Assalam semua..
Alhamdulillah.. Masih diber kesempatan untuk lalui hari2 di sini.. Syukur tak terhingga bila bangun dari tidur yang panjang, masih bernafas, masih mampu membuka mata..
Phewww.. Entry yang dah bersawang duk terperap dalam draft.. Cerita ttc baru bermula. Ecehh.. Duk fikir berpuluh2 kali nak buat blog baru untuk ttc ni, tapi tak tertunai2 lagi. Sebab macam dah bercampur dengan blog general ni. Mana nak cerita ttc, mana nak cerita makan2.. ahah.. Makan je ko reti kan tini.
1st sekali, 20.8.13 langkah pertama di ambil untuk buat pemeriksaan.. Dah google2 sebelum pilih hospital ni, duk email akak Fatiha macam mana 1st step untuk buat treatment kat sana, dan alhamdulillah dia tak lokek untuk kongsi info. hihi. thanks kak.. :)Yang menariknya, semua pakar sakit puan adalah doktor perempuan! Itu yang di cari saya. Malu weyh kalau doktor lelaki. Sebolehnya nak doktor perempuan...
Untuk ke sini, sila buat appointment dulu tau. Call pihak hospital, dan nanti dia akan letak nama kita bawah doktor2 yang ada. Yang saya tau Doktor yang ada, Dr.Mashita, Dr.Fazlina, Dr.Noraini. Dan Tini pilih Dr.Mashita sebagai Gynae. weee.. Nak Dr.Fazlina sebenarnya, tapi Dr.Fazlina penuh hari tu. Tak ada rezeki la namanya tu.. :)
Masuk je bilik Dr.Mashita tu, dia ada tanya beberapa soalan la, berapa lama dah kawin, regular sex ke, duk bersama or jarak jauh,suami merokok ke tak, umur berapa,. Bila bagitau je umur, Dr. cakap, muda lagi. Alamak. Rezeki kawin awal Dr. hahah. Duk menunggu timang cahaya hati je ni.. :)
Antara ujian2 yang dah dilakukan:
Untuk isteri :
1. 1st step - Ujian Darah Hari ke - 2 period - 20.8.2013
2. 2nd step - Ujian Darah Hari ke - 21 period - 8.9.2013
Kedua ujian darah ni untuk pemeriksaan tahap kesuburan bagi isteri. Termasuklah ujian tiroid, prolactin, hormon progestron, LH dan FSH semua tu.
Untuk suami :
1. Semen Analysis - Ujian Air Mani (phewww.. dalam bahasa melayunya. hihi )
- Masa ni buat test di belakang pusat rawatan ni, nama company tu Gribbles. Yang buat test2 gini..
Agak segan gak, ada dua pilihan, samaada suami nak terus keluarkan sperm kat situ, or dekat rumah, tapi dalam masa 1 jam kena sampai di lab test ni. Syarat untuk hantar sperm ni, 5 hari tak boleh bersama tau. Hantar yang fresh2 nanti.. (ayat dah tak cover alngsung dah ni.) haha.
Keputusan Ujian: - 17.9.2013
- Time ni, tak kena buat appointment apa, sebab masa mula2 ke sana, kira2 date, doc dah letak sekali terus bila tarikh appointment seterusnya. Just bawak kad tu je tunjuk. :) Berdebar la gak menunggu..
Bila Dr. Mashita nak terangkan pasal result tu, masing2 dah sengih2, dalam hati cuak. Hahah.
Dan keputusan kami suami isteri ALHAMDULILLAH. NORMAL! Untuk isteri, subur, tiroid semua tu tak ada. Untuk suami, juga NORMAL! Senyum bila Dr.Mashita bagitau juta2 sperm bergerak ke depan. Dalam hati time tu, punya la syukur tak terhingga.. Rezeki belum di pihak kami lagi. Allah Maha Mengetahui! Percaturan dia adalah yang terbaik!
- Dr.Mashita sarankan bersama 3x seminggu, meningkatkan lagi peratus conceive. Apa lagi, gedik suami mula terpancar. hahah. Inshaaallah, usaha lagi... Dan untuk ujian selanjutnya, saya, kena lalui Ujian HSG di KPJ Kajang. Time ni, Dr.Mashita bagitau, untuk dapatkan doktor perempuan tak boleh
pastikan lagi. pheww.. Nasib baik boleh pilih hospital yang kita nak. So, tak pasti lagi nak buat di hospital mana... Untuk buat ujian ni, jatuh 26.9.2013. Google punye google, macam seriau je ujian ni. Ada cakap sakit, ada cakap sakit sikit je. Akan dipertimbangkan. Demimu anak. :) kena beranikan diri gak! Cost untuk ujian HSG ni, dalam RM180 - RM200. Jadi, kena buat pilihan nak buat kat hospital mana,. Dr.Mashita dah siap2 bagi borang untuk kita rujuk ke hospital yang kita pilih.
Ujian ni dibuat bila kita kering dari period. Habis je period, terus buat appointment untuk buat ujian.
Macam dah panjang sangat berceloteh. Nanti sambung lagi k. Banyak lagi nak kena google, untuk info diri sendiri. Nanti kita share2 k..
NOTA JARI TINY: Lega sangat bila semuanya normal. Kita mampu berusaha, berdoa untuk yang terbaik dalam hidup kita. Dapatkan yang kita inginkan. Tapi bila ALLAH.S.W.T tak izinkan lagi, kita tak mampu ada untuk segalanya yang diimpikan. :)