Tolong kami, bantu kami... :)

Monday, May 30, 2011

Lepaskan pergi, adalah lagi baik.

Assalamualaikum...


Kenapa lepaskan pergi, adalah lagi baik? Diri sendiri yang merana. Bila Kita lepaskan perasaan itu, mungkin perasaan kita akan rasa jauh lebih baik. Walaupun sakit, tapi sekurangnya, kita tidak terus menanamkan hasrat, walaupun kita tau, hasrat itu tak akan berjaya kita miliki. Let it go tiny! Bila berada di tepi tasik, tengok matahari terbenam di ufuk barat, YA ALLAH, cantiknya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya... Macam mana matahari terbenam, macam tu juga la saya harapkan dalam hati saya terbenam dek rasa yang saya sendiri tak pasti. Hui. Berpuitis la pulop!


Cantik sungguh alam ciptaanMU YA ALLAH... 
TERIMA KASIH ALLAH! 



NOTA JARI: Aishiteru...

PIRATES OF CARRIBEAN - ON STRANGER TIDES = Tak pernah menghampakan..,

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua.. Pagi yang indah kan.. Baru pekena nasi lemak di pagi hari. Kalian pula berbreakfast apa ye? Mesti dah pergi tengok PIRATES OF CARRIBEAN kan? Hari ni dah hari ke berapa ntah tayangan dia... Siapa-siapa tak pegi tengok lagi, pegi tengok cepat! Cerita dia tak menghampakan kalian tau! Memang best! Rugi tau.. Tengok yang 3D lagi best! Tapi, FAST5 tak pernah warna hijau. Yang duk kelip-kelip warna kuning, maksudnya, selling fast je... Ramai je tiap masa tengok. Bila nak hijau ntah. Sampai habis tayangan pun duk kuning lagi kot. :)



Jack Sparrow. Ok. Tertinggal Kapten di depan. Kelakar giler dia nih. 

NOTA JARI: Jangan lupa pegi tengok yep yep! Ke saya yang dah terlambat tengok cerita ni? Tak kisah la yep. :) Asalkan pegi tengok! Lambat cepat suku cerita. wink2..

Friday, May 27, 2011

SELERA KAMPUNG ITU SEDAP!

Assalamualaikum..


Sudah lunch kah? Yeah! Keje semua sudah settle! Tinggal masa nak cau cincau sahaja! Nak di jadikan cerita, semalam kan puasa, tapi memang letih je! Nak masak ke tak , nak tapau ke tak. Nak makan kat kedai, tapi tak tahu nak makan apa dah! Macam dak tak ada selera nak makan kat kedai. Kalau makan kat rumah, masak dengan air tangan sendiri.. Fusss.. Menambah-nambah.!! Itu yang sedap kan! Masak biasa-biasa pun, tapi kena dengan selera. Kalau dah orang kampung tu, tak kemana.. hihihi...

Balik je rumah, keluarkan semua yang ada dalam peti ais! Yeah.. Menu untuk berbuka puasa, Udang masak kunyit, telur dadar, kangkung goreng belacan, sambal belacan, mentimun, dan ikan pekasam! Licin semua! Dan menambah-nambah! Dah boleh dah nak kawin tu.. Ngehngeh. Kalau tokmi ada, mesti kena gelak! Kalau kat kampung, tak ada maknanya nak masak bagai. Kat kampung, tokmi kan ada! Hihihii..


MENU BERBUKA: kangkunga goreng belacan, sambal belacan, telur dadar, udang masak kunyi, ikan pekasam! Mantap okeyh! Tokmi mesti bangga dengan cucu dia yang rajin ni. Ok, saya perasan lebih! Saya asal kelantan. Tengok, saya pun makan ikan pekasam tau! Suka sangat!
Bezakan gambar ini dengan gambar di bawah.. Toing2..


Yeah! Sekeping lagi gambar, untuk kalian terliur. Guna BB je, gambar pun gini je la.. ngehngehngeh,,
Tapi, yang pasti, sangat menyelerakan.


NOTA JARI: Ikan pekasam sangat sedap! Rugi tau sapa2 tak makan ikan pekasam. Tempah dari Perak je tau! :)

Wednesday, May 25, 2011

UNIQUESTYLE MUSLIMAH CONTEST

Assalamualaikum..


Selamat pagi.. Hari ni, dimulakan dengan facebook! :) Ketagih fb ke apa saya ni doktor? :) Bukak je facebook, tengok dekat home, UNIQUESTYLE MUSLIMAH CONTEST! Online shop yang saya sentiasa beli shawl! Tiap-tiap ada update shawl baru dari UNIQUESTLYE MUSLIMAH ni, mesti tidak akan lepaskan peluang nak grab! Diaorang dah buat FAN PAGE dah, sebab facebook friend dah full. Cemana yang baru nak beli dari diaorang nak add diaorang kan kalau tak dapat nak jadi friend dah.. Tiba-tiba ternampak yang contest, so nak join la sesuka hati. Kena tempek picture pakai shawl, atau bertudung. Dah sah-sahnya, tudung-tudung dari UNIQUESTYLE MUSLIMAH ni. kalian-kalian jum la singgah UNIQUESTYLE MUSLIMAH. 

