Tolong kami, bantu kami... :)

Thursday, April 3, 2014

# TTC - HSG KPJ TAWAKAL (PART 2)

Assalamualaikum...

Salam sejahtera... Asal petang je jenguk sini kan.. Al-maklumla, banyak sangat cerita basi.. Ni pun mood menaip kembali dengan baiknya. Alhamdulillah.. Masih lagi di beri kesempatan di sini.. Lalui hari-hari yang sama.. Dengan aktiviti yang sama, dengan bisnes chocolate fountain, dengan kerjanya, hui hui... bersyukurlah..

Dan bercerita mengenai TEST HSG lagi.. Kan dah bagitau diri ini pengn selepas test. Mata time tu memang memandang skrin monitor dan dengar penerangan Dr.Fatimah.. Dan memang jelas, Dr.Fatimah terangkan rahim saya senget sikit, retroverted uterus, dan tiub fallopio sebelah kanan saya sempit, sebab tu bila "dye" disalurkan ke tiub, rasa sakit tu sangat over.. Ye la, over sampai pengsan.

Tapi, yang paling bestnya, bila ada seorang kakak lagi yang kena buat TEST HSG ni, dia rilek jeeee... Saya punye la berair mata menangis.. Lepas setengah jam duduk kat luar bilik x-ray tu, kena masuk balik untuk ambil picture result, kakak selepas saya punya lah rilek okeyh! Senyum simpul lagi! Ya allah.. Ujian sangat.. Rasa down hanya allah s.w.t saja yang tau.. Tapi sempat lagi gelak2 dengan husband. Katanya macam mana la boleh pengsan. Dr.Fatimah pun cakap, "difficult case" jarang saya jumpa orang pengsan ni. hahah. Catat rekod tiny! Thumb up! :( Balik dengan muka gelak, tapi nangis. Rasakan..

Test Hsg:

 = RM 180. 

Seminggu selepas TEST HSG tu, temujanji dengan Dr.Mashita,. Phew.. Sampai je awal, tapi macam biasa la, ramainyaa ibu-ibu menunggu giliran. Dan yes! Perasaan time tu, mengharap satu hari nanti, dalam rahim ni akan membawa nyawa yang tiada nilainya macam ibu2 yang lain kat situ.. Kempis je kan perut sekarang. hihii..

Masuk je bilik Dr.Mashita, gelak je dia. "Punya la lama ye ambil masa buat HSG TEST"? Me? Erkk.. Takut Dr. :) Senyum dan senyum dan senyum saje.  Dan terangkan semua-semuanya.. Walaupun ada nyatakan kat report "Retroverted Uterus" dan tiub fallopio sempit, Dr.Mashita cakap normal,dan tak perlu risau. Dan kalau ada baby now, potensi untuk c-zer tu tinggi. Ok, bonda mula menyimpan untuk anak bonda nanti.. :)..

Dan Dr.Mashita bagitau saya normal,. Dan dia just cakap cuba clomid, dengan dos yang sikit, sebab saya normal. Ni pun Dr.Mashita just nak cuba. Lepas tu buat TVS. Malangnya, me tak pegi2 lagi ni ha untuk ambil clomid. Tak paham betul la. Sebab apa? Sebab nak cuba ttc dengan neutral. :) Tambah lagi lupa je selalu tiap kali 1st day period. Lupa saja untuk ke Azzahra ambil ubat.. Bila ye nak cuba clomid? Dan patut ke saya cuba clomid? Dan kena TVS?? Ohh.. hoii... Kekuatan oh kekuatan.. Ku seru..








5 comments:

  1. salam.. klu tiub awak ok, xde blockage, rasanya x salah awak cuba amik clomid.. satu lagi, jgn takut nak tvs.. x sakit... just rileks je ye.. semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... alhamdulillah.. doc cakap tiub ok, tvs x skit ye sis? moga keberanian makin bertambah.. inshaaallah.. mengharap dipermudahkan.. :) tqqq

      Delete
  2. Salam sis...sy ada masalah tiub sempit both side. Dh bt hsg dan bedah laporoscopy tp doc tetap ckp tiub sy xsumbat tp sempit...tu sbb susah pregnant....

    ReplyDelete
  3. sis,

    saya baru lepas bt pembedahan laporoscopy. doctor cakap saya "Retroverted Uterus" dan tiub fallopio sempit. nothing she can do sbb sempit dari azali. but how come dr. sis cakat tu normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Doc ckp tu normal. Sis pn x tau nk ckp mcm mana lg. N pegi doc lain pn still normal. Cuma pk xde rezeki lagi je. Awk buat laporoscopy di hospital mana ya? So mcm mana sekarang?

      Delete