Tolong kami, bantu kami... :)

Tuesday, July 26, 2011

TAk TErluah

Assalamualaikum...

Selamat pagi! Saya masih ada untuk menaip dekat sini, meluah apa yang terbuku di hati.. Lama menyepi, tak bermaksud terus terdiam.. JAngan merajuk ye blog tercinta! Apa perasaan kalian pada hari ni? Seronokkah? Sedihkah? Saya? Sedih... Sedih bila takut pendapat saya tak diterima pakai...

Semua orang, dah tentu impikan yang terbaik untuk hari bahagia masing-masingkan? Pendapat kalian la kan? Tak boleh ke kita bersuara, untuk majlis kita? Emosi tak terkawal sikit ni.. Saya sediiihhh sangat! Hanya minta pemahaman dari mereka dan mereka.. Saya tak nak nenek saya sedih, andai terlalu awal hari bahagia saya. Saya masih ada cita-cita yang belum di capai.. Tolong la paham.. Orang cakap, benda baik jangan lengah-lengahkan. Tolong la.. Kita hanya mampu merancang. Saya juga punyai impian untuk hari bahagia saya! Bertunang pun dah macam-macam saya create untuk semua yang diimpikan dicapai, inikan berkahwin! Cucu tokmi sorang ni je pun.. Satu-satunya anak buah perempuan! Satu-satunya majlis berlangsung di rumah tokmi. Bukan selalu ada majlis bahagia begitu..


Hanya satu yang saya minta, tolong memahami saya... Tolong paham perasaan tokmi saya.. Bila diberitahu perihal kawin-kawin ni, tokmi terus sedih! Mampu ke saya nak dengar suara sedih nenek saya? Yang menjaga saya? Saya tahu, harapan nenek saya, adalah untuk saya kembali menyambung pelajaran saya! Itu yang dia inginkan! Tolong paham saya.. Paham situasi tokmi dan saya. Andai tidak mahu untuk memahami ahli keluarga yang lain, cukup memahami perasaan naluri nenek yang menjaga seorang cucunya.. Dari kecil, tengok membesar depan mata.


Nota jari: LUAHAN TINY..

2 comments:

  1. sangat setuju entri nih !!!
    banyak nak cakap , tapi tak tau nak mula dari mana ~
    =.=

    ReplyDelete
  2. sbr la ad hikmhnya tu, kalo kawen awl pun leh smbg bljr g ap..lg senng t suami leh tnggung kan =)

    ReplyDelete