Tolong kami, bantu kami... :)

Thursday, March 31, 2011

Kasut Cantik...

Assalamualaikum...

Ok, saya sangat mengantuk! Setiap saat, AUTOCAD yang saya pandang. Mata saya dah silau... Lalu je depan kedai cermin mata, ok,saya nak check mata saya. Dan, memang sudah mempunyai silau, 50-50... Oh tidak.. saya sayang mata saya..  Nak cuci-cuci mata dengan pandangan lain pulak.. Meh kita sama2 layan tengok kasut cantik-cantik.. :) Hilangkan mengantuk, bila nampak je kasut cantik, waaaaaa... dengan mata sekali turut waaaa... So, tak ada la mengantuk sangat kan... wink-wink....


PIVIN
credit: aldoshoes.com

Cantikkah? comey kan... Cantik dengan comel ada bezakah? Mestila ada... Kasut cantik itu, dari ALDO... Buat kasut kawin, sangatttttt sesuuuaaiiiii! Ok! Found! hahahaha

SICILIANO
haaaa.. yang ni pun dari ALDO,. cantik jugak! kan? 

RYTHMIC VIBE

Ok, yang ni casual la sikit, nampak cute la kan.. From Clarks.. Santai time sangat sesuai.. Active Air kot.. Mesti sangat selesa kalau time jalan-jalan shopping.. Sila pilih.. :)


GUESS PINK


Perghhh... yang ni lagi la menawan.. Tapi, pink.. Erkss.. tak berapa kena dengan cik Saya Punye.. Tapi, memang cun... Untuk sape2 yang minat pink, pilih la yang ni.. :)



Habis sudah saya mencuci-cuci mata saya dengan kasut-kasut yang pelbagai ini... Nanti, kita cuci mata dengan pelbagai pilihan warna yang menarik... :) hohohooh... Bosan... 


NOTA KAKI: Motif saya buat topik ini, hanya suka-suka... :)




Monday, March 28, 2011

Sha Na Na

Kenapa, mengapa, usah ditanya
Kemana, di mana ohh tiada bezanya
Hatiku ceria bagai sang suria
Hari minggu hari bergembira

Hilangkan rasa rasa curiga
Duka dan nestapa
Mari kita menyanyi
Lagu sha na na na na
Esok kerja, jadi hari ini
Kita berjumpa dengan
Si dia yang tercinta

Hilangkan segala
Duka dan nestapa
Mari bergembira
Dengan lagunya
Sha na na na na
Na na na na
Na na na na...
 
 Hari ni dah isnin rupanya,.. Memang tersangat liat untuk bangun pagi.. Tapi apakan daya,  kerja dan kerja.. Ingat senang ke nak cari sesuap nasik haaa... So, weekend korang buat ape je.. Ada date? Picnic? Syok kan spend time together... Yang pasangan kekasih, ingat hari-hari ke jumpa.. tidak okeyh! Seminggu sekali sahaja.. tu pun, Sabtu, saya kuar sorang2.. Sorang2 pun jadi.. Tapi, nak dijadikan cerita, keluar ke IOI MALL, menuju ke GSC.. Sekali, macam nak tengok wayang, ok, fine, pilih Dalam Botol.. Saya memang tak tahu sinopsis cerita tu cam ne okeyh! Masuk je tengok, adoii... ciput je orang... Ingatkan cerita serammmmm... Rupa-rupanya... walaaweyhh.. No komen laa all... Saya sempat berfacebook dalam hall tu.. couple kat sebelah pun, keluar sebelum abis cerita... ape cerita? memang salah pilih movie laa... rugi RM 10!! kalau makan mcd, dah lepas MC CHICKEN punye set!!

Memang tersangat lucu bila tengok pasangan dalam cerita ni.. membayangkan kalau saksikan sendiri di realiti hidup, tak tahu la nak cakap apa... Tak tahu nak komen cam ne pasal cerita ni.. langsung tak paham ending dia, sampai la rumah, baru memahami, dan sangat tak senonoh! tapi itu hakikatnya... please laa.. jangan la rasa ada perasaan nak ke arah situ.. Cerita ni memang slow sangat2, sampai, mata ni nak lelap je... Kenyang makan nugget, popcorn pun tak terusik! Bila popcorn tak terusik, maknanya, cerita bosan! Sampai nak makan popcorn pun tak best je rasa.. hahahahha... Ok, hero citer ni, tak kenal, yang perempuan, Diana Danieele, and Fauziah Ahmad Daud pun ada gak dalam cerita ni.. Touching sikit je la..

