Tolong kami, bantu kami... :)

Thursday, May 3, 2012

Chocolate Fountain vs Aiskrim potong

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Sibukkah? Agak sibuk la jugak, tapi sempat lagi jumpa di sini... Nak bagitau ni.. Dulu, punya la susah nak cari kat kelantan, area kota bharu, chocolate fountain untuk majlis.. Dan sekarang tidak lagi... Hati bunga kembang setaman... Kawan-kawan yang nak kelainan dalam majlis, ada side budget, boleh la tempat chocolate fountain ni, buat sudut sweets. Senang sebut lagi, candy buffet.. :) Moga bila orang makan manis-manis ni, memaniskan lagi majlis dan hubungan mempelai... Ayat agak ermmh di situ..

Sebenarnya, untuk keterangan lanjut, kalian boleh ke ATIQAH HOMEMADE CHOC. Pelbagai pilihan pakej yang suit dengan kita punya budget.. :) Kanak-kanak suka la kan? Orang dewasa pun apatah lagi.. :)
Saya pun pilih satu pakej di sini.. :)


Sungguh manis kan? Sekali lagi, kuning? Mungkin lain kot.. :) Nanti tertukar dengan ahli keluarga saya.. :)
Source: google

 Aummm.. strawberry chocolate.. :) Tungguuuuu..
Source: google


Cerita lain lagi, aiskrim potong.. Kanak-kanak lagi la suka.. punya la susah saya mintak kawan carikan, dan akhirnya, jumpa jugak kawan pakcik dia yang jual aiskrim potong ni.. Bagi harga istimewa, waktu terhad tau dapatkan aiskrim ni pada hari majlis nanti.. Sape cepat, dia dapat.. :) 

 Penarik mata memandang, pakcik ni letak span... :)
Source: norwidadi.blogspot.com.. :) 


NOTA JARI: Jangan makan manis sangat tau, hari tu je dapat makan manis-manis.. :)


1 comment: