Tolong kami, bantu kami... :)

Monday, December 2, 2013

EPHYRA - KESAN EPHYRA

Assalamualaikum..

Selamat pagi Isnin semua kesayangan blog kisahtiny.. Macam lama je tak menyinggah.. Macam lama banyak je entry duk dalam draft je. Bukan melupakan, tapi kesibukan + tengah amik mood.. hahha..

December menjengah kita semua.. Lagi 1 hari Safar 1435H menjengah kita juga.. Bersyukur sangat masa di beri kesempatan dibumi ALLAH S.W.T ni..

Ok, berbalik pada tajuk, meh nak cerita sikit pasal EPHYRA ni.. MEMANG SANGAT BERKESAN OKEYH!!. Macam tini sendiri, alhamdulillah.. Dah habis kotak ketiga. Lagi seronok nak bercerita pasal ni..  
  
Mula guna EPHYRA ni awal October. Dan berterusan sehingga kini.. Jarang sangat bila guna sesuatu produk boleh kekal lama macam saya guna EPHYRA ni.  Dari form 5 sampai la masuk kolej, jerawat tersangat la seronok membiak di muka ni.. Dia membiak, lepas tu hilang, dia tinggalkan sang parut. pheww.. Dan dia gantikan dengan pembiakan lain pula. Sampai la dah berrumah tangga sekarang ni... Stress mak jemah okeyh!  Jenuh dah duk guna produk itu ini.. Bila jumpa EPHYRA, terus jatuh cinta okeyh! 

EPHYRA terbaikkk... Tengok kotak pun hati dah terpikat2 nak cuba.. 
Mana taknya, warna kegemaran uols!

EPHYRA - Sebelum sarapan juga sebelum tidur. 
Rasa sangat SEDAP! Dah macam air oren twister uols! Sebab tu la masih kekal gunakan EPHYRA..
Selain rasa yang sedap, kesan dia terhadap diri, SANGAT BERKESAN! 


Kesan yang ketara sangat kat diri tini, bila pelawasan, dan kulit jadi licin. Tak tipu okeyh! Sejak minum EPHYRA ni, malam2 confirm akan bangun ke toilet buang air kecik. Sangat best. Cz sebelum ni, memang tidur tak sedarkan diri. Hahah.. Dan untuk kulit, boleh nampak bila cuci muka, kalau dulu, boleh rasa dengan tangan biji2 jerawat halus kat muka. Sekarang, jerawat makin hilang, dan alhamdulillah.. Suami puji kulit dah makin ok.. Itu yang paling penting.  Bukan setakat diri je yang boleh nampak perubahan, orang2 sekeliling pun nampak. Bertambah seronok lagi! Tambah lagi kulit makin glowing. Tak perlu nak tepek2 bedak over sangat. Dan tak perlu pakai blusher. Seyes.. Tak tipu ok.. Pink2 gitu kat pp.. hihi... Simple as me!
 


Pertama sekali, jangan nak cakap edit 360 ke apa ok.. Haha. Kalau dulu boleh la nak ber360. Tapi sekarang tidak lagi.. Syukur..
Pic kiri: Diri yang dulu.. Nampak tak parut2 tu sangat jelas! Sedih sangat. 
Pic kanan: Senyum lebar je kan. Tu tandanya happy.. Dan blusher pinky2 bukan yang tepek tau.. Just minum EPHYRA je. Bila parut2 mula pudar dan kulit jadi licin... 
Perasaan? Tersangat seronok bila menggunakan produk EPHYRA, kita dapat kesan yang dikendaki.. 
Syukur.. Alhamdulillah.. Cantik luar, cantik dalam, EPHYRA banyak khasiatnya.


So untuk yang masih mencari produk yang sangat berkesan untuk diri,boleh la mencuba EPHYRA ni.. Inshaaallah.. Penggunaan yang berterusan akan mendatangkan hasil yang bagus untuk diri kita.. HARGA YANG MAMPU MILIK, dengan KESAN YANG BERKESAN, DIJAMIN  SELAMAT
OLEH KKM dan  DIYAKINI HALAL OLEH JAKIM. Apa kata, pakat cuba EPHYRA ni.. Mana tau salah satu usaha untuk selesaikan masalah kesihatan diri kita juga kecantikan diri..

Sekarang tengah ada PROMOSI EPHYRA tau korang! Boleh la grab ni. Confirm lagi jimat, dan boleh ajak kawan2 kita turut order EPHYRA sekali! So boleh sama2 turut selesaikan masalah yang dihadapi.

