Tolong kami, bantu kami... :)

Friday, November 9, 2012

Puyuh Goreng Suami Isteri

Morningg2...

Masih di sini.. Terketar2 tangan ni menaip.. Sihat di pagi Jumaat ni? Moga semua sihat sejahtera hendakNYA...Syukur diberi peluang lagi untuk di sini kan.. 

Nak jugak cerita semalam punye cerita.. Tapi pengalaman baru tau.. Tak penah pun buat selama hidup ni.. Penah makan je ada la.. 

 Source: encik google.. 
Burung puyuh..  

Betul la tu macam gambar di atas.. Burung puyuh.. untuk pertama kalinya, godek2 burung puyuh tuk menu.. Selalunya makan kat kedai je kan.. Burung puyuh goreng kunyit. Kali ni, kakak ofis ada saudara yang jual burung puyuh ni, 1 ofis ni tempah,. Apa lagi, memang tak ketinggalan la menempahnya.. Ingatkan dah togel2 kan, tapi tapi.. tak ditogelkan lagi.. Nasib baik senang je nak potong2 puyuh ni.. Guna gunting je.. Jakun sesangat!! Encik suami mitak belah empat.. Macam tak kuasa je nak makan kalau belah 2 je.. 


Puyuh goreng berempah suami isteri...

Untuk 2 orang makan, cukup la kan 2 ekor.. 1 paket beli ada 5 ekor. Nampak gaya 2 hari ni menu puyuh goreng je la.. Garing2, sangat nyum2... Ratah cenggitu je.. Memang bercinta la makan puyuh ni.. Duk hayati.. Nasib baik encik suami puji sedap.. Bila siap masak je tanya je sedap ke x.. Dia siap boleh cakap lagi, bila masa awak masak yang tak sedap.. Berbunga setaman.. :) Meh kita cari khasiat puyuh lak..Ada gak kalian yang g cari burung puyuh tuk menu malam nanti ni.. hihihi.. K la, kerja time.. Jumpa lagi nanti k.. 

NOTA JARI TINY: Saya sedang berusaha.. *tetibe..


 

Tuesday, November 6, 2012

Aidil Adha 2012

Hye hye...

Berzaman, tiba-tiba muncul kan... Muncul pulak tiba2 cerita pasal aidiladha.. Sebelom kawin dulu, ada kot entri aidiladha.. Dah kawin pun nak gak ada... Ada la yang membezakan tahun ni punye raya dengan tahun lepas punye raya.. Tahun lepas tak balik kampung okeyh! Sentap sorang2 kat Puchong nu ha.. Tahun ni, sekali balik 2 kampung.. Nasib baik 40 minit je nak ke rumah bonda mertua.. Patutnya raya umah Rantau Panjang dulu, tapi tapi.. Tokmi sorang2 kot... No No, sentap hati orang lama.. Cucu dia yang besar sorang ni je la.. Tu pun dah jadi milik encik suami.. 2 yang diutamakan dulu... Layan picture okeyh.. Buat2 layan pun tak pe.. Tak kisah..

Di pagi raya.. Lengang je depan umah tokmi.. Sebelom balik umah bonda mertua la ni.. 
Hijau + mustard okeyh.. Tak nak kalah temanya.. Mahu jugak color block.. 

Suami isteri.. Ingat nak match mustard dengan biru sama dengan baju suami, tapi tapi..
Baju biru baju bertandang dulu, tak nak la recycle balik..
:) Nak jugak baju baru okeyh.. 

 Dari kiri; saya, tokmi, busu, sofea humaira, cikda, n muhammad adam..
1st raya haji tak buat makan2.. Macam tak raya je... aishh2..
Makan daging lembu je manjang..


 Dari kiri;encik suami, p.da, tokmi dan busu..
Tokmi bersama anak lelaki dan cucu lelaki.. 
Kenangan.. :)


Yang ni konon baby express la ye.. Konon la.. 
Sekali, amekaw,.. Menangis baby humaira,. Mana taknye, mamanya yang duk klik kami..
Geram okeyh.. Baru nak ala2 1 happy family at home.. 


Tempek sikit2 dah la kan.. Kang mengoverkan diri pulaknya pun.. Moga rumah tangga kami suami isteri dbanjiri dengan kasih sayang.. Jangan bilik kami kat kampung Rantau Panjang sana masuk air dah.. Hujung2 tahun ni musim bah weyh.. Bilik lak hujung tanjung tempat air selalu naik zaman sebelum direnovate dulu2.. Harap2 tak la ... Nanya kami nanti!

NOTA JARI TINY:  Sematkan kasih sayang sesama kita k.. Tak nak la ada sikap tak suka sesama kita k.. Kita manusia biase je k..

