Moga semua sihat sentiasa.. Lama tak jumpa di sini, tak mencoret sesuatu di sini, agak sibuk kebelakangan ni menyiapkan apa yang tak siap lagi.
Lagi 8 hari mahu bercuti panjang. Lagi 12 hari majlis bahagia dalam hidup akan berlangsung.. Macam mana persiapan ye? Tokmi sangat sibuk duk hantar kad jemputan. Hampir semua siap. Akibat tak ada kakitangan yang ramai, cat rumah tak siap lagi ni.. :) Saya punya reben gantung kat siling untuk pelamin tak digantung sepenuhnya lagi. Panjat nanti la. Siso a.k.a door gift, 80% dah diisi.. tuk kanak-kanak belom, takut nanti semut yang ngap dulu.
Encik photog- Hanya menanti hari tuk datang, sama juga bridal. Kongsi cerita pasal baju sanding pulak, dah deposit, hanya nak 1 pasang je baju. Balik kampung nanti, terus amik baju dekat bridal di Machang.
Sea Green Wedding Dress
Warna yang memikat hati... Tapi tak ada la sekci macam ni..
Waiting bunga tangan Dip Calla lily from IDYLL ART
Bunga kristal - Done from Rai's Craft
Wedding shoes- Done Jalan-jalan IOI MALL, Sea green shoes dekat Summit. Jadi member terus.. Memang semua sea green la jawabnya..
Canopy- Tunggu untuk dipasang juga. Scallop hijau + cream, sarung kerusi, serah kat Toksuli macam mana..
Lagu2 kahwin- Sudah download. Pikir untuk letak rebana pula di majlis. Tokmi cakap bising nanti, ok la, takkan nak senyap je masa majlis. Kenduri kahwin haruslah meriah.
Chocolate fountain a.k.a candy buffet - Deposit. Dari ATIQAH HOMEMADE...
Aiskrim corner - Waiting Moknah confirmkan dengan orang jual aiskrim tu.
Lauk-pauk- Serah kat tokmi uruskan.
Menu meja beradab- Serah kat ma dan moknah uruskan.
Majlis potong kek- Dari Risha Homemade
Hantaran- Done.
From Me: From Him:
1. Kain pelikat, sejadah, kopiah & tasbih. 1. Telekung + Sejadah
2. Tafsir QURAN 2. Tafsir QURAN
3. Minyak wangi 3. Set penjagaan Diri
4. Kasut 4. Beg tangan + kasut
5. Kemeja+seluar 5. Kek
6. Rayban 6. Buah
7. kek 7. Chocolate
8. Buah 8. Pulut
9. Chocolate 9. Gadget
10. Pulut
11. Gadget
Akad Nikah
From Me: From Him:
1. Cincin 1. Rantai + mas kawin..
Harapan agar semua berhalan lancar...
i love u so much.....bebunga hatiku........
ReplyDeleteyeayyy,x lama dah. selamat berdebar yunk. hikhik
ReplyDeleteselamant menjalani hidup berdua!!!! semoga semua berjalan lancar...blog walking!!
ReplyDeleteallinone: tq...
ReplyDeletemawar: hohohho.. debar2..
cindyrina: tq so much dear!