Harga di sini agak la berpatutan. Kalau beli banyak-banyak lagi la dapat harga murah. :) Shawl pun, up to date juga! Kalau sudah singgah sana, klik la itu butang LIKE kat picture ini ya SAYA PUNYE. :) Seperti biasa, Cik Tiny ni macam dah tak ada gambar lain nak pertaruhkan. Budget comey ke comot? Korang rasa?

kan dah cakap! tak ada gambar lain ke? hahahhaha... Biarlah! :)

NOTA JARI: Kalian yang tersayang, meh la like ramai-ramai.. Terima kasih.. Sangat menghargainya.. :)

Tuesday, May 24, 2011

LASER WARZONE @ I-CITY BEST!

Assalamualaikum.


Masa untuk makan tengah hari. Dah lunch? Kalau tak, pegi la ek. Nanti lapar pula. Pernah pergi I-CITY tak? Mesti la pernah kan? Dari sikit-sikit lampu, dah juta-juta lampu dah ada sekarang ni kan? Kalau pergi I-CITY ni, ada tak jalan-jalan tengah bangunan tu. Kalau tak pernah jalan lagi kat situ, pergi la. Nanti akan namapk LASER WARZONE! Laser tag, best main! Harga dia pula, tak ada la mahal sangat! Ada juga harga untuk pelajar tau!

Ahad yang lalu, singgah di I-CITY ni, pas tu, jalan-jalan nampak la LASER WARZONE ni, ala, dekat dengan pokok krismas besar tu.! Kami dapat main game free, almaklum la kan, free trial! Datang lagi sekali, memang tak dah la kan? Dorang cam kita ke ye? ngeeee.. Game ni, macam main paintball! Cuma tak akan rasa sesakit bermain paintball! Kenapa? Kan dia laser. Vibrate je bila kena tembak. Untuk free trial ni, main individual! Collect point individu la kan. Tapi, saya rasa, berkumpulan lagi best rasanya! Boleh backup! :)

Tak nak tulis panjang berjela-jela, yang pasti, korang boleh pegi main benda alah ni. Sebab akan berpeluh, dan, hilang serabut kalian tu.. :) Berseronok dengan rakan-rakan best kan? Penat sangat, sampai tak ada sekeping pun picture yang di ambil di sini. Kalau tak, confirm ada gambar menggedik! :)


NOTA JARI: Jangan lupa pergi tau! Ajak ayah mak semua main. Ni duk tengok lampu je, bosan juga.. :)

Monday, May 23, 2011

POPIA OH POPIA...

Assalamualaikum..


Selamat pagi Isnin.. Sedar tak sedar dah isnin kan? Kena mula bekerja. Tapi, Isnin la paling liat nak bangun sebenarnya kan?! :) Sungguh rasa malas bila kena buka mata tengok jam, adoi... Kena kerja.. Sabar je la kan. Ikut je laluan hidup kita yang dah tersurat. Seronokkah hujung minggu kalian? Berhujung minggu bersama keluarga, seronoknya... Dan saya? Berhujung minggu dengan popia!! Saya dah boleh bukak kedai popia dah sekarang! Setiap minggu, asyik duk buat popia je. Macam hilangkan serabut pun ada bila duk gulung popia, ricit2 carrot, kubis, sengkuang, sambil mengadap cerita hindustan pulak! Alangkah indahnya hidup! Tak fikir perihal kerja lain. Otak pun boleh rest.

Nak kongsi resipi popia saya yang mampu menawan hati encik dia. Hakhak.. Bila rasa sekali, mesti nak lagi! Senang sesangat!

Popia oh popia

Bahan-bahan:

carrot- hiris halus-halus, kalau ada pemarut tu tu lagi senang.
sengkuang-pun kena hiris halus-halus juga
mentimun- buang biji tau, nti berair
kubis
kulit popia-suka hati la brands apa pun
udang- nak potong kecil2 pun boleh, nak letak sekor lagi sedap! Selalunya potong kecil-kecil, pastu ada yang tanya, ada udang ke? tak rasa pun.. hahahah.. pedulik apa saya.. habis juga! :) 

garam- sesedap rasa
black pepper- yang ni guna brands (lupa) hahahah... Tambah sikit tuk rasa pepper.. sedap tau!

Untuk tumis:
bawang merah-sesuka hati, kalau saya, sebiji besar dah cukup
bawang putih- 2 ulas je sudah cukup.

