Tolong kami, bantu kami... :)

Monday, April 18, 2011

THE MOST VALUABLE THING IN LIFE IS FRIENDSHIP? AGREE?

Assalamualaikum...


Alhamdulillah. Hari ni, bekerja seperti biasa. Bangun awal, dan masih memeram. Banyak susah untuk bangun pagi! Itulah saya! Mananya tak, weekend yang penuh dengan aktiviti! :) Ok, nak bercerita tentang MUET TEST yang dan berlalu.. Dan amat bersyukur, kerana dipermudahkan segala urusan olehNYA..

Sabtuday! 8.00pg, saya ada MUET TEST! grrrr.. Lewat sampai, nasib baik beberapa minit sahaja. Time sampai tu, para guru sedang membahagikan kertas peperiksaan! Syukur sangat! Ye la, nasib baik reading test first task! Kalau listening? huh! mahu nanyaaaa chek.. Ok, punya syok saya duk membaca.. Terasa berada di zaman dulu kala. Ramai juga candidate MUET. Masing-masing berteman. Oh, saya keseorangan. Duk berfacebook je keje time menunggu test seterusnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Apa yang mampu sekarang, berdoa dan tawakal moga result yang baik menanti saya. Part writing test, tersangatlah alhamdulillah! The most valuable thing in life is friendship,? Setujukah? At least 350 words.. Memang harian kita kan? Sentiasa ada kawan di samping kita, time belajar, bekerja,. Masa baby dulu pun kita dah berkawan kan? Masa duk dalam baby room, tidur sama-sama dan menangis sama-sama. Friendship? Mana ada jual kat pasar malam mahupun supermarket kan? Ianya datang dari hati, macam mana kita tunjukkan nilai friendship itu sendiri,, macam itulah bernilainya friendship! Ianya datang dari hati.

Seboleh mungkin duk mengarang topik ini. Kalian setuju ke tidak? Friendship is most valuable thing in life. Saya setuju. Macam mana kita lalui hari-hari kita, semua boleh di jadikan contoh. Susah senang ada seorang sahabat, berkongsi bersama suka dan duka. Tapi ada juga kawan yang hanya berkongsi suka. Rambut sama warna, tapi hati lain-lain. Sila hargai insan yang hadir dalam hidup kalian. Bagi saya, persahabatan itu memang berharga! Mahunnya tidak. Harian kita bersama rakan-rakan. Dekat tempat kerja, kita ada rakan-rakan sekerja kan? Kena saling tolong menolong kan? Macam mana seorang itu menghargai friendship, baru lah dia boleh menilai, sama ada friendship the most valuable thing in life or not!
 KAWASAN LARANGAN! PEPERIKSAAN SEDANG DI JALANKAN. 
Masing-masing duk berdiskusi. Saya sibuk je duk ambil gambar dorang.




Di sinilah pusat ujian saya. Tak semua sekolah ada FORM 6 kan? So, terpaksa la dari PUCHONG menuju ke sini untuk menduduiki peperiksaan. Syukur alhamdulillah. Sangat mencabar kesabaran sebenarnya. Macam mana gerak sorang-sorang dari PUCHONG ke sini. Ye la kan, sendiri nak exam, sendiri la datangkan. Lagipun, ingat ada orang nak teman ke? Takkan ada punya. Sudah biasa begitu..



Tengok, seiring dan sejalan. FRIENDSHIP! :) Masa ni, hujan kot, saya terpaksa berada di tempat menunggu buat seketika akibat dari hujan yang tak tau bila berhenti. Jenis hujan renyai-renyai ni lambat nak  berhenti. Sabarlah menunggu. Memang sabar pun, sampai sempat update blog. Al-maklum la kan, kalau saya redah hujan ni, saya basah! Nanti saya demam! Dan akhirnya.. yeahhh.. saya redah juga itu hujan. Sampai rumah saja, terus baring tak ingat dunia! Owhhhh... alangkah penatnya hari ini..


NOTA KAKI: Sila hargai setiap insan yang hadir dalam hidup anda. Yang penting, biar kita yang menghargainya, andai sebilah pihak tidak menghargainya, kita tidak mampu untuk berkata apa-apa. Kerana masing-masing punyai persepsi mereka sendiri..

No comments:

Post a Comment