Celoteh info pasal tempat makan ni kat Kuching.. Ramai tercari2 info pasal ni ye.. Meh nak kongsi dengan korang2 semua.. :) Sharing is loving kan.. :)
Haaa.. Kebetulan hari pertama puasa kan.. Memang menduga sikit up pic makanan ni.. Tapi dah biase dah pun.. Hari2 tak puasa pon kasi up pic makanan kat facebook.. haha.. Semua di atas menu malam 1st kami di Top Spot FoodCourt.. Jalan kaki dari hotel 360XPRESS HOTEL around 5-10 min je ke food court ni. Dekat parking kereta, bangunan berwarna hijau, dekat level atas sekali, terletaknya food court ni.. Hohoho.. Tak de la tinggi sangat pon..
Untuk ke sini, awal2 lagi tiny dah google siap2.. Kedai no berapa yang ramai orang cerita.. Iaitu KEDAI NO.25.. Sampai2 je, terus terjah kedai NO.25... Memang ramai sangatttt.... Kedai No.25 terletak tengah2.. Kalau naik tu, tengok cina je semua, jangan terkejut ye.. Memang ramai sangat pon.. Tapi tak mematahkan semangat kami.. Kat kedai ni, memang ramai sangat orang.. Nasib baik rezeki kami dapat la meja..
Menu pilihan: Udang butter ikan masin, Sotong tepung, Ketam blackpepper, Siakap 3rasa, Sayur2.. Time tu dah kenyang alhamdulillah, terlupa nak makan umai..Sabo je lahh.. Nasib suami tak suka sangat.. Tak dapat makan pun tak pe.. Tapi siakap 3 rasa dia, lain sikit dengan Semenanjung.. Untuk harga semua ni, tersangatlah murahhh!! Tak sampai 100 pon.. Banyak juga la duk pilih2 lauk semua tu.. Dengan ketamnya yang bapok besoo.. Alhamdulillah.. Syukur sangat.. Semua tempat nak g kat Sarawak, dapat g dengan bestnya.. Semua dipermudahkan... :)
Hope tiny dapat membantu rakan2 yang nak terjah Kuching lak k.. Duk hotel tu sangat senang.. Tup2 jalan kaki dah sampai waterfront.. Tup2 jalan kaki makan kat kedai2.. Senang la kiranya.. Untuk Top Spot lak, korang nak g rasa makanan laut kat sini, boleh la.. Dah, selesai untuk entry Top Spot.. Nanti jumpa entry pasu2, terubuk masin, kek lapis pulak2, juga tak lupa sang buaya.. hahah..
NOTA JARI TINY: next trip, pulauuuuu.. yeayy! Moga dipermudahkan..
sedapnyer tgk gmabra mknan tu :)
ReplyDeletehihi.. cobaan bln puasa.. hihi
ReplyDelete