- 1 kotak (30's) : rm197

- 2 kotak (30's) : rm350

- 3 kotak (30's) : rm500

- If trial pack (10's) : rm68

**free shaker dan bag!!
**free perfume utk pembelian 3 kotak ke atas!!

HAPPY SHOPPING EPHYRA!  :)
BERBALOI-BALOI!!




Sebarang pertanyaan blh whatsapp/call/msg dengan PENGEDAR EPHYRA sendiri. 

Azira - 0192250801/0196477711
Instagram - shopletshop
Facebook - Oceanlife2u
Website - oceanlife2u.com



Thursday, October 10, 2013

Cuti Ke Pulau Perhentian - PART 1

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Moga pagi jumaat kita ini sentiasa diberkatinya.. Sedar tak sedar, dah di dalam bulan October.. Kejap je masa sekarang.. Blog pun macam update sebulan sekali.. hahha. Sabar je la.. Bila rasa malas untuk menaip, menatap blog ni, memang tak terupdate la jawabnya..

Jom kita kembali ke Hari Malaysia yang lepas. Sempat lagi cuti2 Malaysia ke Pulau Perhentian.. Memang mengidam lama sangat dah nak cuti ke sini..



 Gaya orang baru tiba pulau.. ekekek..

 Rakan2 berjalan... 
Dari kiri: Yana, lela, n me! 
Muka keterujaan kami tak sabar nak sampai pulau.. Time ni boleh la ko duk senyum2 bagai kan, bila dah start perjalanan 45minit ke pulau dari jeti, muka lain plak yang datang.. Muka cuak kena lambung dek bot laju! Terhempap2 bontot tu haa.. Sakit okeyh!! 


Dan kami tiba di sini! Alhamdulillah.. Selamat tiba setelah 45 minit dari jeti Kuala Besut..
Dengan macam2 muka lawak kat atas bot tu.. Giler tak cuak.. Kena lambung2 macam tu.. phewww.. 
Mula la duk ingat suami.. Rindu2.. hahah


Dan ini, view dari balkoni bilik kami.. Stay di ROCK GARDEN CHALET.. Suasana bilik sangat puas hati! Kami pilih bilik air-cond, RM190. View dalam bilik memang tak terambil.. Ruginyaaa.. Sebab apa? Sampai2 je terus nak terjun air... Dah lupa dah masalah semua.. 


Kos Percutian - Pulau Perhentian :

1. Tiket bas dari KL- KUALA BESUT - KL = RM40 + RM44
                                                                    = RM84

2. Penginapan  - ROCK GARDEN CHALET - Air-cond
                         - RM190 per night
                         - Tambahan tilam - RM30 per night 
                         
                         = RM147 seorang.. Lagi jimat kalau ramai lagi yang datang.. hihi.. 

3. Boat return  - RM70 per person .

4. Taxi boat  - RM2 per person 

   JUMLAH KESELURUHAN - RM303 seorang untuk 2 malam di pulau perhentian. . 

Korang boleh pilih untuk bilik biasa, lagi murah berbanding bilik air-cond. Lepas tu, kena bercuti masa bukan peak season. Kami ke sana tengah peak season, jadinya, mahal la bilik2 yang ada itu.. Dan tempah bilik di Rock Garden Chalet ni dari GT TRAVEL & TOUR. Tak berani untuk gamble  je, disebabkan tengah peak season, confirm penuh!! 

Dan Perhentian Kecil sangat la meriah.. Dengan ramainya yang duk berjemur, phewww.. nasib baik suami tercinta tak dapat nak join.. Kalau tak, mahu dia kena jalan, sambil kena tutup mata.. hihi.. 
Sayang suami hoi! Kang korek biji mata dia..

Kenapa letak part 1? ada part 2 ke? Sebab saya tak suka panjang sangat duk membebel. Cukup la sikit sebanyak dapat info untuk kalian sebelum bercuti ke Pulau Perhentian.. Nanti kita cerita perihal orang pulau yang baik hati juga snorkeling yang best! 

NOTA JARI TINY: Me nak g lagi! Serius jatuh hati dengan Perhentian.. Redang jom? :)






Thursday, September 19, 2013

# TTC Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah - Bangi

Assalam semua..

