Tolong kami, bantu kami... :)

Saturday, April 30, 2011

Baby Boo Masuk Klinik?

Assalamualaikum...


Asyik saya je masuk keluar klinik, saya punye baby boo pun nak masuk klinik juga tau! Pertama kali kot baby boo masuk klinik. sabar je la boo k... hikhik.. Itu la, kan dah cakap, jangan duk main mata dengan awek-awek yang lalu kat sebelah.. Ini tak, gatal gak nak jeling-jeling eh? Kan dah lebam mataq duk kenyit mata kat yang dah berpunya.. hikhik....


Kasihannnya kat dia.Siap kena ketuk-ketuk lagi kan.? Grrrr... abang pomen pun kasar je layan baby boo.. sabo je la saya melihatnya! 


Yeahh! Baby boo sedang di operate! Sabar eh boo.. Tau boo sakit... Nak buat macam mana, sendiri cari penyakit duk kenyit mata kat awek kan. Tak pasal mata rabun kejap! 


Lepas baby boo selamat sudah di operate, kos rawatan baby boo hanyalah RM 2? Terkejut saya! Punya la susah abang pomen duk operate baby boo, kos rawatan hanya RM2 je? Adehhhh/... Terkejut tak habis lagi. Maklum la, baru pertama kali bawak anak datang klinik. Mana biasa lagi kan.. Pas ni, doakan baby boo sihat sentiasa. Tak nak la sakit je ye.. Nanti susah mummy tau!


NOTA JARI: Sayang sangat kat anak saya ni.. hikhikhik...

Friday, April 29, 2011

BILA RESULT MUET PERTENGAHAN TAHUN?

Assalamualaikum..


Ada siapa-siapa tahukah? Bila kita boleh check result MUET? Harap-harap result keluar sebelum 12 Jun 2011.. Nanti macam mana saya nak apply online UTMSPACE.. Expired date dia 12.Jun 2011, harapan saya, sila la keluar cepat wahai result agar saya tidak terlepas untuk membuat permohonan. Huahuahua.. Kalau kalian tau, sila-sila la bagitau saya. Jangan la biarkan saya penuh dengan tanda tanya. Call MPM? Erkkk.. nanti kena lagi dengan abang MPM tu.. eeee.. Sabar je laaa.. Oh bulan, oh bintang,..

NOTA JARI: Ya Allah.. Bantulah hambamu ini.. Kepadamu ku panjatkan pertolongan.. Andai ada rezeki untukku, ku bersyukur padamu...

Thursday, April 28, 2011

Pejamkan mata..

Assalamualaikum...

Apa perasaan kalian pada saat ni? Sekarang cuaca tak menentu kan? Pagi sampai ke tengah hari, panas, bila petang, hujan disertakan dengan petir berdentam dentum. Mahu nak gugur jantung saya! Lepas tu, mula la kena stay kat ofis dulu sementara hujan reda.. Sabar je la.. :) Masing-masing mesti duk sibuk buat kerja kan? Nak balik, tak sampai masa lagi. Sungguh mengantuk ya amat! Kalau nak cerita pasal kerja, memang tak tercerita la. Kerja tak pernah nak tak ada. Ada je kerja kan. Kalau tak ada kerja pun, kena la buat ada kerja. Nak dapatkan pingat pekerja cemerlang ke apa? hikhik..


Kamu dan kamu ingat lagi tak, cerita 9September? Yeah! Sama dengan hari lahir saya! Bangga kejap ada filem tajuknya adalah tarikh hari lahir saya! Alaa, yang Pierre Andre dengan Fasha Sandha tu.. Cerita romantik gitu.. Saya bukan nak cakap pasal cerita 9September tu, tajuk dia sama dengan hari lahir saya tau, sebenarnya, nak cerita pasal lagu dalam cerita 9September tu, bestttt Kalian perasan tak lagu tu best? Kalau dengar time hujan, sejuk-sejuk, romantik gitu! Manis je rasa, kalau semut ada sekali duk dengar, mesti dorang pun rasa romantik, ye la, manis je kan.. Syahdu dan membelai jiwa. Kalu kalian tertekan ke, saya syorkan dengar lagu tu. Sungguh membuatkan kita rasa tenang... Bak kata, layannn jeee.. Nanti cari la kat 4shared tau kalau kalian nak download lagu tu.. Laptop saya baru lepas format. Urghh! Ada missing apa ntah. Tak dapat nak share sini... wink2.. Kalau tempek lirik dia boleh la.. Tempek lirik pun dah cukup buat kalian baca, dan mesti senyum manis jeeee... Meh kita tengok, kalian senyum manis ke tak kalau baca lirik dia. Tapi, kalau tak rasa manis, kalian boleh la baca sambil makan coklat ke.. Mesti confirm! Rasa manis! hihihi.. Meh tengok ye..Dah bertahun lagu tu, baru saya nak buat entry pasal lagu tu.. hahaha.. Ada saya kisah?

Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Ku hulurkan tangan
Kau sambut dengan kasih
Tenangkanlah hatimu
Agar bisa tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku

Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Bisik mesra darimu
Menyemai kasihku
Bahagiakan dirimu
Agar bisa ku senyum

Pejamkanlah matamu
Ku pasti di sisi
Untuk dikau kasih
Ku curahkan cinta suci
Yang tak mungkin terpadam
Akan terus membara
Bahagiakan dirimu
Di saat ku tersenyum

Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku
Janjiku kepadamu
Aku pasti di sisi


 NOTA JARI: Manis tak? Saya dengar lagu ni, sambil minum milo! Dan milo yang saya minum, eh eh, manis la.. hahahahahah...

Wednesday, April 27, 2011

PUTIH ITU SUCI...

Assalamualaikum...


Kenapa saya suka putih? Yeah. Saya perhatikan, banyak benda yang saya miliki berwarna putih, yang nyata sekali sekarang adalah blog saya berwarna putih? Kenapakah? Jawapan yang ringkas, sebab dia best! Kenapa saya cakap best? Sebab, senang untuk saya letak semua warna ke atas putih! Macam juga kehidupan kita, kita yang mengcorakkannya.. Macam mana kita nak kehidupan kita penuh dengan warna-warni, kita calitkan warna yang cerah dan wow! Kalau suram, kita corakkan dengan warna-warna yang dalam kategori suram la kan? Jadi, kesimpulannya, putih itu suci. Kalian boleh je nak warnakan putih tu jadi pink ke, ungu ke, mahupun hitam!


Untuk kali ni, biarlah blog ni putih bersih begini. Kalau dulu, hitam! Apa ingat blog ni space untuk melukis macam software autocad tu ke? Nak letak warna itu, warna ini! Ishhh! Cik tiny nih! Kadang-kadang, tengok blog rakan-rakan blogger yang lain, wow! cantik! Apa lah sangat nak bandingkan dengan blog saya! Grrrrr... Putih macam tu jeeeee.... Eeeeee.. Sebab tu, saya suka jalan-jalan singgah blog, sebab, leh hilangkan bosan mengadap blog putih bersih saya ini..

NOTA JARI: Selamat berkenalan untuk rakan-rakan blogger... Blog saya simple sahaja. Terima kasih sudi singgah blog yang tak seberapa ini... Mengantuknyaaaaa... Penyakit M pun datang ni.. ishhhhh.. Tak suka betul la!

Friday, April 22, 2011

HILANG SELERA MAKAN.

Assalamualaikum..


