Tolong kami, bantu kami... :)

Tuesday, July 26, 2011

TAk TErluah

Assalamualaikum...

Selamat pagi! Saya masih ada untuk menaip dekat sini, meluah apa yang terbuku di hati.. Lama menyepi, tak bermaksud terus terdiam.. JAngan merajuk ye blog tercinta! Apa perasaan kalian pada hari ni? Seronokkah? Sedihkah? Saya? Sedih... Sedih bila takut pendapat saya tak diterima pakai...

Semua orang, dah tentu impikan yang terbaik untuk hari bahagia masing-masingkan? Pendapat kalian la kan? Tak boleh ke kita bersuara, untuk majlis kita? Emosi tak terkawal sikit ni.. Saya sediiihhh sangat! Hanya minta pemahaman dari mereka dan mereka.. Saya tak nak nenek saya sedih, andai terlalu awal hari bahagia saya. Saya masih ada cita-cita yang belum di capai.. Tolong la paham.. Orang cakap, benda baik jangan lengah-lengahkan. Tolong la.. Kita hanya mampu merancang. Saya juga punyai impian untuk hari bahagia saya! Bertunang pun dah macam-macam saya create untuk semua yang diimpikan dicapai, inikan berkahwin! Cucu tokmi sorang ni je pun.. Satu-satunya anak buah perempuan! Satu-satunya majlis berlangsung di rumah tokmi. Bukan selalu ada majlis bahagia begitu..


Hanya satu yang saya minta, tolong memahami saya... Tolong paham perasaan tokmi saya.. Bila diberitahu perihal kawin-kawin ni, tokmi terus sedih! Mampu ke saya nak dengar suara sedih nenek saya? Yang menjaga saya? Saya tahu, harapan nenek saya, adalah untuk saya kembali menyambung pelajaran saya! Itu yang dia inginkan! Tolong paham saya.. Paham situasi tokmi dan saya. Andai tidak mahu untuk memahami ahli keluarga yang lain, cukup memahami perasaan naluri nenek yang menjaga seorang cucunya.. Dari kecil, tengok membesar depan mata.


Nota jari: LUAHAN TINY..

Friday, July 15, 2011

KISAH BUNDLE

Assakamualaikum,..

Selamat malam semua.. Haaaa... esok dah Sabtu, selamat berhujung minggu rakan-rakan... Malam ni, tak lepas peluang ada masa untuk cerita.. Nak cerita pasal apa? Ni ha.. Pasal bundle.. Kalian minat bundle kah? Barang bundle pun, tak lebih kurang kualiti dia,.. Cuma second hand je kan? Nak kata fikirkan brand, sama je kot. Saya pun layan je bundle ni. Sejak encik dia mula berbisnes, publish dekat mudah, kami juga mulakan facebook butik allinone, menjual barang-barang bundle juga barang-barang accessories wanita, alhamdulillah, usaha mendatangkan hasil bila encik dia dah berjaya buka kedai. Sekarang, bukan setakat di facebook mahupun mudah je, pelanggan ramai juga datang ke kedai,nak tengok barang itu sendiri. Rezeki ada di mana-mana je, kalau kita tak usahakan, tak kan datang dengan sendiri.


Dulu, ada buat BUTIK ALLINONE, sekarang, encik dia dah create blog baru hanya untuk bundle sahaja. Meh la jenguk-jenguk sini, sambil membeli-belah. Baru sesangat ditubuhkan. Katanya, nak try di blog pulak, mudah-mudahan rezeki ada di situ,, meh klik sini ALLINONE BUNDLE. Promote sikit.. kot ada rakan-rakan blogger layan bundle ni gak,.. hohoho.. :) Saya tak dapat komisen pun tau.. Tolong je.. Kalaau partner tak minat bundle, tak terlayan juga bundle ni sebenarnya.. Terima kasih encik dia,.. :) Kalau nak datang gerobok setor kami, meh dekat KKTM JALAN TEMPLER sini,. kedai ala kadar je,, Nak jadi rakan kat facebook, leh la KLIK SINI.

Di edit oleh saya.. hohoh... nak juga selit nama... hahah.. layankan saje.. :)

NOTA JARI: Sokong la kami, agar mampu sampai ke tahap yang ingin dikecapi.. :)