Alhamdulillah.. Masih diber kesempatan untuk lalui hari2 di sini.. Syukur tak terhingga bila bangun dari tidur yang panjang, masih bernafas, masih mampu membuka mata..

Phewww.. Entry yang dah bersawang duk terperap dalam draft.. Cerita ttc baru bermula. Ecehh.. Duk fikir berpuluh2 kali nak buat blog baru untuk ttc ni, tapi tak tertunai2 lagi. Sebab macam dah bercampur dengan blog general ni. Mana nak cerita ttc, mana nak cerita makan2.. ahah.. Makan je ko reti kan tini.

1st sekali, 20.8.13 langkah pertama di ambil untuk buat pemeriksaan.. Dah  google2 sebelum pilih hospital ni, duk email akak Fatiha macam mana 1st step untuk buat treatment kat sana, dan alhamdulillah dia tak lokek untuk kongsi info. hihi. thanks kak.. :)Yang menariknya, semua pakar sakit puan adalah doktor perempuan! Itu yang di cari saya. Malu weyh kalau doktor lelaki. Sebolehnya nak doktor perempuan...

Untuk ke sini, sila buat appointment dulu tau. Call pihak hospital, dan nanti dia akan letak nama kita bawah doktor2 yang ada. Yang saya tau Doktor yang ada, Dr.Mashita, Dr.Fazlina, Dr.Noraini. Dan Tini pilih Dr.Mashita sebagai Gynae. weee.. Nak Dr.Fazlina sebenarnya, tapi Dr.Fazlina penuh hari tu. Tak ada rezeki la namanya tu.. :)

Masuk je bilik Dr.Mashita tu, dia ada tanya beberapa soalan la, berapa lama dah kawin, regular sex ke, duk bersama or jarak jauh,suami merokok ke tak, umur berapa,. Bila bagitau je umur, Dr. cakap, muda lagi. Alamak. Rezeki kawin awal Dr. hahah. Duk menunggu timang cahaya hati je ni.. :)

Antara ujian2 yang dah dilakukan:

Untuk isteri : 

1. 1st step - Ujian Darah Hari ke - 2 period - 20.8.2013
2. 2nd step - Ujian Darah Hari ke - 21 period - 8.9.2013

Kedua ujian darah ni untuk pemeriksaan tahap kesuburan bagi isteri. Termasuklah ujian tiroid, prolactin, hormon progestron, LH dan FSH semua tu. 

Untuk suami : 

1. Semen Analysis - Ujian Air Mani (phewww.. dalam bahasa melayunya. hihi )
-  Masa ni buat test di belakang pusat rawatan ni, nama company tu Gribbles. Yang buat test2 gini..
Agak segan gak, ada dua pilihan, samaada suami nak terus keluarkan sperm kat situ, or dekat rumah, tapi dalam masa 1 jam kena sampai di lab test ni. Syarat untuk hantar sperm ni, 5 hari tak boleh bersama tau. Hantar yang fresh2 nanti.. (ayat dah tak cover alngsung dah ni.) haha.

Keputusan Ujian: - 17.9.2013 

- Time ni, tak kena buat appointment apa, sebab masa mula2 ke sana, kira2 date, doc dah letak sekali terus bila tarikh appointment seterusnya. Just bawak kad tu je tunjuk. :) Berdebar la gak menunggu..
Bila Dr. Mashita nak terangkan pasal result tu, masing2 dah sengih2, dalam hati cuak. Hahah.
Dan keputusan kami suami isteri ALHAMDULILLAH. NORMAL! Untuk isteri, subur, tiroid semua tu tak ada. Untuk suami, juga NORMAL! Senyum bila Dr.Mashita bagitau juta2 sperm bergerak ke depan. Dalam hati time tu, punya la syukur tak terhingga.. Rezeki belum di pihak kami lagi. Allah Maha Mengetahui! Percaturan dia adalah yang terbaik!

- Dr.Mashita sarankan bersama 3x seminggu, meningkatkan lagi peratus conceive. Apa lagi, gedik suami mula terpancar. hahah. Inshaaallah, usaha lagi... Dan untuk ujian selanjutnya, saya, kena lalui Ujian HSG di KPJ Kajang. Time ni, Dr.Mashita bagitau, untuk dapatkan doktor perempuan tak boleh
pastikan lagi. pheww.. Nasib baik boleh pilih hospital yang kita nak. So, tak pasti lagi nak buat di hospital mana... Untuk buat ujian ni, jatuh 26.9.2013. Google punye google, macam seriau je ujian ni. Ada cakap sakit, ada cakap sakit sikit je. Akan dipertimbangkan. Demimu anak. :) kena beranikan diri gak! Cost untuk ujian HSG ni, dalam RM180 - RM200. Jadi, kena buat pilihan nak buat kat hospital mana,. Dr.Mashita dah siap2 bagi borang untuk kita rujuk ke hospital yang kita pilih.
Ujian ni dibuat bila kita kering dari period. Habis je period, terus buat appointment untuk buat ujian.

