Tolong kami, bantu kami... :)

Wednesday, January 9, 2013

RESTORAN SRI KARAK

Pagi2, saya dah mengadap drawing, sangat pekerja cemerlang konon. Siapkan awal, so boleh la ngular.. hohoho... Aktiviti yang memang tak di nafikan kesedapannya.. Bahasa Melayu ke laut ke ape.. :P

Korang,  hari ni nak story pasal  restoran best! Unik! Dan buat saya kerap pegi bila lapar tak tahu nak makan kat mana.. Agak penat bila balik dah maghrib, lepas tu masak2,.. Makan berdua je pun, makan kedai la senang lagi cepat kan..

Lokasi: berhampiran MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya)
Pilihan tempat makan jalan2 tiny cari makan.. 
Dah memang suami duk thumb print di MBPJ je kan, memang lokasi makan area Petaling Jaya la jawabnya.. 

 Kenapa dia bagi sudu yang direndam dalam air? Air tu air panas tau.. Untuk kita rendam2 celup2 sudu sume tu sebelum kita guna.. First time datang sini, pelik la kejap, tapi dah selalu datang, ok.. Si suami boleh pulakkan gelakkan bini dia.. Dia tu memang kat sini makan tengah harinya, mesti la dah biasa kan.. Grrrraaammm tapi sayangggg.. blurbsss..


 Menu : Kuey teow goreng untuk suami, bubur nasi ayam + ikan masin untuk saya.. 
Tambahan : sayur baby ape ntah.. baby kacang panjang kot .. Sedap... 
*mesti tambah cili jeruk, dengan sambal belacan dia dalam bubur.. makan dalam mangkuk kecik2, maveles.. 
Cape ostrich kuet teow pun sodapppp.. Lembut je daging ostrich dia.. 

Tauke restoran ni cina, agak friendly, sebabkan suami n da geng pun selalu makan sini. Punya la muda empunya badan.. Ada kebun durian nun jauh di karak sana, so menu dia ada DURIAN BOMB, ada ABC DURIAN, juga trademark dia ikan patin, and udang galah.. Macam2 menu ikan patin pahang sini.. Tak payah gi jauh2 nun di pahang makan patin bagai.. Sangattt segar semua.. Boleh cuba datang, tak rugi... 

Nota Jari: Sharing is caring kan.. Dah share ni, yang duk PJ leh la  jenguk2, makan2 sana.. Ada kelulusan HALAL dari JAKIM tau..Nanti ma datang sini, nak bawak ma g..

No comments:

Post a Comment