Hujung minggu yang agak penat, dan terlalu cepat masa!. Tup tup lagi seminggu hari itu akan tiba,, Ohh hoiiii.. apakah perasaan ye? Masih tenang buat masa sekarang.. Moga tenang ini hingga tibanya saat itu.. Insyaallah..
Sabtu, hari penat, tapi tersenyum lebar disebabkan oleh hari jumaat mahu balik kampung sudah.. :) Hari sabtu hari bunga tangan. Pertama, bunga tangan kristal dari Rai's Craft , kedua, bunga tangan felt dari kawan di bangku sekolah! Bunga tangan Dip Calla Lily pending lagi, akibat terlepas pandang SMS dari kak Rafigah Idyll Art.
Kawan di bangku sekolah saya, cik Yasmin, D.I.Y kan bunga tanga felt, sungguh terharu dengan hasil kerja keras beliau untuk diabadikan pada hari bahagia saya nanti. Dia tak pernah kot buat bunga tangan gitu, saya bagi je tutorial bunga tangan felt dari kakak IntanNorazam. Dan hasilnya, alhamdulillah.. Terima kasih Min!
Bunga tangan Felt.
Min, Terima kasih untuk bunga tangan ini, comel!!
NOTA JARI: Entry ini untuk kamu! Terima kasih sayang! Titik peluh kamu untuk siapkan ini, amat dihargai. :)
No comments:
Post a Comment