Wednesday, October 24, 2012

Kisah 5 bulan



Tersedar dari mimpi yang panjang.. Buat diri rasa kosong untuk berjari jemari di sini. Syukur, masih ada di sini. Di pentas opera.. Perjalanan hidup kian berubah.. Berubah dari hari ke hari.. Dari seorang anak dara, kini Alhamdulillah, bahagia di samping suami.. Satu perubahan pada diri yang banyak bezanya.. Mana taknye, rutin berubah. Cuma yang tak berubah, rutin bekerja. Pagi kerja, petang balik rumah.. Yang berbezanya  dihantar juga dijemput.. 5 bulan dah tak drive sendiri.. tak ke untung..

Terlalu banyak aktiviti yang berubah.. Hobi juga turut berubah.. Masak-masak,cuba resipi baru,. Makan dan makan dan makan. Yang penting suami suka. Tahun ni juga tahun pertama berhari raya dengan suami, ibu mertua, adik-adik ipar juga sanak-saudara baru. Yes.. Saya sangat kekok. Kekok kalau ada tingkah laku silap ke apa ke.. Tapi saya cuba menyesuaikan diri. Dan yang paling best juga seronok, dapat merasa panggilan ibu saudara.. Panggilan CIK LONG pulak tu.. Buat diri teruja. Kalau ikutkan angan2 dulu, nak anak buah panggil mummy.. Insyaallah, anak2 kawan2 nanti bahasakan mummy… Sangat sayangkan baby.. Sangat suka untuk cium baby, kadang diri sebak sendiri, rindu arwah mama juga arwah abah..

Setiap kali shopping, terpandang kedai baby, memang ada je yang dibeli untuk anak buah.. 1st anak buah kan. Kalau bertambah lagi, lagi la meriah.. Ni kalau anak sendiri, tak tau la cerita macam mana.. INSYAALLAH… Doakan kami ye.. Moga ada rezeki nanti.. Kita hanya merancang, dia yang MAHA MENGETAHUI segalanya yang terbaik untuk hambanya…

Boleh bagi berapa untuk esei saya ni.. Memang merabu meraban ntah ke mana,.. Layankan apa yang ada di hati sebenarnya.. Boleh bagi tajuk kisah 5 bulan.. Nak letak la gambar kami suami isteri dengan 1st  anak buah.. Tunggu untuk anak sendiri pulak.. wink wink… INSYAALLAH..

 Nama saya Muhammad Adam.. I am superbaby... Tembam sangat2... Sangat pandai bila orang ajak bergambar.. Handsome boy juga hero kami..


 Saya dapat booties baru dari CIK LONG.. Love u..


 Cuba tengok.. Dorang berinteraksi dengan mata.. Sangat2 cumel..
Ayah Long dengan Muhammad Adam.. 


NOTA JARI TINY: Hidup ni ibarat bola... Bulat je.. Ada juga kadang macam roda..

Tuesday, October 23, 2012

MEATBALLS ALA-ALA IKEA

Assalamualaikum... Salam sejahtera..

Resipi dan resipi lagi... Resipi sampai lebam... Kali ni kita bermeatballs ala-ala ikea... Kalau rasa teringin sangat2, memang ini jadi menunya.. Nak ke IKEA, kena ada urusan lain yang berdekatan sana, baru layan..

BAHAN-BAHAN:

SOS:

- 2 Sudu butter
- 1 1/2 sudu tepung gandum
- 1 biji bawang besar di potong dadu
- tomato dipotong dadu
- 1 1/2 cawan fresh milk
- susu cair 100ml
- sos tomato
- sos tiram
- kicap
- lada hitam
- 1 cube ayam
- 1 sudu gula

* Bebola daging - tak kisah la brand apa pun.. saya guna AZMY punya.. Ada banyak pilihan meatballs.. pilih yang mana menarik perhatian kalian okeyh..


CARA-CARA;

1. Cairkan butter sikit, goreng bebola daging.. tanpa minyak tau... 
UNTUK SOS:

1. Cairkan butter, masukkan tepunga gandum, goreng hingga perang. Agak-agak dah perang, masukkan susu cair, fresh milk,. Biar seketika, kacau jangan biar hangit.

2. Tambahkan sos tomato, sos tiram, lada hitam, dan cube ayam serta gula. Nak sedap lagi tambah sikit black pepper aji shio..

