Tolong kami, bantu kami... :)

Monday, April 18, 2011

FLAMING STEAMBOAT

Assalamualaikum...



Cerita tentang FLAMING STEAMBOAT... Segar lagi sedap! Tersangat ramai di sini. Menuju ke sini selepas bangun dari tidur yang lena akibat kena hujan selepas balik dari TAMAN MEDAN. Ke Shah Alam menjemput my aunt. Dia teringin nak makan ini steamboat. Sampai di sana, kami dah 2 round tambah menambah lauk-pauk. Sedap! Kenyang! :) Makan berdua sampai banyak sebegitu rupa. Macam-macam yang di ambil. Alhamdulillah. Nak masuk 3 round, en.dia datang. Yeahhh! Apa la sangat kan SUNWAY PYRAMID dengan PETALING JAYA.. Dia pula sambung makan. Sangat best! Duduk seketika, my uncle datang! Hohoho.. Busu belanja okeyh! Sangat untung pada malam itu.. Dia datang kejap je, semata nak belanja kami makan. Best tol! Kami hanya makan je. Tukang belanja dah ada! LUCKY! So, cikda, busu, en.buah hati, and saya melepak di FLAMING STEAMBOAT ini. Thank you busu! :) Lain kali mahu lagi boleh?


Nyummy! Sangat sedap! Segar tau! Tempat pun bersih! Sangat best bila datang ramai-ramai dengan keluarga! Sangat sesuai juga bila bergathering dengan rakan-rakan kan? Harga pula tak ada la mahal sangat! RM25 untuk dewasa. Berpatutan la kan. Makan sampai muntah. :) Tak rugi datang sini. Kalau booking, lagi senang kerja. Tak payah kena tunggu meja kosong. Sesuai dengan FLAMING STEAMBOAT, ALL YOU CAN EAT! Makan sahaja, dan HALAL itu penting.. :) 
Untuk keterangan lanjut, kalian boleh la singgah di sini..  http://www.flamingsteamboat.com/
Sharing is caring kan? Saya memang suka steamboat! Harap maklum. Sup dia okeyh! Kat sini banyak pilihan makanan laut dia. Bak kata, macam-macam ada. Sampaikan duk syok makan, lupa untuk bergambar. Padahal duk tengok family lain duk bergambar sakan di situ. Makan lagi syokkk oo.. Ada sekeping pic pun sudah mencukupi. En.buah hati join makan bersama keluarga saya pula. Adil la kan. hikhik..




3rd Round! :) Tengok, baru 3 orang makan ni... hohohoho... 


Syok! Lain kali sudah tentu datang lagi. Selain sini, saya juga suka di SEOUL GARDEN. Lagi la untung sana, dpat main bakar-bakar. Kurang kolestrol anda. hakhak.. Best kan hang out dengan family. Keluarga saya kecil sahaja. Sangat best bila dapat bersua makan bersama keluarga saya!  Tapi best bila bersama keluarga en.dia. Keluarga dia besar, ramai sepupu yang kecil-kecil lagi. Bila bersama, gamat je suasana.. Tapi bila bersama keluarga sebelah arwah mama, yeahhhh! Keluarga besar punyaaaaa... Best bila semua berkumpul! Kecoh! hihihi... Bila sebelah abah, yeah.. Saya berperang dengan Muhammad Adam sahaja. Satu-satunya sepupu kecil saya buat masa sekarang. Oh Adam.. hikhik..  



Yeahhh.. Sepupu sepapat. Mak cik-mak ci kuh! Sangat payah untuk nerkumpul bersama gini.. Bila kena dengan cuti masing-masing, barulah dapat gini.. :)
Kalau ramai begini, mestilah dengan keluarga mama! :)

Muhammad Adam, tokmi and saya! kecil je kan? Keluarga saya..


Majlis pertunangan adik en.dia.. Oh. Saya menyelit di situ.. Anak-anak dara.. Ecece..
Comey-comey je semua.. wink-wink..


Macam banyak pula saya duk menempek gambar di sini! Yeah. Semuanya dalam kenangan. :) Rasanya mahu berceloteh perihal FLAMING STEAMBOAT. Dah terlajak sudah! Tak ape lah ye. Macam best duk habiskan masa di sini. Pantas je tangan bergerak menaip setiap baris kata. 

NOTA KAKI: Sayangilah keluarga anda.


2 comments:

  1. sy makan ketam je kat sana..beshhhh ;)

    ReplyDelete
  2. yeahhh.. sedap deyh... hikhik.. segar gitu.. memang berbaloi-baloi. kena simpan space perut skit kalau nak makan sini. baru x rugi. hihiih

    ReplyDelete