Tolong kami, bantu kami... :)

Tuesday, April 12, 2011

MOVIE LAGI...

Assalamualaikum..


Haaa.. Movie memang tak dapat nak follow, sebab, memang banyak sangat cerita di panggung dan banyak lagi yang akan datang, yang menarik dan perlu di tonton. Kalau memang suka tengok movie, memang susah la kan. Perlu update sahaja pasal movie ni. Hohoho.. Saya salah seorang. Di bawah adalah senarai cerita yang WAJIB di tonton:

- KONGSI - 12 MEI 2011 (tak sabar!!)
- SEKALI LAGI (juga tak sabar!!)
- PIRATES OF CARRIBEAN

Meh kita review cerita KONGSI sikit.. Cerita pasal apakah ini.. Asalkan SHAHEIZY SAM ada, saya mesti tonton! Dia mendalami watak kot. Watak dia lakonkan, memang menjadi. Betul-betul dia menjiwai watak dia. Tak mustahil la kan, dia dapat ABPBH 2010.. Memang tip top.. Pengarah cerita ini, FARID KAMIL, perghh.. Pengarah muda yang mampu setanding dengan sifu-sifu director yang lain..







Sinopsis:

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia. 

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.
 

CREDIT TO: http://www.sinemamalaysia.com.my/ (Klik link ni, kamu dan kamu boleh dapatkan pasal movie yang lain-lain.. :)


NOTA KAKI: Memang box-office la cerita ni nanti.. Jom sama-sama kita pegi nontont filem ni.. :)

4 comments:

  1. saya pon tak sabar tengok creta nih....lagi2 dengan saya punye..lalalal

    ReplyDelete
  2. hihihhi..betoi la sayang ku....sayang kamoo

    ReplyDelete