Tolong kami, bantu kami... :)

Wednesday, January 23, 2013

Chocolate Fountain - Majlis Hari Lahir

Lagi2 cerita pasal chocolate fountain.. Nak promo untuk korang ni.. Yang mana nak buat majlis pertunangan ke, majlis hari lahir si kecil ke, majlis perkahwinan ke, atau apae2 majlis lagi la, boleh dapatkan khidmat tiny tau. Untuk Maulidur Rasul esok hari, tiny nak bagi sepcial promo untuk para pelanggan kami..

Confirm tak rugi tau amik pakej kami yang sangat2 berbaloi ni.. hohoho.. Kali ni, hujung minggu lepas, Coklat Tiny berada di Kelab Shah Alam untuk majlis hari lahir si kecil RESHVAR SARATHAN... Mummy Reshvar pilih tema twinkle2 little star.. Biru & kuning warna pilihan.. Sakan tau i duk create deco untuk event, untuk kepuasan pelanggan..


 ada juga coklat crepe n strawberi crepe tau koranggg.. Mummy Reshvar add on crepe ni untuk sajian para jemputan.. nyummmy.. Ramai puji sedap.. Alhamdulillah..


See.. Bukan main cute lagi si pemakai apron biru itu.. itulah saya.. hohoho.. Tulisan Happy birthday tu daddy Reshvar yang tuliskan.. Mintak dorang tulis dalam tulisan dorang.. Tapi daddynya tak reti.. Kuang2.. 
Asalkan ada je.. 

Nota jari Tiny: Ini kisah coklat.. Tentang coklat.. Satu destinasi, satu misi..Terus melangkah ke hadapan.. :)

Chocolate Fountain di Majlis Perkahwinan - PUTRAJAYA

Beberapa hari ni agak sibuk dengan kerja di opis, kerja chocolate fountain, kerja rumah.. Bila masa nak update blonya pun.. :(

Kesempatan ni nak bagitau korang.. Korang2 yang nak dapatkan khidmat tiny untuk chocolate fountain, boleh la hubungi tiny - 012-9649277.. Sms je terus..

Event yang lepas, untuk majlis perkahwinan kawan opis dengan Presint Diplomatik, Putrajaya.. Tema merah& hitam okeyh.. Romantik punye tema.. Jum jenguk2 gambar masa majlis.. Happening punye majlis.. :) Tq dear,,,









NOTA JARI TINY:  Jangan malu.. Jangan segan tau.. Nak khidmat tiny, in shaa allah.. Boleh penuhi dengan bajet korang.. :)

Wednesday, January 9, 2013

MESIN CHOCOLATE FOUNTAIN UNTUK DISEWA

Kunjung tiba lagi... Stop kejap pasal tempat2  makan yang sedap, ni nak kongsi cerita pasal kalau korang nak sewa mesin chocolate fountain, boleh terus contact tiny kat 012-9649277... Nak dapatkan pakej menarik pun, boleh terus direct sms/call tiny jugak tau... Jangan malu2..

Buah hati pujaan jiwa saya la ni.. Yang banyak berjasa untuk empunya badan.. 
Alhamdulillah.. Rezeki sentiasa ada untuk yang berusaha..

Harga sewa: RM100 
Termasuk 2 kg chocolate fondue.. 
D.I.Y chocolate fountain corner kalian okeyh! 
Deposit: RM200 (dikembalikan bila mesin dpulangkan dengan baik dan jayanya.. )
Hubungi : Tiny - 012-9649277.. :)
Nampak sikit palstik2 buah yang dibeli untuk tempahan pakej.. Nak amik pakej pun bolehhhh... Hak memilih hak anda.. :) 

Nota Jari: Usaha tangga kejayaan... Tak usaha, tak datang bergolek pun semua benda yang kita nak.. :) so bersyukur setiap kurniaan itu..

MEDAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM

Lagi2 tempat makan sedap, menarik n da boommmm.. Lagi da boomm kalau orang belanja.. Alhamdulillah.. Rezeki orang kata..Jangan tolak rezeki nih.. Nanti rugi tau.. Jalan jalan tiny cari makan weekend lepas.. Sambil melayan Anugerah Juara Lagu ke-27 sekali kat kedai tu.. Punye la jauhnya, sampai ke PANTAI JERAM sana.. Kawan suami belanja, memang mengikut sekali la kan.. Dah selalu melepak maple mamak PJ, memang join da club la.. hohoho..

Menu: Pari bakar, Siakap 3 rasa, ketam masak berlada, udang celup tepung, sotong celup tepung, sayur kailan ikan masin, kangkung belacan.. Air tembikai 1 jug, oren 1 jug.. 
Untuk 4 orang makan.. Amekkawww.. Syukur dengan rezekinya.. 