Proses penyediaan;

Korang hiris halus-halus sume tu tau, sengkuang, mentimun, carrot, dan kubis. Campurkan semua yang dah siap hiris halus tu, korang gaul-gaul sikit. Potong udang sesedap mata memandang. Hiris halus bwang putih n bawang merah yang nak ditumis. Dah sediakan semua barang, mula-mula tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau, dan kekuningan sikit, jangan sampai hangus lak tau! Pas tu, letak udang yang segar itu, bau mesti manis punya cz  bau udang.  Masukkan sayur-sayur yang dah dihiris halus, letak garam secukup rasa, letak black pepper ckit, untuk lagi sedap. Masak kejap, jangan lama sangat, nanti sayur layu! Tak best pula. Then, siap untuk inti!

Korang biarkan sejuk kejap, then gulung la popia macam mana korang nak gulung, besar ke kecil ke. Nak lekatkan kulit popia tu, sapu sikit telur putih kat hujung gulungan.. :) Macam gam la kot. Dah bis gulung menggulung, goreng bila pastikan minyak dah cukup panas, nanti serap minyak pula.. Selamat mencuba, senang sangat! Korang boleh hiris menghiris sayur tu depan tv je.. :)


ALAMAK! Saya pun tak sempat nak ambil picture popia yang saya buat! Sebab lapar sangat, tak sempat nak snap mnap nih!  Korang dah try nanti, amik la picture ye. SELAMAT MENCUBA!


NOTA JARI: Bila Cik Tiny masuk dapur, gini la jadi dia. Resipi ni, makcik saya yang ajar. Tak payah kena beli kat kedai kalau nak makan popia kan? Mahal woooo kueh sekarang, 4 biji = RM2. Niaga kueh lagi banyak untung woooo. Jum bukak gerai sama-sama nak tak? (ok, tak nak.. grrrrr)

Friday, May 20, 2011

Bila ibu bapa kawan kita suka kita.. (kawan?)

Assalamualaikum..

Bila dah petang, urghhh.. Lambatnya jam 6! Bila ibu bapa kawan kita suka kita.. Macam mana ye ungkapan tu?  Kawan?? Ngehngeh.. Gelak jahat sikit. Ok, nak cerita la sikit kan, bila dalam situasi seperti di atas, aduh, macam kena puji berbakul-bakul dah rasanya. Mana taknya, tiba-tiba dapat meseg dari seorang kawan menyatakan bahawasanya, sebenarnya, ibu dan bapanya menyukai saya berbanding aweknya yang sekarang! Makkk aihhhh.. Terkejut mak nookksss!! Biasa la kan, bila hari raya, pergi jalan raya umah kawan-kawan.  Ok, Raya Haji 2 tahun lepas, pergi beraya ke rumah kawan saya ni, tapi sekarang baru hantar meseg, cakap, "nak tau tak, sebenarnya, ma ngan ayah lagi suka kat tiny dari dua orang awek yang dia (kawan saya) kenalkan. Okeyh! Cik tiny dah kembang ke langit! Mana taknya, dapat  tawan hati ibu dan bapa kawan saya itu!! Tapi apakan daya, saya anggap kawan saya itu hanya kawan, walaupun pasa masa itu, hanya saya bukan milik sesiapa. Ceit! Muntah!!

Saya dipuji lagi, "ma cakap, nampak tiny cakap pandai, dan rajin buat kerja, dan rajin kat dapur" Owh! Lagi-lagi.. Ok, fine, saya dah lebih! Opss... Terlebih sudah! Macam mana ibu dan bapa kawan saya nampak saya, itulah saya.. Rugi okeyh siapa2 tak buat saya jadi partner.. PENGSAN SEMUA SEKARANG PLEASE!! So, saya hanya doakan yang terbaik buat kawan saya itu. Katanya, ajak ke kenduri kawin abangnya. Oh! Saya seronok! Bleh jumpa ibunya! :) Nak cakap saya kurang kasih sayang, ye la kot, tak sempat manja-manja dengan arwah mama! Manja dengan mama kawan-kawan pun boleh kan? :)
Tempek sekeping suruh kawan-kawan lalok sikit.. hakhak.. :) Kalau kalian berada di situasi tersebut, macam mana ye perasaan kalian? Seronok? Sedih? Suka?

Pagi-pagi rabun dah semakkan wall facebook upload picture. Yang mana nak amik mood kerja dah muntah hijau! Yarks!


NOTA JARI: Untuk kawan saya itu, cemana nak buat kan, time tu, saya tiada perasaan nak couple maple ni. Tiada jodoh antara kita. JIWANG!! Kita boleh sebagai kawan! Itu lagi bagus kan? :)

Hadiah.. pon pon...

Assalamualaikum...