Lepas tengok movie, perut dah mengalunkan irama kecorong, fine, pegi cari makan la jawab dia.. SECRET RECIPE pilihan saya.. BB kat tangan tak lekang, Mana taknya, sibuk nak update foursquare, sibuk nak balas komen, kalah bisnesman.. BB peneman saya. Lepak Secret Recipe, cam biasa la, Spaghetti pilihan hati,. Nak meatballs, sekali, ada chicken je, beef dah habis, ok, saya tak pernah amik chicken. Sekali, hambek ko, asalnya ada 5biji, hanya habis separuh. Maknanya, ada lagi 4 1/2 biji lagi la kan.. hohoho.. MEMBAZIR! Spaghetti licin la pulak! Bila2, tak mahu dah order, setia je la kat beef tu.. :) Tapi memang best kuar gitu, layan perasaan sorang2, tengok kapel, family, anak2 kecil. Macam2 ragam dapat tengok..

Malam pula earth hour!! Konon la kan, nak tutup semua lampu, pas tu, nak pasang lilin, romantik la kononnya... Sekali, haaa... lilin pun tak ada.. zzzzzz... Bangun-bangun je, online terus, After Subuh baru tidur balik.. mula la Ahadnya tidur!!

KELAPARAN....

NOTA KAKI: Pilih cerita jangan mengarut2.. Nanti rugi bayar duit tiket! grrrrrr... Nak makan benda baru, yang tak pernah try, jangan pegi makan sorang2.. Nanti tak ada sape nak habiskan makanan! hihihi :)

Friday, March 25, 2011

HAPPY BIRTHDAY!

Malam ni, enchek dengan rakan2 ghettorian dia sambut ulangtahun yang ke-7 dorang punya scoot club.. Dan saya, tukang ikut.. Dapat msg darinya, follow me.. Sangat kelakar itu orang.. Ingat nak perfume follow me ke ape..
Happy birthday to GHETTO SCOOT CLAN.. So, destinasi kami2, ke BB..Blackberry? Blueberry? Tidak! Itu nama tempat,
BUKIT BINTANG okeyh! Saya hanya mengikut, aktiviti saya apa ye nanti? Saya tau apa nak buat.. Maknanya, saya kena charge
Ini handphone! Dan, aktiviti saya adalah.... Online! Jangan meluat atau menyampah andai ada sahaja update dari saya!
(Macam la ramai sangat baca saya punye blog) hohohoho.. Ayat sedapkan hati je tu.. Kononnya menganggap ramaiiiinyaaa
Sedang singgah di blog saya.. :)

NOTA KAKI: sila jangan jeles ye enchek bila BB sentiasa di tangan saya! Hohohoho.
Quick update! :)

MR.GREEN

Saya sayang Asus saya... Adakah betul Asus saya sudah rosak? grrrrr... Mintak itu hanya gurauan pakcik dengan anak buahnya.,.. toing2.. walaupun pada dasarnya, saya sudah mempunyai Asus yang lain, tapi Green Asus banyak berjasa selama 3 tahun menemani saya mengendalikan assignments di kolej! dan menemani saya nelayari internet, kerana dia juga saya mempunyai blog, mempunyai facebook, friendster, myspace, alik2, tinggal facebook sahaja.. kalau in future facebook dah tak ada, ke mana harus beralih? hohohoho..

 OOhhhh Mr.Green .. saya rindukan kamoo... banyak sangat gambar2, and game dalam Green Asus... plsss.. don't break my heart... pertahankanlah diri kamu untuk menemani tuanmu ini.. Sesungguhnya, kamoolah pacar pertamaku.. mana boleh saya lupakan kamu! Saya bukan kacang lupakan kulit tau!!

