Tolong kami, bantu kami... :)

Saturday, April 23, 2016

Candle Light Dinner di Pantai Cenang, Langkawi

Assalamualaikum..

Kekok. Kekok menaip di sini. Kekok segalanya. Bertahun tiada entry. Tiba2 rasa rindu itu datang. Ya. Rindu. Rindu berceloteh apa sahaja.

Ni nak bercerita untuk ulangtahun kelahiran en.suami ni. Untuk ke berapa kalinya kejutan sentiasa menjadi. Alhamdulillah. Gigih tau isteri book flight ticket, hotel, planner untuk dia. Ya. Selalu kena berbunga. Bukan selalu kan surprise macam ni. Setahun dua kali. Ok la tu.

Kali ni ke Langkawi sempena birthday oppa. Pakej planner pula dari langkawi pakej qasih qasrina. Superb service! Recommended! Sangat senang. Untuk candle light dinner di Pantai Cenang, Langkawi Permata Kedah. Oppa sampai tak terkata. Dari appetizer, hingga ke main course, hingga ke dessert. Kenyang alhamdulillah. Dengan dekorasi yang macam dalam Romantika. Akhirnya boleh la beromantika sendiri kan. Walaupun bukan artis. Kohkoh. Cerita dengan picture boleh?










Kejutan untuk ulangtahun kelahiran oppa berjaya dengan izinnya. Alhamdulillah. Tak rugi untuk buat semua ni kat pasangan masing-masing. Tips rumahtangga untuk selalu berbunga. InshaaAllah. Kita yang mencorakkan kehidupan kita. Untuk yang manis2 sahaja. Hingga ke jannah. Aamin.