Tolong kami, bantu kami... :)

Wednesday, June 27, 2012

BABY PLAYMAT

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Sangat mengantuk saat ini.. Saya sedang mencari playmat untuk baby. Para ibu di luar sana, boleh bantu saya tak? Yang mana sesuai untuk baby..  Kakak kat ofis ada bagi website yang menarik.  Sedang menggodek2. Motif utama mencari benda ini, untuk bakal anak buah..

Sangat cute!! boleh bayang kan baby duk main-main dengan mainan tu.. tapi kecil lagi memang la tak pandai lagi nak main,. Bila dah besar sikit, dah meniarap, boleh main sampai dia besar kot! :) 

ONEBABYWORLD salah satu website kak ziana bagi untuk barang-barang baby.. Harga, amekaw! Sangat berpatutan.. Banyak jugak yang MEGASALE.

Sangat cute!!

NOTA JARI TINY: Kenapa barang baby sangat cute ye? Sampai kita rabun mata nak memilih.. Yang pasti, kena tahan lama, dan boleh guna sampai baby dah besar..

Monday, June 25, 2012

PULAU BURUNG, PANTAI CAHAYA NEGERI, PORT DICKSON

Assalamualaikum... Selamat pagi.. Pagi Isnin sahaja, ianya menjadi biru.. Layan je..

Pagi Isnin je, mula la meliatkan diri nak bangun pagi kan.. Padahal dah tidur awal. Masih lagi dibuai mimpi.. Datang kerja dihantar dan dijemput encik suami, sungguh indah! Terima kasih oppa! Masih kena luar kawasan.. Ohhh..

Hujung minggu yang dah berlalu-lalu, kononnya berprehoneymoon sambil jalan di hujung minggu dengan encik suami yang best!  :0 Alang-alang dia dah tempah MBPJ punya apartment dekat BAYU BEACH RESORT,, so kami on je untuk berjalan-jalan.. Hilangkan penat lelah berkenduri.. Lagipun, sangat dekat KL-PD, tak ambil masa lama.. :) so, badan pun tak penat sangat! Ehem! :0.

 Encik suami yang best saya punye! Tak ada orang nak tolong ambil gambar kami, ambil sendiri la.. Saat ni, laut juga turut berjerebu, tak nampak pun pulau-pulau berhampiran.. 

Pulau Burung, dekat Pantai Cahaya Negeri, sebelah BAYU BEACH RESORT. 

Ada jambatan menuju ke PULAU BURUNG.. Kami suami isteri sangat suka melayan orang-orang duk pancing tepi pantai tu, dan alik-alik sampai ke sini,. Sangat jauh berjalan! Tapi seronok! Terus jalan kaki ke pasar malam dekat petronas. Sangat jauh! Tak ada kerja! Dekat Pulau Burung ni, sangat best khas pengantin baru untuk photoshoot outdoor. Bila jalan sampai ke hujung, sangat luas laut  terbentang.. Memang tempat tersembunyi sikit, tapi cantik! Masa kami jalan-jalan sini, memang ada yang tengah photoshoot outdoor, baru je cakap dengan encik suami. :) Datang sini dulu masa tengah belajar, jambatan ni buruk amat. Kayu je pun. Sekarang, amekaw! Dah jadi tempat pelancongan.. :) Terrrbaikkkk...

Tiba-tiba nampak sudut ini cantik untuk bergambar, memang encik suami la kena.. 

Air dia sangat hijau! Kalian sila datang sini.. Bayu Beach Resort sangat privasi untuk dikunjungi,. Pantai pun cantik, dan yang penting, tak seramai dekat Teluk Kemang.. Pantai pun bersih.. Sangat Best! 

NOTA HARI TINY: So, untuk sesiapa yang nak cari outdoor shoot near PD, boleh datang sini, pas tu, g MUZIUM TENTERA DARAT tu pulak, shoot sana pulak. Sangat lain dari lain! Tak ke best gitu! Saya tak ada pulak outdoor,. Ganti dengan event majlis bertandang,. Lepas kawin pun masih boleh berpost wedding, so, apa ada hal tak ada outdoor,. White studio pun boleh.. Sekarang sangat maju! Tapi jumpa dengan tetamu yang datang kenduri kita, sekali seumur hidup tengok kita berpakaian pengantin.. INSYAALLAH! AMIN!

Wednesday, June 20, 2012

10 Tanda Anda Hamil

 Assalamualaukum... Salam sejahtera..