3. Kacau hingga rata, pekat ke cair ikut kesukaan.. Kalau pekat campur air lagi.. letak jem strawberry  juga kentang goreng.. Saya punya version fries asyik tak beli je.. hahahaha.. Tapi tetap sedap! Husband menambah tu memang sedap la 2.. hahah







NOTA JARI TINY:  Pelbagai version... Janji masuk perut, hilang rasa lapar, dan sangat sedap.. Sila2 ye.. 




Beef Steak + Sos Black Pepper

Assalamualaikum.. Morning..

Tersedar dari lamunan.. Lama sangat-sangat saya mengelamun... Dah tersedar,, itu yang berada di sini berceloteh dan celoteh dan celoteh.. Rindu weyh.. Selalu je di sini, tapi tak tau nak tulis apa.. Jadi silent reader blog2 lain je.. Tiba-tiba tersedar je nak celoteh pasal resipi makan.. Sejak kawin ni, kena pelbagaikan masakan.. Kadang ada juga skip.. Sekarang pun mana sangat masuk dapur,.. Lebih kepada menu ringkas je..

Bahan-Bahan:
- Dah tentu la daging - tempat kesukaan beli daging dekat giant..
- Sos mushroom ITA, sos black pepper LIFE, (untuk pemerapan daging juga untuk sos black pepper)
- Mayonis - sesuka hati nak jenis macam mana untuk coleslaw
- Oregano/ mix herbs(saya guna yang McCORMICK )
- Beef & Herb Gravy (juga brand McCORMICK) untuk sos..
- Butter
- Black Pepper (AJI-SHIO)

BAHAN-BAHAN COLESLAW:

- Kobis (racik2 halus)
- Karot (racik2 halus)
- mayonis
- black pepper aji shio

Jum pilih2 daging yang best.. Harga pun x mahal sangat.. Dari rm4 ke atas.. 

Sos yang saya gunakan untuk perap daging.. juga untuk buat sos balck pepper.. 

Daging sebelah kiri tu untuk letak dalam salad.. Beef & Herb Gravy untuk sos black pepper juga..

CARA-CARA:

1. Perap daging dengan sos mushroom ITA juga sos black pepper LIFE. Sukatan sesedap rasa.. Saya tambah black pepper aji shio sikit dengan oregano herbs.. Dan biar untuk beberapa minit..

2. Sediakan coleslaw.. Campur semua bahan untuk buat coleslaw. Kacau sebati.. Nak sedap letak dalam fridge dulu, nak makan baru sediakan.. Superb!

3. Panaskan kuali, letak butter sikit, guna non-stick pan la baru best.. Tak pun guna je kuali yang ada, letak daging yang diperap tadi.. Masak la sampai tahap yang diinginkan.. Jangan sampai hangit sudah..

UNTUK SOS BLACK PEPPER:

1. Air sebanyak 300ml ke dalam periuk, dan masukkan serbuk BEEF & HERB GRAVY sepeket tu.. Masak dengan api kecil, kacau rata, masukkan 3 sudu besar sos black pepper LIFE dan 1 sudu besar sos mushroom ITA.. Kalau pekat sngat tambah air, sesedap rasa... Kalau nak guna sos lain pun boleh.. Dah siap sume, jum kita nyum2...


Hasilnya.. Kentang tak beli, cz tak ingat.. Guna je la sosej yang ada dalam fridge.. Dah banyak kali dah buat, dah macam-macam version ada.. tanpa

NOTA JARI TINY: sumber tiny dari KAK ANA Cahaya Cintaku.. Jum singgah blog Kak Ana.. Boleh try menu lain juga.. :) saya suka western.. Jum try semua.. :)

Wednesday, October 17, 2012

Chocholate Fountain di Majlis Pertunangan Wa





 Chocolate fountain di majlis pertunangan wa..
Tema: purple pink

1.09.2012, Sweetheart Chocolate berada di Bandar Baru Bangi bagi merealisasikan tempahan kawan kolej saya sendiri.. Wa pilih pakej medium untuk - 200pax.. Dengan tema purple pink.. Cuba sebaik mungkin untuk realisasikannya.. With simple deco, alhamdulillah.. Wa dan semua ahli keluarga berpuas hati dengan service yang diberikan.. :)

Untuk buat tempahan chocolate fountain ini di majlis hari jadi anak kalian, atau majlis perkahwinan, atau majlis pertunangan boleh segera hubungi saya di 012-9649277.. Jangan segan2 tanya tau..

NOTA JARI TINY: Meh buat tempahan dengan tiny segera.. :) 

Monday, August 6, 2012

RESIPI SIAKAP 3 RASA

Assalamualaikum... Salam nuzul quran..