Macam dah panjang sangat berceloteh. Nanti sambung lagi k. Banyak lagi nak kena google, untuk info diri sendiri. Nanti kita share2 k..

NOTA JARI TINY: Lega sangat bila semuanya normal. Kita mampu berusaha, berdoa untuk yang terbaik dalam hidup kita. Dapatkan yang kita inginkan. Tapi bila ALLAH.S.W.T tak izinkan lagi, kita tak mampu ada untuk segalanya yang diimpikan. :)






Friday, July 19, 2013

Chocolate Fountain Majlis Pernikahan Pelakon Shajiry - Masjid Umar Al-Khattab, Damansara

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah nak masuk pertengahan Ramadhan.. Alhamdulillah.. Syukur tak terkira.. Kali ni entry  untuk chocolate.. Nyum2..

1.6.2013 lepas, cuti hari Agong, tempahan chocolate fountain tak menang tangan... Bila dapat tempahan dari kakak butik pengantin untuk majlis perkahwinan pelakon Shajiry,. Kira join venture gitu.. Sangat teruja, dan bersyukur sangat dengan kepercayaan yang di beri.. Sikit2, lama2 jadi bukit.. Setiap usaha yang kita lakukan pasti ada ganjarannya... Untuk hari itu, memang sangat sibuk. Pagi di Bukit Damansara, dan sebelah petang di Hardware Cafe, Space U8  tempahan dari pembaca berita tv3, Kak Norliza Mohd Zain... Kira 1 hari tu untuk selebriti.. Ecehh.. :)

Jum tengok gambar2 sekitar majlis.. Untuk catering di majlis ni, tetiba lak tertengok pelakon Riezman Khuzaimi dan isteri.. Ooo.. Dorang ada catering.. Tetibe.. Tak ada la sombong pon dorang.. :) Untuk deco backdrop ni, kak ina dah sediakan.. For sure la decor cantik2... :) 









Yeayy! Saya suka dengan minat saya ni.. Bila terjerumus dengan bidang bisnes, syukur tak terhingga.. Ada rezeki lebih sikit.. Setiap tempahan chocholate fountain dari kami, sejumlah darinya akan didermakan ke TABUNG MASJID KG.TELAGA MAS, RANTAU PANJANG, KELANTAN.. Yand dalam proses pembinaan.. Dah berapa lama dah.. Moga amal ibadah kita diterima olehnya..

NOTA JARI TINY: Untuk tempahan chocolate fountain di majlis anda, leh contact tiny: 012-9649277.. Thanks semua!! :)

Wednesday, July 10, 2013

PERCUTIAN KE KUCHING PART 3 - Top Spot Food Court, Kuching

Assalamualaikum..

Celoteh info pasal tempat makan ni kat Kuching.. Ramai tercari2 info pasal ni ye.. Meh nak kongsi dengan korang2 semua.. :) Sharing is loving kan.. :)








Haaa.. Kebetulan hari pertama puasa kan.. Memang menduga sikit up pic makanan ni.. Tapi dah biase dah pun.. Hari2 tak puasa pon kasi up pic makanan kat facebook.. haha.. Semua di atas menu malam 1st kami di Top Spot FoodCourt.. Jalan kaki dari hotel 360XPRESS HOTEL around 5-10 min je ke food court ni. Dekat parking kereta, bangunan berwarna hijau, dekat level atas sekali, terletaknya food court ni.. Hohoho.. Tak de la tinggi sangat pon..

Untuk ke sini, awal2 lagi tiny dah google siap2.. Kedai no berapa yang ramai orang cerita.. Iaitu KEDAI NO.25.. Sampai2 je, terus terjah kedai NO.25... Memang ramai sangatttt.... Kedai No.25 terletak tengah2.. Kalau naik tu, tengok cina je semua, jangan terkejut ye.. Memang ramai sangat pon.. Tapi tak mematahkan semangat kami.. Kat kedai ni, memang ramai sangat orang.. Nasib baik rezeki kami dapat la meja..

