Tolong kami, bantu kami... :)

Friday, August 3, 2012

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Salam Jumaat.. Bersamaan 14 Ramadhan.. Bersyukur dengan rezeki yang dkurniakan olehNYA.. Kita masih ada di sini untuk lalui hari-hari yang mendatang..

Hari ni nak berkonsi resipi asam pedas ikan jenahak.. Tak ada jenahak, ikan apa pun boleh la.. Resipi dipetik dari aunt Nani Rostam.. Saya ikut sukatan untuk makan 2 orang.. Duk berdua dengan encik suami je pun. Masak banyak-banyak membazir pulak.. Jadi, bahan-bahan dah diolah ikut sukatan berapa orang makan.. :)

Bahan-Bahan:

Bahan a:- blend n  ketepikan
- Cili kering/cili boh
- Buah keras 3 biji
- 1/2 inch belacan

Bahan b:- blend n ketepikan
- bawang merah 4 ulas
- bawang putih 3 ulas
- serai 1 btg
- 1 inch kunyi hidup

Bahan c
- biji halba
-daun  kari & daun kesum
- tomato/bendi - saya pilih bendi

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis biji halba, daun kari, & daun kesum
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran BAHAN A bawang, goreng sampai garing.
3. Masukkan kisaran BAHAN B cili kering or cili boh,. - saya guna cili boh 4 sudu, sampai la naik minyak..
4. Masukkan air asam jawa, garam, gula, secukup rasa.
5. Saya tambah bunga kantan 1 kuntum, dan juga 2 keping asam keping.. D Dah masak elok baru letak ikan, bendi, sume tu.. :)

* Pasti terangkat makan dengan nasi panas.. :) memang sedap!!! Senang sangat2.. tak payah nak g kedai makan dah.. Silap-silap boleh buka kedai makan lak.. :)


Yang ni saya punye masak.. Anda pula bagaimana? :)

NOTA JARI TINY: Selamat mencuba semua!


No comments:

Post a Comment