Untuk lokasi semua tu, korang boleh direct google eh.. Tangan ni tak terambil gambar2 bagai. Sebabnya, diri ini meloyakan diri dalam kete kawan suami.. Memang sakit kepala amat. Bila sampai je, disambut angin sepoi2 bahasa tepi laut, itu yang segarkan diri balik..  Kami dijemput mereka2,. Jentera besar kami masuk wad, ada pun jentera2 kecil je.. Mahu sakit pinggang nak sampai ke tempat makan nun di sana dengan jentera2 kecil nih.... :P memang tak kuasa la hai nak naik motor.. hahahah.. 

Memang sesuai untuk makan2 sekeluarga. Selalunya, kami suami isteri g makan2 kat restoran sebelah dia, AROMA IKAN BAKAR, rasanya pernah dah buat entry untuk AROMA... Tapi kat MEDAN ni, lain sikit, sebab ikan pari bakar dia bakar kering, n cicah dengan sambal kicap dia yang superb sedap.. Harga sangat berpatutan..Nanti nak pegi sana ajak kami lagi eh..  TQ Ramdan untuk belanja makan, lain kali belanja lagi dan lagi.. Senang sikit, tak payah masak.. blurbss.. 

Nota Jari: Kawan2 boleh jadi macam adik beradik kita kan.. So tak rugi pun belanja2, sebabnya ada rezeki lebih, kami2 lak belanja.. Alhamdulillah.. tak mo2 kedekut tau.. hahaha


RESTORAN SRI KARAK

Pagi2, saya dah mengadap drawing, sangat pekerja cemerlang konon. Siapkan awal, so boleh la ngular.. hohoho... Aktiviti yang memang tak di nafikan kesedapannya.. Bahasa Melayu ke laut ke ape.. :P

Korang,  hari ni nak story pasal  restoran best! Unik! Dan buat saya kerap pegi bila lapar tak tahu nak makan kat mana.. Agak penat bila balik dah maghrib, lepas tu masak2,.. Makan berdua je pun, makan kedai la senang lagi cepat kan..

Lokasi: berhampiran MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
Pilihan tempat makan jalan2 tiny cari makan.. 
Dah memang suami duk thumb print di MBPJ je kan, memang lokasi makan area Petaling Jaya la jawabnya.. 

 Kenapa dia bagi sudu yang direndam dalam air? Air tu air panas tau.. Untuk kita rendam2 celup2 sudu sume tu sebelum kita guna.. First time datang sini, pelik la kejap, tapi dah selalu datang, ok.. Si suami boleh pulakkan gelakkan bini dia.. Dia tu memang kat sini makan tengah harinya, mesti la dah biasa kan.. Grrrraaammm tapi sayangggg.. blurbsss..


 Menu : Kuey teow goreng untuk suami, bubur nasi ayam + ikan masin untuk saya.. 
Tambahan : sayur baby ape ntah.. baby kacang panjang kot .. Sedap... 
*mesti tambah cili jeruk, dengan sambal belacan dia dalam bubur.. makan dalam mangkuk kecik2, maveles.. 
Cape ostrich kuet teow pun sodapppp.. Lembut je daging ostrich dia.. 

Tauke restoran ni cina, agak friendly, sebabkan suami n da geng pun selalu makan sini. Punya la muda empunya badan.. Ada kebun durian nun jauh di karak sana, so menu dia ada DURIAN BOMB, ada ABC DURIAN, juga trademark dia ikan patin, and udang galah.. Macam2 menu ikan patin pahang sini.. Tak payah gi jauh2 nun di pahang makan patin bagai.. Sangattt segar semua.. Boleh cuba datang, tak rugi... 

Nota Jari: Sharing is caring kan.. Dah share ni, yang duk PJ leh la  jenguk2, makan2 sana.. Ada kelulusan HALAL dari JAKIM tau..Nanti ma datang sini, nak bawak ma g..

Tuesday, January 8, 2013

GLA SHAKLEE TINGKATKAN KESUBURAN

Dah makin berjaya untuk update setiap hari, walaupun satu entry sehari.. Ok la kan dari kosong.. kosong... Kata musim 2013 nak makin aktif di sini,. :) Kenapa suka di sini? Sebab saya boleh taip je apa yang nak, sambil2 belajar menaip dengan pantas.. Kang opismate cakap ape la menaip tak berenti, padahal keje mengadap AUTOCAD.. Tak ke haru nanti.. Untung okeyh bila kerja kita sentiasa lancar, walaupun ada gak semput kekadang, itu masih boleh dikawal.

Ni nak cerita sikit pasal satu produk ni. SHAKLEE... Sangat2 in love dengan ini produk.. Nak tau kenapa? Sebab dia mampu buat saya sentiasa minum air! Yang selama ni kalau nak minum air masak tu, memang berzaman la kan. Selain tu gak, mampu buat kitaran haid kita kembali normal. Mana taknye, lepas kawin ni, kelaut punye kitaran, kejap 31 hari, kejap 28 hari,. Selepas 2 bulan guna produk GLA SHAKLEE ni, kitaran kembali kepada 28 hari.. Syukur alhamdulillah.. Kembali seperti biasa..