MAKAN? Kita memang perlu makan kan? Untuk dapatkan sumber tenaga? Kalau tak makan, mesti otak tak boleh berfungsi dengan baik kan? Pas tu, mula la badan pun rasa lemau kan? Letih je.. Kalian pernah rasa ke, bila dah sampai tahap jemu nak makan? Sampai tak tahu nak makan apa. Memandangkan saya seorang yang kuat makan, agak musykil bila sampai tahap, saya jemu rasa nak makan.! Pelik, tapi inilah kenyataan! Alik-alik, fast food juga pilihan saya! Apa lagi, MCDONALD'S pilihan saya! Dalam rasa jemu makan tu, pegi pilih fast food. Hambek!! Jemu nak makan nasi. Kalau masak sendiri, makkkk aihhh.. Sampai menambah-nambah! Lain kan bila kita msak sendiri dengan makan kat kedai. Bukan manusia je tau yang hilang selera makan. Buaya yang tertelan handphone pun hilang selera makan selama sebulan! Haaa... Jangan tak tahu tau!  :)

Cik tiny yang dulunya kuat makan,sekarang telah menjadi sangat memilih untuk pegi makan atau tidak sekarang. Saya sendiri pun tak tahu dari mana ianya bermula! Tak tahu apakah punca menyebabkan saya hilang selera makan. Kadang-kadang, sampai tak tahu nak makan apa kat kedai. Macam hari ini! Kawan-kawan semua pegi makan kat BRAVO'S RESTAURANT! tapi saya! DRIVE-THRU MCD! walaaweehhhhh.... Selera nak orang puteh je! Sebab, nanti saya tak tahu nak makan apa kat sana. Dari duk melangok je, tu yang saya pilih MCD. Makin tembam bam bam la saya! Apa ye punca hilang selera makan ni? Apa? Pergi jumpa doktor? Nanti macam-macam pula yang jadi. Pelik tu pelik.. :)


Bila google perihal hilang selera makan, punca kepada barah perut! Nauzubillah... Jauhilah saya dari segala perkara yang tak diingini. Okeyh! Mula takut! Kena pergi jumpa doktor juga la jawab dia! Erghhhh!


Mana lagi sedap?



nyum! mcchicken! abaikan persekitaran.. huhuhu... 


siakap 3 rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, serta sambal belacan? urghh! berselera!

NOTA JARI: Syukur YA ALLAH...

Untukmu...


Assalamualaikum...

Wow! Hari ni, tersangat baik cuaca. Tapi, cerah tak semestinya sampai ke petang. Tambah lagi sekarang hujan sebelah petang je. Temujanji saya pun asyik kena tunda je. Rasa bersalah je, disebabkan tak boleh jadir temujanji. Tapi, bila bagitahu pihak yang terlibat bahawasanya saya tak boleh datang, disebabkan hujan, so, temujanji saya ditunda. Terima kasih... :) Adakah peluang saya? After office hour, saya kena menuju ke sana. Moga hari cerah sampai ke petang. :) Hari ni, kita celoteh pasal lagu ye? Lagu lama-lama.. Best tau bila dengar balik. Mungkin mimpi lagu ni semalam. Tu sampai je ofis, kodek-kodek, eh, ada! Apa lagi, mood memang dengar lagu ni je la ari ni.. :) Lagu apakah yang saya maksudkan?  Ada kat atas la... ishhh..

UNTUKMU by FEMININ. Lagu ni ketika saya masih kanak-kanak. Seronok bila dengar. Lama giler kot tak dengar lagu ni. Eh eh silap. Hari tu ada tengok 8tv HOT FM KREW! Dinyanyikan oleh FAFAU.. Tapi, baru hari ni, teringat nak dengar. Tak boleh nak buat apa la kan! hukhuk.. And untuk kena dengan mood, haaa... Purple Day! Tiba-tiba je kan. Melayan mood yang ntah apa-apa. Tak layan nanti, muncung sedepa. :)
Meh sama-sama kita layan lagu ni okeyh? Di pagi yang indah! :)

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkan mu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya
Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta 

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti cinta kita bersemi
Kembali menerangi mekar di taman hati
Walaupun jauh pandangan mata
Ku yakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah untukmu
 
Saban hari diriku menunggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa kau jadi penawar
Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula janji bara cinta




 Ha.. Masuk ofis pagi-pagi rabun, syok sendri! Tak ada kerja lain ke ha? Minta tolong sikit ye, time bekerja saya, mula jam 9. Saya duk sypk sendiri, tak pukul 9 lagi! hahaha.. Masa itu emas. Jangan sesekali bermain dengan masa ya kawan-kawan! :) 


NOTA JARI: (jari la plak!) Best kan dengar lagu lama-lama. Share la lagi lagu lama-lama yang korang suka dengar! Lagu baru sekarang bosan la.. Tak sama dah macam dulu. Dunia dah berubah, zaman dah maju.. Betul ke? Ke terbalik? Tak kisah la ye.. Yang penting, perubahan memang akan ada dalam kehidupan kita.. :)

Thursday, April 21, 2011

Shopping as therapy...

Assalamualaikum...


Sayang sebenarnya mahu tinggalkan yang dah ada sekarang. Cita-cita mahu sampai langit ke tujuh, mampu ke? Nak berdiri pun tak sama tinggi dengan orang lain. Masih dalam mood tertekan, tapi abaikan sahaja. Banyak lagi benda yang boleh di buat hilangkan perasaan tertekan anda. Shopping?? Yeah. Itu salah satu terapi yang bagus juga! Memang berkesan! Urgh! Malam ni malam jumaat, macam tak sabar je untuk menanti hari mggu untuk shopping!! Agak-agak kalian, kenapa ye shopping as therapy? Best ke pegi shopping? Tambah lagi jalan sorang-sorang? Makan-makan, then shopping, tak pun, shoping, then makan-makan. Ada masa free lagi, movie! Bestnya hidup.. Walaupun ada masalah. Biaq p la masalah tu. Bukan dapat untung ke apa. Kalau dapat untung, boleh la juga duk melayan masalah tu tiap masa! Please... Nak shopping!


NOTA KAKI: Sila habiskan gaji anda, sementara ada, untuk menanti gaji yang akan datang, dah dekat dah tu.. uhukhuk.. Tapi jangan membazir tau! Shopping jangan sampai tak ingat pulak! :) Yuk semua.. 

Perasaan

Assalamualaikum..


Hmm. Mood hari ni, terasa macam nak berceloteh panjang di sini. Hati tersangat sedih. Tak dapat ungkapkan sedih tu dengan kata-kata. Malas juga untuk berceloteh perihal kesedihan. Tapi rasa macam en.blogger.com ini yang boleh saya luahkan. Dengan blog, dia tak dapat nak membalas apa yang saya luahkan. Blog menerima sahaja apa yang saya bebelkan.

Datang bekerja, YA ALLAH! Mata bengkak, terasa macam nak ambil MC je, tapi, tak pe lah. Bengkak bukan sebab alahan ke apa, bengkak sebab menangis kan. Manja giler aku besar gini pun nak nangis lagi. Memang la,siapa2 pun boleh menangis kan. Tak ada la pulak cakap dalam hidup ni kita tak boleh nak menangis kan? Kenapa aku menangis? Kenapa dan mengapa?


