Assalamualaikum.
Jumaat yang mendamaikan. Masih dengan cerita yang lama diperam. Bertahun lamanya. Baru sampai mood nak menaip segalanya.
Gambar kenangan 8 November 2015. Hampir setiap bulan datang tengok rumah kami ni di hujung sinun. Tak boleh nak masuk dekat sangat, risau jadi apa-apa sendiri yang tanggung. Alhamdulillah. Dengan limpah kurniaNya. Rezeki kami dapat rumah ala-ala Edinburgh, UK ni. Berangan sangat la dari dulu nak sampai sana. Bila tahun ntah tabung nak penuh.
Masa ni, duit mengalir macam air. 10% deposit, bayar duit lawyer, bayar upgrading, semua duit simpanan. Lama tak berjalan jauh, menabung untuk rumah manis rumah ni. Kami tau kami bukan dari mereka yang senang, maka kami kena kerja kuat demi seketul rumah ni. Walaupun sarang burung, tapi cukup untuk keluarga kecil kami berteduh. Impian semua orang untuk miliki rumah manis rumah sendiri. Sujud syukur bila pinjaman rumah lulus. Gembira, sebak pun ada.
Nanti kita sambung dengan cerita bila dah dapat kunci. Banyak sangat angan-angannya. Alhamdulillah. Bila angan-angan menjadi nyata. Lain macam perasaan dia. Ya, sis dalam hati ada taman sikit.
Tulus,
Tin