Alhamdulillah.. Syukur tak terkira... Setiap kali lepas solat, air mata mengalir, mengenang mereka yang telah disambut olehNYA.. Banyak sangat liku yang dilalui, sebelum dapat jalan yang lurus... Tapi saya tetap bersyukur..Apa yang dipegang hanya satu, hikmah disebalik setiap ujian dariNYA.. Tanpa usaha, tak kemana juga kita.. Bila dah di jalan yang lurus, jangan pula kite leka andai satu hari jalan yang lurus itu bertukar menjadi jalan yang berliku.. Tak siapa yang tahu.. Pujuk hati sendiri.. Kita rambut je sama hitam, hati belum tentu lagi sama.. Kalau rambut warna-warni tu style lah kan.. Melalut dah ni.. Permintaan seorang teman, mahukan resipi siakap 3 rasa.. Tengok tajuk pun memang itu lah kan..

SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahan:
- 1 kg/seekor Ikan siakap- saya dapat 2 ekor 1 kg.. rezeki.. :) ikan sederhana besar
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukupnya
- Cili boh secukupnya
- 2 biji bawang putih (dicincang halus)
- 2 inch halia- saya kisar sekali dengan bawang merah :) 
- 4 biji bawang merah yang besar tu (dicincang halus) - boleh gak nak blend je sume..
- nenas (dipotong dadu)
- tomato (dipotong dadu)
- carrot (dipotong dadu)
- 2 batang serai (di titik)
- Daun Ketumbar - untuk hiasan


BAHAN SOS:
- Sos Tiram
- Sos cili
- Garam
- gula

CARA-CARA

  1. Saya guna bawang putih sikit dengan kunyit hidup dan garam untuk diratakan pada ikan.
  2. Pastikan minyak betul2 panas, baru masukkan ikan, so, ikan tak ada la melekat.. :) Goreng terendam ikan sehingga garing menggunakan api sederhana.
  3. Guna minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah yang kisar dengan halia tu,..
  4. Bau dah semerbak, nampak garing cikit, masukkan cili boh.. Saya guna 3 sudu.. Ikut sukatan sos yang nak.. Bila dah pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili, garam n gula sesedap rasa..
  5. Masukkan carrot, tomato, dan nenas.. Tak cukup sos, tambah 2 cawan air..Masak sehingga mendidih.. Rasa dah sedap,
  6. Siram kuah di atas ikan.Hias dengan daun ketumbar mengikut kreativit.. Letak salad pun boleh,.. Saya hias dengan tomato2 yang di hiris bulat.. Ikut korang la ye.. :) 
  Siakap 3 rasa.. 2 ekor dapat.. Berbaloi-baloi.. Siap sedia untuk di bawa ke puncak alam.. Cz buka puasa umah makcik, so, masak lauk sikit.. Juga buat kerabu sotong.. Alhamdulillah.. Tinggal tulang je..
 Kerabu sotong pun licin.. Suka sangat.. Buat juga kek tiramisu dan coklat oreo.. SUPERWIFE.. :)

NOTA JARI TINY: Syukur alhamdulillah.Air tangan puan tiny.. :)

Friday, August 3, 2012

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Salam Jumaat.. Bersamaan 14 Ramadhan.. Bersyukur dengan rezeki yang dkurniakan olehNYA.. Kita masih ada di sini untuk lalui hari-hari yang mendatang..

Hari ni nak berkonsi resipi asam pedas ikan jenahak.. Tak ada jenahak, ikan apa pun boleh la.. Resipi dipetik dari aunt Nani Rostam.. Saya ikut sukatan untuk makan 2 orang.. Duk berdua dengan encik suami je pun. Masak banyak-banyak membazir pulak.. Jadi, bahan-bahan dah diolah ikut sukatan berapa orang makan.. :)

Bahan-Bahan:

Bahan a:- blend n  ketepikan
- Cili kering/cili boh
- Buah keras 3 biji
- 1/2 inch belacan

Bahan b:- blend n ketepikan
- bawang merah 4 ulas
- bawang putih 3 ulas
- serai 1 btg
- 1 inch kunyi hidup

Bahan c
- biji halba
-daun  kari & daun kesum
- tomato/bendi - saya pilih bendi

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis biji halba, daun kari, & daun kesum
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran BAHAN A bawang, goreng sampai garing.
3. Masukkan kisaran BAHAN B cili kering or cili boh,. - saya guna cili boh 4 sudu, sampai la naik minyak..
4. Masukkan air asam jawa, garam, gula, secukup rasa.
5. Saya tambah bunga kantan 1 kuntum, dan juga 2 keping asam keping.. D Dah masak elok baru letak ikan, bendi, sume tu.. :)

* Pasti terangkat makan dengan nasi panas.. :) memang sedap!!! Senang sangat2.. tak payah nak g kedai makan dah.. Silap-silap boleh buka kedai makan lak.. :)


Yang ni saya punye masak.. Anda pula bagaimana? :)

NOTA JARI TINY: Selamat mencuba semua!