Bila bercinta, suka duka bersama kan? Cinta? Ada apa dengan cinta sebenarnya? Ke hulu ke hilir  bersama setiap masa? Nak kata aku setiap masa duk berkepit dengan en.dia, TERSANGATLAH TIDAK!! Weekend je kami jumpa, itu pun kalau ada plan nak ke mana-mana. Dia nak ke rumah mak cik dia kat PUNCAK ALAM sana ke, dia ajak saya, aku memang sangat segan! Apa nak buat kan, dia duk sibuk ajak. Untuk pengetahuan encik blog, saya hanya jumpa en.dia bila ada plan apa-apa. Siapa suruh duk dekat kan? Kalau ikut hati saya, memang saya nak balik kampung je, duduk dengan nenda saya, lagi baik dari duk sini. Tapi tempat cari rezeki di sini. Kalau ikutkan, sambung je belajar sepenuh masa, habis cerita.

Memang la weekend jumpa kalau ada plan apa-apa, tak boleh ke?? Kalau jumpa selalu memang kena kawin terus ke? Tak payah nak tunang bagai la ek? Saya tak ada perasaan ke?????????? Mana perasaan saya sebagai seorang perempuan? Serius saya sangat tersentuh hati. Untuk encik dia, kalau kamu terasa hati, saya lagi berganda-ganda terasa hati. Terasa nak balik kampung sangat-sangat. Dan mulai hari ini, saya tak mahu jumpa kamu. Lagi baik untuk kamu kan? Saya tahu. Saya akur. Untuk yang mana duk fikir kami ni selalu berkepit bersama, harap kalian maklum keadaan kami, saya dengan dia, tak pernah hari-hari untuk berkepit je keje. Keluar bila ada urusan. Bila makan, ada benda yang diraikan. Bila tengok movie, itu bila ada masa lebih selepas uruskan benda yang lagi penting. Bagi saya, saya tengok movie sorang2 pun saya tak kisah. Kalau kalian nak saya tak jumpa en.dia lagi, baiklah, saya takkan jumpa en.dia lagi. Tak ada la korang duk fikir saya duk berkepit 24jam kan? Ingat saya tak ada masa untuk buat benda lain ke? Kalau rasa picture dekat facebook saya banyak duk upload picture kami, nama lagi facebook SAYA PUNYE. Kalau rasa upload picture banyak sangat sampai mengjengkelkan korang, baiklah, saya sudah tak show lagi picture kami berdua. Tapi ada yang cakap, nikah terus la, duk kepit je, ke hulu-ke hilir, aku ni tak ada perasaan ke? Haaa.. keluar juga perkataan AKU kan kat blog ni! Saya memang tersangat nak marah! Kalau korang rasa nak duk kepit je dengan pakwe korang masing-masing, duk la dekat dengan dorang, tak payah duk sibuk suruh aku kawin terus bagai. Sangat susah untuk puaskan hati orang.


NOTA KAKI: Untuk korang yang bercinta, tak payah la bercinta lama-lama, bila dah jatuh hati tu, korang terus nikah je, nanti tak ada  la spekulasi duk cakap ko duk keppit je 24jam, baik kawin. aku pun tak paham. Semak kepala je fikir.

Untuk en.dia, kalau kamu terasa hati, saya lagi berganda terasa hati dengan awak. Tak pernah buat entry gini, tapi saya nak luah apa yang saya rasa. Maaf andai ini entry ini tidak sepatutnya berada dalam dashboard korang2 yerk.

Wednesday, April 20, 2011

YEAH.. Bloglist dan bloglist..

Assalamualaikum...


yeahhh.. bloglist-bloglist.. wink2.. 
Ambil lagi bloglist poster ini.. hikhik.. 

NOTA KAKI: Syoookk ooo hujan-hujan tidur di rumah.. haishhhh.. Macam mana nakk pergi KUCHAI LAMA hujan-hujan ni.. Lebat pula 2... hmmmm

MEE KETAM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum...


Ketam oh ketam. Sangat lama tak makan kari ketam yang sedap selain buatan nenek serta makcik di kampung. Lagipun, saya alahan terhadap ketam ini zaman kecil2 dulu. Tak tahu bila alahan itu sudah hilang. Lepas makan ketam sejak sudah besar ni, tak rasa macam dapat alahan pula! Sangat best! Mana tak nya, saya boleh makan ketam dah! yeah! THANK YOU ALLAH!


Sabtu, saya sudah jumpa ketam dekat FLAMING STEAMBOAT. Semalam pula, menuju ke Seksyen 7, Shah Alam, untuk berjumpa dengan MEE KETAM KUALA LUMPUR! Oh! Sebenarnya, rasa muak untuk makan menghampiri saya. Saya mula rasa cemuh, atau tak berselera untuk makan nasi, mahupun apa-apa sahaja yang sama! Itu yang membuatkan boleh sampai ke Shah Alam. Dari Puchong kot! Idea akak satu rumah dengan saya best juga! Pegi cari makan kat Shah Alam. Try benda baru. So, saya teringat yang MEE KETAM mak cik saya ada sebut beberapa hari lepas. Keputusannya, menuju ke sana! Saya sangat tak tahu jalan ke Shah Alam. Kak waniey terror ooo..


Haa.. sempat lagi snap satu gambar untuk tontonan kalian! hohoho.. Besar kan ketam dia! Macam-macam size kita boleh pilih kat sini. Harga dia berbeza juga. Sudah tentulah kan, makin besar, makin mahal. Kami memilih kari ketam dengan nasi putih.




hambik ko! Comeynye! hahahah... Comey ke buruk ke, ketam tu selamat sudah ke dalam perut.. nyum2...
Hasil daripada Kak waniey punye handphone! Seyes! Macam tak senonoh je makan.. hahaha
Apa pedulik!




Alololo.. Comeynye cucu tokmi! Anak mama and abah! :)
Senyuman manja.. Menusuk ke kalbuku.. Ni picture kenyang perut suka hati..
lalalalalal... Senangnya dalam hati, bila dapat makan.


Bukan main kan, hirup-hirup kuah kari dia. Hui.. ngam-ngam rasa. Mula-mula makan bersudu, urgh! Tak puas! Letak sudu ke tepi, haaaa... Jemput makan tanpa sudu. Best! Gigit ketam. Fulamak. Sampaikan orang lain dah balik, kami masih duk ngap ngap. Hakhak.. Boleh la pulak kan, terjumpa dengan makcik saya! Dia pulak punya la duk syok makan, sampai lupa nak cakap yang dia duk kat MEE KETAM KL tu jugak!

Harga kat sini, berpatutan! Dan, akibat kena dengan selera, kami menambah! Segan-segan minta nasi tambah! Aduhaiii... Semput, dan sedap! Puas hati!

NOTA KAKI: Jemput la rakan-rakan semua ke sini. (Part time jadi promoter ke apa?) Kena la kongsi juga kan. Kot ada yang mencari nak makan mee ketam, Moh kite ke sini.. :) 

DI TEPI PANTAI YANG INDAH

Assalamualaikum...


Ya Allah.. Sungguh saya sangat teringin untuk berada di pesisir pantai tatkala matahari terbenam. Menyaksikan keindahan alam ciptaanNYA. Teringin untuk mengisi masa yang ada di pesisr pantai. Berjalan sambil memegang sepatu di tangan. Sambil kaki bermain-main dengan ombak yang menghempas pantai. Agak kuat saya berangan. Tapi memang iya, saya nak berada dalam situasi yang saya angankan itu. Hanya masa tidak mengizikan lagi. Tambahan pula sekarang cuaca tidak menentu. Dengan bencana yang melanda Jepun. Takut untuk berjauhan dengan mereka yang saya sayang. Bila ya masa itu akan datang kepada saya? Lama sangat tak pergi main pantai ni. Kalau kat kampung, pantai haruslah dikunjungi. 30minit je dari rumah. Walau tak sempat menunggu matahari terbenam, tapi puas hati bila berada di situ. Mengimbau kenangan-kenangan lalu. Sangat perit bila kenangkan kembali!


