Tolong kami, bantu kami... :)

Friday, June 20, 2014

Fatty Crab Taman Megah

Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. Salam sejahtera.. 

Di jumaat yang penuh dengan keberkatan... Lama sangat dah jugak tak bercerita pasal makan.. Dia dah mula dahh.. Tambah lagi bakal menjelma bulan Ramadhan.. Moga masih di beri kesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan untuk tahun ni... InshaaAllah.. Aamin.. 

Sejak 2 minggu kebelakangan ni, kerap sangat makan besar dengan encik suami. Alhamdulillah.. Bukan apa, PJ Old Town? Sendiri tak tahu nak makan apa dah.. Hmm.. Cuba letakkan diri dalam kesusahan.. Sentiasa lah bersyukur.. Bukan makan besar apa sangat, harga yang boleh dikatakan, memang erkkk. Boleh tahan jugak harga dia.. Nasib baik bukan selalu.. 

Google punya google nak pergi makan kat mana, dan tingg tongg.. Jom kita ke Taman Megah.. Lama sangat dah nak datang, tapi tak ada rezeki lagi. Dan malam tu, nak ke Fatty Crab ni, punya la menggoogle maps. Sampai salah jalan. Padahal, hello, dekat sangat je pun dengan rumah. Encik suami memang.. Saje buat tak tau so nanti bila si isteri tanya, aaa.. Tak tahu, tak tahu. sabar saje okeyh. Tak tahu tak tahu tapi sampai jugak. Sayang isteri la tu kan. :) 

Dan kami ke sini! Fatty Crab Sn.Bhd, kedai yang ramai dipenuhi pelbagai kaum. Tapi saya hanya tertumpu kat ketam dia je,..Punya la besar tahap tak tau nak cakap apa. Tengok jeee ketam yang dorang duk makan. Suasana kedai? Memang bising la kan.. Ketung ketang ketung ketang duk mengetuk ketam. Dan yes. Suami cakap saya macam tak pernah makan ketam. Hadap ketam tak pandang kiri kanan! Pastu dia tanya, tak ambil gambar ke? Alamakkkk.. Sekeping je ada. hihi.. 

Order makanan kat sini senang je. Ketam, ada goreng bercili dan ketam stim. Nasi goreng, roti bakar, dan air kami pilih air tin saje. Minimum order untuk ketam 900g. Punya blurrr... Aunty tu tanya, nak berapa g? Erks. Nak cakap apa pun tak tahu ni. 1.5kg la aunty. Ambik ko.. Hasilnya macam picture kat bawah.


Psssttt.. Korang, roti bakar cicah dengan kuah si ketam tu nikmat sangat!! Sedap sangat kot! Rugi amik 2 keping je roti.. Dah rasa macam garlic bread cicah dengan mushroom sup. Tapi cicah dengan kuah ketam cili okeyh. Sedap sampai tak terkata, korang kena pegi rasa nanti.. Meja bersepah? Memang! Penuh meja dengan kulit ketam. Puas sangat uols.


Kami order:

ketam bercili
nasi goreng - 1 pinggan 
roti bakar- 2keping (rm0.30sen 1 keping)
air tin tea chrysanthemum - 2 tin

TOTAL = tak sampai RM70..



Ohhh ketam masak cili.. Saya memang nak makan lagi dan lagi dan lagi... 
Rasa dia masih kat lidah lagi. erkk. Boleh pulak kan...


Makan ketam ratah macam tu je.. Ketuk-ketuk makan memang nikmat. Sebab kat rumah tak ada pengetuk ketam tu.. Isi ketam tak abis di korek2.. ngeee. Yang ni, sampai ke kaki dia berisi. Isi penuh!! Ok, selamat mencuba k!

Fatty Crab Sdn.Bhd
Address: 2 Jalan SS 24/13, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Phone:03-7804 5758

No comments:

Post a Comment