Tolong kami, bantu kami... :)

Thursday, July 26, 2012

CORETAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum, SALAM RAMADHAN  dan selamat pagi semua..

Entry pertama berkisahkan RAMADHAN.. Bulan yang di nanti-nanti.. Bulan yang penuh dengan rahmat dariNYA.. InsyaALLAH. Sedar tak sedar dah RAMADHAN ke-6.. Alhamdulillah, kita di bumi MALAYSIA yang aman damai, tanpa kekacauan yang tidak diingini.. Syukur..

Bulan ni juga mata, telinga, mulut, semua turut berpuasa, mana nak mengumpat, nak mendengar lagu-lagu rock ke apa, mata pulak duk melihat wahh, gitu.. Moleknya hindarkan.. Tiba-tiba mutiara pagi dari saya ye..
:) Bukan selalu kita didatangi bulan RAMADHAN yang mulia ini..

Tak lupa juga, Ramadhan kali ini, sudah berubah cara hidup saya.. Sudah bersuami, buka sahur semua sudah berdua. Bukan macam dulu, Makan la ape pun, tapau je kat bazar ramadhan, senang je.. Tahun ni, buka, sahur, disediakan si isteri ini.. :) Syukur tak terhingga. Selera suami sangat mudah,. Ada ulam, petai ke apa, dan tak tinggal budu dia, menambah-nambah la nasi dia.. letak pulak tempoyak, ada 2 laut gitu, dah cukup..

Ramadhan pertama dilawati cikda serta busu, so, meriah sikit makan,. Dan dapat album kawin dari kampung, cukup sempurna!! Tak puas duk selak2 album tengok gambar.. Tak ada la sunyi sangat berbuka berdua..Nak rasa air tangan saya ye.. tungkus lumus di dapur siapkan juadah.. Cukup sempurna! Alhamdulillah.. Moga murah rezeki di bulan puasa ini..

 Juadah yang meriah.. Budu tu hok penting. Ketam bercili with lala kegemaran selamanya.. Kari ikan jenahak request dari suami.. Kalau saya makan lala hari-hari pun boleh.. Tapi standby kot dapat sakit nanti.. :) Busu menambah tak terhingga.. 

Ramadhan ke-2 pula adik ipar nak datang rumah, duk tengok gambar kat instagram di facebook, ok, dia nak ketam,. Awalnya ingat dia nak datang isnin, so gegarkan suami untuk ke pasar cari ketam, nasib ada 1 tempat tu.. Rembat je la.. Ganti kerabu mangga dengan kangkung belacan, akibat mangga dah kuning,.. Nak makan colek pun macam dop sedap.. So, masih lagi ketam masak lemak cili padi, pas tu, lala pulak letak dengan udang sekali, so, lain la sikit dari semalam. Semua sedap! Ikan rebus goreng juga kegemaran selamanya.. Insyaallah murah rezeki... 

Alik-alik, malam kena tinggal berdua, si suami nak pegi memancing dengan kawan dia.. puas duk pujuk,.. Takut beno saya merajuk. Nasib baik adik ipar ada, so, lepak je la malam tu.. Hari-hari kalau boleh nak masak, ramadhan ke-3 no picture, cz balik lambat, tak sempat nak snap2.. Hari ke 4 dan 5 menu tunjuk di bazar,.. Hari ni, masak la ye.. :) Tak selera makan lauk bazar.. kueh boleh.. Kalian pula bagaimana rutin di bulan puasa ye? Tarawih jangan lupa tau.. Bukan selalu kita sama2 bertarawih.. 

Dialah pak imam saya.. Siap sedia nak bertarawih.. sayang sangat.. 

NOTA JARI TINY: Moga amalan di bulan ini berlipat kali ganda ye kalian.. InsyaALLAH.. yang salah kita perbetulkan.. Yang betul kita perbaikkan lagi..


Thursday, July 19, 2012

Sweetheart Chocolate Dilancarkan..

Assalamualaikum... Salam sejahtera..

Syukur, hari ini, berkesempatan untuk di sini.. Sedar tak sedar Ramadhan kian menjengah.. Dan tahniah untuk diri saya sendiri berjaya meng'create' satu lagi blog untuk online bisnes..

Jum jemput singgah SWEETHEART CHOCOLATE. Blog masih dalam proses dimakeoverkan.. Nak kasi cantik lagi sikit. Berjaya juga duk fikir nama apa la nak letak.. Cantum ayat, jadilah macam tu.. Tak kisah la kan, motif hanyalah chocolate fountain dan juga candy buffet. Moga dipermudahkan segala urusan..


