Tolong kami, bantu kami... :)

Wednesday, May 23, 2012

Bunga Kristal Colorful

Bunga tangan Kristal warna warni from kak rai Rai's Craft
Tq so much kakak!
Untuk majlis akad nikah.. 


NOTA JARI TINY:  Semua ini akan diabadikan disini, menyenangkan B2B lain mencari2 bunga kristal idaman hati... :)

Bunga Tangan Dip Calla Lily

TQ kak Rafiqah! From IDYLL ART
Bunga tangan untuk majlis bersanding.. 

NOTA JARI TINY: Terkesima! Biar gambar bicara sendiri.. :)

Monday, May 21, 2012

MABUL ISLAND

Assalamualaikum..

Mengantuk selepas makan tengah hari.. macam nak zzzz je rasa... Jum semua, kita cuci mata dengan cantiknya MABUL ISLAND.. Oh hoiii.. wink wink..

Sangat cantik alam ciptaan YANG MAHA KUASA..
Syukur sangat.. 


Penginapan di Mabul Island.. Damai je hati rasa setenang air laut itu..
:)

GREEN SEA TURTLE.. Teruja okeyh!

NOTA JARI: Nap nap for a while.. :) credit picture to en.google, nanti nak amik gambar depan-depan pulak.. Mari kita mimpi ke MABUL ISLAND seketika.. :)







Bunga Tangan Felt, Bunga Tangan Kristal & Bunga TanganDip

Assalamualaikum.. Selamat pagi...

 Hujung minggu yang agak penat, dan terlalu cepat masa!. Tup tup lagi seminggu hari itu akan tiba,, Ohh hoiiii.. apakah perasaan ye? Masih tenang buat masa sekarang.. Moga tenang ini hingga tibanya saat itu.. Insyaallah..

Sabtu, hari penat, tapi tersenyum lebar disebabkan oleh hari jumaat mahu balik kampung sudah.. :) Hari sabtu hari bunga tangan. Pertama, bunga tangan kristal dari Rai's Craft , kedua, bunga tangan felt dari kawan di bangku sekolah! Bunga tangan Dip Calla Lily pending lagi, akibat terlepas pandang SMS  dari kak Rafigah Idyll Art. 

Kawan di bangku sekolah saya, cik Yasmin, D.I.Y kan bunga tanga felt, sungguh terharu dengan hasil kerja keras beliau untuk diabadikan pada hari bahagia saya nanti. Dia tak pernah kot buat bunga tangan gitu, saya bagi je tutorial bunga tangan felt dari kakak IntanNorazam. Dan hasilnya, alhamdulillah.. Terima kasih Min!

Bunga tangan Felt. 
Min, Terima kasih untuk bunga tangan ini, comel!!

NOTA JARI: Entry ini untuk kamu! Terima kasih sayang! Titik peluh kamu untuk siapkan ini, amat dihargai. :)

Tuesday, May 15, 2012

Sea Green Wedding Dress

Assalamualaikum... Selamat tengah hari semua.. :)

Moga semua sihat sentiasa.. Lama tak jumpa di sini, tak mencoret sesuatu di sini, agak sibuk kebelakangan ni menyiapkan apa yang tak siap lagi.

Lagi 8 hari mahu bercuti panjang. Lagi 12 hari majlis bahagia dalam hidup akan berlangsung.. Macam mana persiapan ye? Tokmi sangat sibuk duk hantar kad jemputan. Hampir semua siap. Akibat tak ada kakitangan yang ramai, cat rumah tak siap lagi ni.. :) Saya punya reben gantung kat siling untuk pelamin tak digantung sepenuhnya lagi. Panjat nanti la. Siso a.k.a door gift, 80% dah diisi.. tuk kanak-kanak belom, takut nanti semut yang ngap dulu.

Encik photog- Hanya menanti hari tuk datang, sama juga bridal. Kongsi cerita pasal baju sanding pulak, dah deposit, hanya nak 1 pasang je baju. Balik kampung nanti, terus amik baju dekat bridal di Machang.

Sea Green Wedding Dress
Warna yang memikat hati... Tapi tak ada la sekci macam ni.. 
Waiting bunga tangan Dip Calla lily from IDYLL ART
Bunga kristal - Done from Rai's Craft 
Wedding shoes- Done Jalan-jalan IOI MALL, Sea green shoes dekat Summit. Jadi member terus.. Memang semua sea green la jawabnya..