Thursday, July 26, 2012

CORETAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum, SALAM RAMADHAN  dan selamat pagi semua..

Entry pertama berkisahkan RAMADHAN.. Bulan yang di nanti-nanti.. Bulan yang penuh dengan rahmat dariNYA.. InsyaALLAH. Sedar tak sedar dah RAMADHAN ke-6.. Alhamdulillah, kita di bumi MALAYSIA yang aman damai, tanpa kekacauan yang tidak diingini.. Syukur..

Bulan ni juga mata, telinga, mulut, semua turut berpuasa, mana nak mengumpat, nak mendengar lagu-lagu rock ke apa, mata pulak duk melihat wahh, gitu.. Moleknya hindarkan.. Tiba-tiba mutiara pagi dari saya ye..
:) Bukan selalu kita didatangi bulan RAMADHAN yang mulia ini..

Tak lupa juga, Ramadhan kali ini, sudah berubah cara hidup saya.. Sudah bersuami, buka sahur semua sudah berdua. Bukan macam dulu, Makan la ape pun, tapau je kat bazar ramadhan, senang je.. Tahun ni, buka, sahur, disediakan si isteri ini.. :) Syukur tak terhingga. Selera suami sangat mudah,. Ada ulam, petai ke apa, dan tak tinggal budu dia, menambah-nambah la nasi dia.. letak pulak tempoyak, ada 2 laut gitu, dah cukup..

Ramadhan pertama dilawati cikda serta busu, so, meriah sikit makan,. Dan dapat album kawin dari kampung, cukup sempurna!! Tak puas duk selak2 album tengok gambar.. Tak ada la sunyi sangat berbuka berdua..Nak rasa air tangan saya ye.. tungkus lumus di dapur siapkan juadah.. Cukup sempurna! Alhamdulillah.. Moga murah rezeki di bulan puasa ini..

 Juadah yang meriah.. Budu tu hok penting. Ketam bercili with lala kegemaran selamanya.. Kari ikan jenahak request dari suami.. Kalau saya makan lala hari-hari pun boleh.. Tapi standby kot dapat sakit nanti.. :) Busu menambah tak terhingga.. 

Ramadhan ke-2 pula adik ipar nak datang rumah, duk tengok gambar kat instagram di facebook, ok, dia nak ketam,. Awalnya ingat dia nak datang isnin, so gegarkan suami untuk ke pasar cari ketam, nasib ada 1 tempat tu.. Rembat je la.. Ganti kerabu mangga dengan kangkung belacan, akibat mangga dah kuning,.. Nak makan colek pun macam dop sedap.. So, masih lagi ketam masak lemak cili padi, pas tu, lala pulak letak dengan udang sekali, so, lain la sikit dari semalam. Semua sedap! Ikan rebus goreng juga kegemaran selamanya.. Insyaallah murah rezeki... 

Alik-alik, malam kena tinggal berdua, si suami nak pegi memancing dengan kawan dia.. puas duk pujuk,.. Takut beno saya merajuk. Nasib baik adik ipar ada, so, lepak je la malam tu.. Hari-hari kalau boleh nak masak, ramadhan ke-3 no picture, cz balik lambat, tak sempat nak snap2.. Hari ke 4 dan 5 menu tunjuk di bazar,.. Hari ni, masak la ye.. :) Tak selera makan lauk bazar.. kueh boleh.. Kalian pula bagaimana rutin di bulan puasa ye? Tarawih jangan lupa tau.. Bukan selalu kita sama2 bertarawih.. 

Dialah pak imam saya.. Siap sedia nak bertarawih.. sayang sangat.. 

NOTA JARI TINY: Moga amalan di bulan ini berlipat kali ganda ye kalian.. InsyaALLAH.. yang salah kita perbetulkan.. Yang betul kita perbaikkan lagi..


Thursday, July 19, 2012

Sweetheart Chocolate Dilancarkan..

Assalamualaikum... Salam sejahtera..

Syukur, hari ini, berkesempatan untuk di sini.. Sedar tak sedar Ramadhan kian menjengah.. Dan tahniah untuk diri saya sendiri berjaya meng'create' satu lagi blog untuk online bisnes..

Jum jemput singgah SWEETHEART CHOCOLATE. Blog masih dalam proses dimakeoverkan.. Nak kasi cantik lagi sikit. Berjaya juga duk fikir nama apa la nak letak.. Cantum ayat, jadilah macam tu.. Tak kisah la kan, motif hanyalah chocolate fountain dan juga candy buffet. Moga dipermudahkan segala urusan..