NOTA JARI TINY: Lots of love.. :)

Monday, July 16, 2012

Chocolate Fountain, Candy Buffet Will Be Launching Soon..

Assalamualaikum... Salam sejahtera..

Tengok tajuk kan? Tak nak cerita apa-apa selain dari tajuk di atas.. Ringkas dan padat..Akibat dari tempah untuk majlis kawin sendiri, idea untuk berbisnes timbul. Sebarang majlis, cukur jambul, aqiqah, birthday party, majlis kenduri kawin, event office, dan lain-lain, yang inginkan kelainan, Chocolate Fountain dengan buah-buahan serta pelbagai pilihan menarik mampu membuat majlis anda hingar bingar.. ) Adakah ayat saya mampu memikat hati anda.. Harap tertarik okeyh! :)







Menarik kan gambar2 kat atas tu...  Tengok muka yang duk tengah celup-celup tu.. Dorang nampak suka kan? So, apa lagi yang ditunggu.. Boleh hubungi saya.. :)

NOTA JARI TINY: Moga dipermudahkan minat ini.. :)

Tuesday, July 10, 2012

RESIPI - PORTUGESE GRILL

Assalamualaikum.. Morning kalian! :)

Semalam hujan agak lebat sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,. Sangast menghargai susah payah oppa datang menjemput puan obby dia.. Terima kasih sayang.. (ok, tetiba momentik la pulop! ) Semalam juga lagi shopping beli barang dapur akibat saya yang rajin nak masak untuk berbuka. (sentiasa rajin masak okeyh! )
Penangan di Oasis Food Court buat saya nak cuba juga kat rumah. Tak la ke Oasis je selalu. Tapi ok jugak pegi kalau teringin.. :) Kat bawah ni, resipi portugese grill.. Sangat simple dan memang rasa superb!

PORTUGESE GRILL

Bahan-bahannya:
  • Cili boh / cili kering yang dikisar
  • 3ulas bawang merah kecil (dikisar / tumbuk) Nak buat sambal banyak letak la ikut rasa..
  • 3 ulas bawang putih (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci halia (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci lengkuas (dikisar / tumbuk)
  • Sedikit belacan (saya tumbuk dengan udang kering)
  • Minyak masak (utk menumis)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Udang kering (dikisar) secukup rasa
  • Ikan ke udang ke, lala ke, sotong ke.. (suka hati korang nak buat apa)
  • Kacang botol ke kacang bendi ke.. (saya guna kacang bendi)
  • Limau kasturi
  • Daun pisang
  • Aluminium foil
Cara Memasak;
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh / cili kering yang telah dikisar.
  • Masukkan air dan udang kering dan belacan yang ditumbuk. Panaskan sehingga cili cukup masak.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah sambal masak, ketepikan seketika.
  • Selepas itu, potong aluminium foil dan daun pisang ikut saiz yang bersesuaian dengan bahan yang ingin dimasukkan.
  • Letakkan daun pisang yang telah dipotong di dalam aluminium foil.
  • Kemudian masukkan ikan / udang / sotong / lala (ikut citarasa masing-masing) ke dalam aluminium foil tersebut (atas daun pisang).
  • Masukkan juga kacang botol / kacang bendi yang telah dipotong kecil dan dibersihkan ke dalam aluminium foil yang sama.
  • Siram sambal yang telah dimasak tadi ke atas bahan ini (ikan/sotong/udang dan kacang botol/bendi).
  • Bungkus bahan ini dalam aluminium foil dan panggang / grill selama 10-15 minit.
  • Letak je bahan yang dibungkus tadi tu atas ceper yang dipanaskan di atas dapur gas. Nanti bau semerbak, mesti jiran terpikat.. ngehngeh.. 
  • Dah nak hidang, perah limau kasturi.. baru rasa masin sikit, manis sikit, masam sikit.. 
 Ini hasil yang saya masak semalam.. Berbaloi-baloi berbuka puasa.. Alhamdulillah, rasa sama macam kat OASIS,. Kalau korang masak, insyaALLAH, sama rasanya nanti.. :) 
Saya masak sotong dan ikan.. Oppa bagi berbintang-bintang.. Terima kasih.. 
:)

Yang ni ikan saya... Nampak bekas cubit sikit, cz tak pasti dah masak belom.. Hihihi..
Rasanya, cukup untuk nasi menambah-nambah.. :)

NOTA JARI TINY: Selamat mencuba kalian! InsyaAllah terpikat.. kot dapat berjuta-juta bintang dari encik suami ke.. Bau dia, sungguh menikam kalbu.. Air tangan puan tiny.. :)

Monday, July 9, 2012

PORTUGESE GRILL AT OASIS FOOD COURT MID VALLEY

Assalamualaikum.. Salam sejahtera,.

