Tolong kami, bantu kami... :)

Sunday, April 17, 2011

Durian oh durian,....

Assalamualaikum..

Semalam punye cerita, saya mendapat chat di facebook oleh seorang sahabat yang menyatakan nak makan durian. Oh saya bukan kaki durian. Setahun sekali sahaja saya makan durian. Itu pun memilih durian yang isinya halus mulus, kecik toeet, n kuning2 manja gitu. Ha! Baru la saya makan durian itu. Kalau tak, memang tak makan. Cerewet bukan? yeaahh.. Saya akui kecerewetan saya dalam pemilihan makan durian sahaja! hihihi,,.


Duk chat-chat, yeahh! Saya dapat lampu hijau dari en.dia! :) Apa lagi, chat miss aya shafie bahawasanya en.dia bagi lampu hijau! Dan saya menuju ke I-CITY, Seksyen 7, Shah Alam. Mahu jumpa untuk makan durian di sana. Pegi I-CITY tak semestinya pegi tengok lampu-lampu yang warna-warni itu kan? Duk borak-borak, makan-makan, dan hantar miss aya pulang ke hostelnya. Bukan main lagi round-round dalam UITM SHAH ALAM itu. Miss Aya sempat tunjuk FAKULTI KEJURUTERAAN dekat saya! Siap cakap kalau awak masuk sini, di sinilah fakulti saya! Insyaallah.. Satu hari nanti, kalau ada rezeki,menuju ke situ jua. :)

Awat gambar gelap ngat weyhhh... Nak buat macam mana, guna camera BB saje,.. Malam rabun pulak tu.. Sabo je la ye.,.. Yang penting, ada juga gambar kenangan makan durian di sini bersama itu Miss Aya! :)
 Makan durian sampai sedawa ke rumah. Sangat lucu! Tak senonoh la weyh! Tapi best!


ha! Ni gambar masa kami menunggu waktu untuk berbuka puasa 2010 di DATARAN SHAH ALAM! Kejap je masa berlalu, sekarang nak masuk puasa 2011 sudah! Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini.. Kepadamu ku panjatkan doa...



Malam-malam rabun sangat lah menyilaukan mata saya! dan yeah! Miss Aya belanja saya nasi lemak. NASI LEMAK JATI katanya. Dekat Seksyen 2. Best jugak! Dah la banyak. Jam 1 pagi saya makan nasi lemak.. Makkk aihhhh... Syokk oooo...Sekarang mahal wooo durian. Bila nak durian runtuh ni? Siapa-siapa tak pegi makan durian lagi, p makan p. Awat keluaq utara punya loghat ni? Ini kerana, saya sedang dengar mereka duk cakap loghat itu. Best oh dengar! hihihihi..


NOTA KAKI: Kadang-kadang, bila berceloteh di sini, membantu juga berceloteh di dalam dewan peperiksaan. Idea melimpah ruah ke dalam kertas jawapan. THANK YOU ALLAH!

No comments:

Post a Comment