Bab perihal majlis masih ada untuk dikongsi, tapi, macam tidak mempunyai mood untuk bercerita lagi. Pendekkan ayat, tak ada mood nak cerita. :) Mood ada untuk kongsi info perihal kehamilan. Dulu, nak kawin, sibuk duk search blog B2B untuk reference. Sekarang, sibuk duk cari info perihal isu rumah tangga sejak dah masuk alam rumahtangga ni.. Lepas ni, bersiap sedia dengan resipi2 masakan pulak. Ohh.. sesuai dengan Kisahtiny, macam-macam ada... 

Minggu yang agak sibuk,. Memang sibuk,.. Layankan sahaja, yang penting anda bahagia.. Ok, tengok tajuk tak? Ini adalah info untuk dikongsi.. Moga dapat sedikit sebanyak ye.. Kita pun baru menjenguk ke alam rumahtangga,. Masih banyak untuk dipelajari. Tanggungjawab sudah bertambah. Seorang isteri kepada suaminya, seorang menantu kepada mak mertuanya. Suka dengan peringkat baru ini, terlalu kerdil sangat untuk katakan diri sempurna.. Diakui tidak sempurna, hanya mampu lakukan terbaik untuk kedua tanggungjawab baru ini.. Ok, cuba tengook dan baca dan fahami info berikutnya..

 

 10 TANDA ANDA HAMIL:

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

NOTA JARI TINY:  Nampak macam detail sangat kan? pegi sendiri dekat  Alamhamil.com untuk sebarang info lanjutan yang berkaitan.. Sekian, terima kasih.. :)

Friday, June 15, 2012

REVIEW: Baju Bertandang

Assalamualaikum.. Selamat malam!

Sambil tengok seram, sambil saya menaip di sini... Masih tengah rajin untuk review tentang hari bahagia.. Encik suami sedang sibuk siapkan kerja dia sikit.. ok la kan..
Pasal baju bertandang pula, ianya cukup biasa.. Simple sweet itu saya.. :-) Tema biru pepel.. Ramai cakap biru lagi.. Sejak bila minat biru ntah lorh.. Tunang dulu dah baby blue.. Layankan je... Entry baju nikah n pelamin putih suci dapat perhatian seorang kawan.. Alhamdulillah.. Katanya nak buat contoh untuk baju nikah beliau... Dapat juga membantu dengan blog saya ini!

Gambar dalam bilik ketika majlis bertandang..
Warna baju: Biru pepel, masih guna kain kosong sahaja,. Beli kat Jakel, murah je.. Akibat dari tak suka pakai lace or net bagai... ngehngehn.. Yang penting, layankan je. Yang penting saya boleh pakai baju ini ke kenduri kendara, so tidak over okeyh! :)

Veil: Chiffon, dekat Kamdar.

Jahit manik: Dengan kawan.. memang meletup! Bagi contoh je nak jahitan macam mana, insyaALLAH, dapat dia buat. Dan hasilnya, tip top! puas hati!

Inner Neck: Guna inner neck jeans punya.. Beli kat gerai dalam Carrefour Puchong, yang guna untuk tunang dulu... Guna je yang mana sesuai.. So, tak beli baru, jimat! :) (bukan kedekut tau..  ) Yang penting bukan tudung segera.. Inilah insan yang bernama tini.. Simple sahaja. Guna lace, white pearls, juga manik kristal air mata.. Sangat cantik! Terima kasih cik Sha! Beliau di NOR SAMIHAH punya facebook.. Jernguk2 la ye.. :)

Bunga tangan kristal: Dekat entry saya yang lepas, kat SINI...Dari kak Rai's Rai's Craft.

Gambar dari encik photographer.. Oh hoiii.. Terima kasih untuk dia, sudi gak tag.. hihihi.. Boleh saya rembat.. Tunggu soft copy, agak lambat jugak la.. Katanya sudah di hantar print custom album saya! Tip top punya JONNY PUQO.. Boleh ke facebook beliau untuk dapatkan khimat beliau.. Di Kota Bharu.. :)

Gambar ehsan dari kawan encik suami, ada jugak la gambar bertandang untuk cuci mata. 4 keping pun jadi la dari tak ada langsung sementara tunggu encik photog..

Baju: Masih kurung moden je, cuma paras lutut untuk sesuaikan dengan kain.. Sangat biasa sahaja.. Jahitan manik yang tiptop! :)

Pelamin: oh! Saya tumpang untuk bergambar sahaja. Ini pelamin adik perempuan encik suami, adik ipar, yang majlis sanding sama dengan majlis bertandang kami.. Pelamin dia dari SUE SWEETTOUCH GALLERY.. Cari tau kat facebook, kot ada yang berkenan.. :) Kami majlis bertandang je pun, cukup la dengan tumpang pelamin vogue the vas itu. Terima kasih Puan Idah benarkan kami berpose gedik disitu..