NOTA JARI TINY: Lots of love.. :)

Monday, July 16, 2012

Chocolate Fountain, Candy Buffet Will Be Launching Soon..

Assalamualaikum... Salam sejahtera..

Tengok tajuk kan? Tak nak cerita apa-apa selain dari tajuk di atas.. Ringkas dan padat..Akibat dari tempah untuk majlis kawin sendiri, idea untuk berbisnes timbul. Sebarang majlis, cukur jambul, aqiqah, birthday party, majlis kenduri kawin, event office, dan lain-lain, yang inginkan kelainan, Chocolate Fountain dengan buah-buahan serta pelbagai pilihan menarik mampu membuat majlis anda hingar bingar.. ) Adakah ayat saya mampu memikat hati anda.. Harap tertarik okeyh! :)







Menarik kan gambar2 kat atas tu...  Tengok muka yang duk tengah celup-celup tu.. Dorang nampak suka kan? So, apa lagi yang ditunggu.. Boleh hubungi saya.. :)

NOTA JARI TINY: Moga dipermudahkan minat ini.. :)

Tuesday, July 10, 2012

RESIPI - PORTUGESE GRILL

Assalamualaikum.. Morning kalian! :)

Semalam hujan agak lebat sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,. Sangast menghargai susah payah oppa datang menjemput puan obby dia.. Terima kasih sayang.. (ok, tetiba momentik la pulop! ) Semalam juga lagi shopping beli barang dapur akibat saya yang rajin nak masak untuk berbuka. (sentiasa rajin masak okeyh! )
Penangan di Oasis Food Court buat saya nak cuba juga kat rumah. Tak la ke Oasis je selalu. Tapi ok jugak pegi kalau teringin.. :) Kat bawah ni, resipi portugese grill.. Sangat simple dan memang rasa superb!

PORTUGESE GRILL

Bahan-bahannya:
  • Cili boh / cili kering yang dikisar
  • 3ulas bawang merah kecil (dikisar / tumbuk) Nak buat sambal banyak letak la ikut rasa..
  • 3 ulas bawang putih (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci halia (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar / tumbuk)
  • 1 1/2 inci lengkuas (dikisar / tumbuk)
  • Sedikit belacan (saya tumbuk dengan udang kering)
  • Minyak masak (utk menumis)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Udang kering (dikisar) secukup rasa
  • Ikan ke udang ke, lala ke, sotong ke.. (suka hati korang nak buat apa)
  • Kacang botol ke kacang bendi ke.. (saya guna kacang bendi)
  • Limau kasturi
  • Daun pisang
  • Aluminium foil
Cara Memasak;
  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh / cili kering yang telah dikisar.
  • Masukkan air dan udang kering dan belacan yang ditumbuk. Panaskan sehingga cili cukup masak.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah sambal masak, ketepikan seketika.
  • Selepas itu, potong aluminium foil dan daun pisang ikut saiz yang bersesuaian dengan bahan yang ingin dimasukkan.
  • Letakkan daun pisang yang telah dipotong di dalam aluminium foil.
  • Kemudian masukkan ikan / udang / sotong / lala (ikut citarasa masing-masing) ke dalam aluminium foil tersebut (atas daun pisang).
  • Masukkan juga kacang botol / kacang bendi yang telah dipotong kecil dan dibersihkan ke dalam aluminium foil yang sama.
  • Siram sambal yang telah dimasak tadi ke atas bahan ini (ikan/sotong/udang dan kacang botol/bendi).
  • Bungkus bahan ini dalam aluminium foil dan panggang / grill selama 10-15 minit.
  • Letak je bahan yang dibungkus tadi tu atas ceper yang dipanaskan di atas dapur gas. Nanti bau semerbak, mesti jiran terpikat.. ngehngeh.. 
  • Dah nak hidang, perah limau kasturi.. baru rasa masin sikit, manis sikit, masam sikit.. 
 Ini hasil yang saya masak semalam.. Berbaloi-baloi berbuka puasa.. Alhamdulillah, rasa sama macam kat OASIS,. Kalau korang masak, insyaALLAH, sama rasanya nanti.. :) 
Saya masak sotong dan ikan.. Oppa bagi berbintang-bintang.. Terima kasih.. 
:)

Yang ni ikan saya... Nampak bekas cubit sikit, cz tak pasti dah masak belom.. Hihihi..
Rasanya, cukup untuk nasi menambah-nambah.. :)

NOTA JARI TINY: Selamat mencuba kalian! InsyaAllah terpikat.. kot dapat berjuta-juta bintang dari encik suami ke.. Bau dia, sungguh menikam kalbu.. Air tangan puan tiny.. :)

Monday, July 9, 2012

PORTUGESE GRILL AT OASIS FOOD COURT MID VALLEY

Assalamualaikum.. Salam sejahtera,.