Mesti tengok kan ayat kat atas tu, hadiah, pon pon.. Kenapa? Sebab, nak bagi hadiah la. Kat siapa? Alaa.. Kat follower yang ke-100... Saje je... Suka suka... :) Nak tau siapakah follower ke-100 itu? Ni ha, khairul d'zaman. Tengah syok duk baca entry serta duk blogwalking, , tiba-tiba refresh page. Bintang jatuh dekat sini sudah 100. So, macam cantik je rasa kalau bagi hadiah dekat kawan kita ni.. Yeah!.  Selamat berkenalan. Wink2..


NOTA JARI: Alop-alop encik ke-100, sila la datang sini tinggalkan jejak anda... Nak bagi hadiah ni.. ngeeeee

Wednesday, May 18, 2011

Aishiteru

Assalamualaikum...

Cuaca di sini, Ya Allah.. Gelapnya,.. Baru jam 5.23 petang. Hari ni, tiada apa yang lain dalam hidup saya, bangun pagi, makan nasi kerabu di opis, melakukan kerja, blog, facebook, seperti biasa. Meniti hari-hari akhir di sini, rasa malas je. Tapi jadi profesional bila fikirkan tanggungajawab kita sebagai seorang pekerja. Nak blah pun, kerja bagi settle la kan. Takkan nak tinggal sisa kita kat sini. :) So, saya sudah mark di kalendar besar-besar bahawasanya 6.6.2011 PEMERGIAN BETA ke tempat baru. Kalian jangan rindu saya ye.. Sampaikan A.M tempat saya bekerja, tidak mahu bercakap dengan saya disebabkan oleh saya mahu ke tempat baru, dalam bahasa lain, berhenti kerja.. Apa boleh buat, hati terasa mahukan new environment, dan mungkin saya akan dapat pengalaman baru di tempat baru.

Memang la kan rasa berat nak tinggalkan kawan-kawan, tapi apakan daya. Rezeki jangan di tolak. :) Takkan melupakan kalian yang hadir dalam hidup saya di sini. Banyak pengalaman saya di sini, dari kosong dalam bidang telecommunication, saya sudah mampu untuk bercakap pasal frequency, antenna, rru, P1 WIMAX, UMOBILE, DIGI,. Sampaikan bila tak ada network yang mana gunakan talian CELCOM, DIGI OR others, sudah boleh cakap site down. :)


 Kenangan! Paling best bila dapat survey kat rooftop SUNWAY PYRAMID! Panjat memanjat.. Kenangan paling best! Bila nak tengok link mana ke mana. Jalan dekat atas bumbung. Ya Allah, macam tak percaya. Tapi best! Rasa kecil je diri ni.. Duk sibuk survey pun, gambar sendiri mesti la ada satu kan... :)  Dari muka dalam gambar ni pun dah nampak seronok sangat! :) 


Cantikkan!! Rasa macam boleh sentuh dah pyramid ni bila duk atas. 
Time laluan nak ke atas ni, bukan main lagi redah macam-macam. Dari loading bay, sampai la ke rooftop. Penat, tapi puas hati. Tambah lagi bila kerja berjalan lancar. Memang kenangan manis di sini.


 Tiba-tiba, dengar lagu AISHITERU by- ZHIFILIA BAND, layan jap. Tambah lagi mood pun sedang sayang kat kawan-kawan kerja di sini. Banyak pot pet pot pet sama. Nak katakan saya suka melawan, yeah! Itulah saya, kalau rasa saya di pihak yang benar, takkan diamkan diri! DEGIL! Kurang dah power rangers putih ni sorang. Haishhh... Jum kita tengok lirik lagu ni nak tak? Nak ke, tak nak ke, dah tempek pon... :0

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo


NOTA JARI: Panjangnya celoteh... Layankan je la.. Bila dah start menaip, macam ni la gayanya... Ada sahaja. Saya sayang kawan-kawan saya..  Korang, best kan lagu ni.. :)

Tuesday, May 17, 2011

CCTV PENTING! Di tempat letak kereta!!

Assalamualaikum...


Kenapa tiba-tiba saya cerita topik ni.. Ini sebabnya, akak serumah dengan saya, kereta partnernya kena pecah! 2 biji laptop, 2 biji external hard disk, mp4, pendrive, handphone, semua kena rembat! Dah la cermin kete kena pecah! Tempat kejadian di GIANT SHAH ALAM.. Fusss.. Walaupun laptop dah di cabut batery, masih lagi boleh detect! Macam mana ye, cctv hanya ada dekat pintu masuk and keluar sahaja.. Macam mana nak kesan penjenayah tu kalau penjenayah tu naik kereta?? Sekarang orang jahat memang jahat betul.. Kenapa pihak security GIANT tak letak cctv dekat tempat letak kereta? Kalau kat tempat letak motor lagi la. Rasanya, orang boleh curi helmet macam tu je.. Makin senang la kerja dorang. Bukan setakat helmet, tengok2 sebiji motor hilang nanti. Pakcik polis tu cakap, sekarang, dekat traffic lite pun ada orang pecahkan cermin kereta, dan ambil laptop. Orang memang tak boleh nak buat apa kan time tu. Sangat-sangat bahaya la sekarang. Takut je rasa nak keluar rumah. Kalian berhati-hati ya...