Menu pilihan: Udang butter ikan masin, Sotong tepung, Ketam blackpepper, Siakap 3rasa, Sayur2.. Time tu dah kenyang alhamdulillah, terlupa nak makan umai..Sabo je lahh.. Nasib suami tak suka sangat.. Tak dapat makan pun tak pe.. Tapi siakap 3 rasa dia, lain sikit dengan Semenanjung.. Untuk harga semua ni, tersangatlah murahhh!! Tak sampai 100 pon.. Banyak juga la duk pilih2 lauk semua tu.. Dengan ketamnya yang bapok besoo.. Alhamdulillah.. Syukur sangat.. Semua tempat nak g kat Sarawak, dapat g dengan bestnya.. Semua dipermudahkan... :)

Hope tiny dapat membantu rakan2 yang nak terjah Kuching lak k.. Duk hotel tu sangat senang.. Tup2 jalan kaki dah sampai waterfront.. Tup2 jalan kaki makan kat kedai2.. Senang la kiranya.. Untuk Top Spot lak, korang nak g rasa makanan laut kat sini, boleh la.. Dah, selesai untuk entry Top Spot.. Nanti jumpa entry pasu2, terubuk masin, kek lapis pulak2, juga tak lupa sang buaya.. hahah..

NOTA JARI TINY: next trip, pulauuuuu.. yeayy! Moga dipermudahkan.. 

MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Alhamdulillah.. Bersyukur kita semua didatangi bulan Ramadhan ini lagi.. Bersyukur sangat.. Sedar dari tidur pagi ni, hari pertama berpuasa.. Syukur masih diberi kesempatan untuk melakukan ibadah ini.. Selamat berpuasa untuk semua rakan2...

Semalam hari pertama tarawih.. Alhamdulillah.. Syukur rumah dekat dengan masjid.. Moga kami suami isteri terus istiqamah di bulan ini.. Moga kita sama2 banyak melakukan perkara yang baik2 aje.. Inshaaallah... Mula rindu dah dekat nenda kat kampung.. Sahur sorang2.. Buka puasa sorang2.. Kalau single dulu, balik kot untuk sambut awal puasa dengan dia.. Sekarang sudah berteman, berbeza dah sikit. Diajak datang ke sini, tak mahu katanya.. Bosan duk KL.. Ok, dah dapat cicit nanti baru semangat sikit kot datang KL ye tokmi.. Dah cakap awal2, cicit nanti panggil tokji.. So comel nenda!


Satu hari nanti, nak juga ke Tanah Suci Makkah.. Siapa yang tak nak kan.. Nenda dah pegi buat haji, balik je terus cakap nak g lagi.. Bila dia g umrah bulan May lepas, balik je dia cakap lagi nak g.. Betapa seronoknya dia.. Along sayang tokmi dunia akhirat along.. Selamat berpuasa tokmi! :)

NOTA JARI TINY: untuk semua rakan taulan, selamat berpuasa dari kami suami isteri.. :)

Tuesday, July 9, 2013

PERCUTIAN KE KUCHING - PART 2 - KG.BUDAYA, SARAWAK

Assalam..

Pagi yang sejuk.. Bumi dibasahi dengan hujan rahmatmu... Aku bersyukur. Masih diberi peluang untuk meniti hari2.. Masih mampu mengorak langkah berpijak di bumi ini.. Hari esok, tak siapa yang tahu...

Dah berbulan jugak la entry jenjalan sarawak terpendam je kat draft kan.. Apa pun tak boleh betol la..

Untuk hari pertama cuti di Kuching, tempat kunjungan pertama pilihan hati dah termasuk dalam itinerary, dah tentu2 la KG.BUDAYA SARAWAK.. Datang sana, mesti la kan nak tengok dorang punya budaya.. Sampai je di hotel 360xpress, terus ternampak shuttle dari hotel ke KG.BUDAYA SARAWAK..

 The entrance.. Di sambut dengan pintu gerbang ini..

