Pagi Isnin je, mula la meliatkan diri nak bangun pagi kan.. Padahal dah tidur awal. Masih lagi dibuai mimpi.. Datang kerja dihantar dan dijemput encik suami, sungguh indah! Terima kasih oppa! Masih kena luar kawasan.. Ohhh..
Hujung minggu yang dah berlalu-lalu, kononnya berprehoneymoon sambil jalan di hujung minggu dengan encik suami yang best! :0 Alang-alang dia dah tempah MBPJ punya apartment dekat BAYU BEACH RESORT,, so kami on je untuk berjalan-jalan.. Hilangkan penat lelah berkenduri.. Lagipun, sangat dekat KL-PD, tak ambil masa lama.. :) so, badan pun tak penat sangat! Ehem! :0.
Encik suami yang best saya punye! Tak ada orang nak tolong ambil gambar kami, ambil sendiri la.. Saat ni, laut juga turut berjerebu, tak nampak pun pulau-pulau berhampiran..
Pulau Burung, dekat Pantai Cahaya Negeri, sebelah BAYU BEACH RESORT.
Ada jambatan menuju ke PULAU BURUNG.. Kami suami isteri sangat suka melayan orang-orang duk pancing tepi pantai tu, dan alik-alik sampai ke sini,. Sangat jauh berjalan! Tapi seronok! Terus jalan kaki ke pasar malam dekat petronas. Sangat jauh! Tak ada kerja! Dekat Pulau Burung ni, sangat best khas pengantin baru untuk photoshoot outdoor. Bila jalan sampai ke hujung, sangat luas laut terbentang.. Memang tempat tersembunyi sikit, tapi cantik! Masa kami jalan-jalan sini, memang ada yang tengah photoshoot outdoor, baru je cakap dengan encik suami. :) Datang sini dulu masa tengah belajar, jambatan ni buruk amat. Kayu je pun. Sekarang, amekaw! Dah jadi tempat pelancongan.. :) Terrrbaikkkk...
Tiba-tiba nampak sudut ini cantik untuk bergambar, memang encik suami la kena..
Air dia sangat hijau! Kalian sila datang sini.. Bayu Beach Resort sangat privasi untuk dikunjungi,. Pantai pun cantik, dan yang penting, tak seramai dekat Teluk Kemang.. Pantai pun bersih.. Sangat Best!
NOTA HARI TINY: So, untuk sesiapa yang nak cari outdoor shoot near PD, boleh datang sini, pas tu, g MUZIUM TENTERA DARAT tu pulak, shoot sana pulak. Sangat lain dari lain! Tak ke best gitu! Saya tak ada pulak outdoor,. Ganti dengan event majlis bertandang,. Lepas kawin pun masih boleh berpost wedding, so, apa ada hal tak ada outdoor,. White studio pun boleh.. Sekarang sangat maju! Tapi jumpa dengan tetamu yang datang kenduri kita, sekali seumur hidup tengok kita berpakaian pengantin.. INSYAALLAH! AMIN!
syg. bayu beach resort tu how much per nite? klu kami mtk tlg sam tempahkan boleh? hehehee
ReplyDeleteRasanya rm50 3 days 2 nite. resthouse staff murah la kan.. hihi.. x sure kak, bleh ke x,. Nti tiny tnye sam eh.. ari tu guard siap mntk ic lg, skali dgn surat untuk stay dan parking..
ReplyDelete