NOTA JARI: Hari wesak yang best tuk rilek di rumah.. :)

Saturday, May 14, 2011

Hari Ibu..

Assalamualaikum..


Orang lain dah berzaman duk cerita pasal hari ibu kan.. Saya? Tak kisah lambat pun, sebab, ALLAH S.W.T lagi sayangkan arwah mama saya.. Lain la kalau ada hari nenek kan? Kalau mama ada, hari-hari bagi saya adalah hari mama saya. :) Tak sempat kan mama nak tengok macam mana along terus melangkah dalam hidup along. Along tak pernah lupa kat mama. Pusara mama pun, along dah lama tak jenguk. Along duk jauh ma. Rezeki along kat sini. Tapi along tak pernah lupakan tuk hadiahkan mama selepas solat. Doa along sentiasa ada tuk mama n arwah abah. Along harap mama dan abah tak marahkan along tau, sebab dah lama tak jenguk pusara. Along tak pernah lupa lakukan tanggungjawab along tuk mama dan abah. Dan along ada tokmi di sisi along. Along tau, mama dan abah tengok-tengok kan along kat sini macam mana.. Walaupun mama dan abah jauh dah, tapi along tetap rasa mama dan abah dekat je dengan along. SENTIASA!!



Satu-satunya picture zaman kecil, yang lain, hilang ntah ke mana... hmmm
Orang yang ambil album along zaman kecil pun dia hilangkan album tu ma.. :(


Ni yang along mampu hadiahkan tuk mama, abah, dan tokmi! Sungguh along rindu..


 NOTA JARI: SAYANGILAH KELUARGA KITA TAU!! Macam mana susah mereka besarkan kita kan, bak kata, seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak, belum tentu lagi mampu menjaga seorang ibu.

MODE: tengah tengok cerita TAJ MAHAL UNTUK MAMA! TV2..

Thursday, May 12, 2011

Mata penat = tidak dapat tumpukan perhatian

Assalamualaikum...

Tengok kat facebook, banyak yang update perihal cuaca di Malaysia sekarang ni kan. Panasnya, sampai la rasa macam, hmmm.. Sebelum ni sangat kesejukan di pagi hari, bila nak mandi di pagi hari, selalu cakap... sejuknyaaa... Sejuk-sejuk pun, rasa best lepas mandi. Tapi berbeza sangat, tiada lagi ungkapan sejuknyaa.. Macam rasa tak nak mandi je. Air pun jadi panas je. Tak payah pakai water heater dah.

Akibat suhu yang tidak menentu sekarang, saya, dengan ini, mengisytiharkan, bahawasanya saya tidak boleh melelapkan mata. Ya Allah.. Kipas sudah no.5, kalau ada no.6 pun, belum tentu lagi dapat mengubah suhu. Mana tak nya, tiba-tiba tersedar dari tidur. Dan tidak dapat melelapkan mata. Sudahnya, mengantuk di tempat kerja! Aduhhh.. Bila mengantuk, mula la tidak dapat tumpukan perhatian. Yeah. Penyakit M mula menular..


Dan petang ini, tatkala sedang menaip di sini.. Petir berbunyi... Shah Alam sudah hujan, Puchong menanti dengan penuh rasa syukur di hati. Bila kakak depan tempat duduk saya cakap, "Hujan!" Dengan rasa rendah diri, "Alhamdulillah," sambil meraup tangan ke muka. Syukur Ya Allah... Mudah-mudahan lena hingga ke subuh.. :)


 Kami berempat. Kenangan blue day. :) 
Dari kiri: Cik Tiny, kakak waniey, kakak Haz, n Cik Mija.
Kenangan bersama.. :)

Okeyh. Gambar di atas gambar kenangan kami. Dan untuk mata penat dan banyak tak tumpukan perhatian hari ni, pemenangnya adalah..... Nak ambil gam nak tempek sini gambar budak wanted ni..

Akibat kekenyangan selepas makan. Mula la aktif semacam. Mata tak sihat. Hmmm..



NOTA JARI: Lama juga tak berada di sini.. Akibat sibuk menyiapkan kerja yang sudah saya kendalikan. Lepas ni, Bye2 rakan2...Jangan rindu saya.. Beratnya hati...

Friday, May 6, 2011

Sale dan Sale...

Assalamualaikum..