Syukur alhamdulillah, masih ada untuk di sini, dan berpuasa hari ini.. Ohhh hoii.. Mempraktikkan diri untuk berpuasa di RAMADHAN nanti/./ Insyaallah..

Ahad penuh dengan aktiviti.. Aktiviti makan je rasanya.. Bersama kanda ke Mid Valley akibat adinda memburu shopping keperluan diri.. Ambik ko, Mid Valley aje shoppingnya pun.. Dekat dengan rumah lah.. :)
Sampai sana, ya ampun, ramai sangat penduduk MALAYSIA.. Ada TREAT'S FAIR juga.. mungkin faktor itu makin ramai kot. Takpun, Mid Valley memang sentiasa ramai..

Dah lama tak cerita pasal makan-makan, dah nak puasa ni, banyak la resipi nak kena tau, so, tak boring menu buka puasa nanti... Kami lunch di OASIS FOOD COURT, macam nak pengsan cari food court. Bihun tomyam dengan somtam dekat carrefour mid valley pun dah hilang.. Kemana dorang pindah ye?

Pari sotong PORTUGESE GRILL.. Sangat memikat selera, perah dengan limau kasturi, makan dengan nasi panas-panas.. Memang sangat mantap! 

Saya punya pari lala, kanda punya pari petai.. Mak aihh, bau petai okeyh! Very super delicious.. Tak rugi okeyh berpusu-pusu ke gerai PORTUGESE GRILL ni.. Dah usha resipi pun ni, nak buat buka puasa nanti.. 
Harap-harap menjadi.. Harga kat sini pun, tak ada la mahal sangat pun.. Dia punya lauk, agak banyak.. Sambal dia, tip top! Ada rasa udang kering.. Macam nak ajak kanda singgah balik nanti sini, tapi macam takut amik risiko sangat sesak.. Prefer cuba sendiri..


NOTA JARI TINY: Sesiapa yang suka makanan pedas-pedas macam ni, sila singgah sini.. Dia pnya service, cepat, sedap, puas hati, tak rugi punyeeee... :)

Thursday, July 5, 2012

REVIEW: CHOCOLATE FOUNTAIN a.k.a CANDY BUFFET By ATIQAH HOMEMADE

Asaalamualaikum.. Morning kalian..

Salam nisfu sya'ban... Alhamdulillah, syukur masih lagi mampu melihat.. Sedar tak sedar kita dah hampiri RAMADHAN AL-MUBARAK.. Tahun ini, puasa dan raya sebagai seorang isteri,. Syukur.. Kadang-kadang, terfikir, kahwin awal di usia 24 tahun ni ada baiknya juga,. Walaupun banyak lagi saya tak capai dalam  hidup, itu semua boleh dicapai perlahan-lahan.. Tambah lagi di sampaing suami, insyaALLAH ada rezekinya.... :)

 Hari ni, akhirnya dapat juga 2 keping gambar dari  Cik Tiqah, owner of ATIQAH HOMEMADE.. Tau tak gambar apa? Gambar chocolate fountain tu, yang ada orang tulis jugak dekat papan hijau CANDY BUFFET tu.. tapi saya punye tak ada.. Semuanya kalut pada hari majlis.. Salah sendiri okeyh.. Lepas ni, nak bagi tips untuk B2B berdasarkan saya sendiri punya pengalaman..Terlalu banyak. Biasalah, kita hanya merancang, YANG MAHA KUASA yang tentukan segalanya.. Kalau jadi, jadilah ia, kalau tidak, tidaklah ia..

MY CANDY BUFFET pada hari majlis!! :) 
Sangat mengiurkan.. Strawberry chocolate okeyh! 

Tatapan untuk diri sendiri juga.. Ada jugak kenangan Candy Buffet saya ni.. 

Cik nurul sakan bergambar../. Masa ni saya kat masjid, tengah diijab qabulkan.. 
Tak sempat pun bergambar kat sini, sangat kecewaaaaaa..
Dalam encik OP punya softcopy pun tak ada gambar ni. Kuucewaaaaaa lagi..

Besttnyaaa korang beraksi..Me? Tak sempat grab ponn..
Kecewa kuasa tiga dah.. 
Berapa banyak kecewaaa daaa.. 