Saya rindu untuk makan udang celup tepung, air kelapa, dan macam-macam lagi la kat tepi pantai yang ada! dan saya juga rindu untuk menyemak main layang-layang dengan sepupu kecil saya! Jeles bila tengok dia duk main. Keseronokan memanggil2 untuk bermain bersama. Tapi, di ibu kota KUALA LUMPUR, payahnya nak jumpa pantai. Pantai Dalam, Hospital Pantai, ada la. Urghh! Rindu! Bosan! Semua ada dalam hati sekarang ni! 


 Cantikkan alam ciptaanNYA! Bersyukur dengan kehidupan yang di berikan olehNYA!
Bercuti best juga! Asyik mengadap kerja je kan? Sekali sekala memanjakan diri begini tiada salahnya.
Tapi tu la, jadual masing-masing tidak sama.


Payahkan bila membesar dengan ombak dan pantai ni. Mesti terkenang mahu ke sana. Bila duduk jauh dari kampung, memang akan rindu suasana di kampung. Bestnya kat kalian yang bekerja kat kampung, dapat pegi pantai samapi rasa muak nak pegi pantai lagi kan. Masakan kita boleh lupakan asal usul kita. Walau di mana kita berada, kita tidak akan melupakan dari mana asal kita. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.!


NOTA KAKI: Visit Malaysia. Jom kita pegi ronda-ronda Malaysia yuk. Pusing-pusing Malaya..

Tuesday, April 19, 2011

Solat Sunat Istikharah

Assalamualaikum..


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
 

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala 
 
Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun  pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.


Doa Solat Istikharah 


اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،
 

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."  


Alangkah berat untuk membuat keputusan. Takut bila yang dikejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Banyak pro-kontra yang perlu di fikir. Saya tak mampu fikir untuk membuat keputusan yang baik. Hanya padaMU saya panjatkan doa. Buntu untuk fikir, moga di beri petunjuk olehMU... 


NOTA KAKI; Kita tak mampu untuk fikirkan banyak perkara, dan andai kita buntu, mintalah agar dipermudahkan olehNYA..

Mahu Let Go! :0

Sling-Beg

Leather
From: SACHS
Color:  BLACK
 Condition: GOOD
RM 60


Reason for let go: Sudah lama tak pakai, dari biarkan dia sedih gitu, saya nak let go je la kan. Semua beg saya adalah leather beg, macam bosan je banyak beg pattern yang sama. Tapi kalau beli jenis yang lain, saya tak pakai juga. Memang suka jenis begini. 
So, anyone? Berminat sila hubungi saya.. :)


Monday, April 18, 2011

SENJAKALA

Assalamualaikum..

Oh Ahad. Menapak di Shah Alam akibat di rumah ketiadaan orang. Bosan kot. Aktiviti hari Ahad, terfikir mahu ke WET WORLD SHAH ALAM. Mahu bermandi-manda. Tapiii.. dengan makcik sayakah? Berdua je? grrr.. Kalau ramai-ramai nampak lagi menarik je. So, mula start search movie! Yeah. Duk fikir-fikir sampai dah pukul 4! 4.30 SENJAKALA! Akhirnya memilih mahu untuk menonton movie sahaja! Ok la kan nonton movie. 12.5 lambat lagi. KONGSI! SENJAKALA pun okeyh la. Lokasi? Jusco Bukit Raja. Yeah. Terasa jakun bila berhujung minggu di sini. Tak pernah-pernah duk round Shah Alam. :) Buat malu jeee.. Ada saya kisah? Tersangat la tidak! :)


SENJAKALA

Sinopsis:

Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.
Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. 

Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina. Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. 

Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka. Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan. Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa.
Perwatakan Karlisa- berusia lewat 20an, seorang yang moden dan berpendirian. Namun, sejak kematian tunangnya, beliau jadi keliru dan susah hati. Karlisa kembali ke Kg Senja Lama, bagi mencari jawapan mimpi-mimpi peliknya. Di situ, beliau bertemu dan jatuh cinta dengan Armand, seorang lelaki penuh misteri yang digeruni penduduk kampung. Armand- berusia awal 30an, seorang yang pendiam, dan misteri. Digeruni penduduk kampung kerana dikatakan membela saka. Armand menderita sejak ayahnya, Tuan salleh, mengambil saka daripada Opah Maimoon. Dan apabila saka itu diturunkan kepadanya, hidup Armand lebih sukar. Tunangnya meninggal dunia menjadi mangsa saka. 

Dan apabila bertemu Karlisa, dan tahu Karlisa adalah tuan asal saka, dia masih tidak mahu mengembalikan saka itu kepada Karlisa. Isabella- berusia lewat 20an, sangat moden dan seksi berpakaian. Seorang yang manja dan menggoda. Tidak percaya kepada dunia ghaib tetapi mengalaminya ketika di kg Senja Lama. Isabella juga tergoda dengan Armand tetapi tidak menunjuk perasaan itu di depan Karlisa kerana sedar Karlisa jatuh cinta dengan Armand. Namun, Isabella mempunyai niat mahu ‘try’ Armand. Opah Maimoon- berusia 80an, dan membela saka sejak muda. Opah maimoon sebenarnya sudah meninggal dunia dan sakanya yang sedang menjaga rumahnya serta bertemu dengan Karlisa dan Isabella. 

Opah Maimoon hanya muncul menjelang senja hingga ke subuh. Intan – berusia 16 tahun, dan berkahwin muda kerana ayahnya bimbang menjadi mangsa saka Armand. Intan sedang mengandung dan beliau antara orang kampung yang mengetahui sejarah sebenar saka milik Armand. Dia mahukan kebenaran dan telah menceritakan semuanya kepada Karlisa. Puan mazidah – ibu karlisa yang telah lari dari kampung kerana tidak mahu menerima saka daripada ibunya, Opah Maimoon. Dia lari kerana tahu jika dia menerima saka tersebut, suaminya akan menjadi mangsa. Mazidah bagaimanapun terpaksa berdepan kenyataan apabila saka memanggil-manggil Karlisa. Tuan Shapie – mengetahui rahsia keluarga Mazidah dan amat memahami kehendak isterinya. Dia juga sayangkan anaknya. Shapie seorang yang warak.


Sumber:
 
Kesimpulannya, cerita ni banyak terkejut! Bayangkan mayat di tengah jalan, boleh pulak duk berkejaran dengan tetttt dalam hutan. Bukan main lagi saya duk tutup mata dengan beg saya! Geram dengan cerita yang banyak aksi terkejut! Tapi ok la! Mengisi masa lapang kan.. Tambah lagi memang jenis yang tak boleh duk di rumah sahaja. Malam je rasa nak tidur baru la duk rumah. Hahahah.. Sila isi masa anda sebaik mungkin. :) Hayati setiap hari-hari anda, pasti tiada rasa bosan menghantui diri anda.
Kalian2 yang nak pergi tengok cerita ni, pergi la tengok. Best juga. Tempat dorang2 ni shoot, macam dekat BUKIT CERAKAH! :) Mempromosikan TAMAN PERTANIAN MALAYSIA kejap. Best okeyh di situ! Hirup udara segar. :)

FLAMING STEAMBOAT

Assalamualaikum...