Nak cerita sikit pasal sale ni.. tadi godek-godek Shopping and Sales... Tiba-tiba, ternampak.. Eh-eh.. Kat Armcorp Mall la.. Macam boleh pergi je ni... Nak tau sale apa tak? Branded Apparel Sales Up to 90% off.. Yeahhhh.. Jum kawan2 kita pergi terjah nak.. Mana tau ada yang berkenan kat hati.. Terbeli ke, terbayar ke..

Macam-macam brands ada,  GUESS, KAPPA, LEVI'S, TOMMY HILFIGER, DKNY, FILA, ZARA, ROXY, QUIKSILVER, CALVIN KLEIN, BILLABONG, MNG, PUMA, FCUK, arghhh.. banyak la pulak! Kalian KLIK je SINI. Senang cerita kan? Saya nak pergi nanti.. Yang mana nak pergi tu, jum la kita pergi sama-sama. Hakhak.


NOTA JARI: Membeli-belah itu mesti! Jangan lepaskan peluang tau! Zaasssss...

Cepat sahaja masa berlalu..

Assalamualaikum..

Hari ni, dah 6.MAY 2011 kan? Bersamaan dengan hari JUMAAT.. Esok dah Sabtu, lusa dah Ahad. Kejap je minggu ke minggu.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 5.. Apa yang berubah dalam hidup kalian selama masa ni berlalu dengan pantas? Bagi saya, sejak bulan 3, KISAH TINY di lancarkan, yeah.. dah mencapai 70 bintang jatuh kat KISAH TINY ni.. toing2.. Sebenarnya beralih, dari facebook ke dunia blogger. Walaupun dah lama tak berblog, mengadap facebook bosan juga kadang-kadang kan?. Beza dengan berblog. Di samping kita boleh berkenalan, boleh juga info-info yang menarik kan? Bak kata, sharing is caring.. Tapi, kalau Cik Tiny, saya suka sharing is loving.. hahahha.. Tak kisah la yep! :)

SELAMAT HARI JUMAAT RAKAN-RAKAN!! MOGA KITA SENTIASA DI BERKATI OLEHNYA.. 


NOTA JARI: singgah buat entry seketika.. Penyakit M datang sudah.. tolong saya boleh tak... Macam mana nak hilangkan sakit M ni...

Free Header By Kei Seichi

Asaalamualaikum..





Tertanya-tanyakah? Kenapa saya buat enrty ini. Ini kerana, nak dapatkan free header dari KEI SEICHI.. 
Hoohoho.. Gelak jahat sikit.. 
Jum kita tengok header macam mana yang saya nak ye...


1.SIZE HEADER: Macam KEI SEICHI punya size header.. 850 X 350... 

2. BACKGROUND COLOR: Putih.. Putih dengan transparent sama ke? hikhikhik... 

3. AYAT UNTUK LETAK: "Aku, kau, kita punya kisah yang berbeza, namun kita tetap pandang bulan dan bintang yang sama.." Hehehehe... Tag line saya tak pernah berubah... :)

4. FONT DAN COLOR; terpulang kat KEI SEICHI, macam mana font dan color yang nak letak, asal sesuai dengan blog putih saya ini.. :) 

5. Gambar lak, jap ek, nak tempek sekeping picture comey saya.. Comey ke? tak kisah la ye.. Ambil hati sikit.. :) 




Ntah kenapa, banyak-banyak picture, picture ni yang menarik hati saya tuk jadikan header,, layankan je la ye.. hahahah... 


6. CONTACT: macam mana nak hubungi saya kalau header tu dah siap, en.KEI SEICHI boleh je tinggal jejak kat Shoutmix box, tak pun, tinggalkan komen di entry ini.. Nak email pun boleh, nurhartini88@yahoo.com. As long as tak menyusahkan KEI SEICHI...:)


7. LAIN-LAIN: Nak ada love... boleh tak en.KEI SEICHI.. Boleh la ye.. boleh la ye... ngeee




NOTA JARI: EN.KEI SEICHI, sila la tengok ni.. huahuahua.... dah siap ni... hikhik

Thursday, May 5, 2011

Ada tulisan ikut cursor la..

Assalamualaikum..




Tengah hari dah ye? Korang  tak keluar makan ke? Saya? Dah makan nasi kerabu awal-awal pagi lagi. Masih kekenyangan. Masa untuk berblog la pula.. Tadi jalan-jalan blog, tiba-tiba, singgah di sini, http://inibelogsimple.blogspot.com/ . Banyak juga tutorial untuk blog.

Apa lagi, tangan mula rasa gatal mahu cuba tutorial itu. Ala, perkataan yang ikut cursor tu. Rasa macam nak semakkan sikit blog saya ini. Terima kasih tuk CIK AIEN untuk tutorial itu.. Saya berjaya sudah buat perkataan ikut cursor tu.. Tiba-tiba suka pulak tengok perkataan ikut cursor tu. Jakun pun ada! Ngek betul la CIK TINY ni.. Kalau kalian nak cuba juga tutorial tu, senang je, pergi singgah dekat blog yang sudah saya tempek link dia kat atas tu..


