Tolong kami, bantu kami... :)

Friday, July 20, 2018

Proses Masuk Rumah Baru




Assalamualaikum.

Jumaat yang mendamaikan. Masih dengan cerita yang lama diperam. Bertahun lamanya. Baru sampai mood nak menaip segalanya.

Gambar kenangan 8 November 2015. Hampir setiap bulan datang tengok rumah kami ni di hujung sinun. Tak boleh nak masuk dekat sangat, risau jadi apa-apa sendiri yang tanggung. Alhamdulillah. Dengan limpah kurniaNya. Rezeki kami dapat rumah ala-ala Edinburgh, UK ni. Berangan sangat la dari dulu nak sampai sana. Bila tahun ntah tabung nak penuh.

Masa ni, duit mengalir macam air. 10% deposit, bayar duit lawyer, bayar upgrading, semua duit simpanan. Lama tak berjalan jauh, menabung untuk rumah manis rumah ni. Kami tau kami bukan dari mereka yang senang, maka kami kena kerja kuat demi seketul rumah ni. Walaupun sarang burung, tapi cukup untuk keluarga kecil kami berteduh. Impian semua orang untuk miliki rumah manis rumah sendiri. Sujud syukur bila pinjaman rumah lulus. Gembira, sebak pun ada.

Nanti kita sambung dengan cerita bila dah dapat kunci. Banyak sangat angan-angannya. Alhamdulillah. Bila angan-angan menjadi nyata. Lain macam perasaan dia. Ya, sis dalam hati ada taman sikit.

Tulus,
Tin




Thursday, July 19, 2018

Cuti-cuti Langkawi



Assalamualaikum..

Terlajak basi sangat cerita kali ini. Mahu taknya, berapa abad dah rasa. Untuk kongsi rasa. Sambungan cerita candle light dinner di Pantai Cenang. Tarikh yang penting perlu diraikan sebagai kenangan bersama.



Trip ke sana sebenarnya trip adik beradik. Yang jadi pergi hanya 3 keluarga. Ok la, free and easy dengan anak-anak lagi. Menginap di homestay senang dan murah untuk 3 keluarga. Yang paling penting, dekat dengan lubuk beli-belah baik punya.



Seorang kita


Assalamualaikum..

Luahan hati. Sesuai dengan tajuk, orang kita. Seorang kita ni, boleh katakan sejenis perangai. Mungkin dalam kehidupan kita, memang begitulah caranya. Tidak salah, tidak benar.

Contoh terdekat, bila kau seorang yang masih dalam dunia ttc (trying to conceive) ni, orang akan pandang simpati. Kasihan mungkin bila masih belum punyai zuriat yang bakal mewarisi segalanya. Memang orang yang masih belum punyai zuriat ni dipandang sinis kah? Sampaikan bila rasa tak sampai hati untuk bagitahu diri mereka yang lain itu mengandung? Allahu.

Anak pertama bukan main lagi masukkan gambar scan, kongsi kegembiraan seluruh ahli keluarga. Eh masuk anak ke 2, ke 3, senyap tanpa berita. Kenapa? Menjaga hati dan perasaan golongan kami yang masih menanti? Kalau betul, kenapa bukan dari awal lagi cara begitu dipraktikkan. Mengapa baru sekarang. Letih dengan mengapa.

Sungguh rasa kau dipinggirkan, diketepikan. Tatkala ahli keluarga lain orang terawal yang tahu, tapi kau orang terakhir? Siapa kita di hati mereka sebenarnya. Andai betul nilai keluarga dititikberatkan. Mengapa perlu ada jurangnya. Menjaga hati dengan banyak cara. Bukan dengan cara begini. Sedangkan jiran kau mampu bagitahu kau yang dia mengandung anak kembar, berkongsi kegembiraan bersama, mengapa tidak seorang kita menjadi begitu. Tak perlu menjaga hati andai kau sebenarnya lagi merobekkan hati. Itu lah orang kita, ataupun seorang kita.

Nota kaki: Bukan kasihan dan simpati yang kami perlu, cuma support yang kami perlu.