Cerita tentang FLAMING STEAMBOAT... Segar lagi sedap! Tersangat ramai di sini. Menuju ke sini selepas bangun dari tidur yang lena akibat kena hujan selepas balik dari TAMAN MEDAN. Ke Shah Alam menjemput my aunt. Dia teringin nak makan ini steamboat. Sampai di sana, kami dah 2 round tambah menambah lauk-pauk. Sedap! Kenyang! :) Makan berdua sampai banyak sebegitu rupa. Macam-macam yang di ambil. Alhamdulillah. Nak masuk 3 round, en.dia datang. Yeahhh! Apa la sangat kan SUNWAY PYRAMID dengan PETALING JAYA.. Dia pula sambung makan. Sangat best! Duduk seketika, my uncle datang! Hohoho.. Busu belanja okeyh! Sangat untung pada malam itu.. Dia datang kejap je, semata nak belanja kami makan. Best tol! Kami hanya makan je. Tukang belanja dah ada! LUCKY! So, cikda, busu, en.buah hati, and saya melepak di FLAMING STEAMBOAT ini. Thank you busu! :) Lain kali mahu lagi boleh?


Nyummy! Sangat sedap! Segar tau! Tempat pun bersih! Sangat best bila datang ramai-ramai dengan keluarga! Sangat sesuai juga bila bergathering dengan rakan-rakan kan? Harga pula tak ada la mahal sangat! RM25 untuk dewasa. Berpatutan la kan. Makan sampai muntah. :) Tak rugi datang sini. Kalau booking, lagi senang kerja. Tak payah kena tunggu meja kosong. Sesuai dengan FLAMING STEAMBOAT, ALL YOU CAN EAT! Makan sahaja, dan HALAL itu penting.. :) 
Untuk keterangan lanjut, kalian boleh la singgah di sini..  http://www.flamingsteamboat.com/
Sharing is caring kan? Saya memang suka steamboat! Harap maklum. Sup dia okeyh! Kat sini banyak pilihan makanan laut dia. Bak kata, macam-macam ada. Sampaikan duk syok makan, lupa untuk bergambar. Padahal duk tengok family lain duk bergambar sakan di situ. Makan lagi syokkk oo.. Ada sekeping pic pun sudah mencukupi. En.buah hati join makan bersama keluarga saya pula. Adil la kan. hikhik..




3rd Round! :) Tengok, baru 3 orang makan ni... hohohoho... 


Syok! Lain kali sudah tentu datang lagi. Selain sini, saya juga suka di SEOUL GARDEN. Lagi la untung sana, dpat main bakar-bakar. Kurang kolestrol anda. hakhak.. Best kan hang out dengan family. Keluarga saya kecil sahaja. Sangat best bila dapat bersua makan bersama keluarga saya!  Tapi best bila bersama keluarga en.dia. Keluarga dia besar, ramai sepupu yang kecil-kecil lagi. Bila bersama, gamat je suasana.. Tapi bila bersama keluarga sebelah arwah mama, yeahhhh! Keluarga besar punyaaaaa... Best bila semua berkumpul! Kecoh! hihihi... Bila sebelah abah, yeah.. Saya berperang dengan Muhammad Adam sahaja. Satu-satunya sepupu kecil saya buat masa sekarang. Oh Adam.. hikhik..  



Yeahhh.. Sepupu sepapat. Mak cik-mak ci kuh! Sangat payah untuk nerkumpul bersama gini.. Bila kena dengan cuti masing-masing, barulah dapat gini.. :)
Kalau ramai begini, mestilah dengan keluarga mama! :)

Muhammad Adam, tokmi and saya! kecil je kan? Keluarga saya..


Majlis pertunangan adik en.dia.. Oh. Saya menyelit di situ.. Anak-anak dara.. Ecece..
Comey-comey je semua.. wink-wink..


Macam banyak pula saya duk menempek gambar di sini! Yeah. Semuanya dalam kenangan. :) Rasanya mahu berceloteh perihal FLAMING STEAMBOAT. Dah terlajak sudah! Tak ape lah ye. Macam best duk habiskan masa di sini. Pantas je tangan bergerak menaip setiap baris kata. 

NOTA KAKI: Sayangilah keluarga anda.


THE MOST VALUABLE THING IN LIFE IS FRIENDSHIP? AGREE?

Assalamualaikum...


Alhamdulillah. Hari ni, bekerja seperti biasa. Bangun awal, dan masih memeram. Banyak susah untuk bangun pagi! Itulah saya! Mananya tak, weekend yang penuh dengan aktiviti! :) Ok, nak bercerita tentang MUET TEST yang dan berlalu.. Dan amat bersyukur, kerana dipermudahkan segala urusan olehNYA..

Sabtuday! 8.00pg, saya ada MUET TEST! grrrr.. Lewat sampai, nasib baik beberapa minit sahaja. Time sampai tu, para guru sedang membahagikan kertas peperiksaan! Syukur sangat! Ye la, nasib baik reading test first task! Kalau listening? huh! mahu nanyaaaa chek.. Ok, punya syok saya duk membaca.. Terasa berada di zaman dulu kala. Ramai juga candidate MUET. Masing-masing berteman. Oh, saya keseorangan. Duk berfacebook je keje time menunggu test seterusnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Apa yang mampu sekarang, berdoa dan tawakal moga result yang baik menanti saya. Part writing test, tersangatlah alhamdulillah! The most valuable thing in life is friendship,? Setujukah? At least 350 words.. Memang harian kita kan? Sentiasa ada kawan di samping kita, time belajar, bekerja,. Masa baby dulu pun kita dah berkawan kan? Masa duk dalam baby room, tidur sama-sama dan menangis sama-sama. Friendship? Mana ada jual kat pasar malam mahupun supermarket kan? Ianya datang dari hati, macam mana kita tunjukkan nilai friendship itu sendiri,, macam itulah bernilainya friendship! Ianya datang dari hati.

Seboleh mungkin duk mengarang topik ini. Kalian setuju ke tidak? Friendship is most valuable thing in life. Saya setuju. Macam mana kita lalui hari-hari kita, semua boleh di jadikan contoh. Susah senang ada seorang sahabat, berkongsi bersama suka dan duka. Tapi ada juga kawan yang hanya berkongsi suka. Rambut sama warna, tapi hati lain-lain. Sila hargai insan yang hadir dalam hidup kalian. Bagi saya, persahabatan itu memang berharga! Mahunnya tidak. Harian kita bersama rakan-rakan. Dekat tempat kerja, kita ada rakan-rakan sekerja kan? Kena saling tolong menolong kan? Macam mana seorang itu menghargai friendship, baru lah dia boleh menilai, sama ada friendship the most valuable thing in life or not!
 KAWASAN LARANGAN! PEPERIKSAAN SEDANG DI JALANKAN. 
Masing-masing duk berdiskusi. Saya sibuk je duk ambil gambar dorang.




Di sinilah pusat ujian saya. Tak semua sekolah ada FORM 6 kan? So, terpaksa la dari PUCHONG menuju ke sini untuk menduduiki peperiksaan. Syukur alhamdulillah. Sangat mencabar kesabaran sebenarnya. Macam mana gerak sorang-sorang dari PUCHONG ke sini. Ye la kan, sendiri nak exam, sendiri la datangkan. Lagipun, ingat ada orang nak teman ke? Takkan ada punya. Sudah biasa begitu..



