Selamat malam kawan-kawan... Malam ni, malam raya,.. Oh.. Hati sayu dengar takbir raya tadi.. Itu la, sebelum ni, duk cakap ok je tak balik kampung. Sekali, hambek ko tiny, sebak jugak kan perasaan tu.. Tu la, sape suruh tak balik kan.. Mr.Half dah selamat sampai kampung hari Jumaat lagi. Sedih! Kena tinggal!
Baru rasa rindu bila jauh.. Kalau dekat, rindu jugak, tapi tak ada la sampai macam sekarang ni.. Dia pun tak sanggup nak tinggal saya raya sorang2 kat sini.. Apa nak buat kan.. :) keep smiling...
Menu apa pagi raya Esok semua? Saya dak siap masak rendang ayam dan kek batik untuk esok.. ambil mood raya.. Walaupun di perantauan, sorang2 pulak tu, masih ada mood lagi untuk main masak-masak. :)
Jemput la raya ke rumah esok ye... Nak lekatkan gambar kami la satu. Mood rindu! Ada dia pengubat jiwa lara... :) bakal memegang amanah abah dan mama, dengan menjaga saya...)
Sam & Tiny..
Di hari pertunangan kami... Doakan kami ye kawan-kawan...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
NOTA JARI: Makan daging tu berpada-pada tau... :)
No comments:
Post a Comment