Syukur alhamdulillah, masih ada untuk di sini, dan berpuasa hari ini.. Ohhh hoii.. Mempraktikkan diri untuk berpuasa di RAMADHAN nanti/./ Insyaallah..

Ahad penuh dengan aktiviti.. Aktiviti makan je rasanya.. Bersama kanda ke Mid Valley akibat adinda memburu shopping keperluan diri.. Ambik ko, Mid Valley aje shoppingnya pun.. Dekat dengan rumah lah.. :)
Sampai sana, ya ampun, ramai sangat penduduk MALAYSIA.. Ada TREAT'S FAIR juga.. mungkin faktor itu makin ramai kot. Takpun, Mid Valley memang sentiasa ramai..

Dah lama tak cerita pasal makan-makan, dah nak puasa ni, banyak la resipi nak kena tau, so, tak boring menu buka puasa nanti... Kami lunch di OASIS FOOD COURT, macam nak pengsan cari food court. Bihun tomyam dengan somtam dekat carrefour mid valley pun dah hilang.. Kemana dorang pindah ye?

Pari sotong PORTUGESE GRILL.. Sangat memikat selera, perah dengan limau kasturi, makan dengan nasi panas-panas.. Memang sangat mantap! 

Saya punya pari lala, kanda punya pari petai.. Mak aihh, bau petai okeyh! Very super delicious.. Tak rugi okeyh berpusu-pusu ke gerai PORTUGESE GRILL ni.. Dah usha resipi pun ni, nak buat buka puasa nanti.. 
Harap-harap menjadi.. Harga kat sini pun, tak ada la mahal sangat pun.. Dia punya lauk, agak banyak.. Sambal dia, tip top! Ada rasa udang kering.. Macam nak ajak kanda singgah balik nanti sini, tapi macam takut amik risiko sangat sesak.. Prefer cuba sendiri..


NOTA JARI TINY: Sesiapa yang suka makanan pedas-pedas macam ni, sila singgah sini.. Dia pnya service, cepat, sedap, puas hati, tak rugi punyeeee... :)

Thursday, July 5, 2012

REVIEW: CHOCOLATE FOUNTAIN a.k.a CANDY BUFFET By ATIQAH HOMEMADE

Asaalamualaikum.. Morning kalian..

Salam nisfu sya'ban... Alhamdulillah, syukur masih lagi mampu melihat.. Sedar tak sedar kita dah hampiri RAMADHAN AL-MUBARAK.. Tahun ini, puasa dan raya sebagai seorang isteri,. Syukur.. Kadang-kadang, terfikir, kahwin awal di usia 24 tahun ni ada baiknya juga,. Walaupun banyak lagi saya tak capai dalam  hidup, itu semua boleh dicapai perlahan-lahan.. Tambah lagi di sampaing suami, insyaALLAH ada rezekinya.... :)

 Hari ni, akhirnya dapat juga 2 keping gambar dari  Cik Tiqah, owner of ATIQAH HOMEMADE.. Tau tak gambar apa? Gambar chocolate fountain tu, yang ada orang tulis jugak dekat papan hijau CANDY BUFFET tu.. tapi saya punye tak ada.. Semuanya kalut pada hari majlis.. Salah sendiri okeyh.. Lepas ni, nak bagi tips untuk B2B berdasarkan saya sendiri punya pengalaman..Terlalu banyak. Biasalah, kita hanya merancang, YANG MAHA KUASA yang tentukan segalanya.. Kalau jadi, jadilah ia, kalau tidak, tidaklah ia..

MY CANDY BUFFET pada hari majlis!! :) 
Sangat mengiurkan.. Strawberry chocolate okeyh! 

Tatapan untuk diri sendiri juga.. Ada jugak kenangan Candy Buffet saya ni.. 

Cik nurul sakan bergambar../. Masa ni saya kat masjid, tengah diijab qabulkan.. 
Tak sempat pun bergambar kat sini, sangat kecewaaaaaa..
Dalam encik OP punya softcopy pun tak ada gambar ni. Kuucewaaaaaa lagi..

Besttnyaaa korang beraksi..Me? Tak sempat grab ponn..
Kecewa kuasa tiga dah.. 
Berapa banyak kecewaaa daaa.. 