Tengok, seiring dan sejalan. FRIENDSHIP! :) Masa ni, hujan kot, saya terpaksa berada di tempat menunggu buat seketika akibat dari hujan yang tak tau bila berhenti. Jenis hujan renyai-renyai ni lambat nak  berhenti. Sabarlah menunggu. Memang sabar pun, sampai sempat update blog. Al-maklum la kan, kalau saya redah hujan ni, saya basah! Nanti saya demam! Dan akhirnya.. yeahhh.. saya redah juga itu hujan. Sampai rumah saja, terus baring tak ingat dunia! Owhhhh... alangkah penatnya hari ini..


NOTA KAKI: Sila hargai setiap insan yang hadir dalam hidup anda. Yang penting, biar kita yang menghargainya, andai sebilah pihak tidak menghargainya, kita tidak mampu untuk berkata apa-apa. Kerana masing-masing punyai persepsi mereka sendiri..

Sunday, April 17, 2011

Durian oh durian,....

Assalamualaikum..

Semalam punye cerita, saya mendapat chat di facebook oleh seorang sahabat yang menyatakan nak makan durian. Oh saya bukan kaki durian. Setahun sekali sahaja saya makan durian. Itu pun memilih durian yang isinya halus mulus, kecik toeet, n kuning2 manja gitu. Ha! Baru la saya makan durian itu. Kalau tak, memang tak makan. Cerewet bukan? yeaahh.. Saya akui kecerewetan saya dalam pemilihan makan durian sahaja! hihihi,,.


Duk chat-chat, yeahh! Saya dapat lampu hijau dari en.dia! :) Apa lagi, chat miss aya shafie bahawasanya en.dia bagi lampu hijau! Dan saya menuju ke I-CITY, Seksyen 7, Shah Alam. Mahu jumpa untuk makan durian di sana. Pegi I-CITY tak semestinya pegi tengok lampu-lampu yang warna-warni itu kan? Duk borak-borak, makan-makan, dan hantar miss aya pulang ke hostelnya. Bukan main lagi round-round dalam UITM SHAH ALAM itu. Miss Aya sempat tunjuk FAKULTI KEJURUTERAAN dekat saya! Siap cakap kalau awak masuk sini, di sinilah fakulti saya! Insyaallah.. Satu hari nanti, kalau ada rezeki,menuju ke situ jua. :)

Awat gambar gelap ngat weyhhh... Nak buat macam mana, guna camera BB saje,.. Malam rabun pulak tu.. Sabo je la ye.,.. Yang penting, ada juga gambar kenangan makan durian di sini bersama itu Miss Aya! :)
 Makan durian sampai sedawa ke rumah. Sangat lucu! Tak senonoh la weyh! Tapi best!


ha! Ni gambar masa kami menunggu waktu untuk berbuka puasa 2010 di DATARAN SHAH ALAM! Kejap je masa berlalu, sekarang nak masuk puasa 2011 sudah! Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini.. Kepadamu ku panjatkan doa...



Malam-malam rabun sangat lah menyilaukan mata saya! dan yeah! Miss Aya belanja saya nasi lemak. NASI LEMAK JATI katanya. Dekat Seksyen 2. Best jugak! Dah la banyak. Jam 1 pagi saya makan nasi lemak.. Makkk aihhhh... Syokk oooo...Sekarang mahal wooo durian. Bila nak durian runtuh ni? Siapa-siapa tak pegi makan durian lagi, p makan p. Awat keluaq utara punya loghat ni? Ini kerana, saya sedang dengar mereka duk cakap loghat itu. Best oh dengar! hihihihi..


NOTA KAKI: Kadang-kadang, bila berceloteh di sini, membantu juga berceloteh di dalam dewan peperiksaan. Idea melimpah ruah ke dalam kertas jawapan. THANK YOU ALLAH!

Saturday, April 16, 2011

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Pagi sabtu yang indah.. Hujan mencucuri bumi.. Syukur padaMU ya ALLAH.. Hari ini saya berMUET TEST.. Saya kena bangun pagi pada hari sabtu? Grrr.. Nak tidur! After semalam kami bermakan durian di depan I-CITY, rasa mengantuk sampai ke dewan peperiksaan.. Tatkala menulis entry ini, saya masih di SEKOLAH MENENGAH TAMAN MEDAN.. Hujan kot, wa tak ada bumbung la der.. Wa bukan rempit kelas C okeyh.. Wa layan scoot saja.. Hahahah.. Memang tak boleh nak balik la jawabnya kan.. Hujan renyai2 gini memang lambat nak berhenti laa.. Hmmm.. Sementara menanti hujan berhenti, entry tatkala kesejukan.. Sejukkkk.. Macam mana nak balik ni, dah la baru je baik dari demam.. Ye la, antibody saya lemah kan.. Dalam sebulan 2, ada sahaja saya mc.. Nak buat macam mana, memang saya sakit.. Saya memang tidak akan redah ini hujan.. Tak larat la nak pegi klinik, makan ubat..


Entry perihal muet test saya akan menyusul nanti, guna BB, untuk entry pantas sahaja.. Melayan hujan renyai2 ni.. Amik mood berada di sekolah.. Best tau!! Sangat jakun datang sekolah, duduk dalam dewan peperiksaan, terkenang balik time PMR n SPM dulu.. Masih menggunakan pensel yang sama time belajar dulu tau! Nanti saya upload gambarnya! :)

Hujan agak ok sikit dari tadi, jumpa next entry ye semua.. :)

NOTA KAKI: jangan redah hujan, nanti demam tau!

Friday, April 15, 2011

ALL THE BEST TINY!


Gambar di atas menunjukkan saya sedang bekerja atau saya sedang belajar? Hakhak.. 
Kalau dua-dua pun apa salahnya kan? Asalkan minda boleh terima. Jangan sampai jem sudah! 


Sesungguhnya, saya rajin ini hari. Sudah siap 80% kerja drawing, menyelit sikit MUET. Hohohoo.. Buat latihan MUET sikit-sikit. Autocad duk sebelah kejap. Di sebabkan apa saya fokus terhadap MUET, ini kerana, esok saya ada MUET TEST! Practice make perfect kan? Usaha tangga kejayaan. Yeah.. Saya sedang berusaha ni.. :) Tak nampak eh? Nasib baik sudah menyetelkan kerja yang menimbun itu. 

Yeah. Esok MUET TEST! All the best Tiny!! Awal lagi kena bangun kot. Pukul 8 pagi start sudah itu test. Owahhh.. READING-90minit, WRITING- 90minit, LISTENING- 30minit. Lama la esok nampak gayanya berada di sekolah. Ruginya baju sekolah ada kat kampung. Kalau tak, boleh pakai balik baju sekolah! Boleh kenangkan balik memori lama di sekolah! Boleh ke sebegitu rupa?? Candidate lain akan ketawakan sayakah? Hhahaha.. Berangan tak sudah la budak Tiny ini! Harus sedarkan diri kamu bahawasanya kamu sudah melangkah ke dunia dewasa... OOHHH TIDAAAKKK.. Saya masih muda remaja. Apa ada pada angka, asalkan jiwa tetap remaja, baru la awek muda okeyh! :) Tapi kalau ada geng pakai baju sekolah jugak, memang saya nak join! Mengimbau kenangan silam.. Asyik-asyik nak kenang kenangan silam. Kenangan membuatkan kita makin berubah dalam setiap hari-hari kita. Ye ke? 