NOTA JARI:  Jum sama-sama kita layan lagu, dan letak muka atas meja, pejamkan mata... zzzzzzzzzzzzz

Wednesday, May 4, 2011

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

Assalamualaikum..


Sunyi je hari ni, selalu duk berceloteh sini, pagi, tengah hari, sampai la ke petang. Kerja banyak lorh! Sempat blogwalking baca-baca entry, komen-komen rakan-rakan blogger yang lain je. Itu pun kena kejap buka blog, kejap buka autocad.. hihihi.. Bila dah petang ni, menunggu masa mahu pulang la kan! Selalu sahaja mengantuk!! Grrrrr... Bila petang menjelma, singgah Santai Bersama Ben Ashaari.. Tiba-tiba, eh2, ada banner la.. Apa lagi, grab it! :) Kenapa saya ambil? Ini kerana SAYA SEORANG BLOGGER.. yeahhh...


Nak tahu tak, sebenarnya, SAYA DAPAT BANNER NI DARI....  http://www.santaibenashaari.com/
Untuk mengetahui cara dan tujuan, sila klik SINI


NOTA JARI: Tiada tarikh tutup.. Kalian boleh je join selagi ada hayat dikandung badan.. Dan juga, yang pasti, anda adalah SEORANG BLOGGER! Yeahhh!! Meah kita sama-sama abadikan dalam blog kita ni tau! :0

Tuesday, May 3, 2011

THOR 3D = BEST

Assalamualaikum...

Akibat tersangat ramai la kan tengok FAST AND FURIOUS 5, tengok je la cerita THOR. Macam best gak! Best juga dengan 3D dia. Buat kita rasa ada kat dalam cerita tu... Saya nak tengok saya punya hero laaaa... Dwayne Johnson serta Vin Diesel! Sabar je la.. Nampakk gaya kena postpone nak date dengan kedua hero saya itu! Cerita baru keluar, macam biasa la, box office lak tu, memang sudah tentu ramai la kan.



Cerita ni pun boleh tahan gak.. Macam mana kita sebenarnya jangan la terlalu berlagak. Nanti lagak kita tu makan diri kita sendiri.. Manusia berubah, dan kasih sayang keluarga ada dalam cerita ni... Kelakar pun ada gak! Bak kata, tidak membosankan anda dan anda!! 


NOTA JARI: Jangan lupa jadikan THOR pilihan kedua kalian kalau FAST AND FURIOUS 5 fulled! :) Saya tak dapat komisyen ke apa, saja nak kongsi.. Habiskan masa tunggu jam 6... Kantoi sudah...



Berpenyet...

Assalamualaikum...


Mood hari ni, cerita pasal makan je... Apa nak buat, selera makan tak ada, harap bila bercerita perihal makan, dapat mengenyangkan sikit. Nak makan hari ni, tak ada selera. Tatkala sedang menaip ni, tangansempat mencapai mug, hmm.. sedapnya minum air milo panas dalam cuaca sejuk-sejuk gini. Sudah la mata mengantuk. Lambatnya jam 6.. Nak balik ni... Nak rehat.


Cerita pasal berpenyet pulak, terrrrsangat lama tak berpenyet. Jarang la nak berpenyet ni.. Tapi puas hati kalau berpenyet! Kena dengan selera. Ada keturunan jawa ke apa Cik Tiny? Kita kan 1 Malaysia. Mesti la nak rasa semua jenis masakan kan?Tak kira, nak juga tempek gambar yang tak seberapa ini,...



Yeahhh! Ayamnya, crispy di luar, lembut di dalam... Sambalnya, pedas sedap gitu.. Kalau saya, saya tak cukup sambalnya! ngehngeh.. Tempe dia, rasa macam fresh je.. Kangkung dan kubis, aduh, manisnya... nyummm2!!


Ayam penyet, serta udang penyet, ada tambahan sup soto ayam.. Nyum2... Sekali lagi, panggil waiter, nasi lagi satu... hahahah.. Menambah okeyh!! Makan banyak kalau ada selera! Kalau tak ada selera, tak payah ajak nak makan apa, tak selera punya... Kalian mesti menelan liur kan? Kalau nak pergi sini, ajak la saya sekali.. :) 


Cuaca pada jam 6 petang. Macam dalam cerita THOR. Cerita THOR 3D sangat best! Nanti jangan lupa pergi tengok tau! Subhanallah.. Cuaca sekarang.. hmmmm



NOTA JARI: Kalian suka makan kat mana? Meh kita kongsi. Saya suka makan bila saya ada selera. Saya suka juga cuba kat tempat yang baru! Mesti saya pergi cari punye kalau kalian post kedai2 yang best! Selamat minum petang ye semua...



