Tolong kami, bantu kami... :)

Friday, July 19, 2013

Chocolate Fountain Majlis Pernikahan Pelakon Shajiry - Masjid Umar Al-Khattab, Damansara

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah nak masuk pertengahan Ramadhan.. Alhamdulillah.. Syukur tak terkira.. Kali ni entry  untuk chocolate.. Nyum2..

1.6.2013 lepas, cuti hari Agong, tempahan chocolate fountain tak menang tangan... Bila dapat tempahan dari kakak butik pengantin untuk majlis perkahwinan pelakon Shajiry,. Kira join venture gitu.. Sangat teruja, dan bersyukur sangat dengan kepercayaan yang di beri.. Sikit2, lama2 jadi bukit.. Setiap usaha yang kita lakukan pasti ada ganjarannya... Untuk hari itu, memang sangat sibuk. Pagi di Bukit Damansara, dan sebelah petang di Hardware Cafe, Space U8  tempahan dari pembaca berita tv3, Kak Norliza Mohd Zain... Kira 1 hari tu untuk selebriti.. Ecehh.. :)

Jum tengok gambar2 sekitar majlis.. Untuk catering di majlis ni, tetiba lak tertengok pelakon Riezman Khuzaimi dan isteri.. Ooo.. Dorang ada catering.. Tetibe.. Tak ada la sombong pon dorang.. :) Untuk deco backdrop ni, kak ina dah sediakan.. For sure la decor cantik2... :) 









Yeayy! Saya suka dengan minat saya ni.. Bila terjerumus dengan bidang bisnes, syukur tak terhingga.. Ada rezeki lebih sikit.. Setiap tempahan chocholate fountain dari kami, sejumlah darinya akan didermakan ke TABUNG MASJID KG.TELAGA MAS, RANTAU PANJANG, KELANTAN.. Yand dalam proses pembinaan.. Dah berapa lama dah.. Moga amal ibadah kita diterima olehnya..

NOTA JARI TINY: Untuk tempahan chocolate fountain di majlis anda, leh contact tiny: 012-9649277.. Thanks semua!! :)

Wednesday, July 10, 2013

PERCUTIAN KE KUCHING PART 3 - Top Spot Food Court, Kuching

Assalamualaikum..

Celoteh info pasal tempat makan ni kat Kuching.. Ramai tercari2 info pasal ni ye.. Meh nak kongsi dengan korang2 semua.. :) Sharing is loving kan.. :)








Haaa.. Kebetulan hari pertama puasa kan.. Memang menduga sikit up pic makanan ni.. Tapi dah biase dah pun.. Hari2 tak puasa pon kasi up pic makanan kat facebook.. haha.. Semua di atas menu malam 1st kami di Top Spot FoodCourt.. Jalan kaki dari hotel 360XPRESS HOTEL around 5-10 min je ke food court ni. Dekat parking kereta, bangunan berwarna hijau, dekat level atas sekali, terletaknya food court ni.. Hohoho.. Tak de la tinggi sangat pon..

Untuk ke sini, awal2 lagi tiny dah google siap2.. Kedai no berapa yang ramai orang cerita.. Iaitu KEDAI NO.25.. Sampai2 je, terus terjah kedai NO.25... Memang ramai sangatttt.... Kedai No.25 terletak tengah2.. Kalau naik tu, tengok cina je semua, jangan terkejut ye.. Memang ramai sangat pon.. Tapi tak mematahkan semangat kami.. Kat kedai ni, memang ramai sangat orang.. Nasib baik rezeki kami dapat la meja..

Menu pilihan: Udang butter ikan masin, Sotong tepung, Ketam blackpepper, Siakap 3rasa, Sayur2.. Time tu dah kenyang alhamdulillah, terlupa nak makan umai..Sabo je lahh.. Nasib suami tak suka sangat.. Tak dapat makan pun tak pe.. Tapi siakap 3 rasa dia, lain sikit dengan Semenanjung.. Untuk harga semua ni, tersangatlah murahhh!! Tak sampai 100 pon.. Banyak juga la duk pilih2 lauk semua tu.. Dengan ketamnya yang bapok besoo.. Alhamdulillah.. Syukur sangat.. Semua tempat nak g kat Sarawak, dapat g dengan bestnya.. Semua dipermudahkan... :)

Hope tiny dapat membantu rakan2 yang nak terjah Kuching lak k.. Duk hotel tu sangat senang.. Tup2 jalan kaki dah sampai waterfront.. Tup2 jalan kaki makan kat kedai2.. Senang la kiranya.. Untuk Top Spot lak, korang nak g rasa makanan laut kat sini, boleh la.. Dah, selesai untuk entry Top Spot.. Nanti jumpa entry pasu2, terubuk masin, kek lapis pulak2, juga tak lupa sang buaya.. hahah..

NOTA JARI TINY: next trip, pulauuuuu.. yeayy! Moga dipermudahkan.. 

MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Alhamdulillah.. Bersyukur kita semua didatangi bulan Ramadhan ini lagi.. Bersyukur sangat.. Sedar dari tidur pagi ni, hari pertama berpuasa.. Syukur masih diberi kesempatan untuk melakukan ibadah ini.. Selamat berpuasa untuk semua rakan2...

