Tolong kami, bantu kami... :)

Thursday, February 23, 2012

Door Gift PART II

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah.. Hari ini DIA memudahkan urusan... Akhirnya! Saya berjaya dapatkan kotak putih "FOLDING BOX" tuk jadikan sebagai door gift. Hati punya la tersenyum, tersengeh sahaja. Berbaloi-baloi! 500pcs box = RM60.. Suka sangat. Selain tu, banyak jugak barang-barang bakery lain kat sini.. Kedai dia, punya la teratur je, layanan pun peramah je. Assistant kedai ni bagaitau la, memang folding box ni best seller, kenduri bulan 3, bulan 6, bulan 12, kat sini la jadi perhatian bakal-bakal pengantin.

 Box ni banyak ukuran dia, 4x4x3, 4x6x3, 6x6x3. Tapi ramai B2B yang ambil size 4x4x3. Termasuk saya! Muat untuk letak muffin, chocolate dan 1 barang kenangan untuk majlis kesyukuran nanti.Yeah! Lagi-lagi checklist yang boleh digariskan. :) Alhamdulillah.. Moga semua dipermudahkan olehNYA..
Terima kasih untuk encik tunang. Sweets semua tu balik beli kat kedai borong kat kampung. Nampak gaya, untuk lipat-lipat box ni, kerja tokmi saya la nanti! :)

 BAGUS BAKERY BAKING SOLUTIONS ni ada banyak store. HQ dia kat Shah Alam. Berdekatan PJ, Kota Damansara pilihan saya. Jemput-jemput la ye ke sini, anda pasti berpuas hati.. Masa untuk google supplier reben pula.. LOVE IT! TQ tag dah mintak adik kecil comel saya design kan.. Tunggu je la nanti hasilnya. Dia juga buat banner dan bunting untuk kami, thank you adik!

1 saya dah buat, lagi 499pcs tokmi buat.. :)


NOTA JARI TINY: Moga hati saya tidak terluka lagi..

3 comments: