Pagi yang sejuk.. Bumi dibasahi dengan hujan rahmatmu... Aku bersyukur. Masih diberi peluang untuk meniti hari2.. Masih mampu mengorak langkah berpijak di bumi ini.. Hari esok, tak siapa yang tahu...
Dah berbulan jugak la entry jenjalan sarawak terpendam je kat draft kan.. Apa pun tak boleh betol la..
Untuk hari pertama cuti di Kuching, tempat kunjungan pertama pilihan hati dah termasuk dalam itinerary, dah tentu2 la KG.BUDAYA SARAWAK.. Datang sana, mesti la kan nak tengok dorang punya budaya.. Sampai je di hotel 360xpress, terus ternampak shuttle dari hotel ke KG.BUDAYA SARAWAK..
The entrance.. Di sambut dengan pintu gerbang ini..
Bila dah dapat passport, jom kita masuk terjah rumah2 dalam ni, lepas tu, kita minta cop2 dengan dorang.. Menunjukkan kita dah jelajah rumah2 yang ada di sini..
Macam2 jenis rumah ada.. Dari Rumah iban, hinggalah Rumah Melanau... :)
Ok.. Bila si isteri dah mula nak start poyo2.. Untuk sewa baju ni RM10 termasuk accessories yang melengkapi.. Suami tak berminat pula katanya untuk sewa baju, panass.. Tapi memang panas pon.. Berpeluh2 okeyh.. Bergambar la kita sepuasnya sekitar dalam rumah ni.. Saya pilih untuk berbaju Iban... Dia punye corak punye la cantik.. Jangan lupa tau datang sini sewa baju ni sekali.. Kenangan manis sangat... Bila lagi kan.. :)
Tepat jam 4.30 petang, kita semua dijemput masuk ke panggung budaya untuk sama2 tengok persembahan dari pelbagai budaya di Sarawak.. Dah last2 persembahan, kami2 dijemput menari tarian zapin bersama2 mereka... Mak jemah tak ketinggalan okeyh.. Nak jugakkk.. Masa ni encik suami dah kat luar, sakit kepala katanya.. Mana tak nye, dari panas kat luar, masuk dalam aircond. Memang sakit la kepalanya.. Mula la masa ni terus bagi camera dekat pelancong2 lain untuk snap gambo menari kononnya.. ahahha.. terkekok2 weyh.. dah lama tak naik pentasssss ... :P
Last sekali, dah nak balik, dalam jam 5.15 petang, kami ke PANTAI DAMAI untuk bergambar kenangan dengan burung kenyalang ni.. Dah macam dekat langkawi dah.. Dekat si helang.. hoho..
Masa ni tengah tunggu shuttle hotel pickup.. Untuk hari 1st kat sini, memang tiny tak amik kereta sewa.. Just terus guna shuttle dari hotel.. RM20 sorang hotel-kg.budaya-hotel.. And tiket masuk sini RM60..mungkin boleh dapat lagi murah kot.. thanks to blogger NADIA FARAHIDA cz dia ada buat entry percutian ke Kuching, so, boleh la dapatkan info n tips2 ke sana..
Akhirnya.. Berakhir untuk entry ini dulu.. Panjang lebar tu tak la.. Tapi gambo? Layankan je la.. Sedikit sebanyak nak gak kongsi dengan korang sayang2.. Banyak lagi entry cuti di Kuching yang terdampar di draft.. Haishh.. Kena amik mood betol2...
NOTA JARI TINY: Sebarkan kasih sayang, benci pergi jauh2.. :)
No comments:
Post a Comment