Tolong kami, bantu kami... :)

Tuesday, April 1, 2014

TTC - HSG KPJ TAWAKAL

Assalamualaikum...

Lap-lap sikit blog yang penuh dengan debu-debu ni... Lama sangat jari jemari tak di sini.. Hampir genap 4 bulan tak singgah blog.. Banyak singgah dari luar je.. Nak kata lupa kata laluan, tak jugak. Lama menyepi, muhasabah diri,. 

Macam sekarang ni, sangat kena la dengan situasi. Sejuk-sejuk gitu rasanya... Tak nak la kan mukadimah panjang berjela.. Back to topic.. Pheww.. Tarik nafas panjang gitu.. Blog ni dah jadi macam bercampur2 dah.. Dari blog budak kolej, budak baru start keje, Lepas tu budak nak tunang, bride to be la kan. Lepas tu dah nikah, jadi blog matang sikit. Topik resipi, mak2 je ha.. Dan sekarang, blog ni juga lah untuk menanti cahaya mata kami.. Coretan hidup tiny, sangat berjela kat sini.. Oh, tak lupa juga blog untuk berniaga.. Walaupun dah asingkan untuk bisnes, tetap semakkan kat sini.. Alhamdulillah, bisnes berjalan dengan baiknya.. Doakan baik-baik saje ye sayang.. 

HSG, HSG, HSG... Dari bulan  September 2013 dapat form untuk refer ke hospital berkaitan untuk buat test HSG, bulan Februari 2014 baru book untuk pegi. Ya allah.. Punya la saya cari kekuatan diri untuk langkah seterusnya.. Dan pilihan ke KPJ TAWAKAL, bila ramai kakak2 ttc inform DR.perempuan yang berpengalaman, iaitu DR.FATIMAH. Memang doktor perempuan yang di cari. Duk google je pengalaman rakan2 ttc semua, sakit ke idok test HSG ni... Adeh2.. Dan jawapannya, saya PENGSAN bila DR.FATIMAH explain saya punye rahim, saya punye tiub fallopio.. Ohh hoii. Pengsan okeyh. Encik suami punye la menggelabah.. 


Diri sendiri pun tak tau macam mana la pengsan, tapi rasanya dah mimpi best dah. Hahah. Kategori tidur dah. Sedar je dari tidur tu ramai dikelilingi mereka2 yang pakar. Dengan check BP la, check darah la,. Doktor sendiri pun terkejut saya boleh pengsan. Last rasanya situasi tu, saya menjerit "sakit doktor", "sakit doktor". Encik suami time tu kat luar. Tapi memang sakit. Sepatutnya sekali sahaja dimasukkan cecair tu ke tiub sana, tapi untuk kes saya, 2 kali. Ya allah.. Perasaan time tu hanya ALLAH S.W.T yang tahu. Mula masuk, tak rasa sakit pun. Bila "dye" tu yang di salurkan ke tiub, sakit tu kian rasa!! Dan doktor keluarkan "dye" kembali ok. Tapi ada masalah sikit di tiub kanan saya. Sempit okeyh. Kena buat sekali  lagi. Kali ke-2 ni la yang perit sangat bila doktor masukkan "dye".. Menjerit2, dan pengsan/tidur. hahahah.. Pengalaman2.. Riuh ground floor KPJ tu kat bahagian radiology. :) 

Ok, nanti sambung lagi... Boleh tahan panjang gak la.. Tak best nak cerita semua terus, nanti tak ada cerita basi dah.. Kat bawah ni the result.. Tiub Semuanya ok.. Dan saya "retroverted uterus" yang punyai tiub fallopio sebelah kanan sempit. Semuanya ciptaan darinya.. Usaha untuk cahaya mata takkan pernah hilang walau sikit pun.. Saya pasti, janji allah s.w.t itu pasti untuk hambanya.. Berdoa dan terus berdoa... IN SHAA ALLAH.. :)







6 comments:

  1. Tiny, Alhamdulillah... sekurang-kurangnya dah tahu normal, walaupun sempit sikit. Ni first time akak dgr org pengsan buat HSG... x sabar nak dgr update u on this...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak.. normal... tang sempit tu, mcm mendebarkan sikit, tp x perlu pk sngt kan.. :)

      Delete
  2. Salam kenal. L nk tanye,kalau RU akan tulis kt result HSG ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam L,.. Yup, dekat result HSG doc ada tulis. Dekat report dia. Untuk DR. kita tau langkah seterusnya patut diambil. :)

      Delete
  3. assalamualaikum kak tini. saya doakan akak ada rezki untuk anak ni. semoga terus sukses dan jgn putus asa tau 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear.. InshaaAllah.. Aamin. Moga diberi kesemptan utk itu.. Love u..

      Delete