Tolong kami, bantu kami... :)

Wednesday, March 28, 2012

Pelamin Putih Suci

Assalamualaikum.. Pagi nak masuk kul 12 PM dah pun..

Cerita pasal pelamin, agak-agak kalian, tema apa yang paling ok? Masing-masing ada idea kreatif masing-masing kan? Tambah lagi nikah kahwin ni hari bersejarah dalam hidup, kenangan manis.

Tiny rasa macam nak putih suci.. Semua putih please on that day! :) Yang perlu berwarna warni hanyalah baju family, baju nikah, baju sanding. Pelamin nak putih.. Nenek cakap ape laa, pilih putih. Putih cantik la tokmi..

 Nak gini boleh? Simple saje,.. Asalkan putih okeyh! 

Source: en.google



Nak macam ni jugak? Engagement Irma hasmie by Ariwedding couture.. 
Meletop cantik! 

Yang ni lagi lah! Simple menawan kalbu! Nak giniiii...
Source: en.google..


By ARIWEDDING COUTURE.. 

SEA GREEN! Sama! :) Bila digandingkan dengan putih, leleh u olls.. 

Nak putih nak putih.. Sekian! Design tak confrmkan lagi dengan vendor, just cakap nak putih suci je.. Harapan agar tiptop.. Insyaallah.. Moga semua selamat..

Tuesday, March 20, 2012

Cerita Resipi Ayam Rempah

Assalamualaikum, selamat pagi nak masuk tengah hari, tapi dalam ofis tetap terasa kesejukan, aircond dk sebelah je, mana tak sejuknya. Tu rasa macam pagi je.. :) Lama menyepi eh? Tak jugak, cuma tak ada new post je..

Berhujung minggu di kampung baru-baru ini, sabtu sampai, ahad dah datang KL balik. Aishhh.. Dapat manja kejap je dengan tokmi saya! Balik je, tak ada topik lain yang diborakkan, pasal kenduri kenduri dan kenduri. Tokmi lagi semangat dari saya dalam penyiapan untuk majlis! Macam mana ni? Kita layankan je la ye.. Dengan semangatnya, kotak2 door gift tokmi yang lipat-lipat. Alahai.. Sukanya dia..

Dan cerita resipi ayam rempah pula? Duk bincang menu untuk kenduri kendara, yeah! Saya berjaya yakinkan tokmi untuk mahukan ayam rempah. Bukan ayam sambal.. Seharian duk borak-borak dengan tok sedara saya pasal menu. Alhamdulillah, masih mahu kekalkan aktiviti gotong-royong sesama orang kampung. Ikutkan sahaja kehendak tokmi.. Dan saya dengan sungguh-sungguh, cari resipi ayam rempah. Sekali lagi yeah! Dapat! Teruja! Ayam panggang sekali untuk meja beradab! Hope ma dapat buat dengan jayanya...


Sila jenguk sini untuk pelbagai resipi masakan tau! Resipi Raidah.. Sekarang di hujung jari je... :)

Ayam rempah. Lapar dengan tiba-tiba..
Source: Dari blog resipi Raidah. 

Ayam panggang..

Source: Juga dari blog Resipi Raidah... 

Waktu lunch lambat lagi, tengok gambar sekian ni lapar pula. Jamu mata dengan gambar je la jawabnya kan? Lain-lain resipi nanti menyusul ye.. Tiny yang tak sedar diri, kerja ada sikit, sempat nak update sesawang ini, apa boleh buat, itu sudah kemestian dalam diari kisahtiny.. Sekian.. Wassalam.. 
 
NOTA JARI TINY: Siapa ada resipi tu, meh habaq mai...