Tolong kami, bantu kami... :)

Wednesday, April 16, 2014

Cuti-Cuti Penang ~ Penang Street Art~ Part 2

Assalamualaikum...

Selamat hari Rabu.. Moga kita sentiasa diberkatinya sentiasa.. Datang mood nak cerita yang dah berapa lama peram pun tak tau la..Alhamdulillah.. Syukur sangat masih diberi kesempatan di sini.. Kesempatan lalui hari2 dengan penuh positif.. Gembira senyum sentiasa... :)

Tanggal 8 March 2014, mood berbunga cuti ke Penang... Sempena birthday encik suami. Ecehh.. Feeling honeymoon katanya... So mood bercuti memang sangat berbunga-bunga... Terasa macam baru kawin je.. Haruslah kan.. Pengantin baru sentiasa... InshaaAllah..

Flight dari KL ke Penang pagi kot. Masa ni, tak tau langsung pasal berita kehilangan MH370... Sebab sampai Penang dalam jam 9.30 pagi macam tu. Sampai2 je terus keluar jalan.. Langsung tak tengok tv.. Hui... Tak tau nak cerita perasaan masa tu...  Malam duk chill kat bilik baru tau tragedi MH370.. Hati pilu.. Duk ermm ... ermm je.. Ralat sikit.. Bila kita tengah bercuti, terjadinya tragedi yang tak terduga ni...


1st Night - Armenian Street Heritage Hotel

- Sangat senang untuk cari makan, sangat senang untuk jalan2 kat tempat menarik. Macam misi mencari Street Art. Dekat sangat dengan tempat sewa basikal, macam2 basikal ada.. Bila sewa basikal ni, senang untuk korang cari Street Art. Tak perlu jalan2 kaki, letih jugak tau..

Hotel ni juga dekat dengan Nasi Kandar Beratur. Itu perlu! 2x makan kat sini okeyh.. 1st makan tengah ari, dan 2nd makan malam (amik mood beratur panjang). Rezeki kami bila tengah malamnya sampai awal. So, tak ada la panjang sangat beratur kan..

Nampak muka senyum bila jumpa Street Art. Banyak juga la dapat cari. Tempat sewa basikal tu dah siap2 bagi map untuk kita cari Street Art ni. Oh. Saya tersangat la suka berbasikal di Penang. Terasa suasana pelancongnya.. Cuba kat Pj ni nak berbasikal., tak ada maknanya... Sedut asap kereta la jawabnya.. 
 

  Dah nak hantar basikal ni, sempat lagi duk pusing-pusing jalan. Nama kedai kami sewa basikal ni di Freedom Cycle Leisure Supply.. Best2.. Rupanya banyak je kedai sewa basikal di Lebuh Armenian ni.. Jangan risau, map disertakan tau.. RM10 je..






 Muka pelancong encik suami. Punya la penat dia melayan isteri yang suka cycling. Sampai ke Padang Kota Lama kami pergi. Makan Mee sotong, coconut shake. N round2 sana.. 



Bukti berbasikal sampai ke sini. Hahah.. Rasa champion sangat. Lama sangat kot tak naik basikal ni. huii.. Muka ada senyum.Bila tengok encik suami melayan je isteri.. Thank you darling.. love you! 

Memang best la kan, sampai2 je dah penuh aktiviti buat. Sebabnya apa? Esok nak lepak hotel je.. hihihi.. Mengaum la sikit kan... dan Alhamdulillah.. Semua aktiviti nak buat kat Penang checked! 

Sampai tak puas jalan Penang.. Apa la sangat kan sekadar cuti 3 hari 2 malam..  Buatkan kami nak datang lagi dan lagi dan lagi. .Yeahh!


4 comments:

  1. waaa...bestnye pi bercuti...nak pi gak...stress keje... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sweet:hihihi.. jom la kak.. kita cuti2 malaysia. hihi.. release stress.. :)

      Delete