Tersedar dari mimpi yang panjang.. Buat diri rasa kosong untuk berjari
jemari di sini. Syukur, masih ada di sini. Di pentas opera.. Perjalanan hidup
kian berubah.. Berubah dari hari ke hari.. Dari seorang anak dara, kini Alhamdulillah,
bahagia di samping suami.. Satu perubahan pada diri yang banyak bezanya.. Mana
taknye, rutin berubah. Cuma yang tak berubah, rutin bekerja. Pagi kerja, petang
balik rumah.. Yang berbezanya dihantar
juga dijemput.. 5 bulan dah tak drive sendiri.. tak ke untung..
Terlalu banyak aktiviti yang berubah.. Hobi juga turut berubah..
Masak-masak,cuba resipi baru,. Makan dan makan dan makan. Yang penting suami
suka. Tahun ni juga tahun pertama berhari raya dengan suami, ibu mertua,
adik-adik ipar juga sanak-saudara baru. Yes.. Saya sangat kekok. Kekok kalau
ada tingkah laku silap ke apa ke.. Tapi saya cuba menyesuaikan diri. Dan yang
paling best juga seronok, dapat merasa panggilan ibu saudara.. Panggilan CIK
LONG pulak tu.. Buat diri teruja. Kalau ikutkan angan2 dulu, nak anak buah
panggil mummy.. Insyaallah, anak2 kawan2 nanti bahasakan mummy… Sangat
sayangkan baby.. Sangat suka untuk cium baby, kadang diri sebak sendiri, rindu
arwah mama juga arwah abah..
Setiap kali shopping, terpandang kedai baby, memang ada je yang dibeli
untuk anak buah.. 1st anak buah kan. Kalau bertambah lagi, lagi la
meriah.. Ni kalau anak sendiri, tak tau la cerita macam mana.. INSYAALLAH…
Doakan kami ye.. Moga ada rezeki nanti.. Kita hanya merancang, dia yang MAHA
MENGETAHUI segalanya yang terbaik untuk hambanya…
Nama saya Muhammad Adam.. I am superbaby... Tembam sangat2... Sangat pandai bila orang ajak bergambar.. Handsome boy juga hero kami..
Saya dapat booties baru dari CIK LONG.. Love u..
Cuba tengok.. Dorang berinteraksi dengan mata.. Sangat2 cumel..
Ayah Long dengan Muhammad Adam..
NOTA JARI TINY: Hidup ni ibarat bola... Bulat je.. Ada juga kadang macam roda..
No comments:
Post a Comment