Canopy- Tunggu untuk dipasang juga. Scallop hijau + cream, sarung kerusi, serah kat Toksuli macam mana..
Lagu2 kahwin- Sudah download. Pikir untuk letak rebana pula di majlis. Tokmi cakap bising nanti, ok la, takkan nak senyap je masa majlis. Kenduri kahwin haruslah meriah. 
Chocolate fountain a.k.a candy buffet - Deposit. Dari ATIQAH HOMEMADE... 
Aiskrim corner - Waiting Moknah confirmkan dengan orang jual aiskrim tu.
Lauk-pauk- Serah kat tokmi uruskan. 
Menu meja beradab- Serah kat ma dan moknah uruskan. 
Majlis potong kek- Dari Risha Homemade 

Hantaran- Done.

From Me:                                                           From Him:
1. Kain pelikat, sejadah, kopiah & tasbih.           1. Telekung + Sejadah
2. Tafsir QURAN                                               2. Tafsir QURAN
3. Minyak wangi                                                 3. Set penjagaan Diri
4. Kasut                                                             4. Beg tangan + kasut
5. Kemeja+seluar                                               5. Kek
6. Rayban                                                          6. Buah
7. kek                                                                7. Chocolate
8. Buah                                                              8. Pulut                                           
9. Chocolate                                                      9. Gadget
10. Pulut
11.  Gadget

Akad Nikah

From Me:                                                          From Him:
1. Cincin                                                            1. Rantai + mas kawin..

Harapan agar semua berhalan lancar...

Friday, May 4, 2012

D.I.Y DOOR GIFT UNTUK KANAK-KANAK COMEL

Assalamualaikum.. Selamat pagi lagi..

Kenapa asyik pagi je kan? Sebab free time ni je.. Bersemangat bekerja hari ni, .. Esok dah sabtu... hip hipp hoorraaay.. Sekali lagi mahu bercerita D.I.Y.. Buat sendiri je.. Tak mahu la ada masa, tapi pending je nak post.. Time ada masa ni la, pot pet pot pet semahu boleh. Kalau senyap jangan tanya kenapa.. :)

Semalam, balik kerja terus singgah untuk beli color paper, 120g punya. Tebal la sikit. Beli kelengkapan untuk buat door gift nak bagi kanak-kanak yang comel. Nak letak sweets, apollo roka, lollipop, n chocolate.. Hope parents kanak-kanak benarkan dia makan sweets sikit..

Bahan-bahan: - Color paper120g (50 pcs) - RM4.90
                      - Clear sail tape - Beli 1 paket - rm3.50
                      - Plastik corak cantik2 yang clear punya (specific name tak ketahuan)
                      - Ribbon - Rembat yang mana dah ada.

Cara-caranya: Satu paper A4, boleh menghasilkan dua sweet cone yang kita nak.  Dah potong paper tu, bentukkan cone. Dan sail tape kan dia.


 Gini la rupanya cone yang kita nak letak segala makanan untuk kanak-kanak.. 
Tak siap sepenuhnya lagi. Plastik corak cantik2 tak beli lagi.. 

Dah bentukkan macam ni, letak la gula-gula yang nak bagi tu, lepas tu, cover dengan plastik corak cantik-cantik, dan ikat dengan reben.. Dah siap! Tapi saya punye tak siap lagi, sweets semua tu dekat umah encik tunang. Buat cone kat sini, balik kampung kerah tenaga ahli keluarga yang ada ikat ribbon semua tu..
 Nak tengok hasilnya macam mana, tunggu hari majlis nanti... Selamat mencuba!! Simple je,  warna-warni harus ada! Baru jadi tatapan mata kanak-kanak comel nak grab cone ni kan? Hope so! Jangan tak laku sudah! Kalau tak, paksa juga kanak-kanak ambil! hahahah.. :) 

NOTA JARI: Balik ofis, mengadap dulu benda ni, baru siap. Kalau balik ofis, rilek-rilek dulu, memang tidur terus jawabnya tak siap-siap.. :)

Thursday, May 3, 2012

Chocolate Fountain vs Aiskrim potong

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Sibukkah? Agak sibuk la jugak, tapi sempat lagi jumpa di sini... Nak bagitau ni.. Dulu, punya la susah nak cari kat kelantan, area kota bharu, chocolate fountain untuk majlis.. Dan sekarang tidak lagi... Hati bunga kembang setaman... Kawan-kawan yang nak kelainan dalam majlis, ada side budget, boleh la tempat chocolate fountain ni, buat sudut sweets. Senang sebut lagi, candy buffet.. :) Moga bila orang makan manis-manis ni, memaniskan lagi majlis dan hubungan mempelai... Ayat agak ermmh di situ..

