Tolong kami, bantu kami... :)

Wednesday, April 20, 2011

DI TEPI PANTAI YANG INDAH

Assalamualaikum...


Ya Allah.. Sungguh saya sangat teringin untuk berada di pesisir pantai tatkala matahari terbenam. Menyaksikan keindahan alam ciptaanNYA. Teringin untuk mengisi masa yang ada di pesisr pantai. Berjalan sambil memegang sepatu di tangan. Sambil kaki bermain-main dengan ombak yang menghempas pantai. Agak kuat saya berangan. Tapi memang iya, saya nak berada dalam situasi yang saya angankan itu. Hanya masa tidak mengizikan lagi. Tambahan pula sekarang cuaca tidak menentu. Dengan bencana yang melanda Jepun. Takut untuk berjauhan dengan mereka yang saya sayang. Bila ya masa itu akan datang kepada saya? Lama sangat tak pergi main pantai ni. Kalau kat kampung, pantai haruslah dikunjungi. 30minit je dari rumah. Walau tak sempat menunggu matahari terbenam, tapi puas hati bila berada di situ. Mengimbau kenangan-kenangan lalu. Sangat perit bila kenangkan kembali!


Saya rindu untuk makan udang celup tepung, air kelapa, dan macam-macam lagi la kat tepi pantai yang ada! dan saya juga rindu untuk menyemak main layang-layang dengan sepupu kecil saya! Jeles bila tengok dia duk main. Keseronokan memanggil2 untuk bermain bersama. Tapi, di ibu kota KUALA LUMPUR, payahnya nak jumpa pantai. Pantai Dalam, Hospital Pantai, ada la. Urghh! Rindu! Bosan! Semua ada dalam hati sekarang ni! 


 Cantikkan alam ciptaanNYA! Bersyukur dengan kehidupan yang di berikan olehNYA!
Bercuti best juga! Asyik mengadap kerja je kan? Sekali sekala memanjakan diri begini tiada salahnya.
Tapi tu la, jadual masing-masing tidak sama.


Payahkan bila membesar dengan ombak dan pantai ni. Mesti terkenang mahu ke sana. Bila duduk jauh dari kampung, memang akan rindu suasana di kampung. Bestnya kat kalian yang bekerja kat kampung, dapat pegi pantai samapi rasa muak nak pegi pantai lagi kan. Masakan kita boleh lupakan asal usul kita. Walau di mana kita berada, kita tidak akan melupakan dari mana asal kita. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.!


NOTA KAKI: Visit Malaysia. Jom kita pegi ronda-ronda Malaysia yuk. Pusing-pusing Malaya..

No comments:

Post a Comment