Tolong kami, bantu kami... :)

Friday, June 14, 2013

# TTC - Lumiglow

Assalamualaikum.. Hallo2.. :)

Jumaat menjengah, dan bersyukur, masih diberikan nikmat untuk lalui hari ini.. Sejak 2 menjak ni, mula nak update cerita TTC.. Kalau tanya kenapa mula nak start cerita pasal ttc ni, jawapannya sebab nak ingat, apa yang dah buat, apa yang belum buat lagi.. Dari tradisional, mahupun moden.. Umur baru nak mencecah 25 tahun, kata kawin muda kan.. Kalau boleh, setiap benda yang buat untuk menanti rezeki itu nak catat kat sini.. Dah setahun kena makin bertindak agresif sikit.. :) Tapi, kena ingat gak, kalau ALLAH S.W.T tak izinkan lagi ada tiny dot dalam pewot ni, maka, takkan berlaku lagi.. Sentiasa la berdoa, moga dikurniakan rezeki itu untuk kami suami isteri.. INSHAAALLAH..

 1st cara berttc dengan produk LUMIGLOW.. Pakai sapu2 dekat bawah pusat... Untuk seimbangkan hormon kita.. Suami isteri boleh pakai produk ni.. Dengan tempat sapu yang berbeza.. hikhik.. Dah guna 1 botol, alhamdulillah, ada berbeza pada diri.. ekhemm.. :) Tapi tak teruskan pemakaian, sebab nak conceive natural... dah rasa ok, stop pakai.. inshaaallah.. Kita hanya mampu berusaha, dan yang penting tak boleh berputus asa..


1st botol LUMIGLOW.. Harga Rm tak ingat.. dalaam 1 ratus lebih... 
Syok pakai cz rasa berangin dekat perut.. sejuk2 gitu..

NOTA JARI TINY: Korang yang nak cuba try LUMIGLOW ni, saya beli di fb SENANG HAMIL.. Dekat JOM HAMIL pun ada.. Banyak juga la tempat yang jual.. moga usaha kita diberkati olehnya.. :)

Thursday, June 13, 2013

# TTC - Asic Folic Appeton Essentials

Assalamualaikum.. Selamat petang..

Hari ni, genap 1 tahun 16 hari usia perkahwinan.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Dah setahun sebumbung dengan suami tercinta.. Masih lagi menanti untuk rezeki cahayamata.. weee.. Untuk pertama kalinya bercerita isu try to conceive ni.. Usaha tanpa kenal erti putus asa dan percaya, satu hari nanti, inshaaallah ada rezeki untuk merasa perasaan seorang ibu.. Aaamin.. Gembira selalu itu penting.. :)

Bersyukur sangat punyai keluarga yang memahami erti rezeki anak di tangan ALLAH S.W.T.. Yang tak persoalkan dah ada ke, bila nak ada,. Orang2 sekeliling pula yang selalu duk sokseksoksek.. Tolong ye.. tolong hormati perasaan empunya badan.. tak hormati pun, sekurangnya memahami.. :) Ok, terlebih sudah..

Ni nak cerita pasal asid folic brand Appeton Essentials. Baru 2 hari lepas start makan. Sebelum ni makan asid folic brand Hovid.. Dah habis pun 1 kotak si hovid tu, tukar ke Appeton.. Banayak  baca blog kakak2 TTC yang lain cerita pasal brand ni.. So, tak ketinggalan la juga nak try.. :) Mula terfikir untuk buat bloglist baru untuk TTC. Senang nak tengok blog2 yang berkongsi berTTC juga.. Maklum la, tiny pun baru je nak jadi 1 of TTCian ni.. :) So memang kena banyak membaca dan paham..

Terima kasih untuk suami yang sentiasa support isteri dan tidak persoalkan isu ini. Syukur tak terhingga.. Siapa kita untuk tentukan hari sekian2 dapat cahaya mata.. Itu semua kuasa dia.. Walaupun jauh di sudut hati, sayu, sedih, pilu, terkenang, bila rezeki untuk nikmat itu, tapi perlu ingat, ada sebab dan musibabnya kenapa bukan milik kita lagi.. :) Cukup la kita bersyukur, kita masih ada di sini di sekeliling insan2 tercinta..


Ni ha rupa asid folic brand Appeton.. 1 kotak ada 3 keping.. untuk 3 bulan makan.. 
Inshaaallah.. Moga semua dipermudahkan.. :) 


NOTA JARI TINY: 2ww.. Next cycle, baru kita ke rawatan kesuburan ye.. :)