Aci tak saya sudah menggunakan Asus yang baru saya itu? mulanya untuk di jadikan hantaran,  tapi dah guna, ape cerita? Janji jaga elok, jangan sampai nak letak sebagai hantaran nanti,rosak plak..oopssss... (dah tak surprise kan!!)  Saya janji, akan jaga dia elok2...  Boleh diterima pakai la kan, disebabkan oleh Mr.Green sakit... Nanti nak kena bawak Mr.Green ke Klinik.... Saya tetap akan selamatkan Mr.Green saya!!

nahhh.. nak tampal jugak sekeping gambar saya okeyh! Sila muntah bila tengok! hihihihi...





NOTA KAKI: Bosan melayan sejuk di tempat duduk dan mengadap Mr.C gold... :)

Gegaran gempa bumi di Myanmar

Ya Allah,.. Lepas Jepun, Myanmar pula di timpa Gempa Bumi... Betapa besarnya kuasaMU... Lindungilah kami dari perkara yang tidak di ingini... Terangilah pintu hati kami untuk ke jalanMU...
 

Sekurang-kurang 25 terbunuh dalam kejadian gempa di Myanmar


YANGON 25 Mac - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila gempa kuat 6.8 skala richter menggoncang Myanmar di kawasan berhampiran sempadan Thailand.

Gegarannya itu dapat dirasakan sehingga ke Bangkok yang terletak hampir 800 kilometer.
Pihak berkuasa Myanmar menyatakan banyak mangsa terkorban di bandar Tarlay iaitu 10 lelaki, seorang kanak-kanak dan 13 orang wanita. - AFP

credit to : UTUSAN MALAYSIA ONLINE..

NOTA KAKI: ALLAH  MAHA KUASA...

HARI JUMAAT..

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama' berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu."

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan

"Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi."

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat. Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur". (Hadis Riwayat Tarmizi)

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.

4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas

5. Memperbanyakkan do'a, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."

Sahabat,

Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

by Abu Basyer

credit to Nur Mujahidah...


NOTA KAKI: Marilah kita sama-sama menghayati setiap hari dalam hidup kita... mudah-mudahan hari-hari yang kita lalui deberkati olehnya... INSYAALLAH...



YOUTH JOB FAIR 2011

Hari ni, 25 MARCH 2011.. Maknanya, dah start la kan JOB FAIR ni.. 25-27 MARCH 2011...


SUPPORTED BY
: Ministry of Human Resources, Jobs Malaysia & MSC
DATES & VENUES : 25th -27th March 2011
OPENING HOURS : 10.00 am – 8.00 pm
EXHIBITION SPACE : Tun Razak Hall 1, Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur

WHO SHOULD ATTEND??

- School leavers - SPM holders, ‘O’ Levels, ‘A’ Levels holders
- Pre-University - Diploma holders, Matriculation graduates, interns
- Fresh Graduates - with no experience and with 1- 2yrs experience
- Working adults - with more then 2 yrs experience
- Life long learners – working adults who like to have a career change

So, siapa2 yang masih mencari, or tercari-cari pekerjaan, boleh ramai-ramai ke sini...
Termasuk saya jugak! :) Jangan lepaskan peluang yang ada.. tak salah mencuba... rezeki ada di mana-mana, yang penting, harus berusaha, dan tawakkal kepadaNYA... Insyaallah, ada yang menanti kita.... :)

NOTA KAKI: All da best!!

Thursday, March 24, 2011

BEGITUKAH CINTA

Assalamualaikum semua...

Banyak kn pengajaran yang dapat dari cerita ni.. Cuba korang2, ada dalam cerita ni, mesti.
Sedih sangat! Cam ne nak teruskan hidup, dari hidup senang tiba2 jatuh di timpa tangga..
Satu2 ujian datang menimpa... Betapa kuatnya C.I.N.T.A.. Ajal maut, jodoh pertemuan sudah tersurat.. Walau begitu banyak dugaan yang datang, kita harus tabah menghadapinya..

Kesimpulannya, BEGITUKAH CINTA memang memberi kesan mendalam dalam diri cik Saya Punye..

Tak sabar okeyh tunggu kul 7! Jom layannnnn..