Gambar zaman pra-sekolah. Keciknya saya! Ala-ala berkonvo la tu kononnya! Padahal, saya masuk ini tadika umur 4 tahun, mana cukup nak konvo! Ingat lagi,pinjam kawan punya jubah. hahahah.. So perasan saya sebaya dengan yang lain. Padahal muda lagi dari diorang. Jangan main-main okeyh! :) Tengok tepi picture sudah menampakkan picture ini sudah berzaman. :)


haaa... Sweet 17th.. Hohoho.. Disebabkan saya mahu ke sekolah, haaa, picture kenangan yang saya tempek! Nampak sangatkan merindui saat ini. Rindu la jugak saat umur masih belasan tahun. Macam-macam saya buat. Betul-betul menghayati usia remaja! 



Haaa! Hambil ko! Sekarang dah jadi gini dah rupanya. Matanya lirik2 sellau.. Rupanya manis-manis ayu..
buwekkk (muntah hijau). Sudah besar panjang pun anak dara abah ngn mama ini. Cucu kepada tokmi. 
Sudah mampu untuk buat keputusan sendiri. Duduk pun dah berjauhan. Rindu sama itu tokmi!! 


Cuba korang dan korang mengimbau zaman silam korang. Mesti manis-manis kan. Dari kecik, sampai dah besar panjang, tengok balik album masa kecik-kecik dulu. alalaololo.. Tomeynya kan. 

ALL THE BEST TINY!! 

Susunan gambar baik punya! Zaman kcil, remaja, dan remaja kini! hohoho..
Saya sayang mereka yang ada dalam hidup saya!

THANK YOU!

NOTA KAKI: Untuk tatapan diri sendiri, abadikan di sini, sebagai memori untuk hari ini.. :)

Thursday, April 14, 2011

Happy Birthday Makcik Sayang! :)


Noor Hidayath Mohd.Amin
10.04.1988
23 tahun

Selamat Hari ulang tahun makcik sayang. Moga panjang umur dan murah rezeki selalu. Saya doakan awak cepat jumpa jodoh ye.. hikhik.. Cepat sikit makan nasi minyak. Berapa lama sudah kamu kenal saya ye? Rasanya dari hidung berhingus lagi kan? Dari tak kenal dunia facebook lagi kan? Hohoho.. Sekarang sudah mencecah angka 23? Sangat lama bagi aku. Kamu termasuk dalam senarai sahabat aku tau. Ingat senang ke nak dapatkan seorang sahabat susah dan senang. Sangat la susah okeyh! And saya rasa, hadiah birthday zaman kecik-kecik dulu kamu simpan lagi kah? ke hilang ntah ke mana? Saya masih ingat lagi, saya pernah dapat hadiah dari kamu pokok buluh dalam buluh besar. Usaha kot saya menjaga pokok itu. 

Menganggap kamu lebih dari seorang sahabat. Malahan sebahagian dari keluarga saya. Sudah besar panjang ko sekarang kan. Dah boleh kahwin dah pun. Aku berterima kasih, time aku susah, ko share susah tu dengan aku. Plan kita untuk ke Pangkor kena cancel, akibat cuaca tak menentu sekarang, dan plan ko nak datang sini pun ko kena cancelkan sebab aku ada problem. Ada masa kita handle lain waktu. Enjoy dulu sebelum masing-masing melangkah ke dunia baru. Satu hari, kita akan pergi juga melancong k yunk. Mungkin ada hikmah kenapa bukan sekarang kita berpeluang untuk berjimba-jimba bersama. Aku pasti, akan ada juga untuk kita melancong, hilangkan serabut bersama. Teringin mahu terpekik-pekik, terlolong di pesisir pantai, lepak, mandi, tidur, chit chat, banyak sangat benda yang aku rancang sebenarnya. 

Apa-apa pun, terima kasih ada sebahagian dengan saya. Ko nak hadiah ek? Tunggu je la ye.. Ujung tahun nanti aku bagi kain kat ko. Ko jahit la kain tu ek. Color orange gituuu... hohohoho.. Panajng benda aku nak describe pasal ko ni, ni kesimpulan je tau. Disebabkan ko suka je kan kacau aku time aku kat opis. Hhahaha.. Dah jadi rutin ko la kan. Apa-apa pun, moga ulangtahun ke-23 ni, hidup ko makin ceria. :) 

NOTA KAKI: Aku sayang ko tau.. hikhikhik

Hati-hati di jalan raya...

Assalamualaikum...


Huiii.. Pucat muka saya, tatkala kejadian itu berlaku. Mengalamun ntah ke mana, saya sendiri pun tak pasti. Mungkin ke Planet Marikh kah? Kejadian di simpang itu, tak akan di lupakan. Bersamaan 14.4.2011, bertempat di simpang 4 berhampiran rumah, saya hampir melanggar kereta. Hohoho.. Driver tu pulak macam pernah saya tengok,. Oh ya, rakan jiran depan rumah saya. Berhenti di simpang, tengok kanan, tiada kereta, ok, Betulkan tudung, Nak mulakan perjalanan je, pppiiiiiiiiiinnnnnnnn.. Hambek ko! Kena hon! Paling benci bila kena hon! grrrrr..Ye la, salah saya, tak pandang kiri. Hui... kalau tak,sudah ke laut dah rasanya. Syukur Ya ALLAH...

Beberapa inch sahaja lagi mahu kena, kalau tangan tak cekap untuk membreakkan kenderaan. Oh tidak! Mahu saya kena bayar ganti rugi, serta kiokkkk kesakitan. Kuusss semangat  saya. Rasa kecil je diri ni.. Tu la, mengelamun ke mana saya sendiri pun tak tahu. Tak mahu dah.. Takut sakit di tempat orang. Nanti tak ada orang jaga saya... Syukur padaMU.. Saya tahu ALLAH sayangkan saya.


credit to: en.google.

Ngeri kan bila kita saksikan accident depan mata kita. Mula mendoakan moga dijauhi dari perkara yang tak di ingini. Saya bersyukur. THANK YOU ALLAH. Kalau tak, mahu entry saya di hospital pula nanti! Tidak! Saya masih di sini... :)


NOTA KAKI: Ingatlah orang yang tersayang. :) saya sayang tokmi saya! 

Kenangan...

Assalamualaikum...

Buat kerja dengan hati yang tak tenteram. Mata asyik mahu berair sahaja. Oh.. please la.. Kenapa perlu singgah kat hati saya kesedihan itu? Saya mahu tersenyum sahaja lalui hari-hari saya. Saya tak mahu untuk bersedih, bermuram. Saat kesedihan singgah di hati, merindui kenangan dulu, merindui juga nenda saya! Terasa mahu balik sekarang juga jumpa itu tokmi. Along rindu...