Semalam hari pertama tarawih.. Alhamdulillah.. Syukur rumah dekat dengan masjid.. Moga kami suami isteri terus istiqamah di bulan ini.. Moga kita sama2 banyak melakukan perkara yang baik2 aje.. Inshaaallah... Mula rindu dah dekat nenda kat kampung.. Sahur sorang2.. Buka puasa sorang2.. Kalau single dulu, balik kot untuk sambut awal puasa dengan dia.. Sekarang sudah berteman, berbeza dah sikit. Diajak datang ke sini, tak mahu katanya.. Bosan duk KL.. Ok, dah dapat cicit nanti baru semangat sikit kot datang KL ye tokmi.. Dah cakap awal2, cicit nanti panggil tokji.. So comel nenda!


Satu hari nanti, nak juga ke Tanah Suci Makkah.. Siapa yang tak nak kan.. Nenda dah pegi buat haji, balik je terus cakap nak g lagi.. Bila dia g umrah bulan May lepas, balik je dia cakap lagi nak g.. Betapa seronoknya dia.. Along sayang tokmi dunia akhirat along.. Selamat berpuasa tokmi! :)

NOTA JARI TINY: untuk semua rakan taulan, selamat berpuasa dari kami suami isteri.. :)

Tuesday, July 9, 2013

PERCUTIAN KE KUCHING - PART 2 - KG.BUDAYA, SARAWAK

Assalam..

Pagi yang sejuk.. Bumi dibasahi dengan hujan rahmatmu... Aku bersyukur. Masih diberi peluang untuk meniti hari2.. Masih mampu mengorak langkah berpijak di bumi ini.. Hari esok, tak siapa yang tahu...

Dah berbulan jugak la entry jenjalan sarawak terpendam je kat draft kan.. Apa pun tak boleh betol la..

Untuk hari pertama cuti di Kuching, tempat kunjungan pertama pilihan hati dah termasuk dalam itinerary, dah tentu2 la KG.BUDAYA SARAWAK.. Datang sana, mesti la kan nak tengok dorang punya budaya.. Sampai je di hotel 360xpress, terus ternampak shuttle dari hotel ke KG.BUDAYA SARAWAK..

 The entrance.. Di sambut dengan pintu gerbang ini..

Bila dah dapat passport, jom kita masuk terjah rumah2 dalam ni, lepas tu, kita minta cop2 dengan dorang.. Menunjukkan kita dah jelajah rumah2 yang ada di sini.. 
Macam2 jenis rumah ada.. Dari Rumah iban, hinggalah Rumah Melanau... :) 






Ok.. Bila si isteri dah mula nak start poyo2.. Untuk sewa baju ni RM10 termasuk accessories yang melengkapi.. Suami tak berminat pula katanya untuk sewa baju, panass.. Tapi memang panas pon.. Berpeluh2 okeyh.. Bergambar la kita sepuasnya sekitar dalam rumah ni.. Saya pilih untuk berbaju Iban... Dia punye corak punye la cantik.. Jangan lupa tau datang sini sewa baju ni sekali.. Kenangan manis sangat... Bila lagi kan.. :) 



 Tepat jam 4.30 petang,  kita semua dijemput masuk ke panggung budaya untuk sama2 tengok persembahan dari pelbagai budaya di Sarawak.. Dah last2 persembahan, kami2 dijemput menari tarian zapin bersama2 mereka... Mak jemah tak ketinggalan okeyh.. Nak jugakkk.. Masa ni encik suami dah kat luar, sakit kepala katanya.. Mana tak nye, dari panas kat luar, masuk dalam aircond. Memang sakit la kepalanya.. Mula la masa ni terus bagi camera dekat pelancong2 lain untuk snap gambo menari kononnya.. ahahha.. terkekok2 weyh.. dah lama tak naik pentasssss ... :P 




 Last sekali, dah nak balik, dalam jam 5.15 petang, kami ke PANTAI DAMAI untuk bergambar kenangan dengan burung kenyalang ni.. Dah macam dekat langkawi dah.. Dekat si helang.. hoho.. 
Masa ni tengah tunggu shuttle hotel pickup.. Untuk hari 1st kat sini, memang tiny tak amik kereta sewa.. Just terus guna shuttle dari hotel.. RM20 sorang hotel-kg.budaya-hotel.. And tiket masuk sini RM60..mungkin boleh dapat lagi murah kot.. thanks to  blogger NADIA FARAHIDA cz dia ada buat entry percutian ke Kuching, so, boleh la dapatkan info n tips2 ke sana..  

Akhirnya.. Berakhir untuk entry ini dulu.. Panjang lebar tu tak la.. Tapi gambo? Layankan je la.. Sedikit sebanyak nak gak kongsi dengan korang sayang2.. Banyak lagi entry cuti di Kuching yang terdampar di draft.. Haishh.. Kena amik mood betol2... 

NOTA JARI TINY: Sebarkan kasih sayang, benci pergi jauh2.. :)