Tolong kami, bantu kami... :)

Thursday, February 23, 2012

Door Gift PART II

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah.. Hari ini DIA memudahkan urusan... Akhirnya! Saya berjaya dapatkan kotak putih "FOLDING BOX" tuk jadikan sebagai door gift. Hati punya la tersenyum, tersengeh sahaja. Berbaloi-baloi! 500pcs box = RM60.. Suka sangat. Selain tu, banyak jugak barang-barang bakery lain kat sini.. Kedai dia, punya la teratur je, layanan pun peramah je. Assistant kedai ni bagaitau la, memang folding box ni best seller, kenduri bulan 3, bulan 6, bulan 12, kat sini la jadi perhatian bakal-bakal pengantin.

 Box ni banyak ukuran dia, 4x4x3, 4x6x3, 6x6x3. Tapi ramai B2B yang ambil size 4x4x3. Termasuk saya! Muat untuk letak muffin, chocolate dan 1 barang kenangan untuk majlis kesyukuran nanti.Yeah! Lagi-lagi checklist yang boleh digariskan. :) Alhamdulillah.. Moga semua dipermudahkan olehNYA..
Terima kasih untuk encik tunang. Sweets semua tu balik beli kat kedai borong kat kampung. Nampak gaya, untuk lipat-lipat box ni, kerja tokmi saya la nanti! :)

 BAGUS BAKERY BAKING SOLUTIONS ni ada banyak store. HQ dia kat Shah Alam. Berdekatan PJ, Kota Damansara pilihan saya. Jemput-jemput la ye ke sini, anda pasti berpuas hati.. Masa untuk google supplier reben pula.. LOVE IT! TQ tag dah mintak adik kecil comel saya design kan.. Tunggu je la nanti hasilnya. Dia juga buat banner dan bunting untuk kami, thank you adik!

1 saya dah buat, lagi 499pcs tokmi buat.. :)


NOTA JARI TINY: Moga hati saya tidak terluka lagi..

Wednesday, February 22, 2012

Rock Solid Heart Touching

Asslamualaikum..

Saat ni, baru selesai D.I.Y untuk guest note corner, tinggal mahu spray postbox jadikan warna putih.. Sambil telinga melayan lagu FLORA CINTA-MIN MALIK.. Tiba-tiba teringat arwah mama dan abah, yang telah pergi tinggalkan saya. Terpaksa terima dugaan yang diberi olehNYA.. Orang cakap, lagi banyak orang tu diduga, ALLAH S.W.T sayangkan dia..

Syukur, walaupun keluarga saya kecil, saya berkenalan dengan orang yang punyai keluarga yang besar, yang penuh dengan kasih sayang.. Bakal mempunyai adik-adik,. Dari anak tunggal, bakal masuk ke dalam keluarga yang besar. Sangat bersyukur. Selalu berdoa, moga semua yang diduga sepanjang hidup ini, diiringi dengan senyuman pada akhirnya.. Moga saya diterima baik oleh bakal keluarga baru, moga mereka bakal menjadi sebahagian dari saya.. Dan saya bersyukur, saya bakal ada seorang ma. Boleh tumpang kasih sayang seorang ibu.. Walaupun sekarang, tokmi tercinta abah, dan tokmi tercinta juga mama saya. Mungkin ada hikmah, mama, abah pergi dulu, tinggalkan saya tuk lalui hari-hari mendatang, mampu mematangkan diri ini, dalam membuat keputusan untuk diri sendiri..

Mungkin juga DIA biarkan saya seorang diri untuk berjumpa dengan bakal keluarga baru saya. Tanpa adik beradik, bakal menjadi kakak dalam keluarga baru. Serta bakal berikan saya seorang ma. Moga hidup saya sentiasa diberkati olehNYA.. Syukur dengan perkenalan antara kami, terjalin ikatan yang serius hinggakan bakal ke jinjang pelamin,. Macam-macam dilalui bersama, susah senang, tapi setiap kali itu juga diuji dengan perasaan.. ROCK SOLID HEART TOUCHING... 2006, beli laptop jenama ASUS, dan sampai hari ni, masih ingat dia pnye trademark.. ROCK SOLID, HEART TOUCHING.. Luaran kita berhati batu, tapi hati kita, tetap ada sikap sensitif, termasuk diri saya. Tambah lagi anak tunggal ni, nasib la kan. Salah cakap sikit, touching, tak dapat apa yang nak, touching, walaupun luaran duk cakap hati batu, itu hanyalah untuk kuatkan semangat! Agar tidak mudah putus asa! Agar mampu untuk berdikari! Agar semangat dalam diri ini kuat!