 
NOTA JARI TINY: Kena fikir banyak kali untuk buat ijabqabul dan sanding pada hari sama.. Sangat kena kuatkan minda dengan pelbagai gaya dan cara yang tak diingini berlaku.. Saya pun selamat sudah diijabqabul, yang lepas dijadikan panduan.. Sekian untuk anda semua.. (Macam ramai je yang tengok)..

Wednesday, July 4, 2012

REVIEW : WEDDING CAKE 2 TIER + CUPCAKE

Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua!

Cerita pasal kek kahwin pulak, kek yang sangat sedap, berpatutan, dan cantik! Simple, sedap, dan menarik!
Siap dengan stand sekali, stand sangat unik.. Dan yapling penting, its really moist okeyh! Chocolate moist pilihan untuk kek kahwin by RISHA HOMEMADE.  Kek Kak Sya sangat sedap!

Ok, tak nampak kek 2 tingkat ni.. aishhh,.. :( 
Nampak tak dia punye stand, sangat unik.. :)

Moist chocolate cake.. Hijau kuning itu pilihan saya.. :)
Cantik dan sedap... 

This my wedding cake 2 tier.. Sponsor by my cikda. Thank you so much!
Cupcake awal-awal dah bagi sanak saudara ambil.. :)

Terlalu banyak kek pada hari majlis... ni dah dua, kek hantaran 1, kek untuk candy buffet 2.. Kat rumah tak ada kanak-kanak untuk berebut makan kek ni, so, bagi je kat orang-orang yang mana nak.. Dan semua kek sangat sedap! :) Syukur alhamdulillah.. Diberi nikmat yang sebegini.. Pagi esoknya, tapaukan kek ni untuk orang-orang rewang.. Letak sekali kain batik semua tu sebagai tanda terima kasih untuk tolong menolong kan.. Kalau tokmi sorang-sorang buat, mahunya x mampu... Terima kasih.. Walaupun dah 1 bulan 6 hari majlis berlalu, masih segar dalam blog ini.. :)

NOTA JARI TINY:  Kalian yang di Kelantan khususnya, sila jenguk facebook kak sya, untuk dapatkan info selanjutnya.. Ini hanyalah sedikit info dari saya untuk anda.. 
Sedih bila janji tapi tak tunai.. Hanya manusia biasa tiny.. :(


REVIEW: HANTARAN PINGGAN

Assalamualakum, dan selamat sejahtera... :)

Suasana sejuk lagi nyaman dalam ofis buatkan diri makin tak sabar nak balik rumah nak zzzz.. Ngular dekat blog tercinta ini.. Cuma nak cerita pasal hantran pinggan je..Kenapa ek? Sebab dulu pernah post entry idea untuk hantaran nak guna pinggan kat SINI..Maka jadi la ia pinggan putih lagi bersih.. :) Boleh tak kalau gambar yang ceritakan semua? Tak ada masalah kan? :) Hantaran pinggan dari pihak encik suami untuk saya.. :)

 Telekung + sejadah.. see, saya suka hijau dan putih.
Bila mereka bersatu, sungguh indah.. 

Buah - Nampak tak bantal kecil comel itu.. Iyu yang D.I.Y oleh saya..
Ada di SINI untuk keterangan lanjut.. Semudah kicap ABC.. :)

 ASUS - Nampak tak simple dan semudah ABC.. sangat cantik.. itu putih.. 
Thank you adik ipar hias untuk abang dia.. :)



 Sembonia vs Coach - Asal ada bunga-bunga je, itu sudah cukup bagi saya. :)


 Tafsir quran - Rehal tu beli kat Rantau Panjang, kotak boleh letak apa-apa nanti dalam tu.. 
Sangat berguna..


 Set mandian BodyShop- Pinggan tu sangat boleh pakai lepas majlis. 
Bagi kat mama dah separuh..


Chocolate - Mangkuk dengan pinggan separuh bagi mama, 
separuh lagi cikda, Ada lagi beberapa unik dengan saya.. 
Sangat suka..
Ini adalah untuk tontonan para penjejak blog kisahtiny yang selalu ada di keywords saya, hantaran pinggan.. Ini adalah contoh hantaran pinggan kisahtiny, kalian pula bagaimana? Saya punya sangat simple.. :)

NOTA JARI TINY: Dah buat hantaran pinggan kalian, nanti share-share ek.. :)


Wordless Wednesday

Gambar terbaik untuk hari ini.. Tiba-tiba.. 
Tq encik OP.. 

Kasut: Dari Summit
Bunga tangan : Dari IDYLL ART

NOTA JARI TINY: Tak sabar nak balik umah.. :)