Ikan Singgang-Damansara

Assalamualaikum


Haaaa... Sabtu malam, kami sekeluarga dari Puchong menuju ke Damansara, destinasi tak kenal pasti lagi. Sampai la, Pakcik saya buat keputusan, Ikan Singgang. Punya la jauah nak pegi makan. Macam tak ada kedai je kat Puchong. Puchong pun ada tempat makan best gak tau! Dekat Taman Putra Perdana. Nama kedai tu, RAIZAN.

Ye la2, nak cerita pasal IKAN SINGGANG ni, ia adalah sejenis masakan, tapi dijadikan nama kedai.. :) Saya tak pasti pula sama ada kedai dia kedai Kelantan ke macam mana. Yang pasti, masakan dia sedap! Saya yang tiada selera makan ni pun boleh menambah nasi tau! Banyaknya makan. Selera makan dengan keluarga ni lain rasanya. Bila banyak tangan duk capai laut, rasa lain. Tambah lagi ada ulam-ulam cicah lak dengan budu! Sangat best! Lama tak makan dengan keluarga, macam tu la gayanya. Akibat sedang berselera makan, gambar-gambar sudah tidak dipedulikan lagi.. Tambah lagi lapar. Sempat snap sekeping je.. Sekeping pun jadi la... Buat kenangan. Siakap 3 rasa, lala masam manis, daging goreng, lupa dah menu apa lagi yang pak cik makcik duk tambah. Yang penting, ikan singgang la kan. Sedap juga! Semua sedap la katakan! :)


Cerita pasal makan ni, rasa lapar lak. Restoran Ikan Singgang ni, satu lajur dengan Restoran Vicchadu.. Pun sedap juga Siakap Stim di Vicchadu. Dan sekarang, mula rasa tak ada selera makan balik. huahuahua.. Apa la yang tak kena dengan Cik Tiny nih!


Nampak tak itu si kecil, namanya Muhammad Adam. Satu-satunya sepupu saya! Sangat pandai! Ni dia dah sedar dari tidur. Memang mama dia tak boleh makan nasi la jawabnya, melayan telatah si kecil ini! Tengok, tokmi pun berselera je makan sejak datang Selangor! Dia siap cakap lagi, kat kampung, tak ada selera, makan sorang2. Hmm.. Kesian kat tokmi... Nak balik kampunggggggggggg!!!! 


NOTA JARI: Jangan lupakan keluarga tau kawan-kawan. Tak ada salahnya kalau bawa keluarga makan ramai-ramai gini.. Terhibur hati yang berumur. Bila bersama anak cucu. Saya ada perasan, ada pakcik dan makcik perhatikan keluarga kami. Mungkinkah dia pun merindui anak-anak yang jauh? Dia makan berdua je.. Tokmi pun perasan juga.. Hmmm...

Harga tiket WET WORLD SHAH ALAM berubah dari masa ke masa...

Assalamualaikum..


Sabtu, cuti cuti Selangor. Tak dapat nak balik Kelantan. Bukan ada sesiapa kat kampung. Semua menuju ke Selangor. hikhik. Shah Alam, dan Puchong, Selangor la kan? Nak cerita pasal Wet world. Harga tiket asyik berubah je.. dulu, 2010, RM 10 untuk above 135cm, RM 8 below 135cm, and free tuk kanak-kanak.

Sabtu, 30 APRIL 2011, kami sekeluarga menuju ke WET WORLD SHAH ALAM, eh-eh, harga dia dah lain la... Mungkin ada sebab tertentu pihak yang berkenaan naikkan harga tiket.. ngeee.. Kita ikut je la ye.. Siapa yang tak nak masuk akibat harga naik sebanyak RM 2, tiada paksaan.. ngehngeh..

Haa... Untuk tontonan kalian semua, saya paparkan harga tiket Wet World di Shah Alam ini.. Ini untuk info tau.. Kot ada yang plan nak bercuti bersama keluarga. Datang sini, mandi sampai lebam.. Jimat untuk beriadah bersama keluarga.. :) Anak-anak kecil mesti la lagi suka kan kalau datang tempat macam ni... 


Kalau jauh nak ke Sunway Lagoon, pilih je sini.. Kadang-kadang nak pergi semua tempat kan, boleh la kalian pergi sini.. Pas tu, kat dalam lak, kalau tak ada pelampung, macam boring je nak main air. Pastikan anda sewa pelampung tau kat dalam tu. Boleh main monsoon apa ntah.. Lupa sudah. Untuk keterangan lanjut, jum pergi.. ngeeee...


NOTA JARI: Masih mood cuti. Adoiii.. Macam banyak je story pasal cuti minggu ni.. Maklum la kan, 1.May hari buruh.. Jalan-jalan la jawabnya! :)