 
NOTA JARI TINY: Kena fikir banyak kali untuk buat ijabqabul dan sanding pada hari sama.. Sangat kena kuatkan minda dengan pelbagai gaya dan cara yang tak diingini berlaku.. Saya pun selamat sudah diijabqabul, yang lepas dijadikan panduan.. Sekian untuk anda semua.. (Macam ramai je yang tengok)..

Wednesday, July 4, 2012

REVIEW : WEDDING CAKE 2 TIER + CUPCAKE

Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua!

Cerita pasal kek kahwin pulak, kek yang sangat sedap, berpatutan, dan cantik! Simple, sedap, dan menarik!
Siap dengan stand sekali, stand sangat unik.. Dan yapling penting, its really moist okeyh! Chocolate moist pilihan untuk kek kahwin by RISHA HOMEMADE.  Kek Kak Sya sangat sedap!

Ok, tak nampak kek 2 tingkat ni.. aishhh,.. :( 
Nampak tak dia punye stand, sangat unik.. :)

Moist chocolate cake.. Hijau kuning itu pilihan saya.. :)
Cantik dan sedap... 

This my wedding cake 2 tier.. Sponsor by my cikda. Thank you so much!
Cupcake awal-awal dah bagi sanak saudara ambil.. :)

Terlalu banyak kek pada hari majlis... ni dah dua, kek hantaran 1, kek untuk candy buffet 2.. Kat rumah tak ada kanak-kanak untuk berebut makan kek ni, so, bagi je kat orang-orang yang mana nak.. Dan semua kek sangat sedap! :) Syukur alhamdulillah.. Diberi nikmat yang sebegini.. Pagi esoknya, tapaukan kek ni untuk orang-orang rewang.. Letak sekali kain batik semua tu sebagai tanda terima kasih untuk tolong menolong kan.. Kalau tokmi sorang-sorang buat, mahunya x mampu... Terima kasih.. Walaupun dah 1 bulan 6 hari majlis berlalu, masih segar dalam blog ini.. :)

NOTA JARI TINY:  Kalian yang di Kelantan khususnya, sila jenguk facebook kak sya, untuk dapatkan info selanjutnya.. Ini hanyalah sedikit info dari saya untuk anda.. 
Sedih bila janji tapi tak tunai.. Hanya manusia biasa tiny.. :(


REVIEW: HANTARAN PINGGAN

Assalamualakum, dan selamat sejahtera... :)

Suasana sejuk lagi nyaman dalam ofis buatkan diri makin tak sabar nak balik rumah nak zzzz.. Ngular dekat blog tercinta ini.. Cuma nak cerita pasal hantran pinggan je..Kenapa ek? Sebab dulu pernah post entry idea untuk hantaran nak guna pinggan kat SINI..Maka jadi la ia pinggan putih lagi bersih.. :) Boleh tak kalau gambar yang ceritakan semua? Tak ada masalah kan? :) Hantaran pinggan dari pihak encik suami untuk saya.. :)

 Telekung + sejadah.. see, saya suka hijau dan putih.
Bila mereka bersatu, sungguh indah.. 

Buah - Nampak tak bantal kecil comel itu.. Iyu yang D.I.Y oleh saya..
Ada di SINI untuk keterangan lanjut.. Semudah kicap ABC.. :)

 ASUS - Nampak tak simple dan semudah ABC.. sangat cantik.. itu putih.. 
Thank you adik ipar hias untuk abang dia.. :)



 Sembonia vs Coach - Asal ada bunga-bunga je, itu sudah cukup bagi saya. :)


 Tafsir quran - Rehal tu beli kat Rantau Panjang, kotak boleh letak apa-apa nanti dalam tu.. 
Sangat berguna..


 Set mandian BodyShop- Pinggan tu sangat boleh pakai lepas majlis. 
Bagi kat mama dah separuh..


Chocolate - Mangkuk dengan pinggan separuh bagi mama, 
separuh lagi cikda, Ada lagi beberapa unik dengan saya.. 
Sangat suka..
Ini adalah untuk tontonan para penjejak blog kisahtiny yang selalu ada di keywords saya, hantaran pinggan.. Ini adalah contoh hantaran pinggan kisahtiny, kalian pula bagaimana? Saya punya sangat simple.. :)

NOTA JARI TINY: Dah buat hantaran pinggan kalian, nanti share-share ek.. :)


Wordless Wednesday

Gambar terbaik untuk hari ini.. Tiba-tiba.. 
Tq encik OP.. 

Kasut: Dari Summit
Bunga tangan : Dari IDYLL ART

NOTA JARI TINY: Tak sabar nak balik umah.. :)