Assalamualaikum..
Hmm. Mood hari ni, terasa macam nak berceloteh panjang di sini. Hati tersangat sedih. Tak dapat ungkapkan sedih tu dengan kata-kata. Malas juga untuk berceloteh perihal kesedihan. Tapi rasa macam en.blogger.com ini yang boleh saya luahkan. Dengan blog, dia tak dapat nak membalas apa yang saya luahkan. Blog menerima sahaja apa yang saya bebelkan.
Datang bekerja, YA ALLAH! Mata bengkak, terasa macam nak ambil MC je, tapi, tak pe lah. Bengkak bukan sebab alahan ke apa, bengkak sebab menangis kan. Manja giler aku besar gini pun nak nangis lagi. Memang la,siapa2 pun boleh menangis kan. Tak ada la pulak cakap dalam hidup ni kita tak boleh nak menangis kan? Kenapa aku menangis? Kenapa dan mengapa?
Bila bercinta, suka duka bersama kan? Cinta? Ada apa dengan cinta sebenarnya? Ke hulu ke hilir bersama setiap masa? Nak kata aku setiap masa duk berkepit dengan en.dia, TERSANGATLAH TIDAK!! Weekend je kami jumpa, itu pun kalau ada plan nak ke mana-mana. Dia nak ke rumah mak cik dia kat PUNCAK ALAM sana ke, dia ajak saya, aku memang sangat segan! Apa nak buat kan, dia duk sibuk ajak. Untuk pengetahuan encik blog, saya hanya jumpa en.dia bila ada plan apa-apa. Siapa suruh duk dekat kan? Kalau ikut hati saya, memang saya nak balik kampung je, duduk dengan nenda saya, lagi baik dari duk sini. Tapi tempat cari rezeki di sini. Kalau ikutkan, sambung je belajar sepenuh masa, habis cerita.
Memang la weekend jumpa kalau ada plan apa-apa, tak boleh ke?? Kalau jumpa selalu memang kena kawin terus ke? Tak payah nak tunang bagai la ek? Saya tak ada perasaan ke?????????? Mana perasaan saya sebagai seorang perempuan? Serius saya sangat tersentuh hati. Untuk encik dia, kalau kamu terasa hati, saya lagi berganda-ganda terasa hati. Terasa nak balik kampung sangat-sangat. Dan mulai hari ini, saya tak mahu jumpa kamu. Lagi baik untuk kamu kan? Saya tahu. Saya akur. Untuk yang mana duk fikir kami ni selalu berkepit bersama, harap kalian maklum keadaan kami, saya dengan dia, tak pernah hari-hari untuk berkepit je keje. Keluar bila ada urusan. Bila makan, ada benda yang diraikan. Bila tengok movie, itu bila ada masa lebih selepas uruskan benda yang lagi penting. Bagi saya, saya tengok movie sorang2 pun saya tak kisah. Kalau kalian nak saya tak jumpa en.dia lagi, baiklah, saya takkan jumpa en.dia lagi. Tak ada la korang duk fikir saya duk berkepit 24jam kan? Ingat saya tak ada masa untuk buat benda lain ke? Kalau rasa picture dekat facebook saya banyak duk upload picture kami, nama lagi facebook SAYA PUNYE. Kalau rasa upload picture banyak sangat sampai mengjengkelkan korang, baiklah, saya sudah tak show lagi picture kami berdua. Tapi ada yang cakap, nikah terus la, duk kepit je, ke hulu-ke hilir, aku ni tak ada perasaan ke? Haaa.. keluar juga perkataan AKU kan kat blog ni! Saya memang tersangat nak marah! Kalau korang rasa nak duk kepit je dengan pakwe korang masing-masing, duk la dekat dengan dorang, tak payah duk sibuk suruh aku kawin terus bagai. Sangat susah untuk puaskan hati orang.
NOTA KAKI: Untuk korang yang bercinta, tak payah la bercinta lama-lama, bila dah jatuh hati tu, korang terus nikah je, nanti tak ada la spekulasi duk cakap ko duk keppit je 24jam, baik kawin. aku pun tak paham. Semak kepala je fikir.
Untuk en.dia, kalau kamu terasa hati, saya lagi berganda terasa hati dengan awak. Tak pernah buat entry gini, tapi saya nak luah apa yang saya rasa. Maaf andai ini entry ini tidak sepatutnya berada dalam dashboard korang2 yerk.