Syukur alhamdulillah, masih ada untuk di sini, dan berpuasa hari ini.. Ohhh hoii.. Mempraktikkan diri untuk berpuasa di RAMADHAN nanti/./ Insyaallah..
Ahad penuh dengan aktiviti.. Aktiviti makan je rasanya.. Bersama kanda ke Mid Valley akibat adinda memburu shopping keperluan diri.. Ambik ko, Mid Valley aje shoppingnya pun.. Dekat dengan rumah lah.. :)
Sampai sana, ya ampun, ramai sangat penduduk MALAYSIA.. Ada TREAT'S FAIR juga.. mungkin faktor itu makin ramai kot. Takpun, Mid Valley memang sentiasa ramai..
Dah lama tak cerita pasal makan-makan, dah nak puasa ni, banyak la resipi nak kena tau, so, tak boring menu buka puasa nanti... Kami lunch di OASIS FOOD COURT, macam nak pengsan cari food court. Bihun tomyam dengan somtam dekat carrefour mid valley pun dah hilang.. Kemana dorang pindah ye?
Pari sotong PORTUGESE GRILL.. Sangat memikat selera, perah dengan limau kasturi, makan dengan nasi panas-panas.. Memang sangat mantap!
Saya punya pari lala, kanda punya pari petai.. Mak aihh, bau petai okeyh! Very super delicious.. Tak rugi okeyh berpusu-pusu ke gerai PORTUGESE GRILL ni.. Dah usha resipi pun ni, nak buat buka puasa nanti..
Harap-harap menjadi.. Harga kat sini pun, tak ada la mahal sangat pun.. Dia punya lauk, agak banyak.. Sambal dia, tip top! Ada rasa udang kering.. Macam nak ajak kanda singgah balik nanti sini, tapi macam takut amik risiko sangat sesak.. Prefer cuba sendiri..
NOTA JARI TINY: Sesiapa yang suka makanan pedas-pedas macam ni, sila singgah sini.. Dia pnya service, cepat, sedap, puas hati, tak rugi punyeeee... :)
No comments:
Post a Comment