Tolong kami, bantu kami... :)

Saturday, April 23, 2016

Candle Light Dinner di Pantai Cenang, Langkawi

Assalamualaikum..

Kekok. Kekok menaip di sini. Kekok segalanya. Bertahun tiada entry. Tiba2 rasa rindu itu datang. Ya. Rindu. Rindu berceloteh apa sahaja.

Ni nak bercerita untuk ulangtahun kelahiran en.suami ni. Untuk ke berapa kalinya kejutan sentiasa menjadi. Alhamdulillah. Gigih tau isteri book flight ticket, hotel, planner untuk dia. Ya. Selalu kena berbunga. Bukan selalu kan surprise macam ni. Setahun dua kali. Ok la tu.

Kali ni ke Langkawi sempena birthday oppa. Pakej planner pula dari langkawi pakej qasih qasrina. Superb service! Recommended! Sangat senang. Untuk candle light dinner di Pantai Cenang, Langkawi Permata Kedah. Oppa sampai tak terkata. Dari appetizer, hingga ke main course, hingga ke dessert. Kenyang alhamdulillah. Dengan dekorasi yang macam dalam Romantika. Akhirnya boleh la beromantika sendiri kan. Walaupun bukan artis. Kohkoh. Cerita dengan picture boleh?










Kejutan untuk ulangtahun kelahiran oppa berjaya dengan izinnya. Alhamdulillah. Tak rugi untuk buat semua ni kat pasangan masing-masing. Tips rumahtangga untuk selalu berbunga. InshaaAllah. Kita yang mencorakkan kehidupan kita. Untuk yang manis2 sahaja. Hingga ke jannah. Aamin. 

Tuesday, August 4, 2015

Setahun

Assalamualaikum...

Hampir setahun dibiarkan blog ni begitu sahaja. Sign in. Sign out . Menaip tidak sekali.  Sepi? Atau nak sunyi? Sibuk?  Sibuk dengan  kerja  abadi. Hakikinya? Rindu berada di sini. Tapi x ada yang baru lagi dalam cerita seorang aku.  Tahun berganti tahun. Syukur masih dipanjanglkan umur. Banyak ke arah ingat mati .



Friday, August 15, 2014

Syawal 1435H...

Assalamualaikum...

Tiap kali menaip kat sini, tiap kali tu juga lah bersihkan debu-debu yang dah makin tebal kat sini. Mahu tak tebal, asyik dibiarkan je. Walau dibiarkan, tapi tidak dilupakan.. :) Tak di lupakan bila di sini dari zaman belia remaja lagi. Bila dah semakin matang, matang dengan kehidupan sekarang, mula terasa mahu berada di sini untuk memberikan kebaikan bersama. Memberikan benda yang berfaedah untuk dimanfaatkan...

Alhamdulillah masih lagi di Syawal 1435H, harapnya masih belum terlambat untuk meminta maaf dengan semua yang mengenali diri ini... Selamat hari raya maaf zahir dan batin.. Kosong-kosong ye.. Selalu je jenguk laman ni dari luar je.. Baca catatan lama, senyum sendiri.. Banyak kenangan dicoret di sini.. Ya, saya akui saya suka menaip. Menaip dengan hati. Eceh...



 Suami isteri di pagi raya... Banyak sangat picture yang di snapnya pun.. Terpaksa pilih memilih, kang tidak senonoh rupanya.. Dan pagi raya di rumah nenda. Dah kenapa la pulak kusyen raya pun nak ala2 purple nih! Grrrrrr..... 
Lacey tutu kurong dari @calaqisya.. :)



 Raya ke-2 ke rumah abahanda.. Merasa juga salam abah di hari raya.. 
Dan al-fatihah untuk arwah abah dan arwah mama tercinta... 
Along rindu abah dan mama..
 Outfit raya dari Jovian Mandagie.


 
 Raya ke-3 di kampung nenda belah encik suami la pulak.. 
Nasib baik ada kenduri kendara belah sana, so jumpa semua 1 rumah je.. Selalunya kami pusing satu Bachok tu berhari raya rumah pakcik makcik sana...
 Outfit raya dari Jovian Mandagie.

 
Raya kali ni tak sempat nak bergambar dengan adik beradik di Rantau Panjang, sebabnya? Sampai Telaga Mas pun dah petang. Kekdahnya semua pun dah selamat tukar ke baju biasa dah pun.. Jeles hokeyh dengan pic raya dorang. Bukan main lagi duk berself timer amik picture family di pagi raya...

Keluarga kecil kami.. Nenda, pakcik, makcik, n sepupu2 kecik.. Alololo..
Tak ramai pun belah nenda... 

