Tolong kami, bantu kami... :)

Thursday, June 30, 2011

ALANGKAH INDAHNYA!

Assalamualaikum...


Tik tok tik tok.. tengah hari sudah! :) Tersenyum lebar, bila diri bakal meninggalkan ibu kota KUALA LUMPUR.! Lambaian pokok-pokok menghijau membuatkan saya lagi terasa kehangatan balikkk kampunggg... Hambek ko! Seminggu saya cuti! Itu yang makin indah, bercahaya, bersinar banar... hahaha.. Tengok, ada dah loghat kelate sikit-sikit. Yang mana dah lama tak balik kampug tu, jum kita balik kampung ramai-ramai. Walau macam mana cari rezeki, kampung halaman tak akan sesekali di lupakan tau! :) Merindui nenda tercinta! Rindu masakan tokmi, rindu nak jalan-jalan pegi pantai, minum air kelapa, sambil makan sotong goreng, udang goreng.. ffuuyoo.. syookkk ooo... :)

Okey-okey. Stop cerita bagitau semua orang nak cuti konon. JAKEL ada SALE kan? Mahu serbu sebelum bercuti, shopping mopim sikit... Borong baju raya kat orang-orang kampung. Macam ramai je kaum kerabat saya, padahal beberapa kerat je.. Balik nak peluk cium MR.ADAM, satu-satunya sepupu saya! Dah borong sikit hari tu kat KAMDAR, turn MR.JAKEL pulak! :) Jum ramai-ramai kita pegi serang sini!!


Oh ya! Bercuti ke TERENGGANU juga! Banyak rumah ni payah! Kena jaga hati itu mama juga. :) Mak tiri pun, dah macam mak kandung dah! Nasib baik saya dapat itu mak tiri yang baik! Kalau macam dalam cerita, CINDERELLA? Tak sanggup saya! :)


NOTA JARI: Sayangilah sepertimana orang itu menyayangi diri anda! Peaceeee yaaaooooo.. :)

Wednesday, June 29, 2011

Terdiam.. tak terkata.. tersenyum berairmata...

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua.. Hari ni, 27 REJAB.. Selamat berpuasa ye.. Kl, cuaca redup.. Syukur, saya masih ada untuk lalui hari ini... :)


NOTA JARI: hati tersentuh... :)

Monday, June 27, 2011

KL HUJAN

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua! Haaaa.... Hari Isnin, mesti terganggu tidur kalian akibat kena bangun pagi yang mana kerja ka? Yang tengah cuti semester best la duk tarik selimut lagi.. Grrrrrr... Sangat lemau bila ISNIN muncul! Macam nak SABTU dan AHAD lagi!! Bangun..... Bangun... Urgh! Tiny malas!! Sesangat malas tambah lagi sampai di opis, saya basah lencun!! Sejuk mak enon tak terkira okeyh! Yang naik kereta best la! Macam mana dengan yang vroom vroom cam Tiny ni? eekekekke....


Nak di ceritakan, macam-macam ragam manusia kita dapat lihat bila sikap ketidaksabaran menguasai diri. Mana taknya, tengah-tengah jalan, memang la jalan jem kan, agak-agak la nak hon sesama mereka pun. Kereta tak gerak pon der kalau duk hon macam tu. Tambah bising telinga saya saja! Nasib baik saya basah. Sampai saja dekat opis. Tak perlu nak caci -maki dalam kereta kan? Tapi ada la gak sikit perasaan tu, bila air terjah ke muka okeyh!! Sabarrrrrr jeee laaaa.... Dalam hati, bila saya pula di tempat kamu yang buat orang lain macam tu, saya akan kenakan balik tau! Tak baik la cik tiny.. hmmm... Geraamm saya!

NOTA JARI:  Bila memandu tu, sila la tengok keadaan sekeliling. Jangan pula bila kalian bertayar empat, kalian lupa pada yang bertayar dua... huaaaa.. LENCUN!!

Friday, June 24, 2011

Bila jari tak tak berbicara...

Assalamualaikum...