Untuk kamu, saya cuba untuk lupakan kenangan antara kamu dan saya. Saya tak mahu kenangan itu hadir dalam hidup saya lagi. Kenangan pahit antara kita. Kenangan yang mampu buatkan saya menangis. Perit sangat diperlakukan sebegitu rupa. Saya punyai perasaan, sama juga dengan kamu. Tapi memang hobi kamukah untuk membuat saya menangis. Kamu berdendam dengan saya kah? Hingga buat perasaan saya bercelaru sebegini? Memang, kita kenal dari usia kita setahun jagung. Tapi, saat itu, saya tidak pernah untuk bercakap dengan kamu. Saya hanya mampu tersenyum. Tiba-tiba kamu muncul, hadir ceriakan hidup saya, tapi kamu tenggelam timbul. Saya tak tahu apa yang patut saya rasa terhadap kamu. Adakah permainan perasaan bermula? Sila berterus terang dengan saya pada waktu itu. Amat menikam jiwa saya dengan apa yang telah berlaku. iaitu KENANGAN.


Apa sebab saya sedih? Kamu adalah kenangan dalam hidup saya. Saya sedar, itu tidak mungkin berlaku, masing-masing terus melangkah. Melangkah ke depan. Cukup dengan kenangan dulu. Kenapa saya persoalkan perihal kenangan? Kerana kita semua ada kenangan dalam diri kita. Sama ada kenangan itu pahit, mahupun sedih, manis, dan sebagainya. Saya juga mahu untuk lalui kehidupan saya seperti orang lain, ya, saya sedang ubah haluan hidup saya. Saya juga mampu untuk gembira seperti orang lain. Kamu adalah satu kenangan. Saya tahu, kehilangan kamu, sama juga kehilangan seorang kawan. Kamu kawan saya. Saya tak mahu untuk kehilangan seorang kawan. Untuk kamu andainya kamu baca ini perasaan saya kala ini.

saya mahu gembira, kesedihan sila jauhi saya. 23 tahun, kesedihan menghampiri saya. Menjengah ke dalam hidup saya, tapi tatkala itu, saya hanya mampu senyum, sabar, ujian dariNYA. Kini saya bangkit, bangkit mahu hidup seperti orang lain,. Iya, saya berdikari selama saya lalui hidup saya. Tersangat perlu untuk kuatkan semangat saya untuk lalui hidup. Banyak perkara yang berlaku selama saya 23 Tahun, liku-liku yang saya lalui, penuh onak dan duri. Saya tak pernah untuk berdoa moga liku-liku itu berubah menjadi jalan yang lurus, senang untuk di lalui. Iya, memang saya gembira sentiasa, senyum, menjerit, tapi hati saya, urghhh... penuh dengan tangisan. Hanya mahu persoalkan perihal kenangan, tengok, dah melalut ntah ke mana! Bila jari mula berbicara, begini la jadinya. :) Senyum, tak perlu kata apa-apa... Hanya senyum dan senyum laluinya. Saya tidak suka untuk berkongsi perasaan saya. Saya hanya menaip perasaan saya. Di sini saya luahkan apa yang saya rasa. Saya suka dengan blog saya, sebab, dia terima sahaja apa yang di bicarakan oleh saya. :)


NOTA KAKI: Bebelan dari hati hamba... hahoohohoh.. Bila sudah mula, ni la jadinya... grrrrr...

Tuesday, April 12, 2011

JANGAN TERLALU MENGHARAP

Assalamualaikum..

Saje je kan, menanti mata mahu pejam, mula nak berceloteh sikit di sini.. Tetiba sahaja mahu berceloteh mengenai tajuk di aatas.. Nak jadi pakar motivasi ke apa.. Sebenarnya, baru lepas baca buku motivasi BILA ALLAH MENDUGA KITA.. Itu yang keluar entry seperti di atas.. Sebenarnya la kan, dugaan akan rasa berat andai kita tak bersedia untuk kehilangan sesuatu.. Kerja keras membuatkan kita rasa terikat dengan apa yang kita miliki.. Tapi kita kena selalu ingat, walaupun kita berusaha kumpul harta, itu bukan milik kita yang abadi.. Cepat atau lambat kita akan hilang harta tu.. Kita kena ingat, semua yang ada pada kita adalah milik ALLAH dan akan kembali kepadaNYA.. Bila ada rasa tu, kita takkan berasa terlalu kehilangan bila di timpa dugaan...


Kita hanyalah manusia yang di beri kurniaan dan amanah dari ALLAH yang punyai segalanya.. Kita hanya menjalankan amanah itu...

NOTA KAKI: Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

MOVIE LAGI...

Assalamualaikum..


Haaa.. Movie memang tak dapat nak follow, sebab, memang banyak sangat cerita di panggung dan banyak lagi yang akan datang, yang menarik dan perlu di tonton. Kalau memang suka tengok movie, memang susah la kan. Perlu update sahaja pasal movie ni. Hohoho.. Saya salah seorang. Di bawah adalah senarai cerita yang WAJIB di tonton:

- KONGSI - 12 MEI 2011 (tak sabar!!)
- SEKALI LAGI (juga tak sabar!!)
- PIRATES OF CARRIBEAN

Meh kita review cerita KONGSI sikit.. Cerita pasal apakah ini.. Asalkan SHAHEIZY SAM ada, saya mesti tonton! Dia mendalami watak kot. Watak dia lakonkan, memang menjadi. Betul-betul dia menjiwai watak dia. Tak mustahil la kan, dia dapat ABPBH 2010.. Memang tip top.. Pengarah cerita ini, FARID KAMIL, perghh.. Pengarah muda yang mampu setanding dengan sifu-sifu director yang lain..







Sinopsis:

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia. 

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.
 

CREDIT TO: http://www.sinemamalaysia.com.my/ (Klik link ni, kamu dan kamu boleh dapatkan pasal movie yang lain-lain.. :)


NOTA KAKI: Memang box-office la cerita ni nanti.. Jom sama-sama kita pegi nontont filem ni.. :)

Cun pada pandangan anda?

Assalamualaikum..



Sudah menonton ini cerita. Cerita ni, so so.. Nak kata best,tak ada la best sangat. Tapi just boleh la layan hilangkan bosan. Tengok muka REMY ISHAK dengan MAYA KARIN, ok apa.. hikhik.. Ramai jugak di dalam hall. Tapi, couple seat yang dapat di SUNWAY PYRAMID mak aih,.. punya la tak best! Skrin tinggi kot. Dah duk seat atas sekali pun, masih rasa skrin itu tinggi. Nak buat macam mana kan. Terima je la.. Tiap kali nonton wayang di sini, macam tak ada tempat lain nak menuju untuk makan. Itu A&W je la. Sementara menunggu masa menonton kan..


Kesimpulannya kan, tonton cerita cun ni, jodoh ajal maut dah tertulis sebenarnya. Walau macam mana duk bercintan-cintun, berpisah jua akhirnya, ada yang lain menanti.. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang tentukan segalanya... Macam saya juga,. Banyak giler kot, duk tanya, bila nak makan nasi minyak, kerja sudah, calon pn sudah ada,. Adakah saya ini sudah cukup tua? Baru 23 kot. Muda terang tang tang lagi. After adik sidia menuju ke situ, kami akan ke situ juga. Yang penting, dahulukan adik-adik. Saya tunggal okeyh! Of course tiada apa yang perlu saya tunggu. Hanya green light dari nenda saya! Menyusul nanti, sudah tentulah kami! Ada juga yang cakap, cepat-cepat makan nasi minyak, tak bosan ke bercinta lama-lama. Tersenyum je saya. Baru setahun hubungan kami, ada jodoh tak ke mana.. Memang menuju ke situ, hanya masa sahaja tentukan.


NOTA KAKI: Jodoh, ajal maut, sudah termaktub. Ada jodoh, tak ke mana, hanya menanti waktu itu..