Tolong kami, bantu kami... :)

Monday, August 6, 2012

RESIPI SIAKAP 3 RASA

Assalamualaikum... Salam nuzul quran..

Alhamdulillah.. Syukur tak terkira... Setiap kali lepas solat, air mata mengalir, mengenang mereka yang telah disambut olehNYA.. Banyak sangat liku yang dilalui, sebelum dapat jalan yang lurus... Tapi saya tetap bersyukur..Apa yang dipegang hanya satu, hikmah disebalik setiap ujian dariNYA.. Tanpa usaha, tak kemana juga kita.. Bila dah di jalan yang lurus, jangan pula kite leka andai satu hari jalan yang lurus itu bertukar menjadi jalan yang berliku.. Tak siapa yang tahu.. Pujuk hati sendiri.. Kita rambut je sama hitam, hati belum tentu lagi sama.. Kalau rambut warna-warni tu style lah kan.. Melalut dah ni.. Permintaan seorang teman, mahukan resipi siakap 3 rasa.. Tengok tajuk pun memang itu lah kan..

SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahan:
- 1 kg/seekor Ikan siakap- saya dapat 2 ekor 1 kg.. rezeki.. :) ikan sederhana besar
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukupnya
- Cili boh secukupnya
- 2 biji bawang putih (dicincang halus)
- 2 inch halia- saya kisar sekali dengan bawang merah :) 
- 4 biji bawang merah yang besar tu (dicincang halus) - boleh gak nak blend je sume..
- nenas (dipotong dadu)
- tomato (dipotong dadu)
- carrot (dipotong dadu)
- 2 batang serai (di titik)
- Daun Ketumbar - untuk hiasan


BAHAN SOS:
- Sos Tiram
- Sos cili
- Garam
- gula

CARA-CARA

  1. Saya guna bawang putih sikit dengan kunyit hidup dan garam untuk diratakan pada ikan.
  2. Pastikan minyak betul2 panas, baru masukkan ikan, so, ikan tak ada la melekat.. :) Goreng terendam ikan sehingga garing menggunakan api sederhana.
  3. Guna minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah yang kisar dengan halia tu,..
  4. Bau dah semerbak, nampak garing cikit, masukkan cili boh.. Saya guna 3 sudu.. Ikut sukatan sos yang nak.. Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili, garam n gula sesedap rasa..
  5. Masukkan carrot, tomato, dan nenas.. Tak cukup sos, tambah 2 cawan air..Masak sehingga mendidih.. Rasa dah sedap,
  6. Siram kuah di atas ikan.Hias dengan daun ketumbar mengikut kreativit.. Letak salad pun boleh,.. Saya hias dengan tomato2 yang di hiris bulat.. Ikut korang la ye.. :) 
  Siakap 3 rasa.. 2 ekor dapat.. Berbaloi-baloi.. Siap sedia untuk di bawa ke puncak alam.. Cz buka puasa umah makcik, so, masak lauk sikit.. Juga buat kerabu sotong.. Alhamdulillah.. Tinggal tulang je..
 Kerabu sotong pun licin.. Suka sangat.. Buat juga kek tiramisu dan coklat oreo.. SUPERWIFE.. :)

NOTA JARI TINY: Syukur alhamdulillah.Air tangan puan tiny.. :)

Friday, August 3, 2012

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Salam Jumaat.. Bersamaan 14 Ramadhan.. Bersyukur dengan rezeki yang dkurniakan olehNYA.. Kita masih ada di sini untuk lalui hari-hari yang mendatang..

Hari ni nak berkonsi resipi asam pedas ikan jenahak.. Tak ada jenahak, ikan apa pun boleh la.. Resipi dipetik dari aunt Nani Rostam.. Saya ikut sukatan untuk makan 2 orang.. Duk berdua dengan encik suami je pun. Masak banyak-banyak membazir pulak.. Jadi, bahan-bahan dah diolah ikut sukatan berapa orang makan.. :)

Bahan-Bahan:

Bahan a:- blend n  ketepikan
- Cili kering/cili boh
- Buah keras 3 biji
- 1/2 inch belacan

Bahan b:- blend n ketepikan
- bawang merah 4 ulas
- bawang putih 3 ulas
- serai 1 btg
- 1 inch kunyi hidup

Bahan c
- biji halba
-daun  kari & daun kesum
- tomato/bendi - saya pilih bendi

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis biji halba, daun kari, & daun kesum
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran BAHAN A bawang, goreng sampai garing.
3. Masukkan kisaran BAHAN B cili kering or cili boh,. - saya guna cili boh 4 sudu, sampai la naik minyak..
4. Masukkan air asam jawa, garam, gula, secukup rasa.
5. Saya tambah bunga kantan 1 kuntum, dan juga 2 keping asam keping.. D Dah masak elok baru letak ikan, bendi, sume tu.. :)

* Pasti terangkat makan dengan nasi panas.. :) memang sedap!!! Senang sangat2.. tak payah nak g kedai makan dah.. Silap-silap boleh buka kedai makan lak.. :)


Yang ni saya punye masak.. Anda pula bagaimana? :)

NOTA JARI TINY: Selamat mencuba semua!