Selamat petang... Urghh! saya sangat geram.. Petang-petang hari je geram je kerja.. Bukan apa, geram tak dapat luah kat sini bila saya mahu! Kira bulan Jun ni, Allah S.W.T bagi ujian kat saya. Agar tak lalai dengan kesenangan yang diberikan olehNYA. mana taknya, saya kena sabar, bila laptop saya rosak, saya juga kena sabar, bila BB saya pun kena repair! Huii.. Melayang sahaja pulus-pulus yang ada. Kalau tak ada macam mana? Boleh bayang tak? Kena jual khazanah-khazanah yang ada kah? Saya rindu nak blogjogging! Sedang jogging nih. Apa rancangan kalian malam ni?? Jum pergi tengok MAHARAJALAWAK kat STADIUM MELAWATI. Tengok je? Vote tak? Errrrrr... Bukan tak nak vote, line susah la, coverage asyik down je.. hahaha..


Jum ramai-ramai kita berlawak di sana. Best gelak kuat-kuat hilangkan stress yang ada. Stress ooooo... Nasib baik encik Nuff asyik ada je.. wink2.. Maksudnya? Kalian faham-faham la kan.. hahahha... Lama tak update pun, encik Nuff sangat memahami saya yang asyik melayang nih.. :) wink2.. sambil angkat kening sikit. Gelak jahat pun ada gak ni... hohoho...

NOTA JARI:

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU KAWAN2!! BERHATI-HATI MEMANDU, INGATLAH
ORANG YANG TERSAYANG!

Satu lagi, jangan kita leka dengan apa yang ada di dunia ini, ini semua adalah pinjaman semata-mata, yang hakiki, kita sendiri pun tidak pasti... :)

Thursday, June 9, 2011

Jika kau fikirkan kau boleh..

Assalamualaikum..

Malam yang sunyi.. Jari-jemari mula tidak keruan. Ye la, 3 hari, tak mengadap KISAHTINY.. Ada apa dengan blog ini? Saya ada kawan-kawan baru.. :) INgat boleh berkawan dekat facebook je ke? Dekat blog pun boleh berkawan gak tau! Tak salah kita ramai kawan kan? 3 hari sudah tak semakkan dashboard kalian, dan juga chatbox kalian. Sabar je la. Nak buat macam mana, nak create post via email, tak reti. Padahal dah tengok tutorial, tapi masih lagi tak menjadi, nama je pengguna BB, tapi tak pandai dengan aplikasi yang ada. Biar la. Nak buat macam mana.. Asyik tak jadi je bila nak post. Gggraaammm saya tau! Dekat tempat keje pulak, adoi,, connection asyik limited je. Bengan jap saya rasa. Dah la ada main, susah gak nak cilok-cilok. Nasib baik ada aplikasi lain, boleh juga cilok.. Wink2..


Korang rasa tercabar tak bila dianggap kurang pickup. Saya sangat pantang oooo.. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. Sabar je la yang mampu mengatasi perasaan itu. nak buat macam mana kan,. Redha je la dengan tentuanNYA.. Mungkin ALLAH S.W.T nak uji kesabaran saya sebanyak mana.. Saya akur. Saya ambil itu sebagai satu cabaran! Tak akan mudah mengalah itu saya! Percayalah tiny, kamu mampu lakukannya..


NOTA JARI: AKhirnya, saya mampu buktikan, saya juga boleh seperti orang lain! Jika kau fikirkan kau boleh!! Pasti boleh! Yang penting, jangan bilang tidak!! Bilang yang lain ok. Tidak je jangan bilang. :)

Monday, June 6, 2011

NEW WORKPLACE! = Anddreeeeee anddreeee

Assalamualaikum...


Petang sudah. kalau pekena ais kacang ni, nikmat! Tengok tajuk entri pun, macam dah tak tahu nak gambarkan perasaan cik tiny sekarang nih! Tapi, sedih, sebab tak dapat nak pantau blog tersayang ni setiap saat! Hoi cik tiny! Kerja lah! Ingat kerja hang duk online facebook, tak pun, duk mengadap blog KISAHTINY ni je? Ku panjatkan syukur padaMU.. Kerana rezekiMU masih bersamaku.. Susah-susah dulu, senang-senang kemudian kan? Kalau duk alpa, kejap je ALLAH S.W.T tarik balik rezeki tu. Jangan sekali leka ye! Ingat bahawasanya, semuanya adalah pinjaman! :)


Tak dapat nak duk depan KISAHTINY.. Agak sunyi sikit. Ye la.. Selalu semakkan dashboard kalian, tak pun, semakkan chatbox kalian. Jangan rindu saya tau! (Perasan!!) Kalau tak, ada je ayat-ayat " blogjogging sini n follow sini ye.. hye tuan rumah".. tak pun, singgah sini jenguk2".. tak pun, "jln2 jenguk sini.." macam-macam dah rasanya duk jogging! Sampai ke benua eropah dah kot! :) Adoi! Saya masih biasakan diri di tempat baru. Yang pasti, saya sukakannya! Mana tidaknya! Hati sudah senang. Jauh dari orang-orang. Walaupun kejap-kejap je boleh online, saya tak kisah. Asalkan saya bekerja dengan hati yang senang! :) Itu lagi penting buat saya.


