Chalet ni dari GT TRAVEL & TOUR. Tak berani untuk gamble  je, disebabkan tengah peak season, confirm penuh!! 

Dan Perhentian Kecil sangat la meriah.. Dengan ramainya yang duk berjemur, phewww.. nasib baik suami tercinta tak dapat nak join.. Kalau tak, mahu dia kena jalan, sambil kena tutup mata.. hihi.. 
Sayang suami hoi! Kang korek biji mata dia..

Kenapa letak part 1? ada part 2 ke? Sebab saya tak suka panjang sangat duk membebel. Cukup la sikit sebanyak dapat info untuk kalian sebelum bercuti ke Pulau Perhentian.. Nanti kita cerita perihal orang pulau yang baik hati juga snorkeling yang best! 

NOTA JARI TINY: Me nak g lagi! Serius jatuh hati dengan Perhentian.. Redang jom? :)