NOTA JARI TINY: Abaikan muka yang senyum melebih.. hahahah.. :) Its full of love! Thank you!

Wednesday, June 13, 2012

REVIEW: Pelamin Putih Suci

Assalamualaikum... Salam sejahtera!

Menunggu dijemput encik suami, sempat lagi menaip entry baru. :) Ok, saya suka menaip, lebih-lebih lagi untuk blog tersayang ini.. :) Cerita pasal pelamin pulak. Mengimpikan putih suci punya pelamin, dan, tip top punya pelamin putih suci saya dapat! Bukan artis okeyh.. Simple sweet pelamin idaman hati... :)

Entry lama pasal pelamin ni, kat SINI.. Dan, Kak Bie, B'TOUCH BRIDAL merealisasikannya dengan terbaik!! :) Menjadi perhatian sanak-saudara, ramai duk tanya, tempah kat mana,. Dan paling terharu, kawan pm dekat facebook, cakap "ur wedding very beautiful...", tak puas tengok ur picture.. (hidung saya kembang je.. kena puji) :) Ianya hanya simple sahaja... Terima kasih cik mimiey/.. :)

Sebelum hari majlis.. baru siap pasang oleh kak bie.. 

Testing testing... :) big smile dah time ni... Balik dari airport jemput kawan, duk sengih sendiri.. ohh hoiiiii..

di hari majlis.. :) kalut ribut, mana pelapik tangan saya nih!! grrrrrrr.. harap maaf, tak ada pengapit.. cz kipas dah tolong kipaskan kami.. :)

Terima kasih kak bie kerana, impian saya tercapai.. macam dalam taman gitu.. :)

NOTA JARI TINY: Kalian area yang berhampiran kak bie, Melor, boleh la dapatkan khidmat kak bie untuk realisasikan hari bahagia korang! :) Tak dapat komisyen pun promote ni tau.. Just nak bagitau tip top service!

REVIEW: Door Gift Kanak-Kanak Comel

Assalamualaikum... Salam sejahtera kawan-kawan..

Sekali lagi, cerita pasal door gift.. Yang special tuk kanak-kanak comel ni dekat ENTRY INI .. (Sila jenguk sana k.. ) Yang ni kesinambungan cerita dia.. Alhamdulillah.. Laku okeyh door gfit pada hari kejadian.. Gambar yang menjadi saksi... :)

Rombongan kanak-kanak comel dari pihak encik suami.. merangkap sweet cousins! :)
Nampak tak yang kat tangan dengan mulut adik-adik comel n handsome tu.. itu la yang saya duk pulun D.I.Y.. :) Siap peace lagi! :)

Si kecil comel dengan lollipop.. Abaikan red carpet yang habis sepah dengan pasir.. hahahahah.. :)

D.I.Y saya menjadi.. hanya bermodalkan kecil sahaja.. Yang pasti, kanak-kanak seronok dapat... Saya pun seronok jugak! 

NOTA JARI TINY: dekat abang-abang dj x sempat nak bagi gula2 ni. huiii


Review- Baju Nikah

Assalamualaikum.. Selamat tengah hari semua! :)

Rabu sudah.. Alhamdulillah, bercuti sakan selama 2 minggu.. Saya masih di sini, berkesempatan lagi untuk mengupdate post di sini.. Syukur padaNYA.. Syukur juga, majlis ijab dan kabul NUR HARTINI & SHAMSUL BOKHORI telah selamat pada 28.May.2012, bersamaan 7 Rejab 1433H. Majlis sanding juga selamat pada hari yang sama...

Nak review baju nikah boleh? Boleh  je la kan.. Layan je.. Kenapa saya tak pilih baju nikah putih? Saya sendiri pun tak pasti apa jawapannya... Mungkin saya nak kelainan.. Dan tema warna, sea green + kuning + putih untuk sanding.. Untuk nikah, hijau turquoise.. hoiii.. ramai cakap, tunang dah biru, kawin pun biru. Bukan biru laaaa... :)


Kain: Murah je, dekat kamdar.. Untuk buat baju melayu tu.. Tak amik kain net pun, cz boleh pakai baju ni g kenduri kendara nanti.. Simple itu saya... Biasa saje.. 

Veil: Chiffon, beli kat Jakel, warna seakan baju.. Pas tu, jahit manik.. 

Inner Ninja: Beli kat Masjid Jamek, RM10 je! So saya tak pakai tudung segera itu.. Yeah! Pakai inner neck dengan veil je.. :) Alhamdulillah.. 

NOTA JARI TINY: Abaikan muka tak bape nak senyum itu.. :)