NOTA JARI: Nak SAGA FL 1.6 please!! Warna putih ye! Boleh yep yep!! :) Moga semua kawan-kawan saya sentiasa diberkati olehNYA. Seminggu 100 BINTANG JATUH. :) love ya!

Friday, June 3, 2011

FIRDAUS: Seminggu 100 Follower

Assalamualaikum...


Tik tok tik tok.. Petang sudah.. Kejap je masa berlalu.. Bila dah duk melenggang kangkung gini, tangan mula la best duk klik klik kan. Balik, hambik ko! Sakit kepala la jawab dia nanti. separuh hari mengadap laptop saje! Syhhh.. Jangan bebel tolong... :) Tadi duk blogjogging, disebabkan oleh blog saya nak diet sikit. Balas kunjungan kat sorang blogger, blogger FIRDAUS LIFE. Tiba-tiba, eh eh, ternampak segmen. Sepanjang jadi blogger ni, jarang sangat nak join-join segmen, tapi, disebabkan hamba free, hamba join sahaja. :)



SEGMEN: Seminggu 100 follower. Makkk aihhhh... Mampukah saya capai target itu.. Alahai.. Saya bukan blogger famous d amos pun. Blogger sekadar mahu kenal kenalan, melepak tak ada kerja. Kalau capai 100 follower seminggu, sudah syukur sangat dah tu. Kalau tak sampai pun, lagi la bersyukur. :) Nak join segmen ni sama, leh la KLIK SINI


NOTA JARI: Jum rakan-rakan, join segmen ni, mana tahu, traffic anda naik ke, rezeki jangan tolak yep.

Tengah hari bersama McChicken..

Assalamualaikum...


Dah lunch? Saya makan tengah hari ini sahaja. Lapar yang amat tadi! Terliur sekali sama itu cream puff di dalam skrin! Nak makan cream puff kat MID VALLEY!! grrrrrr.. (marah ke?) Menu makan, McChicken! Nyummy! :)

Skrin saya makin kecil? Yeah! Word SAYA JAHAT SANGAT kat skrin tak ada dah?? Ini sebabnya, saya gunakan Mr.Asus. Mr.Compaq ada kat sebelah, bakal di pulangkan kepada HANDAL CONSTRUCTION. Nama lagi laptop company kan? Tak kan nak buat harta sendiri, (rasanya selama bekerja, dah buat cam harta sendiri) kuang2...

Tengok.. Sehari tak snap picture, tak sah kalau dengan orang yang di panggil tiny nih! Bye2 Mr.Compaq... Banyak berjasa selama saya bekerja. Hari last kot di sini hari ini.. Minggu depan, welcome to Kuchai lama. Grrrr.. Kembali ke tempat asalmu. :) Saya tak akan tanggalkan labelling itu. hahaha. (gelak jahat) Tinggal kenangan sikit. Tengok-tengok, tak sempat esok, bos tanggalkan. hahahah...


NOTA JARI: Drive thru MCD yang terakhir di MCD PUCHONG PERMAI. Bakal merindui ke? Mungkin tak kot.. OLDTOWN menanti saya! Makin bulat la saya nanti!! Bye-bye kawan-kawan sekerja... :)

1 Rejab.. Cepat je masa berlalu...

Assalamualaikum....


Masih tak terlambat tuk ucapkan selamat pagi kan? Hari ni, kita dah mencecah 1 Rejab.. pas tu, Syaaban menjelang, didatangi Ramadhan, Syawal! Yeah! Raya! Macam budak kecil sahaja! Harap maklum sikit ye cik tiny, sila bagi duit raya. Oh tolong sikit. Saya masih kanak-kanak lagi.. lalallala... Mahu kongsi-kongsi artikel mengenai REJAB..Di petik dari laman web JAIS..


Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:


1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu    dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj

     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk

    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

 5.Lahirnya Imam Syafie RH

    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.


NOTA JARI: Lakukanlah dengan hati yang ikhlas... Moga kita sentiasa di berkati olehNYA... Insyaallah.. Tuk pengetahuan kita bersama,. Jempput-jemput baca... :)

Wednesday, June 1, 2011

Antara keperluan dan keinginan..