Sebenarnya, untuk keterangan lanjut, kalian boleh ke ATIQAH HOMEMADE CHOC. Pelbagai pilihan pakej yang suit dengan kita punya budget.. :) Kanak-kanak suka la kan? Orang dewasa pun apatah lagi.. :)
Saya pun pilih satu pakej di sini.. :)


Sungguh manis kan? Sekali lagi, kuning? Mungkin lain kot.. :) Nanti tertukar dengan ahli keluarga saya.. :)
Source: google

 Aummm.. strawberry chocolate.. :) Tungguuuuu..
Source: google


Cerita lain lagi, aiskrim potong.. Kanak-kanak lagi la suka.. punya la susah saya mintak kawan carikan, dan akhirnya, jumpa jugak kawan pakcik dia yang jual aiskrim potong ni.. Bagi harga istimewa, waktu terhad tau dapatkan aiskrim ni pada hari majlis nanti.. Sape cepat, dia dapat.. :) 

 Penarik mata memandang, pakcik ni letak span... :)
Source: norwidadi.blogspot.com.. :) 


NOTA JARI: Jangan makan manis sangat tau, hari tu je dapat makan manis-manis.. :)


Wednesday, May 2, 2012

D.I.Y Bantal Hantaran Kecil Comel

Assalamualaikum .. Salam sejahtera..

Diakui banyak kerja, tapi, dekat draft, banyak yang post yang tertunggak.. Ada masa lebih sikit macam hari ni, boleh la update sikit-sikit.. :)

Nak bagitau D.I.Y bantal hantaran. Bantal kecil comel ni tak dijadikan alas hantaran lagi, tiny saje je buat kecil comel, senang letak penuh-penuh dalam dulang hantaran.. Jadi hiasan.. Tema? ntah warna apa jadi pilihan nanti, kain satin guna yang lebih buat alas dulang je.. :) Kononnya nak morocco style. Banyak la cekadak dia morocco ke, egypt ke, motif hanyalah bantal. Lawan dengan pinggan putih.. Ohh hoiii... Jangan melebih-lebih tiny.. Cukup dengan majlis jalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah...Baik bos! :)

Sikit demi sikit update pasal D.I.Y tau.. Ada yang email tanyakan pasal bantal hantaran.. Tiny buat pun untuk majlis sendiri je..

On progress.. Jahit menjahit, gunting menggunting.. 
Modal: Kain putih cotton -RM2 per meter
Kain satin- secukup rasa
Polyester fiber - RM 8.90 plastik besar- mampu menghasilkan puluh2 bantal.. 
Size bantal: 5inch x 5inch. Tak ke cute.. 

Cara: Jahit chubby2 kecil comel je.. Dah siap, letak kat dalam dulang ke, mangkuk ke, hantaran kalian.. 
Selamat mencuba! :)

NOTA JARI: Tahan mata sikit, lubang jarum kecil sangat! :)

KL WAREHOUSE KLANG LAMA

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera semua!

Post lama ntah bila,,.. Nampak sangat berzaman nak update.. Dup dap dip dap.. Macam-macam bunyi tak ada lagi setakat ni.. Cuma kaki tangan ntah ke mana dengan macam serabut sikit buku nota pun.. Macam banyak lagi je tak selesai.

Semalam, hari buruh kan? anda Pegi shopping kah? Cik tiny ari ahad ada jugak jalan kl ke PWTC n Masjid Jamek dengan BFF! Punya lenguh kaki! So semalam, spend time cari barang yang tak cukup lagi,. Asalnya nak borong kelantan je, macam tak sempat je, terus borong sini je.. Pegi KL WAREHOUSE KLANG LAMA, dekat Taman Medan p borong cekelat, apollo, jajan semua tu tuk door gift majlis nanti.. Dan? Tersangat berbaloi! Tak tahu la tempat lain lagi berbaloi, sebabnya, situ dekat je dengan umah.. Saya boleh dapatkan lollipo dengan harga RM 6.60 40 pcs... Apa lagi, selagi tak penuh troli, ada sahaja yang di ambil.

Tuk B2B KL, KL WAREHOUSE ni boleh la pegi terjah. Kedai borong kan, sangat meriah bila masuk gudang macam tu. So, settle bab ni, tinggal balik kampung, isi mana patut.. O hh hoii.. Terima kasih my maksula yang sponsor! Auummmmm... :) Picture tak snap pun semalam, google maps tau! See you soon!


NOTA JARI: Syukur alhamdulillah.. :)