Ni gambar yang menjeleskan di pagi raya.. Kemain tauuuuuu... Mana kami.. 
Balik la lambat lagiii... :P


 Dah selamat sudah up gambar hari raya.. Kenangan... Satu hari di hari raya... Sekarang pun kembali kepada rutih harian. Kerja, dan kerja dan kerja.. Mencari rezeki di bumi Allah S.W.T. Rezeki pinjaman darinya.. Menghargai setiap pemberian darinya... Jangan sesekali merungut, mengeluh, itu dan ini dengan setiap rancangannya... Perlu sentiasa sebarkan kasih sayang sesama kita.. Benci, hasad dengki, pergi jauh-jauh dalam kehidupan kita.. :)




Friday, June 20, 2014

Fatty Crab Taman Megah

Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. Salam sejahtera.. 

Di jumaat yang penuh dengan keberkatan... Lama sangat dah jugak tak bercerita pasal makan.. Dia dah mula dahh.. Tambah lagi bakal menjelma bulan Ramadhan.. Moga masih di beri kesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan untuk tahun ni... InshaaAllah.. Aamin.. 

Sejak 2 minggu kebelakangan ni, kerap sangat makan besar dengan encik suami. Alhamdulillah.. Bukan apa, PJ Old Town? Sendiri tak tahu nak makan apa dah.. Hmm.. Cuba letakkan diri dalam kesusahan.. Sentiasa lah bersyukur.. Bukan makan besar apa sangat, harga yang boleh dikatakan, memang erkkk. Boleh tahan jugak harga dia.. Nasib baik bukan selalu.. 

Google punya google nak pergi makan kat mana, dan tingg tongg.. Jom kita ke Taman Megah.. Lama sangat dah nak datang, tapi tak ada rezeki lagi. Dan malam tu, nak ke Fatty Crab ni, punya la menggoogle maps. Sampai salah jalan. Padahal, hello, dekat sangat je pun dengan rumah. Encik suami memang.. Saje buat tak tau so nanti bila si isteri tanya, aaa.. Tak tahu, tak tahu. sabar saje okeyh. Tak tahu tak tahu tapi sampai jugak. Sayang isteri la tu kan. :) 

Dan kami ke sini! Fatty Crab Sn.Bhd, kedai yang ramai dipenuhi pelbagai kaum. Tapi saya hanya tertumpu kat ketam dia je,..Punya la besar tahap tak tau nak cakap apa. Tengok jeee ketam yang dorang duk makan. Suasana kedai? Memang bising la kan.. Ketung ketang ketung ketang duk mengetuk ketam. Dan yes. Suami cakap saya macam tak pernah makan ketam. Hadap ketam tak pandang kiri kanan! Pastu dia tanya, tak ambil gambar ke? Alamakkkk.. Sekeping je ada. hihi.. 

Order makanan kat sini senang je. Ketam, ada goreng bercili dan ketam stim. Nasi goreng, roti bakar, dan air kami pilih air tin saje. Minimum order untuk ketam 900g. Punya blurrr... Aunty tu tanya, nak berapa g? Erks. Nak cakap apa pun tak tahu ni. 1.5kg la aunty. Ambik ko.. Hasilnya macam picture kat bawah.


Psssttt.. Korang, roti bakar cicah dengan kuah si ketam tu nikmat sangat!! Sedap sangat kot! Rugi amik 2 keping je roti.. Dah rasa macam garlic bread cicah dengan mushroom sup. Tapi cicah dengan kuah ketam cili okeyh. Sedap sampai tak terkata, korang kena pegi rasa nanti.. Meja bersepah? Memang! Penuh meja dengan kulit ketam. Puas sangat uols.


Kami order:

ketam bercili
nasi goreng - 1 pinggan 
roti bakar- 2keping (rm0.30sen 1 keping)
air tin tea chrysanthemum - 2 tin

TOTAL = tak sampai RM70..



Ohhh ketam masak cili.. Saya memang nak makan lagi dan lagi dan lagi... 
Rasa dia masih kat lidah lagi. erkk. Boleh pulak kan...


Makan ketam ratah macam tu je.. Ketuk-ketuk makan memang nikmat. Sebab kat rumah tak ada pengetuk ketam tu.. Isi ketam tak abis di korek2.. ngeee. Yang ni, sampai ke kaki dia berisi. Isi penuh!! Ok, selamat mencuba k!