Untuk dia, saya tau, perbezaan antara kita,. Saya cuba untuk selami keluarga awak. Saya juga cuba untuk sesuaikan diri saya dengan keluarga awak, macam mana cubit paha kiri, paha kanan juga terasa. Saya juga mahu terasa menjadi salah seorang adik beradik keluarga awak, anak perempuan kepada ma, dan anak saudara kepada pakcik makcik,. Setiap lepas solat, saya selalu minta, moga tetapkan hati saya dan hati awak,. Kadang bila hati berduka, saya suruh awak istikharah tentang kita, agar tidak lakukan silap. Tapi awak cakap, kita ditakdirkan bersama, itu ayat yang mampu kuatkan semangat saya percaya bahawa awak adalah untuk saya,. Perkenalan dari ASAKELATE, dari kawan chatting, bertukar hingga sekarang saya tunang kepada awak. Cukup dengan apa yang dilalui saya sebelum ni, itu sudah cukup mematangkan diri saya.. Macam mana saya suruh awak fikir, adakah saya layak untuk awak, macam tu juga hati saya fikir, layakkah saya dengan awak.


Mungkin, hati ini keras pada luaran, tapi hati dalaman, tetap lembut. Andai ada jodoh kita, tak akan kemana-mana, saya hanya nak semua yang dirancang kita sempurna, berjalan lancar, macam mana keluarga saya gembira dengan kehadiran awak dalam keluarga kami, macam itu juga saya harapkan keluarga awak dapat terima saya seadanya diri saya.. Saya suka bila saat dapat jaga abah tatkala arwah abah sakit dulu. Itu kali pertama dan terakhir saya jumpa arwah. Cukup untuk dia kenal saya seorang sebagai bakal menantu dia... Moga arwah abah awak, arwah abah saya, arwah mama, ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Insyaallah... Terlalu banyak untuk ditulis, tapi lega bila separuh dapat diluah disini, separuh lagi? Saya harap separuh lagi perasaan saya terlontar ntah ke mana..


NOTA JARI TINY: Malam yang sunyi, luaran kamu mampu tersenyum, dalaman kamu tersangat terluka tiny..  Tapi dalaman itu patut di padam...

Monday, February 20, 2012

IDEA GUEST NOTE CORNER

Assalamualaikum...

Masih mood cuti-cuti sakit.. Tapi masih ligat berborak di sini.. Celoteh di sini teramatlah menyeronokkan.. :) Taip je apa yang rasa nak taip.. Peduli la kan.. Rasanya guna email saya tuk register blog tercinta ini, so, ini blog saya.. Terima kasih...

Idea pasal guest note corner.. Hohoho.. My cikda said, wedding of the year.. Yeahh.. Cucu perempuan tokmi yang pertama ( adam baru nak masuk 2 tahun, humaira pulak tak sampai sebulan lagi) Kecilnya keluarga kami... Bakal melangsungkan perkahwinan.. Jangan tak tahu, tokmi yang lagi bersemangat dari saya.. Punya lah duk godek-godek pasal guest book corner lah, sekali ada dalam blog Sis Kina... Tinggalkan komen mintak izin untuk guna idea dia tu.. Cuma tang postcard tu, saya edit letak gambar saya dan en.tunang, kiranya design sendiri tuk postcard..Tetapi idea untuk letakkan ke dalam post box, itu sangat menarik, buakan apa, senang nanti, tak perlu nak beratur tunggu turn ke apa ke... Semua boleh tulis.. Sweet je... (Nak kena letakkan dayang yang tak berapa segan dengan tetamu). Selepas semua selesai, barulah boleh di reviewkan.. Kan? :)

credit to: BLOG SIS KINA

Tulis dan letak ke dalam peti surat itu.. Sangatlah senang untuk semua kan? B2B lain, boleh la ke blog sana untuk tengok dengan lebih lanjut susulan majlis perkahwinan dan idea kak Kina ni.. Sangat best!

 NOTA JARI TINY: Sedang potong postcard yang di print oleh en.tunang.. :) Dia print kat ofis dia, alhamdulillah.. Jimat lagi... ahakzz...

Sunday, February 19, 2012

Door Gift

Assalamualaikum...

Hari yang penuh ketenangan, berhujung minggu di rumah sahaja.. Sakit mata, so kat rumah je la kan. Kalau tak sakit, saya ukur jalan rasanya.. :)

Nak cerita pasal door gift, masih belum dicheck. Pening juga.. Kejap nak guna paper bag, tapi macam dah biasa pulak guna paper bag. Jadinya, terfikir nak guna white box... D.I.Y sendiri reben dan tq tag.. Kat dalam, tengah fikir nak letak muffin moist choc, sweets and 1 benda kenangan.. Box gift ni bercadang untuk bagi kat orang-orang kampung,. Simple je, cukup untuk hargai kehadiran mereka di hari bahagia kita kan?

credit picture en.google..
Cuma nak guna white box, reben hijau turquoise campur mustard yellow.. 
Tq tag, tak pasti nak tampal terus kat box atau ikat macam gambar di atas. 

