Tolong kami, bantu kami... :)

Thursday, April 14, 2011

Kenangan...

Assalamualaikum...

Buat kerja dengan hati yang tak tenteram. Mata asyik mahu berair sahaja. Oh.. please la.. Kenapa perlu singgah kat hati saya kesedihan itu? Saya mahu tersenyum sahaja lalui hari-hari saya. Saya tak mahu untuk bersedih, bermuram. Saat kesedihan singgah di hati, merindui kenangan dulu, merindui juga nenda saya! Terasa mahu balik sekarang juga jumpa itu tokmi. Along rindu...

Untuk kamu, saya cuba untuk lupakan kenangan antara kamu dan saya. Saya tak mahu kenangan itu hadir dalam hidup saya lagi. Kenangan pahit antara kita. Kenangan yang mampu buatkan saya menangis. Perit sangat diperlakukan sebegitu rupa. Saya punyai perasaan, sama juga dengan kamu. Tapi memang hobi kamukah untuk membuat saya menangis. Kamu berdendam dengan saya kah? Hingga buat perasaan saya bercelaru sebegini? Memang, kita kenal dari usia kita setahun jagung. Tapi, saat itu, saya tidak pernah untuk bercakap dengan kamu. Saya hanya mampu tersenyum. Tiba-tiba kamu muncul, hadir ceriakan hidup saya, tapi kamu tenggelam timbul. Saya tak tahu apa yang patut saya rasa terhadap kamu. Adakah permainan perasaan bermula? Sila berterus terang dengan saya pada waktu itu. Amat menikam jiwa saya dengan apa yang telah berlaku. iaitu KENANGAN.


Apa sebab saya sedih? Kamu adalah kenangan dalam hidup saya. Saya sedar, itu tidak mungkin berlaku, masing-masing terus melangkah. Melangkah ke depan. Cukup dengan kenangan dulu. Kenapa saya persoalkan perihal kenangan? Kerana kita semua ada kenangan dalam diri kita. Sama ada kenangan itu pahit, mahupun sedih, manis, dan sebagainya. Saya juga mahu untuk lalui kehidupan saya seperti orang lain, ya, saya sedang ubah haluan hidup saya. Saya juga mampu untuk gembira seperti orang lain. Kamu adalah satu kenangan. Saya tahu, kehilangan kamu, sama juga kehilangan seorang kawan. Kamu kawan saya. Saya tak mahu untuk kehilangan seorang kawan. Untuk kamu andainya kamu baca ini perasaan saya kala ini.

saya mahu gembira, kesedihan sila jauhi saya. 23 tahun, kesedihan menghampiri saya. Menjengah ke dalam hidup saya, tapi tatkala itu, saya hanya mampu senyum, sabar, ujian dariNYA. Kini saya bangkit, bangkit mahu hidup seperti orang lain,. Iya, saya berdikari selama saya lalui hidup saya. Tersangat perlu untuk kuatkan semangat saya untuk lalui hidup. Banyak perkara yang berlaku selama saya 23 Tahun, liku-liku yang saya lalui, penuh onak dan duri. Saya tak pernah untuk berdoa moga liku-liku itu berubah menjadi jalan yang lurus, senang untuk di lalui. Iya, memang saya gembira sentiasa, senyum, menjerit, tapi hati saya, urghhh... penuh dengan tangisan. Hanya mahu persoalkan perihal kenangan, tengok, dah melalut ntah ke mana! Bila jari mula berbicara, begini la jadinya. :) Senyum, tak perlu kata apa-apa... Hanya senyum dan senyum laluinya. Saya tidak suka untuk berkongsi perasaan saya. Saya hanya menaip perasaan saya. Di sini saya luahkan apa yang saya rasa. Saya suka dengan blog saya, sebab, dia terima sahaja apa yang di bicarakan oleh saya. :)


NOTA KAKI: Bebelan dari hati hamba... hahoohohoh.. Bila sudah mula, ni la jadinya... grrrrr...

No comments:

Post a Comment