Fatty Crab Sdn.Bhd
Address: 2 Jalan SS 24/13, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Phone:03-7804 5758

Tuesday, June 17, 2014

Cuti-Cuti Penang ~ Hard Rock Hotel Penang ~



Macam lama je kan... 2 bulan sekali dah pulak.. Tolong ya.. Tolong jangan nak malas sangat berceloteh kat sini.. Sini je tempat paling best nak taip panjang-panjang.. Ko rasa taip panjang kat facebook orang suka? Memang macam2 la kan sifat manusia kita ni.. Dunia blog, dunia paling tak kisah ko nak taip panjang mana sekali pun. tiba2.. erkk.. hello, kita nak happy saja okeyh...

Berkurun dah entry terperam... Tapi akhirnya masak jugak hari ni... :) Mengimbau kenangan lalu.. Dalam setahun, tarikh2 penting haruslah kena berehat, bercuti, berhoneymoon. Saling kejut mengejutkan suami isteri.. :) Saling memaniskan hubungan. Ekhemm.... Moga cinta hingga syurga..

Motif sangat naik taip panjang-panjang.. Nak bagitau, stay di Hard Rock Hotel Penang sangat best. Serius. Tak tipu langsung..


Tu dia aihhh.. Saya suka laut. Saya suka pulau. Saya tak bosan langsung cuti2 penang. 
Macam tak nak balik PJ okeyh.. 

Yang ni paling menyambut ketibaan kami.. Haa.. Encik suami punye la terkejut... 
Dah dia memang layan jugak dengan band tu.. Suka la dia.. 


Paling best, service tip top untuk in room dining. Yeahhh,, Ingat mula2 nak bersunset, tapi, last minit book la pulak.. So, kita di dalam bilik je la ye.. Bagus betol.. Lagi la syok kan.. Dan punya la susah nak pegi soksek2 untuk pilih menu semua, encik suami ada jeeee... Tapi berjaya la jugak. 




 Muka terkejut katanya... Amik mood bercandle light.. 
Laksa penang dia sedap bak hang! Pekat, likat, dan akhirnya licin!!
Untuk encik suami, obby sayang oppa tiada hujungnya... 


wowowo.. harus la kan ada jugak tampal picture sendiri.. Yeahhh... takkan picture birthday man ni je.. Owh. Juga uncle si baju putih itu.. Hmmmm.. 
Nanti katanya nak datang lagi dan lagi.. Kita tunggu tahun depan lak ye. Panjang umur boleh datang lagi.. InshaaAllah.. 


Ok, jom ke web PenangHardRock  ..
Happy holidays korang...

Hard Rock Hotel Penang
Batu Ferringhi Beach,
11100 Penang, Malaysia
Tel:  +60 4 8811711
Fax: +60 4 8812155

Friday, April 18, 2014

Cuti-Cuti Penang ~ Bukit Bendera ~ Part 1

Assalamualaikum...

Lagi cerita pasal jalan-jalan penang.. Pelik aihh. Bila Part 2 dah publish dulu dari Part 1.. Nampak sangat la aih...

Sangat la sebagai bagpacker kami berdua.. Dengan naik Rapid Penangnya untuk ke Komtar dan terus jalan kaki ke hotel Armenian Street Heritage Hotel. Apa la sangat jalan kaki kat sini kan. Dekat je tempatnya... Kalau jauh mahu la amik cab jugak..

Sampai pagi dari airport, tak terus ke hotel, tapi kami ke sini! Bukit Bendera.. Mana taknya, pagi lagi kot.. Memang dah plan awal2, sampai2 je amik cab ke Bukit Bendera. Bayaran masuk RM8 untuk seorang pemegang Mykad.. If bukan warganegara, mahal la.. Rm30 kalau tak silap saya..Lama sangat kot tak datang sini..Zaman train dia warna merah putih lagi.. Tak sekolah lagi time tu.. Dan kali ni, datang berdua la pulak kan.. Konon romantika sangat la tu.. :P



Bukti couple bag ni dah sampai Penang Hill.. Romantika de amour uols.. 

Dia kekasih halal saya... Moga cinta hingga syurga.. InshaaAllah.. 
LOVE LOCK U..







The Owl Museum ni kami tak masuk pun.. Macam bosan je kalau masuk. If korang bawak anak-anak sekali ok gak masuk sini.. Dengan encik suami tu nak masuk sini? Memang tak la kan. Cukup la ada gambar sebagai kenangan.. Hihihi.. 