Bila dah dapat passport, jom kita masuk terjah rumah2 dalam ni, lepas tu, kita minta cop2 dengan dorang.. Menunjukkan kita dah jelajah rumah2 yang ada di sini.. 
Macam2 jenis rumah ada.. Dari Rumah iban, hinggalah Rumah Melanau... :) 






Ok.. Bila si isteri dah mula nak start poyo2.. Untuk sewa baju ni RM10 termasuk accessories yang melengkapi.. Suami tak berminat pula katanya untuk sewa baju, panass.. Tapi memang panas pon.. Berpeluh2 okeyh.. Bergambar la kita sepuasnya sekitar dalam rumah ni.. Saya pilih untuk berbaju Iban... Dia punye corak punye la cantik.. Jangan lupa tau datang sini sewa baju ni sekali.. Kenangan manis sangat... Bila lagi kan.. :) 



 Tepat jam 4.30 petang,  kita semua dijemput masuk ke panggung budaya untuk sama2 tengok persembahan dari pelbagai budaya di Sarawak.. Dah last2 persembahan, kami2 dijemput menari tarian zapin bersama2 mereka... Mak jemah tak ketinggalan okeyh.. Nak jugakkk.. Masa ni encik suami dah kat luar, sakit kepala katanya.. Mana tak nye, dari panas kat luar, masuk dalam aircond. Memang sakit la kepalanya.. Mula la masa ni terus bagi camera dekat pelancong2 lain untuk snap gambo menari kononnya.. ahahha.. terkekok2 weyh.. dah lama tak naik pentasssss ... :P 




 Last sekali, dah nak balik, dalam jam 5.15 petang, kami ke PANTAI DAMAI untuk bergambar kenangan dengan burung kenyalang ni.. Dah macam dekat langkawi dah.. Dekat si helang.. hoho.. 
Masa ni tengah tunggu shuttle hotel pickup.. Untuk hari 1st kat sini, memang tiny tak amik kereta sewa.. Just terus guna shuttle dari hotel.. RM20 sorang hotel-kg.budaya-hotel.. And tiket masuk sini RM60..mungkin boleh dapat lagi murah kot.. thanks to  blogger NADIA FARAHIDA cz dia ada buat entry percutian ke Kuching, so, boleh la dapatkan info n tips2 ke sana..  

Akhirnya.. Berakhir untuk entry ini dulu.. Panjang lebar tu tak la.. Tapi gambo? Layankan je la.. Sedikit sebanyak nak gak kongsi dengan korang sayang2.. Banyak lagi entry cuti di Kuching yang terdampar di draft.. Haishh.. Kena amik mood betol2... 

NOTA JARI TINY: Sebarkan kasih sayang, benci pergi jauh2.. :)

Friday, June 14, 2013

# TTC - Lumiglow

Assalamualaikum.. Hallo2.. :)

Jumaat menjengah, dan bersyukur, masih diberikan nikmat untuk lalui hari ini.. Sejak 2 menjak ni, mula nak update cerita TTC.. Kalau tanya kenapa mula nak start cerita pasal ttc ni, jawapannya sebab nak ingat, apa yang dah buat, apa yang belum buat lagi.. Dari tradisional, mahupun moden.. Umur baru nak mencecah 25 tahun, kata kawin muda kan.. Kalau boleh, setiap benda yang buat untuk menanti rezeki itu nak catat kat sini.. Dah setahun kena makin bertindak agresif sikit.. :) Tapi, kena ingat gak, kalau ALLAH S.W.T tak izinkan lagi ada tiny dot dalam pewot ni, maka, takkan berlaku lagi.. Sentiasa la berdoa, moga dikurniakan rezeki itu untuk kami suami isteri.. INSHAAALLAH..

 1st cara berttc dengan produk LUMIGLOW.. Pakai sapu2 dekat bawah pusat... Untuk seimbangkan hormon kita.. Suami isteri boleh pakai produk ni.. Dengan tempat sapu yang berbeza.. hikhik.. Dah guna 1 botol, alhamdulillah, ada berbeza pada diri.. ekhemm.. :) Tapi tak teruskan pemakaian, sebab nak conceive natural... dah rasa ok, stop pakai.. inshaaallah.. Kita hanya mampu berusaha, dan yang penting tak boleh berputus asa..


1st botol LUMIGLOW.. Harga Rm tak ingat.. dalaam 1 ratus lebih... 
Syok pakai cz rasa berangin dekat perut.. sejuk2 gitu..

NOTA JARI TINY: Korang yang nak cuba try LUMIGLOW ni, saya beli di fb SENANG HAMIL.. Dekat JOM HAMIL pun ada.. Banyak juga la tempat yang jual.. moga usaha kita diberkati olehnya.. :)

Thursday, June 13, 2013

# TTC - Asic Folic Appeton Essentials

Assalamualaikum.. Selamat petang..