Assalamualaikum....


Mana satu jadi pilihan? Bila di fikir-fikirkan, antara dua, keperluan, mahupun keinginan. Mana satu jadi pilihan kalian ek? Kalau nak ikutkan saya, yang suka terjah menerjah ni, macam keinginan yang saya dahulukan. Oit tiny! Habis tu, kamu tak payah nak makan, tak payah nak minum eh kejarkan keinginan tu? Huh! Hah! Kan dah kena marah! Siapa boleh tahan dengan keinginan hati? Tambah lagi bila ada orang ketiga duk hasut-hasut. Oit oit. syuh syuh syuh.. Pentingkan yang lebih penting tiny! Yang tu bila-bila masa ada pulus, anytime je boleh grab! Tak semestinya cerah sampai ke petang okeyh dik non! Tahu, tapi tapi... Nak jugak.. Hmmm.. Haruslah merewardkan diri juga kan. Bila dah berhempas pulas bertungkus lumus mencari sesuap nasi.. Please...

COACH MADISON DOTTED OP ART DOTTED SOPHIA SATCHEL

Cantik kan? jum klik sini PRINCESS VICTORIA STYLO
Saya memang tengah melawan nafsu keinginan ini! GRRRRRR...



NOTA JARI: Cakap tengah melawan nafsu keinginan, tapi masih lagi duk klik situ.. Layankan aje lah!

Follower Bertuah ke-200..

Assalamualaikum...


Duk ralik berblogjogging, sedar tak sedar sudah genap angka 200! Yeah! Mari kita lihat siapa yang kena untuk angka ini.. ...

...


...


...


jeng jeng jeng... ini lah Bintang Jatuh yang bertuah kat KISAH TINY... 
Meh ramai-ramai jenguk blog SHE'S GEE.

Terima kasih yep! Sudi singgah blog yang tak seberapa ni. Merapu merepek itu saya. Selamat berkenalan yep! :) 


NOTA JARI: Setiap angka genap, atau saya rasa no itu agak cantik, saya rasa, macam saya nak bagi hadiah untuk bintang jatuh dekat KISAH TINY ni.. Gee, gee, sila singgah sini, dan tinggalkan jejak untuk cik tiny menghubungi kamu.. hihihi..

Warna-warna kehidupan...

Assalamualaikum,...

Selamat pagi semua. Samapi tempat kerja, benda pertama kena buat, menggodek blog tersayang ni...  Memang tengah mengira detik demi detik nak cau cincau! Minggu last berada di sini, yeah! Minggu depan di tempat baru. Macam mana la agak nya yep? Harap semuanya berjalan dengan jayanya yep! Dalam minggu ni, rasanya, kuat duk verangan! Mana taknya, banyak benda kena survey! Banyak benda kena search. Walaupun Raya lambat lagi, tapi, kejap je masa berlalu sebenarnya kan? 2 Bulan lagi tinggal. Tup tap tup tap, status bakal berubah. Masing-masing sudah tentu punyai benda yang diidam-idamkan kan? Sama la kita! Sedang mencari itu kristal-kristal yang mahu digantung, sedang mencari itu bantal-bantal. Fine, nak buat sendiri, a.k.a D.1.Y malas kan! Duk blogwalking semua lah. dari B2B, dari sang mantan. Buat research, main dengan tona warna. Mahukan yang sesimple mungkin, tapi menarik! Walaupun pre, tapi tetap  mahu diabadikan selamanya.


Picture credit to: ARIWEDDINGCOUTURE
Pelamin Elyana. Fusss... MELETOPPPP kan! 


Picture credit to: KERJA KAHWIN
Cair hati saya!! :) 


Turquoise menjadi pilihan hati selamanya! Tak kira lah, orang cakap warna ni dah berzaman ke, janji, meletop nokssss! Cer tengok gambar di atas, menarik kan? Memang dah warna kegemaran, itu la yang jadi pilihan kan. Time pre, suka berwarna-warna, time akan datang, warna kegemaran juga,,. Putih itu suci, Sesuci cinta Zulaikha. Fine, tiny dah melalut! Cuci mata dengan warna ini hari okeyh! Jangan lupa kalau yang mana sedang mencari bridal, cer kalian klik-klik dekat link di atas, mana tahu, dapat membantu kan? 


NOTA JARI: Macam tak percaya je... ngehngeh