Kotak pulak, ramai B2B cakap murah dekat SINI.. Store Bagus Baking Solutions terdekat, KOTA DAMANSARA.. Banyak lagi store dia, so, boleh la ke website dia k..Harga yang diwar-warkan boleh tahan murah dia... Ada masa lagi, boleh la isi masa lapang deco box ni nanti..

Nampak gaya harus rajin, 98 hari lagi.. Oh mata, jadi la baik baik aje... 

NOTA JARI TINY: Berharap box gift ni sebagai idea terakhir untuk dijadikan cenderahati para tamu...

Wednesday, February 15, 2012

KLINIK KESIHATAN TAMAN MEDAN JAYA

Assalamualaikum..

Tinggal di Taman Desa, boleh la pulakkan ke klinik daerah petaling.. Mana la nak tau kat mana letaknya Klinik Kesihatan KL ni.. Terima kasih en.google, nasib baik dekat je ke Klinik Kesihatan Taman Medan Jaya, dekat dengan Taman Datuk Harun, ejaan betul ke salah saya tidak pasti..

Jakun sangat ke sini, tapi boleh la, walaupun ramai, services dia ok.. Yang penting jangan segan nak bertanya.. Selalu duk masuk klinik swasta je, tiba-tiba kena RM1, tersenyum,.. Sakit mata ni berjangkit.. Ditambah lagi mc 2 hari,.. Dan rawatan susulan... Malas sangat nak g swasta, yang mahal, tapi mc sehari je dibaginya.. Sakit mata mana kita tau baik bila.. Bila nak sambung mc lagi, kena lagi.. aishhh...

Semuanya bergerak sendiri, tanpa menyusahkan orang lain.. Termasuk bakal suami.. Good job tiny! Buktikan anda seorang yang tidak suka menyusahkan orang.. Dan mula balik hidup dalam dunia kamu sendiri... :) Dan hari ini, 2 roadblock saya tempuhi.. Rajin tol la abang2 polis ni tengah-tengah bulan pulak tu.. Sabar je la.. Banyak dan pada entry hari ini.. Yang mana tercari-cari klinik kesihatan near Kuchai Lama, Taman Desa, boleh ke sini...

NOTA JARI TINY:  Be good mata...

Tuesday, February 14, 2012

Deactivate Account FB

Assalamualaikum..

Akhirnya, account facebook dah deactivate.. Mendiamkan diri untuk sementara waktu.. Moga kali ni, diamku luar biasa dari yang sebelumnya.. Kalau boleh, mahu dimatikan talian nset juga.. Boleh? Tak kisah la kan, asalkan hati tenang dengan diri sendiri..

Tengah2 sakit mata ni, makin kuar air mata, makin sakit weyh mata rupanya.. Baru tahu.. Nak buat macam mana, dah lama duk tahan.. Kena berdoa banyak-banyak, moga tetapkan hati ini.. Sakit pun, nobody cares sebenarnya. Sentap nak mati hati ni rasa.. Luah je la kat blog ni kan. Apa susah. Cukup berbisa kata-kata darimu.. Bila lama dipendam, buatkan rasa dendam dan benci itu timbul. Tapi itu perasaan jahat yang patut kita hindari sebenarnya.. Saya tak nak timbul rasa benci itu takut bila rasa itu timbul, memudaratkan banyak pihak. Mahukan kembali cara kehidupan 3 tahun yang lalu. Hanya diri saya sendiri.. Kata-kata kamu cukup buat hati terluka. Pasrah dengan keadaan. Orang kata pasrah itu menyerah,. Yes.. saya menyerah..

NOTA JARI TINY: sentap hati terluka..Terdiam tak terkata, tersenyum berair mata..

Box Silver

Assalamualaikum...

Bangun-bangun semua.. Selamat pagi.. Dah breakfast kah? Me? Tak berapa nak sihat, akibat penyakit Conjunctivitis,. Sakit mata ni ha.. Merah dan berair saja mata ini.. Ujian..Kawan2 sihat kah? Moga semua sihat walafiat hendaknya k..

Persiapan makin banyak percent dah... Tema hantaran nak bagi kat encik tunang, macam gambar kat bawah ni.. 

Nyummy! 

