Tolong kami, bantu kami... :)

Showing posts with label candy buffet. Show all posts
Showing posts with label candy buffet. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Chocolate Fountain Majlis Pernikahan Pelakon Shajiry - Masjid Umar Al-Khattab, Damansara

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah nak masuk pertengahan Ramadhan.. Alhamdulillah.. Syukur tak terkira.. Kali ni entry  untuk chocolate.. Nyum2..

1.6.2013 lepas, cuti hari Agong, tempahan chocolate fountain tak menang tangan... Bila dapat tempahan dari kakak butik pengantin untuk majlis perkahwinan pelakon Shajiry,. Kira join venture gitu.. Sangat teruja, dan bersyukur sangat dengan kepercayaan yang di beri.. Sikit2, lama2 jadi bukit.. Setiap usaha yang kita lakukan pasti ada ganjarannya... Untuk hari itu, memang sangat sibuk. Pagi di Bukit Damansara, dan sebelah petang di Hardware Cafe, Space U8  tempahan dari pembaca berita tv3, Kak Norliza Mohd Zain... Kira 1 hari tu untuk selebriti.. Ecehh.. :)

Jum tengok gambar2 sekitar majlis.. Untuk catering di majlis ni, tetiba lak tertengok pelakon Riezman Khuzaimi dan isteri.. Ooo.. Dorang ada catering.. Tetibe.. Tak ada la sombong pon dorang.. :) Untuk deco backdrop ni, kak ina dah sediakan.. For sure la decor cantik2... :) 









Yeayy! Saya suka dengan minat saya ni.. Bila terjerumus dengan bidang bisnes, syukur tak terhingga.. Ada rezeki lebih sikit.. Setiap tempahan chocholate fountain dari kami, sejumlah darinya akan didermakan ke TABUNG MASJID KG.TELAGA MAS, RANTAU PANJANG, KELANTAN.. Yand dalam proses pembinaan.. Dah berapa lama dah.. Moga amal ibadah kita diterima olehnya..

NOTA JARI TINY: Untuk tempahan chocolate fountain di majlis anda, leh contact tiny: 012-9649277.. Thanks semua!! :)

Wednesday, January 23, 2013

Chocolate Fountain - Majlis Hari Lahir

Lagi2 cerita pasal chocolate fountain.. Nak promo untuk korang ni.. Yang mana nak buat majlis pertunangan ke, majlis hari lahir si kecil ke, majlis perkahwinan ke, atau apae2 majlis lagi la, boleh dapatkan khidmat tiny tau. Untuk Maulidur Rasul esok hari, tiny nak bagi sepcial promo untuk para pelanggan kami..

Confirm tak rugi tau amik pakej kami yang sangat2 berbaloi ni.. hohoho.. Kali ni, hujung minggu lepas, Coklat Tiny berada di Kelab Shah Alam untuk majlis hari lahir si kecil RESHVAR SARATHAN... Mummy Reshvar pilih tema twinkle2 little star.. Biru & kuning warna pilihan.. Sakan tau i duk create deco untuk event, untuk kepuasan pelanggan..


 ada juga coklat crepe n strawberi crepe tau koranggg.. Mummy Reshvar add on crepe ni untuk sajian para jemputan.. nyummmy.. Ramai puji sedap.. Alhamdulillah..


See.. Bukan main cute lagi si pemakai apron biru itu.. itulah saya.. hohoho.. Tulisan Happy birthday tu daddy Reshvar yang tuliskan.. Mintak dorang tulis dalam tulisan dorang.. Tapi daddynya tak reti.. Kuang2.. 
Asalkan ada je.. 

Nota jari Tiny: Ini kisah coklat.. Tentang coklat.. Satu destinasi, satu misi..Terus melangkah ke hadapan.. :)

Wednesday, October 17, 2012

Chocholate Fountain di Majlis Pertunangan Wa





 Chocolate fountain di majlis pertunangan wa..
Tema: purple pink

1.09.2012, Sweetheart Chocolate berada di Bandar Baru Bangi bagi merealisasikan tempahan kawan kolej saya sendiri.. Wa pilih pakej medium untuk - 200pax.. Dengan tema purple pink.. Cuba sebaik mungkin untuk realisasikannya.. With simple deco, alhamdulillah.. Wa dan semua ahli keluarga berpuas hati dengan service yang diberikan.. :)

Untuk buat tempahan chocolate fountain ini di majlis hari jadi anak kalian, atau majlis perkahwinan, atau majlis pertunangan boleh segera hubungi saya di 012-9649277.. Jangan segan2 tanya tau..

NOTA JARI TINY: Meh buat tempahan dengan tiny segera.. :) 

Thursday, May 3, 2012

Chocolate Fountain vs Aiskrim potong

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Sibukkah? Agak sibuk la jugak, tapi sempat lagi jumpa di sini... Nak bagitau ni.. Dulu, punya la susah nak cari kat kelantan, area kota bharu, chocolate fountain untuk majlis.. Dan sekarang tidak lagi... Hati bunga kembang setaman... Kawan-kawan yang nak kelainan dalam majlis, ada side budget, boleh la tempat chocolate fountain ni, buat sudut sweets. Senang sebut lagi, candy buffet.. :) Moga bila orang makan manis-manis ni, memaniskan lagi majlis dan hubungan mempelai... Ayat agak ermmh di situ..

Sebenarnya, untuk keterangan lanjut, kalian boleh ke ATIQAH HOMEMADE CHOC. Pelbagai pilihan pakej yang suit dengan kita punya budget.. :) Kanak-kanak suka la kan? Orang dewasa pun apatah lagi.. :)
Saya pun pilih satu pakej di sini.. :)


Sungguh manis kan? Sekali lagi, kuning? Mungkin lain kot.. :) Nanti tertukar dengan ahli keluarga saya.. :)
Source: google

 Aummm.. strawberry chocolate.. :) Tungguuuuu..
Source: google


Cerita lain lagi, aiskrim potong.. Kanak-kanak lagi la suka.. punya la susah saya mintak kawan carikan, dan akhirnya, jumpa jugak kawan pakcik dia yang jual aiskrim potong ni.. Bagi harga istimewa, waktu terhad tau dapatkan aiskrim ni pada hari majlis nanti.. Sape cepat, dia dapat.. :) 

 Penarik mata memandang, pakcik ni letak span... :)
Source: norwidadi.blogspot.com.. :) 


NOTA JARI: Jangan makan manis sangat tau, hari tu je dapat makan manis-manis.. :)