Tolong kami, bantu kami... :)

Wednesday, June 20, 2012

10 Tanda Anda Hamil

 Assalamualaukum... Salam sejahtera..

Bab perihal majlis masih ada untuk dikongsi, tapi, macam tidak mempunyai mood untuk bercerita lagi. Pendekkan ayat, tak ada mood nak cerita. :) Mood ada untuk kongsi info perihal kehamilan. Dulu, nak kawin, sibuk duk search blog B2B untuk reference. Sekarang, sibuk duk cari info perihal isu rumah tangga sejak dah masuk alam rumahtangga ni.. Lepas ni, bersiap sedia dengan resipi2 masakan pulak. Ohh.. sesuai dengan Kisahtiny, macam-macam ada... 

Minggu yang agak sibuk,. Memang sibuk,.. Layankan sahaja, yang penting anda bahagia.. Ok, tengok tajuk tak? Ini adalah info untuk dikongsi.. Moga dapat sedikit sebanyak ye.. Kita pun baru menjenguk ke alam rumahtangga,. Masih banyak untuk dipelajari. Tanggungjawab sudah bertambah. Seorang isteri kepada suaminya, seorang menantu kepada mak mertuanya. Suka dengan peringkat baru ini, terlalu kerdil sangat untuk katakan diri sempurna.. Diakui tidak sempurna, hanya mampu lakukan terbaik untuk kedua tanggungjawab baru ini.. Ok, cuba tengook dan baca dan fahami info berikutnya..

 

 10 TANDA ANDA HAMIL:

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

NOTA JARI TINY:  Nampak macam detail sangat kan? pegi sendiri dekat  Alamhamil.com untuk sebarang info lanjutan yang berkaitan.. Sekian, terima kasih.. :)

4 comments:

  1. tini banyok v idea utk kak.. :) TQ..kek atiqah homemade sedak dop? nk tempah la..hehe

    ReplyDelete
  2. hihihi... no problem kak.. ore amik kek 2 tgkat dekat risha homemade kek, memang tip top! sedap hingga jilat jari! moist dia, makk aihhh, btol2 moistttt.... dgn atiqah, ore amik choc fountain dengan siso apam dot2, sngt sedap! Kek hantaran farra delight, huiii.. butter cream dia x supo kdai kek lain.. sedapppppp.. (amikkk.. cerita pasal kek...) hahahahah

    ReplyDelete
  3. hihhii..

    risha homemade: https://www.facebook.com/risha.homemade.1

    farra delight: http://faradeen.blogspot.com/
    https://www.facebook.com/wanfarrah

    sila2 kak.. hihihihi...tertarik de boommm

    ReplyDelete