TTC - IUI FAILED


Assalamualaikum..

Banyak cerita untuk dikongsi. Ini salah satunya. November 2017, pertama kali cubaan buat IUI di PPUM. Proses yang boleh katakan dipermudahkanNya. 1st checkup di PPUM, doctor terus suggest untuk cuba IUI lepas kaji keputusan yang lepas dari Azzahra. Berdebar pun ada masa tu, sebab selalunya baca proses IUI orang punya je.

Disuntik hari demi hari oleh suami tercinta, alhamdulillah, telurnya matang. Dan sperm pun cantik. Proses IUI dijalankan. Selang 2 minggu, saat di nanti untuk ujian Beta HCG. Keputusannya negatif. Sedang elok lepas check Beta HCG, berderu2 darah periodnya keluar di tandas hospital. Terkeluar air mata kasih. Meruntun jiwa suami isteri saat itu. Masih belum rezeki kami untuk diberi amanah olehNya. Hingga ke hari ini, PPUM masih belum dijejaki. Kecewa? Ada sedikit. Putus asa? Tidak.

Saya masih berusaha. Berusaha untuk redha dengan ujian Allah S.W.T ini. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Kekuatan yang dicari dari keluarga sendiri.

Tiada picture sebagai kenangan sebab masa ni duk buat story dekat whatsapp je sebenarnya. Sampai lupa nak jadikan kenangan walau sekeping gambar.

Jumla lagi.



Kembali 2018


Assalamualaikum..

Kembali setelah bertahun senyap. Kehidupan masih sama. Masih bekerja kepada majikan, masih memenuhi ruang hati sang suami. Dan masih juga menanti anugerah Ilahi kepada kami. Tak ada banyak yang berubah kehidupannya. Banyak yang hendak dicoretkan. Kenapa kembali? Kerana disini ruang yang mampu kita kongsi dan luahkan walaupun instagram mengungguli carta. 😂😂

Pssttt. Ada yang masih sudi baca blog sis ni ke.. 😂😂



Saturday, April 23, 2016

Candle Light Dinner di Pantai Cenang, Langkawi

Assalamualaikum..

Kekok. Kekok menaip di sini. Kekok segalanya. Bertahun tiada entry. Tiba2 rasa rindu itu datang. Ya. Rindu. Rindu berceloteh apa sahaja.

Ni nak bercerita untuk ulangtahun kelahiran en.suami ni. Untuk ke berapa kalinya kejutan sentiasa menjadi. Alhamdulillah. Gigih tau isteri book flight ticket, hotel, planner untuk dia. Ya. Selalu kena berbunga. Bukan selalu kan surprise macam ni. Setahun dua kali. Ok la tu.

Kali ni ke Langkawi sempena birthday oppa. Pakej planner pula dari langkawi pakej qasih qasrina. Superb service! Recommended! Sangat senang. Untuk candle light dinner di Pantai Cenang, Langkawi Permata Kedah. Oppa sampai tak terkata. Dari appetizer, hingga ke main course, hingga ke dessert. Kenyang alhamdulillah. Dengan dekorasi yang macam dalam Romantika. Akhirnya boleh la beromantika sendiri kan. Walaupun bukan artis. Kohkoh. Cerita dengan picture boleh?










Kejutan untuk ulangtahun kelahiran oppa berjaya dengan izinnya. Alhamdulillah. Tak rugi untuk buat semua ni kat pasangan masing-masing. Tips rumahtangga untuk selalu berbunga. InshaaAllah. Kita yang mencorakkan kehidupan kita. Untuk yang manis2 sahaja. Hingga ke jannah. Aamin. 

Tuesday, August 4, 2015

Setahun

Assalamualaikum...

Hampir setahun dibiarkan blog ni begitu sahaja. Sign in. Sign out . Menaip tidak sekali.  Sepi? Atau nak sunyi? Sibuk?  Sibuk dengan  kerja  abadi. Hakikinya? Rindu berada di sini. Tapi x ada yang baru lagi dalam cerita seorang aku.  Tahun berganti tahun. Syukur masih dipanjanglkan umur. Banyak ke arah ingat mati .