Kat sini boleh tahan sejuk la jugak. Dan yang paling best, bila monopod kami dipandang semua orang. Sebab apa? Sebab pelik kot galah panjang tu. Hahah. Tapi ramai la je yang tanya beli kat mana. Pelancong2 luar dengan orang jepunnya, Mat sallehnya, semua pandang sambil senyum je. Ok laa2.. Nanti beli Go Pro.. Baru la tak pelik kan.. Hahah. Kali ni memang tak bawak pun camera dslr. Sebab besar gedabak. Ekekek.. Bergambar dengan monopod je.. Senang..

Selesai duk keluarkan peluh kat atas ni, masing-masing penat. Turun je terus cari bas. Ye bas untuk ke Komtar. Nak check in hotel la pulak kan.. Tak sewa kereta pun kat Penang, macam membazir je. Sebab kat KL tak berpeluang nak naik bas, kat sini kan jadi pelancong. Time berdua ni boleh la lagi nak redah.. 

Ok, tamat cetrita Penang Hill, lepas Penang Hill sambung ke STREET ART hihihi... Misi Penang Street Art.. Best sangat aihhh.. Terasa macam belia remaja gitu... Tq untuk encik suami melayan sang isteri... love u.. 




Wednesday, April 16, 2014

Cuti-Cuti Penang ~ Penang Street Art~ Part 2

Assalamualaikum...

Selamat hari Rabu.. Moga kita sentiasa diberkatinya sentiasa.. Datang mood nak cerita yang dah berapa lama peram pun tak tau la..Alhamdulillah.. Syukur sangat masih diberi kesempatan di sini.. Kesempatan lalui hari2 dengan penuh positif.. Gembira senyum sentiasa... :)

Tanggal 8 March 2014, mood berbunga cuti ke Penang... Sempena birthday encik suami. Ecehh.. Feeling honeymoon katanya... So mood bercuti memang sangat berbunga-bunga... Terasa macam baru kawin je.. Haruslah kan.. Pengantin baru sentiasa... InshaaAllah..

Flight dari KL ke Penang pagi kot. Masa ni, tak tau langsung pasal berita kehilangan MH370... Sebab sampai Penang dalam jam 9.30 pagi macam tu. Sampai2 je terus keluar jalan.. Langsung tak tengok tv.. Hui... Tak tau nak cerita perasaan masa tu...  Malam duk chill kat bilik baru tau tragedi MH370.. Hati pilu.. Duk ermm ... ermm je.. Ralat sikit.. Bila kita tengah bercuti, terjadinya tragedi yang tak terduga ni...


1st Night - Armenian Street Heritage Hotel

- Sangat senang untuk cari makan, sangat senang untuk jalan2 kat tempat menarik. Macam misi mencari Street Art. Dekat sangat dengan tempat sewa basikal, macam2 basikal ada.. Bila sewa basikal ni, senang untuk korang cari Street Art. Tak perlu jalan2 kaki, letih jugak tau..

Hotel ni juga dekat dengan Nasi Kandar Beratur. Itu perlu! 2x makan kat sini okeyh.. 1st makan tengah ari, dan 2nd makan malam (amik mood beratur panjang). Rezeki kami bila tengah malamnya sampai awal. So, tak ada la panjang sangat beratur kan..

Nampak muka senyum bila jumpa Street Art. Banyak juga la dapat cari. Tempat sewa basikal tu dah siap2 bagi map untuk kita cari Street Art ni. Oh. Saya tersangat la suka berbasikal di Penang. Terasa suasana pelancongnya.. Cuba kat Pj ni nak berbasikal., tak ada maknanya... Sedut asap kereta la jawabnya.. 
 

  Dah nak hantar basikal ni, sempat lagi duk pusing-pusing jalan. Nama kedai kami sewa basikal ni di Freedom Cycle Leisure Supply.. Best2.. Rupanya banyak je kedai sewa basikal di Lebuh Armenian ni.. Jangan risau, map disertakan tau.. RM10 je..






 Muka pelancong encik suami. Punya la penat dia melayan isteri yang suka cycling. Sampai ke Padang Kota Lama kami pergi. Makan Mee sotong, coconut shake. N round2 sana.. 



Bukti berbasikal sampai ke sini. Hahah.. Rasa champion sangat. Lama sangat kot tak naik basikal ni. huii.. Muka ada senyum.Bila tengok encik suami melayan je isteri.. Thank you darling.. love you! 

Memang best la kan, sampai2 je dah penuh aktiviti buat. Sebabnya apa? Esok nak lepak hotel je.. hihihi.. Mengaum la sikit kan... dan Alhamdulillah.. Semua aktiviti nak buat kat Penang checked! 

Sampai tak puas jalan Penang.. Apa la sangat kan sekadar cuti 3 hari 2 malam..  Buatkan kami nak datang lagi dan lagi dan lagi. .Yeahh!