Ni la produk yang duk cakap bagus tu.. Setakat 2 bulan guna ni, alhamdulillah.. 

Mula guna produk ni, dah jatuh hati dengan macam2 vitamin lagi.. ESP, VIT E, VIT B COMPLEX, VIT C, dan ZINC. Jadi rutin harian dah./.. Air 3L setiap hari, tak ke banyak saya minum.. alhamdulillah..

Lepas cuba GLA,  menyusul vitamin2 yang di ambil. Dah jadi makin berisi sikit dari dulu. Itulah misi saya! Nak naikkan berat badan, yang sesuai dengan ketinggian, VIT E, VIT B COMPLEX & VIT C juga untuk penjagaan kulit, search google okeyh untuk keterangan lain.. 

Suami juga turut amalkan semua vitamin2 ni,,, kecuali GLA COMPLEX... :) Moga kita di beri kesihatan baik2 aje... Tu je nak share.. Korang kalau nak tingkatkan kesuburan, boleh cuba produk ni, in shaa allah, kita mampu merancang, ALLAH S.W.T yang tentukan segalanya yang terbaik untuk hambanya..

Nota Jari: Kenangan lalu buatkan diri makin kuat. Sekuat tiger.. :)

Monday, January 7, 2013

Kasih Ibu...

Assalamualaikum..

Lagi 3 hari ulangtahun kelahiran ibu mertuaku.. Special post untuk ma.. Saat duk menaip ni, mesti duk sob sob sob sedih.. And yes. Sedih wooo.. Dah macam kurang kasih sayang ibu pun ada gak ni.. Hahah.. Sempat merasa sampai umur 6 tahun je.. Dah kira bersyukur la kan. And now, umur bakal bertambah jadi 25 tahun,.. Saat ni da ada ibu mertua, alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi... Dan ibu mertua saya mendapat menantu hantu ini? hahahah... gurau je ma,. Tini akan menjadi menantu yang baik untuk ma dunia akhirat...

yeay2.. saat dapat cincin september 2011... kita guna mesin masa kembali ke zaman 2011 untuk seketika.. blurbs..

 Dan ini untuk ma.. Harap ma suka dengan hadiah tak seberapa ni.. Ma suka merah, kasut raya dulu pun beli kat ma ada selit2 warna merah, n telekung ni merah la jugak.. Punya la nak buat surprise, tak tunggu nak balik raya cina ni bagi, terus pos ke kampung halaman... Lagi surprise, pos laju bagi.. 

Tengok... bukan main lagi dia melentok kat ma.. hahah.. Bukan melentok kat suami.. 
Moga saya dapat menjadi menantu dan anak yang baik untuk ma... Love u.. 

Nota Jari Tiny: Sayang keluarga adalah segalanya... Moga arwah mama dan arwah abah tenang di sana, al-fatihah...



Thursday, January 3, 2013

Memori 2012

Assalamualaikum semua... Hye2...

Post pertama di 2013... 3.1.2013... Hanya sekadar tarikh. 2012 takkan sesekali di lupakan.. Agak sangat berzaman tak luangkan masa sini.. Duk jadi silent reader je.. Hajat hati, pasni nak makin luangkan banyak masa kat sini selain luangkan masa dengan suami.. blurbs.

Dan 2012 tinggalkan kenangan.. Macam biasa, ada suka, ada duka, itu la asam garam kehidupan kita. Makan gula lebih2, kencing manis lak kan. So, bersyukur dengan setiap yang dikurniakan.. Bersyukur juga masih di sini boleh menaip beribu2 patah perkataan.. 2012 juga saya mengkakhiri zaman anak dara, dan 2013 berusaha untuk dapatkan cahaya penyeri rumahtangga kami.. Kita hanya merancang kan, kuasa ALLAH S.W.T yang tentukan segalanya. So, bergembira dengan kehidupan kita hari ni, kita tak tahu  tau kehidupan yang akan datang macam mana.. :) alhamdulillah.. Saya masih menanti kehadiran cahaya itu..(kenyit2 mata sikit)..

2012 juga menceburi bidang yang tak disangka.. kononnya nak jadi usahawan ye.. Nak buat bisnes, ya, saya berjaya lakukannya dengan tentuan dariNYA.. Dah ada bisnes online chocolate fountain tau! Tak tau eh? Boleh ke blog KISAH CHOCOLATE  atau ke fb COKLAT TINY tak bape nak kreatif sangat nak letak nama2 yang kreatif.. :) alhamdulillah dengna limpahan rezeki darinya.. Dengan sokongan insan2 tersayang, suami yang sebagai tulang belakang yang tiada tandingannya... Alhamdulillah..

1434H, 2013M, hari2 nak update blog ni.. IN SHAA ALLAH.. :)

Ketika ini, dua jiwa menjadi satu.. alhamdulillah..