Hari ni, genap 1 tahun 16 hari usia perkahwinan.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Dah setahun sebumbung dengan suami tercinta.. Masih lagi menanti untuk rezeki cahayamata.. weee.. Untuk pertama kalinya bercerita isu try to conceive ni.. Usaha tanpa kenal erti putus asa dan percaya, satu hari nanti, inshaaallah ada rezeki untuk merasa perasaan seorang ibu.. Aaamin.. Gembira selalu itu penting.. :)

Bersyukur sangat punyai keluarga yang memahami erti rezeki anak di tangan ALLAH S.W.T.. Yang tak persoalkan dah ada ke, bila nak ada,. Orang2 sekeliling pula yang selalu duk sokseksoksek.. Tolong ye.. tolong hormati perasaan empunya badan.. tak hormati pun, sekurangnya memahami.. :) Ok, terlebih sudah..

Ni nak cerita pasal asid folic brand Appeton Essentials. Baru 2 hari lepas start makan. Sebelum ni makan asid folic brand Hovid.. Dah habis pun 1 kotak si hovid tu, tukar ke Appeton.. Banayak  baca blog kakak2 TTC yang lain cerita pasal brand ni.. So, tak ketinggalan la juga nak try.. :) Mula terfikir untuk buat bloglist baru untuk TTC. Senang nak tengok blog2 yang berkongsi berTTC juga.. Maklum la, tiny pun baru je nak jadi 1 of TTCian ni.. :) So memang kena banyak membaca dan paham..

Terima kasih untuk suami yang sentiasa support isteri dan tidak persoalkan isu ini. Syukur tak terhingga.. Siapa kita untuk tentukan hari sekian2 dapat cahaya mata.. Itu semua kuasa dia.. Walaupun jauh di sudut hati, sayu, sedih, pilu, terkenang, bila rezeki untuk nikmat itu, tapi perlu ingat, ada sebab dan musibabnya kenapa bukan milik kita lagi.. :) Cukup la kita bersyukur, kita masih ada di sini di sekeliling insan2 tercinta..


Ni ha rupa asid folic brand Appeton.. 1 kotak ada 3 keping.. untuk 3 bulan makan.. 
Inshaaallah.. Moga semua dipermudahkan.. :) 


NOTA JARI TINY: 2ww.. Next cycle, baru kita ke rawatan kesuburan ye.. :)


Friday, May 31, 2013

Percutian ke Kuching, Sarawak - Part 1

Assalamualaikum...

Lamanyaaa tak update sini.. Sebulan juga la diam tanpa berita ye. Nak buat macam mana, kerja mengatasi segalanya.. Balik rumah, penat, rilek2, jari malas la pulak nak menaipnya pun.. Balik rumah je, rilekkan minda je dengan suami.. Ececece.. Hujung minggu pun, penuhi tempahan chocolate fountain.. Alhamdulillah.. Rezeki darinya.. Nak cerita pun, cerita basi2 je banyak ni.. Layan je la..

7 Rejab hari tu, jatuh 17 MAY 2013, genap la setahun usia perkahwinan kami.. Bila duk godek2 AIRASIA, and yes, penerbangan murah anda.. Dapat RM0 harga tiket ke Kuching.. Letak pulak date anniversary kan, maknanya 1st anniversary di Kuching la kita.. Happy happy... :) 16-18 MAY mood cuti2 Malaysia di  Kuching.. Book pulak hotel di agoda, senang.. Cukup masa, terbang la kita..

Ye la, termenung je sebalik jendela tu kan.. Nak merentasi Laut China Selatan 1jam 45 minit.. 

Dan ini, nasi lemak kesukaan.. Sedap okeyh Nasi lemak Pak Naser ni.. Naik je, perut dah lapar, lapar lapar.. Dasar tak boleh kalau tak makan kot.. 

Flight jam 10.50am, kami tiba di Kuching 12.45pm, sampai2 je shuttle hotel kami stay dah sedia menunggu.. Hotel 360xpressCityCenter dekat bandar Kuching.. Senang nak cari makan, senang nak shopping ke Waterfront. Bila book hotel guna agoda, untuk shuttle asing bayaran dia, bila nak checkout baru buat payment. RM12 seorang, airport-hotel-airport.. So total 2 orang kami laki bini, RM24.. Nak senang, pegi je website hotel, terus ada untuk klik shuttle hotel.. Rm2.99 kalau tak silap.. Lagi murah okeyh! Tapi saya dapat harga hotel 3 hari 2 malam rm 204.. murah la juga kan..

