Tolong kami, bantu kami... :)

Friday, April 18, 2014

Cuti-Cuti Penang ~ Bukit Bendera ~ Part 1

Assalamualaikum...

Lagi cerita pasal jalan-jalan penang.. Pelik aihh. Bila Part 2 dah publish dulu dari Part 1.. Nampak sangat la aih...

Sangat la sebagai bagpacker kami berdua.. Dengan naik Rapid Penangnya untuk ke Komtar dan terus jalan kaki ke hotel Armenian Street Heritage Hotel. Apa la sangat jalan kaki kat sini kan. Dekat je tempatnya... Kalau jauh mahu la amik cab jugak..

Sampai pagi dari airport, tak terus ke hotel, tapi kami ke sini! Bukit Bendera.. Mana taknya, pagi lagi kot.. Memang dah plan awal2, sampai2 je amik cab ke Bukit Bendera. Bayaran masuk RM8 untuk seorang pemegang Mykad.. If bukan warganegara, mahal la.. Rm30 kalau tak silap saya..Lama sangat kot tak datang sini..Zaman train dia warna merah putih lagi.. Tak sekolah lagi time tu.. Dan kali ni, datang berdua la pulak kan.. Konon romantika sangat la tu.. :P



Bukti couple bag ni dah sampai Penang Hill.. Romantika de amour uols.. 

Dia kekasih halal saya... Moga cinta hingga syurga.. InshaaAllah.. 
LOVE LOCK U..







The Owl Museum ni kami tak masuk pun.. Macam bosan je kalau masuk. If korang bawak anak-anak sekali ok gak masuk sini.. Dengan encik suami tu nak masuk sini? Memang tak la kan. Cukup la ada gambar sebagai kenangan.. Hihihi.. 

Kat sini boleh tahan sejuk la jugak. Dan yang paling best, bila monopod kami dipandang semua orang. Sebab apa? Sebab pelik kot galah panjang tu. Hahah. Tapi ramai la je yang tanya beli kat mana. Pelancong2 luar dengan orang jepunnya, Mat sallehnya, semua pandang sambil senyum je. Ok laa2.. Nanti beli Go Pro.. Baru la tak pelik kan.. Hahah. Kali ni memang tak bawak pun camera dslr. Sebab besar gedabak. Ekekek.. Bergambar dengan monopod je.. Senang..

Selesai duk keluarkan peluh kat atas ni, masing-masing penat. Turun je terus cari bas. Ye bas untuk ke Komtar. Nak check in hotel la pulak kan.. Tak sewa kereta pun kat Penang, macam membazir je. Sebab kat KL tak berpeluang nak naik bas, kat sini kan jadi pelancong. Time berdua ni boleh la lagi nak redah.. 

Ok, tamat cetrita Penang Hill, lepas Penang Hill sambung ke STREET ART hihihi... Misi Penang Street Art.. Best sangat aihhh.. Terasa macam belia remaja gitu... Tq untuk encik suami melayan sang isteri... love u.. 




No comments:

Post a Comment