Cantik-cantik bekas hantaran kat blog akak tina ni.. Tinaju Hantaran .. Untuk saya dah selamat beli pinggan, boleh guna lepas kahwin.. Untuk bagi encik tunang, Mahu sewa, kalau beli, cost lagi banyak.. So, seboleh dapat cut, kita cut yang mana boleh.. Asalkan, barang2 hantaran dapat letak dengan gayanya, dan encik OP dapat ambil shoot secantik mungkin.. Tak ke untung namanya tu... Siapa2 nak sewa bekas hantaran, boleh la singgah SINI.. Harga dia berbaloi-baloi.. Cantik pun cantik... 

NOTA JARI TINY: Mahu makan nasi lemak.. Dapat cuti, tapi sakit,.. Sabar dan redha...

Sunday, February 12, 2012

Hantaran Pinggan

Assalamualaikum...

Hujung minggu sarat dengan aktiviti cari pinggan area Petaling Jaya dan berakhir di KK HOME DECOR SACC MALL... Penat tapi berbaloi sesangat... Sebelum KK HOME DECOR, tak usah cerita la berapa banyak kedai yang dimasuk.. Sabar dan redha...

Berkeinginan menerima hantaran dari pihak encik tunang tema pinggan,. So, berpuas hati dengan harga dan services di KK HOME DECOR... Kalian, berhasrat nak ajak parents shopping pinggan mangkuk sume tu, boleh la kunjungi KK HOME DECOR.. Nice sesangat! :)


:) Senyum sampai ke telinga...Separuh dari pinggan yang siap sedia untuk jalankan tugas dia nanti..

Sampai kat KK HOME DECOR, mula dah rambang mata, mana pegi plan, mana pegi list pun jadi kalutttt... Awat hang nii. :) Syukran.. Syukur dia mempermudahkan urusan.. Later baru decide theme pulak okeyh..


NOTA JARI TINY: Kasihan kat encik tunang, sabar dan redha ye encik..


Wednesday, February 8, 2012

Prosedur Perkahwinan

Assalamualaikum...

Sungguh lama tidak di sini, menyepi, bermuhasabah diri... Muhasabah ke? Sebenarnya, banyak yang berbeza, dulu dan kini kisahtiny... Memerlukan semangat sebenarnya.. Kita pandang bulan dan bintang yang sama kan? Tapi kisah kita tetap berbeza... Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang MAHA MENGETAHUI sekalian alam..

Sedar tak sedar, dah mengjangkau 5 bulan usia pertunangan kami.. Lagi beberapa bulan ijab dan kabul, insyaallah... Saat ni, sangat sibuk mana nak survey Dais n so more. Yang penting, perkahwinan secara ISLAM.. So, kiranya saya B2B la eh? Bride to be? Banyak juga saya jadikan Mantan B2B sebagai rujukan tuk persiapan saya... TQ blogspot! Mana tidaknya, kalau tak ada blogspot, saya tak jadi la salah seorang blogger... :) Senang sangat nak search perihal kawin mawin ni... Secara random persiapan:

Groom's Task  (En. Tunang la tu kan? :) 

1. Ikuti Kursus Kahwin -Done
2. Isi borang mohon kahwin - On progress
3. Tandatangan jurunikah/wakil
4. Bawa 2 orang saksi
5. Ujian HIV
* KL/SELANGOR - Valid for 6 month
*Negeri2 lain - Valid for 3 month.
Kelantan pulak special sikit, if nak ambil test kat KL, macam saya, kena ambil borang dari KELANTAN, kalau tidak, permohonan anda tidak akan diterima.. Sekian.., :)

6. Serahkan borang yang lengkap kepada pengantin perempuan.

Bride's task ( me la kan? :) 


1. Ikuti Kursus Kahwin - Done ( tak collect sijil lagi)

* note: ingat ye sayang-sayang, jangan laminate sijil kursus pra perkahwinan tu, nanti kena dapatkan cop Jabatan Agama Islam), dah dapatkan cop tu nak laminate ke apa ke, terpulang.. :)

2. Ambil borang yang lengkap dari pihak lelaki.
3. Ujian HIV
4. Isi permohonan kahwin
5. Wali dan 2 orang saksi..


Baru bab-bab isi form, belum masuk bab-bab mengdepositkan yang mana patut. Pening okeyh! Saat ni la, mula bayangkan, kalau la arwah mama ada, kalau la arwah abah ada, tapi semua tu kami dapat berjumpa di sana... Nasib diri anak tunggal, ko buat la sensorang Tiny! Me ada kawan-kawan kan? Time ni lah nak tengok mana kawan mana lawan.. hohoho.. Boleh eh gitu?



NOTA JARI TINY: Banyak lagi nak celoteh, selesaikan satu-satu la dulu.. Nak tahu lagi ke sayang-sayang? Sharing is loving kan?