Tolong kami, bantu kami... :)

Tuesday, July 10, 2012

RESIPI - PORTUGESE GRILL

Assalamualaikum.. Morning kalian! :)

Semalam hujan agak lebat sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,. Sangast menghargai susah payah oppa datang menjemput puan obby dia.. Terima kasih sayang.. (ok, tetiba momentik la pulop! ) Semalam juga lagi shopping beli barang dapur akibat saya yang rajin nak masak untuk berbuka. (sentiasa rajin masak okeyh! )
Penangan di Oasis Food Court buat saya nak cuba juga kat rumah. Tak la ke Oasis je selalu. Tapi ok jugak pegi kalau teringin.. :) Kat bawah ni, resipi portugese grill.. Sangat simple dan memang rasa superb!

PORTUGESE GRILL

Bahan-bahannya:
  • Cili boh / cili kering yang dikisar
  • 3ulas bawang merah kecil (dikisar / tumbuk) Nak buat sambal banyak letak la ikut rasa..
  • 3 ulas bawang putih (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci halia (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci lengkuas (dikisar / tumbuk)
  • Sedikit belacan (saya tumbuk dengan udang kering)
  • Minyak masak (utk menumis)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Udang kering (dikisar) secukup rasa
  • Ikan ke udang ke, lala ke, sotong ke.. (suka hati korang nak buat apa)
  • Kacang botol ke kacang bendi ke.. (saya guna kacang bendi)
  • Limau kasturi
  • Daun pisang
  • Aluminium foil
Cara Memasak;
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh / cili kering yang telah dikisar.
  • Masukkan air dan udang kering dan belacan yang ditumbuk. Panaskan sehingga cili cukup masak.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah sambal masak, ketepikan seketika.
  • Selepas itu, potong aluminium foil dan daun pisang ikut saiz yang bersesuaian dengan bahan yang ingin dimasukkan.
  • Letakkan daun pisang yang telah dipotong di dalam aluminium foil.
  • Kemudian masukkan ikan / udang / sotong / lala (ikut citarasa masing-masing) ke dalam aluminium foil tersebut (atas daun pisang).
  • Masukkan juga kacang botol / kacang bendi yang telah dipotong kecil dan dibersihkan ke dalam aluminium foil yang sama.
  • Siram sambal yang telah dimasak tadi ke atas bahan ini (ikan/sotong/udang dan kacang botol/bendi).
  • Bungkus bahan ini dalam aluminium foil dan panggang / grill selama 10-15 minit.
  • Letak je bahan yang dibungkus tadi tu atas ceper yang dipanaskan di atas dapur gas. Nanti bau semerbak, mesti jiran terpikat.. ngehngeh.. 
  • Dah nak hidang, perah limau kasturi.. baru rasa masin sikit, manis sikit, masam sikit.. 
 Ini hasil yang saya masak semalam.. Berbaloi-baloi berbuka puasa.. Alhamdulillah, rasa sama macam kat OASIS,. Kalau korang masak, insyaALLAH, sama rasanya nanti.. :) 
Saya masak sotong dan ikan.. Oppa bagi berbintang-bintang.. Terima kasih.. 
:)

Yang ni ikan saya... Nampak bekas cubit sikit, cz tak pasti dah masak belom.. Hihihi..
Rasanya, cukup untuk nasi menambah-nambah.. :)

NOTA JARI TINY: Selamat mencuba kalian! InsyaAllah terpikat.. kot dapat berjuta-juta bintang dari encik suami ke.. Bau dia, sungguh menikam kalbu.. Air tangan puan tiny.. :)

No comments:

Post a Comment