First day terus berjalan okeyh! Sampai lewat sikit kat hotel, gara2 menunggu mereka yang tak dapat cari van hotel, dalam kul 2 petang baru sampai.. hmm hmm.. sabar je la. 





Sekitar lobby hotel 360xpresscitycenter.. Si suami memang, nak tunjuk style dia la tu.. Desktop yang ada tu untuk kita online tak kisah la sampai jam berapa nak online.. Kalau rasa nak buat entry live update kat situ, boleh je aih.. Hotel ni memang sangat best! Selesa, bersih, dan mesra pelanggan.. Dekat untuk nak keluar makan, jalan kaki je, g waterfront.. :) 




 Yeayyy! Bila masuk dalam, wahhh.. Wanginya... Rasa fresh je.. Masuk2, tengok cerita kartun.. Boleh cenggitu. :) Pilihan bilik kat hotel ni banyak.. kalau nak untuk family pun ada.. Masa ni, tak tukat baju apa, letak2 barang, cepat2 je turun balik nak g jalan KG.BUDAYA SARAWAK naik shuttle hotel je.. RM20 seorang, hotel-kg.budaya-hotel... Tiket masuk Kg.Budaya RM60 seorang.. total kami bayar RM160..

Untuk hari pertama, memang tak guna khidmat kereta sewa.. Cukup la jalan jauh 1 tempat ni guna shuttle hotel je.. Pun dah puas hati sebab jalan jauh kan.. Nak pegi Santubong sana, bukan dekat.. Pulak tak tau jalan semua, memang tak la nak drive sendiri.. Boleh tak kalau untuk entry KG.BUDAYA SARAWAK kita sambung entry lain, sebab? Tak suka nak tengok panjang sangat entry ni.. hahah... Apa pun tak boleh..

NOTA JARI TINY: Jap lagi kita terbang ke KG.BUDAYA SARAWAK ye sayang2.. :)



Monday, April 29, 2013

CHOCOLATE FOUNTAIN MURAH - DI MAJLIS HARI LAHIR YAYA - PETALING JAYA

Assalamualaikum...

Isnin kembali menjengah.. Blur2 ke pagi Isnin ni? Me? Masih dalam kondisi yang tak berapa nak sihat.. Demam dah lepas, dia tinggalkan selsema juga batuk... Layan je laa.. Makan ubat memang x la kan.. Tak suka gile nak telan panadol bagai.. Dan dalam diri yang tak sihat, eh eh, saya datang kerja.. Semangat... sebab 1 May nanti cutiiiii kaannn..

Ni nak cerita untuk chocolate fountain.. Hari Sabtu lepas ada tempahan untuk birthday party YAYA... Yaya is turning one! Tempahan dari ofismate encik suami.. Tema pilihan dia PINK.. Haruslah pink pinky kan, kata gegirllll.. Comel cute sangat Yaya...

Ni tengah siap2kan semua benda.. 

I loveeee the gantung2 paperfan.. Semua saya sukaaa.. Jap lagi posisi mesin bertukar.. Sebab macam tak sesuai duk sebelah tu..

 Taraaa... Mesin chocolate fountain duk posisi lain pulop.. Ingat senang nak susun atur.. hihi..
Baju pink dengan gaya peace tu anak kak Linda.. Rajin dia untuk jaga booth tu.. Senang nak serve untuk kanak2.. Tq Nana..

 Birthday Girl dengan Acik Tiny! Nak juga bergambar kan..
Ada makanan je, confirm diam si YAYA ni.. Omeyyyyy

And thisss is my passionnn.. Chocolate fountain dari COKLAT TINY.. Alhamdulillah.. Rezeki dalam bidang perniagaan.. Kecil2 lama2 jadi besar.. INSHAAALLAH..

Terima kasih untuk encik suami, banyak tolong si isteri ni untuk jayakan bisnes dia.. Ke hulu ke hilir untuk cari barang semua.. Decor2, cucuk buah semua, sayang sangatttt ketattt2.. 

NOTA JARI TINY: Untuk tempahan chocolate fountain di pelbagai majlis, boleh hubungi tiny - 012-9649277.. Inshaaallah dengan sesuai dengan budget anda.. :)